This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Dalam dunia analisis teknikal, Doji candlestick merupakan salah satu corak yang paling dikenali dan sering digunakan oleh trader untuk memahami keadaan pasaran semasa. Ramai trader menjadikan Doji sebagai petunjuk awal untuk baca momentum atau potensi reversal yang sedang terbentuk. Tapi, apa sebenarnya maksud Doji candlestick dalam trading?
Definisi Doji Candlestick
Doji candlestick ialah corak harga di carta yang menunjukkan harga buka dan harga tutup hampir sama. Ia biasanya mencerminkan ketidaktentuan pasaran, dan sering digunakan sebagai isyarat awal untuk potensi perubahan arah (reversal), atau sebagai tanda bahawa pasaran sedang berhenti seketika sebelum menyambung trend sedia ada.
Candlestick ini terbentuk apabila harga pembukaan dan penutupan berada hampir pada paras yang sama, menyebabkan bentuknya sangat kecil atau hampir tidak mempunyai body langsung. Keadaan ini menandakan bahawa buyer dan seller mempunyai kekuatan yang seimbang — tidak ada pihak yang mendominasi pasaran buat masa itu.
Bagaimana Nak Kenal Pasti Doji Candlestick Dalam Trading?
Terdapat beberapa jenis Doji yang biasa dilihat di carta candlestick. Walaupun asasnya sama, setiap jenis memberikan petunjuk berbeza berdasarkan kedudukan shadow (sumbu) dan di mana ia muncul dalam trend.
1. Doji (Standard Doji)
Harga buka ≈ harga tutup
Muncul semasa pasaran dalam fasa ketidaktentuan
Jika muncul selepas strong uptrend atau downtrend, ia boleh menjadi amaran awal bahawa momentum semakin lemah dan reversal mungkin berlaku.
2. Dragonfly Doji
Tiada sumbu atas, tetapi sumbu bawah sangat panjang
Harga dibuka tinggi, turun jauh, tetapi buyer tolak kembali ke atas hingga tutup di paras buka
Biasanya dilihat sebagai tanda sokongan kuat, terutama jika berlaku berhampiran zon support
3. Gravestone Doji
Tiada sumbu bawah, tetapi sumbu atas sangat panjang
Harga dibuka rendah, naik tinggi, tetapi ditolak semula ke bawah oleh seller hingga tutup di paras buka
Boleh menandakan tekanan jualan kuat, terutamanya jika muncul berhampiran zon resistance
4. Long-Legged Doji
Mempunyai sumbu atas dan bawah yang panjang
Menunjukkan buyer dan seller bertarung hebat sepanjang sesi, tetapi akhirnya harga kembali ke titik permulaan
Jika muncul di penghujung trend, ia boleh dianggap sebagai signal ketidakyakinan pasaran untuk meneruskan trend tersebut
5. Four Price Doji
Harga buka = harga tutup = high = low
Tidak ada body dan tiada shadow
Jarang berlaku; biasanya muncul ketika pasaran sangat tenang atau semasa cuti pasaran
Tidak banyak nilai untuk trade entry, tapi berguna untuk kenal pasti fasa pasaran yang “senyap”
Bila Nak Guna Doji Dalam Trading?
Doji bukanlah signal beli atau jual secara automatik. Ia lebih kepada petunjuk keadaan pasaran yang perlu disahkan dengan faktor lain. Ia jadi lebih bermakna apabila:
Muncul selepas trend yang kuat (uptrend atau downtrend) — tanda momentum mungkin berakhir
Disokong oleh indikator teknikal lain seperti RSI, MACD, atau kawasan Support & Resistance
Berlaku semasa acara ekonomi penting atau sebelum sesi pasaran utama bermula (contoh: sesi London atau New York)
Namun begitu, jika Doji muncul ketika pasaran dalam keadaan mendatar (sideways/ranging), ia biasanya kurang signifikan.
Cara Menggunakan Doji Dalam Strategi Dagangan
Walaupun anda tahu maksud Doji candlestick dalam trading, ramai trader tersilap langkah bila guna signal ini tanpa pengesahan tambahan. Berikut adalah cara praktikal untuk menggunakan Doji dalam membuat keputusan dagangan:
1. Gabungkan Dengan Zon Support / Resistance
Contoh: Jika Doji muncul di kawasan resistance EUR/USD, dan candle seterusnya tutup bearish, ini boleh dianggap sebagai peluang entry untuk short position.
2. Gunakan Confirmation Candle
Doji hanya memberi signal amaran — bukan arahan entry. Tunggu satu candle selepas Doji untuk pengesahan arah:
Jika candle seterusnya bullish, anda boleh pertimbangkan buy
Jika bearish, pertimbangkan sell
3. Elakkan Guna Doji Dalam Ranging Market
Doji akan kerap muncul dalam pasaran yang mendatar, tetapi dalam konteks ini, ia tidak membawa makna penting. Fokuskan penggunaan Doji dalam pasaran yang sedang trending.
Contoh Situasi Dalam Market
Contoh ini tunjuk bagaimana corak Doji candlestick dalam trading boleh beri peluang entry jika digabungkan dengan analisis teknikal yang tepat.
Bayangkan anda sedang analisis carta GBP/USD. Harga telah menaik selama 3 hari, dan kini menghampiri zon resistance 1.3000. Tiba-tiba muncul Gravestone Doji. Jika candle selepas itu ditutup bearish, ini boleh jadi peluang untuk entry short, dengan stop loss sedikit di atas high candlestick tersebut.
Perbezaan Antara Doji dan Spinning Top
Ramai trader baru yang keliru antara Doji dan Spinning Top, sebab kedua-duanya kelihatan kecil dan menandakan ketidaktentuan. Tapi ada beza penting:
Ciri
Doji
Spinning Top
Body
Sangat kecil atau tiada langsung
Kecil tetapi masih ada body
Harga Buka & Tutup
Hampir sama (≃)
Ada sedikit beza
Makna Utama
Ketidaktentuan ekstrem
Ketidaktentuan ringan / neutral
Kebiasaan Digunakan
Reversal atau re-entry signal
Tanda pasaran perlahan
Doji lebih ekstrem dari segi ketidaktentuan, manakala Spinning Top lebih kepada neutral sentiment.
Kesimpulan – Fahamkan Apa Maksud Doji Candlestick Dalam Trading
Doji candlestick ialah petunjuk penting yang membantu trader membaca situasi pasaran — sama ada ia sedang hilang arah, atau bersedia untuk buat reversal. Ia bukanlah isyarat entry secara langsung, tapi bila digunakan dengan strategi yang betul dan disahkan dengan faktor lain, Doji boleh beri kelebihan dalam membuat keputusan trading.
Kalau anda berminat untuk mengasah kemahiran analisis candlestick, Ultima Markets menyediakan platform dagangan lengkap dengan carta masa sebenar, sokongan teknikal dan spread kompetitif.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.