This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Belajar 10 jenis candlestick utama dan bagaimana ia membantu trader membaca sentimen pasaran, mengenal pasti reversal, serta mengurus risiko dagangan.
10 Jenis Candlestick Semua Trader Patut Tahu
Dalam dunia trading, jenis candlestick adalah bahasa visual yang digunakan untuk membaca pergerakan harga. Setiap corak candlestick menceritakan cerita berbeza tentang siapa yang lebih dominan ketika itu — pembeli (bulls) atau penjual (bears).
Candlestick bukan sekadar bentuk pada carta. Ia adalah gambaran psikologi pasaran yang boleh membantu trader menilai bila masa sesuai untuk masuk atau keluar daripada posisi dagangan.
Sejarah Ringkas Candlestick
Asal-usul candlestick bermula di Jepun pada abad ke-18 oleh seorang pedagang beras terkenal, Munehisa Homma dari Sakata. Homma mendapati harga bukan sahaja dipengaruhi oleh penawaran dan permintaan, tetapi juga emosi manusia seperti ketamakan dan ketakutan. Untuk memetakan perubahan psikologi ini, beliau mula menggunakan carta berbentuk lilin yang memaparkan harga buka, tutup, tinggi, dan rendah setiap sesi dagangan.
Keberkesanan teknik ini menjadikan Homma seorang pedagang yang sangat berjaya dan digelar “Samurai of the Market”. Beliau membuktikan bahawa candlestick bukan sekadar angka, tetapi bahasa pasaran yang mendedahkan siapa lebih dominan — pembeli atau penjual.
Beberapa abad kemudian, teknik ini diperkenalkan ke dunia Barat oleh Steve Nison pada tahun 1990-an melalui bukunya Japanese Candlestick Charting Techniques. Sejak itu, candlestick berkembang menjadi kaedah standard analisis teknikal moden dan kini digunakan secara meluas dalam pasaran saham, forex, komoditi, dan kripto.
Asas Bentuk Candlestick
Sebelum kita kupas pelbagai jenis candlestick, penting untuk memahami struktur asasnya. Setiap candlestick terbentuk daripada empat data harga utama: Open (buka), High (tertinggi), Low (terendah), dan Close (tutup). Inilah asas yang menceritakan perjalanan harga dalam satu tempoh masa tertentu, sama ada seminit, sejam atau sehari.
1. Body (Badan Lilin)
Body Panjang: menandakan pergerakan harga yang kuat. Jika body hijau panjang, ia menunjukkan pembeli dominan dan harga ditutup jauh lebih tinggi daripada harga buka. Jika body merah panjang, ia bermaksud penjual menguasai pasaran dengan tekanan jualan yang kukuh.
Body Pendek: menggambarkan pasaran dalam keadaan tenang atau tidak banyak pergerakan. Trader biasanya menafsirkannya sebagai pasaran sideway atau momentum yang semakin lemah.
2. Shadow (Wick)
Shadow ialah “ekor” di atas dan bawah body. Ia menunjukkan sejauh mana harga bergerak sebelum kembali ditutup.
Upper Shadow (Ekor Atas): menandakan paras harga tertinggi dicapai dalam tempoh tersebut.
Lower Shadow (Ekor Bawah): menandakan paras harga terendah dicapai.
Shadow Panjang: biasanya tanda wujudnya “rejection” harga di paras tertentu. Contohnya, jika ekor atas panjang → buyer cuba tolak harga naik, tetapi seller menolaknya turun semula.
Shadow Pendek: menunjukkan pasaran lebih stabil tanpa banyak tentangan buyer atau seller.
3. Warna Candlestick
Hijau/Biru (Bullish): harga tutup lebih tinggi daripada harga buka → pasaran naik.
Merah/Hitam (Bearish): harga tutup lebih rendah daripada harga buka → pasaran turun.
Kesimpulannya: Body menceritakan arah dan kekuatan pergerakan, shadow menunjukkan percubaan pasaran menolak harga lebih tinggi/rendah, manakala warna memberi gambaran cepat sama ada pasaran dikuasai pembeli atau penjual. Gabungan ketiga-tiga elemen ini menjadikan candlestick sebagai cara paling mudah untuk membaca cerita pasaran dengan sekali imbas.
Kategori Utama Jenis Candlestick
Secara umum, corak candlestick boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama. Memahami setiap kategori ini penting kerana ia membantu trader mengenal pasti sama ada pasaran sedang bersedia untuk naik, turun, atau masih belum ada arah yang jelas.
1. Bullish Pattern (Corak Kenaikan)
Corak bullish menunjukkan isyarat bahawa harga berpotensi naik selepas tempoh penurunan atau konsolidasi. Ia menandakan pembeli mula menguasai pasaran.
Contoh: Hammer, Bullish Engulfing, Morning Star, Three White Soldiers.
Situasi: Jika corak ini muncul di zon sokongan atau selepas trend menurun, ia boleh menjadi petunjuk awal kepada potensi reversal menaik.
2. Bearish Pattern (Corak Penurunan)
Corak bearish pula memberi amaran bahawa harga mungkin akan jatuh selepas fasa kenaikan. Ia menggambarkan penjual mula menekan harga ke bawah.
Situasi: Jika corak ini muncul berhampiran paras rintangan atau selepas trend naik yang panjang, ia boleh dianggap signal bahawa pasaran mula berubah ke arah penurunan.
3. Neutral / Indecision Pattern (Corak Tidak Pasti)
Kategori ini menunjukkan pasaran berada dalam keadaan seimbang, di mana pembeli dan penjual sama kuat. Corak neutral bukanlah signal untuk masuk pasaran, tetapi lebih kepada tanda untuk menunggu pengesahan daripada candlestick seterusnya.
Contoh: Doji, Spinning Top.
Situasi: Jika corak ini muncul selepas pergerakan besar, ia boleh jadi tanda pasaran sedang “berhenti rehat” sebelum menentukan arah seterusnya.
Tip: Trader biasanya tidak bergantung pada satu corak semata-mata. Lebih baik jika gabungkan kategori ini dengan analisis sokongan/rintangan atau indikator teknikal lain untuk dapatkan isyarat entry yang lebih kukuh.
Jadual Ringkasan Kategori Candlestick
Kategori
Contoh Corak
Maksud / Petunjuk
Bullish Pattern
Hammer, Bullish Engulfing, Morning Star, Three White Soldiers
Menunjukkan tekanan belian kuat → harga berpotensi berbalik naik selepas penurunan.
Bearish Pattern
Shooting Star, Bearish Engulfing, Hanging Man, Evening Star
Menunjukkan tekanan jualan kuat → harga berpotensi turun selepas kenaikan.
Neutral Pattern
Doji, Spinning Top
Menunjukkan ketidaktentuan pasaran → buyer & seller sama kuat, tunggu pengesahan arah.
Contoh Jenis Candlestick Popular
Berikut ialah beberapa jenis candlestick yang paling kerap digunakan oleh trader dalam analisis teknikal. Setiap corak mempunyai maksud dan fungsi tertentu:
1. Doji
Ciri-ciri: Corak single candlestick. Body sangat kecil, harga buka ≈ harga tutup.
Maksud: Pasaran dalam keadaan tidak pasti (indecision). Buyer dan seller sama kuat.
Interpretasi: Jika muncul selepas trend panjang, ia sering menjadi tanda potensi reversal atau sekurang-kurangnya pasaran mula hilang momentum.
Baca lebih lanjut di artikel penuh kami tentang Doji Candlestick.
2. Hammer
Ciri-ciri: Corak single candlestick. Body kecil di atas dengan ekor bawah ≥ 2× panjang body, ekor atas sangat kecil/tiada.
Maksud: Tanda tekanan jualan sudah reda, dan pembeli mula menolak harga semula ke atas.
Interpretasi: Muncul selepas trend menurun → potensi reversal bullish. Lebih kukuh jika muncul berhampiran sokongan utama.
Ciri-ciri: Corak double candlestick. Candlestick hijau besar menelan keseluruhan candle merah sebelumnya.
Maksud: Pembeli mengambil alih pasaran daripada penjual dengan momentum yang jelas.
Interpretasi: Lebih kukuh jika berlaku selepas trend jatuh yang panjang. Selalunya digunakan sebagai signal entry beli. Untuk corak bullish lain seperti Harami, Morning Star & Three White Soldiers, anda boleh rujuk artikel khas kami: 5 Jenis Candle Bullish Wajib Tahu.
6. Bearish Engulfing
Ciri-ciri: Corak double candlestick. Candlestick merah besar menelan candle hijau sebelumnya.
Maksud: Penjual menguasai pasaran dengan tekanan kuat.
Interpretasi: Lebih kukuh jika muncul selepas trend menaik yang panjang → signal entry jual yang biasa digunakan trader.
Ciri-ciri: Corak 3 candlestick (merah panjang → candle kecil/terasing → hijau panjang). Dalam Forex, “gap” pada candle tengah adalah ideal tetapi tidak wajib; yang penting ada pengesahan bullish pada candle hijau selepasnya.
Maksud: Seller kehilangan kawalan, buyer mula ambil alih pasaran.
Interpretasi: Signal reversal bullish yang lebih kuat jika muncul berhampiran zon sokongan utama.
8. Evening Star
Ciri-ciri: Corak 3 candlestick (hijau panjang → candle kecil/terasing → merah panjang). Ia adalah versi terbalik Morning Star. “Gap” adalah ideal tetapi tidak wajib; kekuatan corak bergantung pada pengesahan bearish selepasnya.
Maksud: Buyer kehilangan momentum, seller mula kawal pasaran.
Interpretasi: Signal reversal bearish yang lebih kuat jika muncul berhampiran resistance.
8. Spinning Top
Ciri-ciri: Corak single candlestick. Body kecil dengan ekor atas & bawah hampir sama panjang.
Maksud: Pasaran tidak jelas arah, buyer & seller sama kuat.
Interpretasi: Signal neutral. Trader biasanya tunggu pengesahan daripada candlestick seterusnya untuk tahu arah sebenar.
9. Marubozu
Ciri-ciri: Corak single candlestick. Marubozu klasik tiada ekor; tetapi wujud variasi ‘opening/closing marubozu’ yang mungkin ada satu ekor kecil.
Maksud: Kawalan penuh sama ada oleh buyer atau seller sepanjang tempoh.
Jenis:
Marubozu Hijau: buyer dominan → pasaran naik tanpa tentangan.
Marubozu Merah: seller dominan → pasaran jatuh tanpa tentangan.
Interpretasi: Signal momentum yang sangat kuat, biasanya menunjukkan trend sedia ada akan diteruskan.
Untuk memudahkan anda, berikut jadual ringkasan ciri, maksud dan kegunaan setiap jenis candlestick yang telah kita bincangkan:
Jenis Candlestick
Maksud
Kegunaan
Doji (Single Candlestick Pattern)
Pasaran tidak pasti, buyer & seller sama kuat
Tanda potensi reversal atau pasaran hilang momentum
Hammer (Single Candlestick Pattern)
Pembeli mula menguasai semula selepas penurunan
Signal bullish reversal, lebih kukuh di zon sokongan
Hanging Man (Single Candlestick Pattern)
Penjual mula tekan harga turun
Amaran awal trend menaik sudah lemah
Shooting Star (Single Candlestick Pattern)
Rejection di paras tinggi, seller dominan
Signal bearish reversal, kuat jika dekat resistance
Bullish Engulfing (Double Candlestick Pattern)
Buyer ambil alih pasaran
Signal entry beli selepas trend menurun
Bearish Engulfing (Double Candlestick Pattern)
Seller ambil alih pasaran
Signal entry jual selepas trend menaik
Morning Star (Triple Candlestick Pattern)
Seller hilang momentum, buyer mula menguasai
Signal reversal bullish yang lebih kuat jika muncul berhampiran zon sokongan utama
Evening Star (Triple Candlestick Pattern)
Buyer hilang momentum, seller menguasai
Signal reversal bearish lebih kuat dengan resistance
Spinning Top (Single Candlestick Pattern)
Pasaran tidak jelas arah
Signal neutral, tunggu pengesahan candle seterusnya
Marubozu (Single Candlestick Pattern)
Kawalan penuh buyer (hijau) atau seller (merah)
Signal momentum sangat kuat, trend sedia ada diteruskan
Bagaimana Jenis-jenis Candlestick Ini Membantu Trader?
Membaca Sentimen Pasaran Candlestick tunjuk siapa lebih dominan — buyer (bulls) atau seller (bears). Contohnya, Bullish Engulfing petanda buyer semakin kuat, manakala Shooting Star menunjukkan tekanan jualan.
Isyarat Awal Trend Corak tertentu boleh jadi tanda reversal (contoh: Hammer selepas kejatuhan) atau continuation (contoh: Marubozu hijau menandakan momentum masih kukuh).
Timing Entry & Exit Gabungan candlestick dengan zon sokongan/rintangan membantu tentukan bila masa sesuai masuk atau keluar pasaran tanpa terlalu awal atau lewat.
Pengurusan Risiko Shadow boleh dijadikan rujukan letak stop-loss. Contoh, selepas hammer, stop-loss diletakkan sedikit di bawah ekor untuk kurangkan risiko kerugian besar.
Ringkasnya, memahami jenis candlestick bantu trader membaca arah pasaran, membuat keputusan lebih tepat, dan melindungi modal.
Kesimpulan
Candlestick bukan sekadar corak di carta, tetapi “bahasa pasaran” yang menceritakan pertarungan antara buyer dan seller. Dengan memahami setiap jenis candlestick, anda sebenarnya sedang belajar membaca emosi pasaran — ketakutan, ketamakan, dan momentum di sebalik pergerakan harga.
Namun, jangan lupa bahawa candlestick hanyalah satu bahagian daripada analisis teknikal. Gabungkan dengan sokongan/rintangan, indikator, serta pengurusan risiko yang bijak untuk hasil lebih konsisten.
Jika anda mahu mencuba strategi ini dalam pasaran sebenar dengan kondisi trading yang lebih adil — spread rendah, leverage fleksibel, dan sokongan komuniti global — mulakan perjalanan anda bersama Ultima Markets hari ini.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.