This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Fahami spinning top candlestick, maksud, signal indecision, beza dengan doji, dan cara guna dalam trading dengan lebih tepat.
Bagaimanakah Cara Guna Spinning Top Candlestick?
Dalam setiap pasaran, pergerakan harga sentiasa bawa cerita tersendiri, tentang momentum, keseimbangan, dan juga ketidaktentuan. Sebab itu trader guna corak candlestick untuk baca sama ada buyer atau seller sedang pegang kawalan. Antara corak yang paling jelas menunjukkan ketidaktentuan ini ialah spinning top candlestick.
Corak ini bukan jenis yang terus jerit “reversal” atau bagi signal breakout dengan jelas. Sebaliknya, spinning top candlestick lebih kepada petunjuk halus bahawa pasaran sedang teragak-agak. Ia menunjukkan kedua-dua pihak cuba gerakkan harga, tetapi akhirnya harga tutup hampir pada tempat ia bermula. Bila anda nampak keadaan seimbang macam ini, ia boleh bantu anda bersedia untuk apa yang mungkin berlaku selepas itu, sama ada perubahan arah atau sekadar pause sebelum trend sambung semula.
Apa Itu Spinning Top Candlestick
Spinning top candlestick ialah corak candlestick yang biasa muncul apabila pasaran berada dalam keadaan tidak pasti. Ia mempunyai real body yang kecil, terletak lebih kurang di tengah-tengah bayang atas dan bayang bawah yang panjang. Body menunjukkan beza antara harga buka dan harga tutup, manakala shadow pula menunjukkan sejauh mana harga bergerak sepanjang tempoh dagangan.
Mudah cakap, buyer dan seller kedua-duanya aktif. Harga sempat bergerak jauh ke atas dan ke bawah, tetapi akhirnya tiada siapa yang betul-betul berjaya menguasai pasaran. Sebab itu spinning top candlestick sering dianggap sebagai tanda pasaran sedang pause atau sentimen sedang seimbang.
Nama corak ini datang daripada permainan “spinning top” atau gasing. Gasing berpusing dan terhuyung-hayang sebelum jatuh ke satu arah. Begitu juga dengan spinning top candlestick, pasaran seolah-olah berpusing antara bulls dan bears sementara tunggu arah yang lebih jelas.
Cara Kenal Pasti Spinning Top Candlestick
Sebenarnya, spinning top candlestick agak mudah dikenal pasti bila anda dah tahu apa yang perlu diperhatikan.
Real body yang pendek
Harga buka dan harga tutup sangat dekat antara satu sama lain, jadi body candle nampak kecil.
Upper shadow dan lower shadow yang panjang
Kedua-dua wick atas dan bawah biasanya panjang, menunjukkan harga sempat bergerak jauh ke dua arah sebelum tutup semula dekat kawasan permulaan.
Body berada lebih kurang di tengah
Body candle selalunya berada hampir di tengah-tengah antara kedua-dua shadow. Tak perlu betul-betul tepat di tengah, asalkan bentuk keseluruhannya nampak seimbang.
Warna candle bukan perkara utama
Candle boleh jadi bullish atau bearish dari segi warna, tetapi yang lebih penting ialah maksud di sebalik corak itu, iaitu ketidaktentuan pasaran.
Struktur yang seimbang ini menunjukkan tekanan beli dan tekanan jual hampir sama kuat sepanjang sesi. Maksudnya, pasaran sedang ragu-ragu.
Apa Maksud Spinning Top Candlestick
Bila spinning top candlestick muncul, ia biasanya macam pasaran sedang cakap, “belum pasti nak pergi mana lepas ni.” Trader biasanya tafsir corak ini sebagai tanda bahawa momentum semasa mungkin semakin lemah, dan reversal atau consolidation mungkin sedang menghampiri.
Selepas uptrend yang kuat, spinning top candlestick boleh menunjukkan buyer mula hilang kawalan dan seller mungkin mula masuk.
Selepas downtrend, ia boleh menunjukkan seller makin lemah dan buyer mungkin mula ambil alih.
Dalam pasaran sideways, ia mungkin sekadar mengesahkan bahawa pasaran memang masih tak ada arah yang jelas.
Tapi penting untuk faham satu perkara: perkataan utamanya ialah mungkin. Spinning top candlestick sahaja tidak mengesahkan apa-apa. Ia cuma petunjuk awal, bukan jawapan muktamad.
Contoh: Situasi Pada Carta Emas
Satu contoh yang bagus boleh dilihat pada carta harga emas. Selepas beberapa hari candle bullish yang kuat, muncul dua spinning top candlestick di bahagian atas kenaikan harga itu. Body yang kecil dan shadow yang panjang menunjukkan buyer sudah mula kehilangan momentum.
Selepas dua candle itu, muncul pula satu candle merah besar. Ini tanda yang lebih jelas bahawa seller sudah mula menguasai pasaran. Selepas itu, harga pun jatuh dengan lebih ketara dan reversal tersebut disahkan.
Urutan ini menunjukkan bagaimana spinning top candlestick boleh jadi amaran awal bahawa momentum semakin lemah. Tapi pada masa yang sama, ia juga tunjuk kenapa confirmation daripada candle seterusnya sangat penting sebelum anda buat keputusan trade.
Kenapa Confirmation Sangat Penting
Ramai trader baru silap anggap spinning top candlestick sebagai signal reversal yang confirm. Sebenarnya, ia lebih kepada amaran bahawa keseimbangan pasaran mungkin sedang berubah.
Kadang-kadang selepas spinning top candlestick muncul, harga cuma bergerak sideways untuk beberapa candle sebelum sambung semula trend asal. Ada juga situasi di mana breakout kuat terus berlaku selepas itu. Disebabkan ketidakpastian inilah, trader yang lebih berdisiplin akan tunggu confirmation dulu sebelum entry.
Confirmation boleh datang dalam beberapa bentuk:
candle besar ke arah bertentangan, contohnya candle bearish kuat selepas uptrend
breakout melepasi high atau low spinning top candlestick
sokongan daripada indikator lain seperti RSI, MACD, atau penurunan volume
Tanpa confirmation ini, entry semata-mata berdasarkan spinning top candlestick boleh menyebabkan false signal.
Cara Trade Guna Spinning Top Candlestick
Kalau anda nak guna spinning top candlestick dalam strategi trading, pendekatan yang lebih kemas biasanya nampak macam ini:
Kenal pasti konteks pasaran
Pastikan corak ini muncul selepas trend yang jelas, bukan di tengah-tengah market yang terlalu flat.
Tunggu confirmation
Jangan terus entry hanya sebab nampak spinning top candlestick. Tunggu candle seterusnya untuk sahkan arah.
Gabungkan dengan support dan resistance
Kalau spinning top candlestick muncul dekat resistance semasa uptrend, atau dekat support semasa downtrend, corak itu jadi lebih bermakna. Jadi, gunakan snr dengan baik.
Guna bersama indikator lain
Lihat juga volume, divergence momentum, RSI, atau MACD crossover untuk kuatkan lagi setup.
Jaga risiko
Gunakan stop loss di luar high atau low candle supaya anda lebih terlindung kalau berlaku false breakout.
Dengan pendekatan macam ini, spinning top candlestick bukan sekadar corak visual, tetapi boleh jadi alat bantu keputusan yang lebih praktikal.
Spinning Top Candlestick vs Doji
Sekali pandang, spinning top candlestick memang nampak hampir sama dengan doji sebab kedua-duanya menunjukkan indecision. Tapi sebenarnya, dua corak ini tak sama.
Bezanya terletak pada saiz body dan tahap keseimbangan yang ditunjukkan.
Doji hampir tiada real body langsung. Harga buka dan tutup hampir sama atau sama.
Spinning top candlestick pula masih ada body kecil yang jelas kelihatan. Maksudnya masih ada sedikit beza antara harga buka dan tutup.
Corak
Ciri Utama
Maksud Umum
Spinning Top Candlestick
Badan kecil, tapi masih nampak jelas
Pasaran ragu-ragu, ada sedikit beza antara open dan close
Doji
Open dan close hampir sama atau sama
Indecision yang lebih kuat
Spinning Top Candlestick
Wick atas dan bawah biasanya jelas
Menunjukkan harga sempat bergerak dua arah
Doji
Bentuk badan hampir tiada
Lebih ketat dari segi definisi berbanding spinning top
Kedua-duanya menunjukkan pasaran sedang teragak-agak, tetapi doji biasanya dianggap isyarat keseimbangan yang lebih kuat. Spinning top candlestick pula lebih kerap muncul dan lebih menunjukkan ketidaktentuan sederhana.
Sejauh Mana Spinning Top Candlestick Boleh Dipercayai?
Dari sudut kebolehpercayaan, spinning top candlestick muncul agak kerap tetapi tidak terlalu kuat jika digunakan secara standalone. Ia lebih sesuai digunakan sebagai petunjuk konteks, bukan signal entry yang berdiri sendiri.
Dalam amalan sebenar, spinning top candlestick biasanya lebih berguna pada timeframe yang lebih besar seperti 4-hour atau daily chart, kerana noise lebih rendah dan struktur trend lebih jelas. Pada timeframe kecil, banyak signal palsu boleh muncul disebabkan volatiliti rawak.
Jadi, lebih baik anggap corak ini sebagai tanda bahawa momentum sedang pause, bukan arahan terus untuk reversal.
Kesilapan Biasa Yang Perlu Dielakkan
Trade tanpa confirmation
Terus masuk trade hanya sebab nampak spinning top candlestick boleh jadi sangat berisiko.
Abaikan trend semasa
Dalam trend yang sangat kuat, spinning top candlestick kadang-kadang cuma tanda pause sementara, bukan reversal penuh.
Bergantung sepenuhnya pada satu corak
Gunakan sekali dengan volume, support dan resistance, atau indikator momentum.
Guna timeframe terlalu kecil
Pada timeframe rendah, spinning top candlestick boleh muncul hanya kerana noise pasaran.
Tak jaga risk management
Walau setup nampak cantik, tetap perlu guna stop loss dan position sizing yang betul.
Kelebihan dan Kekurangan Spinning Top Candlestick
Kelebihan
mudah dikenali pada chart
bagus untuk kesan momentum yang mula lemah
berguna sebagai early warning sebelum reversal atau consolidation
boleh digunakan dalam forex, saham, indeks, komoditi, dan crypto
Limitasi
Spinning Top Candlestick sahaja tidak cukup untuk entry
kerap muncul dalam pasaran sideways
boleh beri signal palsu kalau tiada confirmation
maksudnya sangat bergantung pada lokasi dan konteks trend
Kesimpulan
Spinning top candlestick ialah salah satu corak candlestick yang paling mudah dikenal pasti tetapi masih sangat berguna dalam analisis teknikal. Ia menunjukkan satu momen di mana buyer dan seller sedang uji kekuatan masing-masing, tanpa ada pemenang yang jelas.
Kalau digunakan dengan betul, spinning top candlestick boleh bantu trader nampak bila momentum mula lemah, bila pasaran mungkin pause, atau bila reversal sedang mula terbentuk.
Kalau anda sedang belajar membaca chart dengan lebih yakin, memahami spinning top candlestick ialah langkah yang baik. Anda juga boleh teruskan pembelajaran dengan melihat 10 jenis candlestick semua trader patut tahu untuk kenal pasti lebih banyak pattern penting dalam trading.
Sama ada anda trade forex, komoditi, atau saham, pemahaman tentang corak candlestick seperti spinning top candlestick boleh bantu anda buat keputusan yang lebih yakin. Dan kalau anda nak belajar lagi tentang trading dengan lebih mendalam, anda boleh teruskan pembelajaran anda bersama Ultima Markets.
FAQ Spinning Top Candlestick
1. Adakah Spinning Top Candlestick signal reversal?
Tidak semestinya. Spinning Top Candlestick lebih tepat dilihat sebagai tanda indecision atau kelemahan momentum. Reversal biasanya perlu disahkan oleh candle selepasnya.
2. Adakah Spinning Top Candlestick sama dengan doji?
Tidak. Spinning Top Candlestick ada badan kecil yang masih kelihatan, manakala doji biasanya mempunyai open dan close yang hampir sama atau sama.
3. Boleh ke terus entry bila nampak Spinning Top Candlestick?
Lebih baik jangan terus entry. Tunggu confirmation dan lihat juga support, resistance, trend semasa, serta indikator tambahan.
4. Spinning Top Candlestick lebih sesuai untuk timeframe apa?
Ia boleh digunakan pada pelbagai timeframe, tetapi ramai trader lebih suka gabungkan Spinning Top Candlestick dengan struktur pasaran pada timeframe yang lebih besar supaya signal lebih jelas.
5. Warna candle penting tak dalam Spinning Top Candlestick?
Warna ada sedikit bias, tetapi bukan faktor utama. Fokus sebenar untuk Spinning Top Candlestick ialah badan kecil dan wick atas bawah yang panjang.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.