This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Fahami macd indikator dan cara membaca indikator MACD untuk kenal pasti signal trend, crossover dan momentum dengan tepat.
Apa Itu MACD Indikator: Fahami Crossover & Divergence
Dalam dunia trading forex dan saham, ramai trader beginner sering keliru memilih indikator yang sesuai. Salah satu indikator paling popular dan sering digunakan oleh trader profesional ialah macd indikator.
Jika anda pernah tertanya-tanya bagaimana trader tahu bila trend akan berubah atau bila masa sesuai untuk entry, besar kemungkinan mereka menggunakan macd indikator sebagai alat pengesahan.
Artikel ini akan menerangkan secara lengkap maksud macd indikator, komponen pentingnya serta cara membaca indikator MACD dengan contoh yang mudah difahami.
Apa Itu MACD Indikator?
Maksud MACD Indikator
MACD indikator (Moving Average Convergence Divergence) ialah indikator momentum yang menunjukkan hubungan antara dua Moving Average (MA) untuk mengenal pasti kekuatan trend dan potensi perubahan arah harga.
Kenapa Nama MACD Ada Convergence & Divergence?
Ramai trader guna macd indikator, tetapi tidak ramai benar-benar faham kenapa namanya mengandungi perkataan Convergence dan Divergence.
Nama penuh MACD ialah:
Moving Average Convergence Divergence
Ia merujuk kepada hubungan antara dua Moving Average utama dalam macd indikator, iaitu EMA 12 dan EMA 26.
Apa Maksud Convergence?
Convergence berlaku apabila dua EMA semakin menghampiri antara satu sama lain.
Dalam konteks macd indikator:
Perbezaan antara EMA semakin kecil
Histogram semakin mengecil
Momentum trend semakin lemah
Contohnya, jika harga sedang naik tetapi kenaikan semakin perlahan, EMA 12 akan mula menghampiri EMA 26. Ini menunjukkan tenaga pasaran semakin berkurang.
Sebab itu dipanggil convergence: dua garis “bertemu semula”.
Apa Maksud Divergence Dalam Nama MACD?
Divergence dalam nama MACD merujuk kepada keadaan apabila dua EMA semakin menjauh.
Dalam macd indikator:
Perbezaan antara EMA semakin besar
Histogram semakin panjang
Momentum semakin kuat
Jika harga melonjak dengan kuat, EMA 12 akan bergerak jauh meninggalkan EMA 26. Ini menunjukkan momentum agresif sedang berlaku.
Sebab itu dipanggil divergence: dua garis “menjauh”.
Jangan Keliru: Ada Dua Maksud Divergence
Dalam trading, perkataan divergence digunakan dalam dua konteks berbeza:
Divergence dalam nama MACD → Jarak antara EMA semakin jauh.
Divergence harga vs MACD → Harga dan indikator tidak selari (petanda awal reversal).
Ramai trader keliru dua perkara ini, sedangkan maksudnya berbeza.
Memahami konsep convergence dan divergence ini akan membantu anda lebih faham struktur sebenar macd indikator, bukan sekadar melihat signal crossover semata-mata.
Komponen Dalam MACD Indikator
Untuk memahami cara membaca indikator MACD, anda perlu kenal 3 komponen utama dalam macd indikator:
1. MACD Line
MACD Line terhasil daripada perbezaan antara:
EMA 12 (jangka pendek)
EMA 26 (jangka sederhana)
Apabila EMA 12 bergerak lebih laju daripada EMA 26, ia menunjukkan momentum jangka pendek lebih kuat. Perbezaan inilah yang membentuk MACD Line.
Contoh situasi:
Jika EMA 12 berada jauh di atas EMA 26 → momentum bullish kuat.
Jika EMA 12 jatuh di bawah EMA 26 → momentum bearish mula menguasai.
Dalam macd indikator, MACD Line bertindak seperti “sensor awal” yang menunjukkan perubahan tenaga pasaran sebelum ia jelas pada carta harga.
2. Signal Line
Signal Line ialah EMA 9 kepada MACD Line. Ia lebih perlahan dan berfungsi sebagai penapis signal.
Dalam cara membaca indikator MACD, persilangan antara MACD Line dan Signal Line adalah signal paling popular:
MACD Line potong ke atas Signal Line → Isyarat belian
MACD Line potong ke bawah Signal Line → Isyarat jualan
Namun, semakin tajam sudut persilangan itu, semakin kuat momentum yang sedang berlaku. Jika persilangan berlaku dengan sudut landai dan histogram kecil, signal mungkin lemah atau palsu.
3. Histogram
Histogram ialah perbezaan antara MACD Line dan Signal Line. Ia dipaparkan dalam bentuk bar menegak.
Fungsi histogram dalam macd indikator sangat penting kerana ia menunjukkan:
Jarak antara dua garis
Kekuatan momentum semasa
Interpretasi mudah:
Histogram semakin tinggi (lebih besar ke arah atas) → momentum bullish semakin kuat
Histogram semakin rendah/lebih negatif (lebih besar ke arah bawah) → momentum bearish semakin kuat
Histogram semakin kecil (menghampiri 0) → momentum sedang melemah
Histogram bertukar dari negatif ke positif → potensi perubahan arah bullish
Histogram bertukar dari positif ke negatif → potensi perubahan arah bearish
Contoh praktikal:
Jika harga masih naik tetapi histogram semakin kecil, ini menunjukkan momentum belian semakin lemah. Dalam banyak kes, ini boleh menjadi petanda awal pembetulan harga.
Apa Fungsi MACD Indikator?
MACD indikator berfungsi sebagai alat untuk mengukur momentum, mengenal pasti arah trend, dan memberi isyarat awal kemungkinan pembalikan harga (reversal) dalam pasaran.
Secara praktikal, fungsi utama macd indikator boleh dibahagikan kepada 4 bahagian utama:
1. Mengenal Pasti Arah Trend
Salah satu fungsi penting macd indikator ialah menunjukkan sama ada pasaran berada dalam:
Trend bullish (MACD di atas garisan 0)
Trend bearish (MACD di bawah garisan 0)
Contoh mudah: Jika anda trade emas dan macd indikator berada di atas zero line, ini menunjukkan momentum belian lebih kuat berbanding tekanan jualan.
2. Memberi Signal Entry & Exit (Crossover)
Fungsi paling popular macd indikator ialah signal crossover:
MACD Line bersilang ke atas Signal Line → Isyarat BUY
MACD Line bersilang ke bawah Signal Line → Isyarat SELL
Trader sering gunakan fungsi ini untuk tentukan timing masuk pasaran tanpa “kejar harga”.
3. Mengukur Kekuatan Momentum
Histogram dalam macd indikator menunjukkan kekuatan pergerakan harga.
Histogram semakin panjang → Momentum semakin kuat
Histogram semakin pendek → Momentum semakin lemah
Ini membantu trader tahu sama ada trend masih ada tenaga atau sudah hampir tamat.
4. Mengesan Divergence (Petanda Awal Reversal)
Satu lagi fungsi penting macd indikator ialah mengesan divergence.
Contoh:
Harga buat lower low
Tetapi MACD buat higher low
Ini petanda tekanan jualan semakin lemah dan berpotensi berlaku pembalikan harga.
Ramai trader profesional menggunakan fungsi divergence ini untuk entry awal sebelum pergerakan besar berlaku.
Cara Membaca Indikator MACD Dengan Betul
Ramai trader hanya fokus pada persilangan garis, tetapi cara membaca indikator MACD sebenarnya melibatkan kombinasi momentum, kedudukan garis dan struktur harga.
1. Signal Crossover (Isyarat Paling Popular)
Ini ialah signal paling asas dalam macd indikator.
MACD Line bersilang ke atas Signal Line → Signal BUY
MACD Line bersilang ke bawah Signal Line → Signal SELL
Namun, untuk lebih tepat dalam cara membaca indikator MACD, perhatikan juga:
Adakah histogram semakin membesar?
Adakah harga berada dalam trend yang jelas?
Contoh situasi:
Anda trade XAUUSD dalam keadaan uptrend.
Berlaku persilangan ke atas.
Histogram mula membesar dan harga break resistance.
→ Ini menunjukkan momentum bullish semakin kuat dan signal lebih berkualiti.
Jika crossover berlaku ketika pasaran sideways, signal mungkin kurang kuat.
2. Zero Line Crossover
Selain persilangan biasa, macd indikator juga memberi gambaran arah trend melalui zero line.
MACD di atas 0 → Momentum bullish dominan
MACD di bawah 0 → Momentum bearish dominan
Dalam cara membaca indikator MACD, ramai trader menggunakan zero line sebagai penapis. Contohnya, mereka hanya ambil signal BUY apabila MACD berada di atas 0 untuk selari dengan trend besar.
Ini membantu elakkan entry melawan arah pasaran.
3. Divergence (Signal Awal Pembalikan)
Divergence ialah antara signal paling kuat dalam macd indikator.
Ia berlaku apabila pergerakan harga tidak selari dengan momentum.
Contoh bullish divergence:
Harga buat lower low
Tetapi MACD buat higher low
Ini menunjukkan tekanan jualan semakin lemah walaupun harga masih turun.
Dalam banyak kes pasaran Malaysia atau forex major pair seperti EUR/USD, divergence sering muncul sebelum reversal besar berlaku, terutamanya selepas trend panjang.
Namun, divergence bukan signal entry serta-merta. Trader biasanya tunggu pengesahan seperti break structure atau candle reversal sebelum masuk pasaran.
Strategi Ringkas Menggunakan MACD Indikator
Walaupun macd indikator kelihatan mudah, ia lebih berkesan apabila digunakan secara berstruktur. Berikut ialah strategi asas yang boleh digunakan oleh beginner mahupun trader berpengalaman.
1. Kenal Pasti Trend di Timeframe Besar
Mulakan dengan melihat timeframe lebih besar seperti H4 atau Daily.
Jika macd indikator berada di atas zero line → fokus peluang BUY
Jika berada di bawah zero line → fokus peluang SELL
Ini membantu anda berdagang mengikut arah trend utama dan mengelakkan entry melawan arus pasaran.
2. Tunggu Crossover di Timeframe Lebih Kecil
Selepas kenal pasti arah besar, turun ke timeframe lebih kecil seperti H1 atau M30.
Dalam cara membaca indikator MACD, cari:
Crossover selari dengan trend besar
Histogram mula membesar
Contohnya:
Trend Daily bullish → Tunggu crossover BUY di H1 untuk entry lebih tepat.
3. Pastikan Histogram Menyokong Arah Trend
Jangan masuk pasaran hanya kerana garis bersilang.
Perhatikan histogram dalam macd indikator:
Histogram semakin panjang → momentum semakin kuat
Histogram kecil atau mengecil → momentum lemah
Jika histogram tidak menyokong arah trend, risiko signal palsu lebih tinggi.
4. Gunakan Stop Loss & Pengurusan Risiko
Tiada strategi 100% tepat, termasuk menggunakan macd indikator.
Letakkan:
Stop loss di bawah support (untuk BUY)
Stop loss di atas resistance (untuk SELL)
Risiko ideal: 1–2% sahaja daripada modal setiap trade.
Untuk meningkatkan ketepatan membaca indikator MACD, ramai trader akan menggabungkan MACD dengan indikator momentum lain seperti RSI dan CCI.
Selain itu, penggunaan volume boleh membantu mengesahkan sama ada momentum benar-benar disokong oleh pasaran. Anda boleh rujuk artikel Apa Itu Volume Trading untuk pemahaman lebih mendalam.
Kelebihan & Kekurangan MACD Indikator
Aspek
Perincian
Sesuai untuk beginner
Struktur macd indikator yang jelas (MACD Line, Signal Line & Histogram) memudahkan trader baru memahami asas momentum dan trend.
Mudah faham signal crossover
Dalam cara membaca indikator MACD, persilangan garis memberi signal BUY dan SELL yang mudah dikenal pasti.
Boleh kesan momentum & divergence
Histogram membantu mengukur kekuatan pergerakan harga dan mengesan divergence sebagai petanda awal reversal.
Lambat beri signal dalam pasaran sideways
Oleh kerana macd indikator ialah indikator lagging (berasaskan Moving Average), signal mungkin lewat atau kurang tepat ketika pasaran tidak trending.
Tidak sesuai digunakan secara tunggal
Untuk cara membaca indikator MACD yang lebih tepat, ia perlu digabungkan dengan support & resistance, trendline atau price action.
Secara ringkas, walaupun macd indikator sangat berguna untuk mengenal pasti momentum dan trend, ia lebih berkesan apabila digunakan bersama analisis teknikal lain, lebih-lebih lagi SnR dan juga Price Action bagi mengurangkan risiko signal palsu.
Kesimpulan – Fahami Apa Itu MACD Indikator
Secara keseluruhan, macd indikator ialah alat penting untuk mengenal pasti momentum, trend dan potensi pembalikan harga. Dengan memahami cara membaca indikator MACD secara betul, trader boleh membuat keputusan entry dan exit dengan lebih yakin.
Bagi trader yang ingin menguji strategi menggunakan macd indikator dalam pasaran sebenar, platform seperti Ultima Markets menyediakan akses dagangan forex, emas dan indeks dengan spread kompetitif serta leverage fleksibel untuk membantu anda memanfaatkan peluang pasaran.
FAQ: Soalan Lazim Tentang MACD Indikator
1. MACD indikator sesuai untuk trading apa?
MACD indikator sesuai digunakan untuk forex, saham, indeks dan komoditi seperti emas (XAUUSD). Ramai trader Malaysia menggunakan macd indikator untuk mengenal pasti momentum dalam pasaran trending.
2. Kenapa MACD indikator lambat beri signal?
MACD indikator adalah indikator lagging kerana ia berdasarkan Moving Average. Oleh sebab itu, dalam pasaran sideways, signal mungkin lewat atau kurang tepat. Sebab itu ramai trader menggabungkan cara membaca indikator MACD dengan price action.
3. Apa beza MACD indikator dengan RSI?
MACD indikator fokus kepada momentum dan trend menggunakan Moving Average. RSI pula lebih fokus kepada keadaan overbought dan oversold. Dalam strategi advanced, trader akan gunakan kedua-duanya untuk mengesahkan signal.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.