This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Fahami maksud trend pasaran, jenis utama, faktor yang mempengaruhi serta strategi trader untuk membaca arah pasaran dengan lebih tepat.
Trend Pasaran: Panduan Lengkap Untuk Trader
Dalam dunia kewangan, trend pasaran adalah kompas utama untuk trader membuat keputusan bijak.
Secara ringkas, trend pasaran ialah arah umum pergerakan harga atau aktiviti dalam sesebuah pasaran. Ia boleh dilihat dalam forex, saham, emas, komoditi, bahkan juga dalam pasaran pengguna. Trend ini memberi gambaran sama ada harga cenderung untuk terus naik, turun, atau bergerak mendatar dalam satu tempoh tertentu.
Apa Itu Trend Pasaran?
Definisi: Trend pasaran merujuk kepada arah pergerakan harga dalam tempoh tertentu sama ada menaik (uptrend), menurun (downtrend) atau mendatar (sideways).
Dalam erti kata yang lain, trend pasaran merujuk kepada corak puncak (high) dan dasar (low) harga yang terbentuk secara berturutan. Bila kita analisis carta, trend membantu menentukan “mood” pasaran, adakah pembeli (bulls) lebih dominan, penjual (bears) lebih kuat, atau pasaran sekadar tunggu arah baru.
Jenis Trend Pasaran Utama
Uptrend (Trend Menaik)
Harga membentuk puncak (high) lebih tinggi dan dasar (low) lebih tinggi dari sebelumnya.
Tanda pembeli menguasai pasaran.
Contoh: EUR/USD naik dari 1.0800 → 1.1000 → 1.1200 selepas Federal Reserve umum kadar faedah kekal rendah.
Strategi trader: cari peluang buy di kawasan sokongan (contoh: retracement ke MA50).
Downtrend (Trend Menurun)
Harga membentuk puncak lebih rendah dan dasar lebih rendah secara berterusan.
Menunjukkan penjual lebih dominan.
Contoh: Bitcoin jatuh dari $30,000 → $28,000 → $25,000 selepas sentimen negatif pasaran kripto.
Strategi trader: cari peluang sell bila harga retrace ke zon rintangan atau gunakan signal MACD bearish crossover.
Sideways / Range (Trend Mendatar)
Harga bergerak dalam julat tertentu tanpa arah jelas.
Biasanya berlaku bila pasaran menunggu berita penting atau kurang volume.
Contoh: Gold (XAU/USD) hanya bergerak antara $1900 – $1950 seminggu sebelum data NFP dikeluarkan.
Strategi trader: sesuai untuk range trading — beli di support $1900, jual di resistance $1950.
Jenis Trend
Arah Harga
Contoh Trading
Strategi Sesuai
Uptrend (Menaik)
High & low semakin tinggi → buyers (bulls) dominan
EUR/USD naik dari 1.0800 → 1.1000 → 1.1200
Cari peluang buy di support / retracement
Downtrend (Menurun)
High & low semakin rendah → sellers (bears) dominan
Bitcoin jatuh dari $30,000 → $28,000 → $25,000
Cari peluang sell di resistance / signal bearish
Sideways (Mendatar)
Harga kekal dalam julat → tiada dominasi jelas
Gold (XAU/USD) bergerak antara $1900 – $1950
Range trading – buy di support, sell di resistance
Mengapa Trend Pasaran Penting?
Untuk Trader & Pelabur
Membantu tentukan bila masa sesuai untuk beli (long) atau jual (short).
Memberi panduan sama ada untuk ikut arus pasaran atau ambil peluang melawan trend.
Mengurangkan risiko tersalah masuk pasaran.
Untuk Usahawan & Syarikat
Trend pasaran bukan sahaja merujuk kepada harga aset, tetapi juga tingkah laku pengguna dan pola permintaan.
Contoh: jika trend pasaran menunjukkan permintaan tinggi terhadap produk mesra alam, syarikat boleh laraskan strategi pemasaran & pengeluaran.
Dengan memahami trend, usahawan dapat meramal jualan lebih tepat dan menyesuaikan model perniagaan supaya kekal relevan.
Faktor Yang Mempengaruhi Trend Pasaran
1. Data Ekonomi Global
Data ekonomi adalah “nadi” utama yang membentuk sentimen pasaran.
Contoh faktor: kadar faedah bank pusat, kadar inflasi, pertumbuhan KDNK, kadar pengangguran, serta laporan NFP (Non-Farm Payroll) di Amerika Syarikat.
Bila Federal Reserve menaikkan kadar faedah, USD biasanya menguat kerana pelabur lebih tertarik dengan pulangan yang lebih tinggi. Sebaliknya, kadar faedah rendah boleh melemahkan mata wang.
Contoh trading: Selepas pengumuman NFP yang lebih baik daripada jangkaan, USD/JPY boleh melonjak kerana pasaran menjangka Fed akan terus mengetatkan dasar monetari.
2. Sentimen Pelabur
Sentimen menggambarkan emosi & psikologi pelabur — sama ada mereka berani mengambil risiko (risk-on) atau lebih berhati-hati (risk-off).
Bullish sentiment: harga saham, emas, atau kripto boleh naik kerana permintaan tinggi.
Bearish sentiment: pelabur menjual aset berisiko (contoh saham & kripto) dan lari kepada aset selamat seperti emas & bon kerajaan.
Contoh trading: Ketika pasaran global panik akibat krisis kewangan, indeks saham seperti S&P 500 jatuh, manakala harga emas meningkat kerana dianggap safe haven.
3. Peristiwa Geopolitik
Faktor bukan ekonomi juga mempengaruhi trend pasaran, termasuk konflik peperangan, sekatan ekonomi, pilihan raya, atau perubahan dasar kerajaan.
Contoh: Perang Rusia-Ukraine menyebabkan harga minyak mentah (WTI/Brent) melonjak kerana gangguan bekalan tenaga global.
Contoh trading: Trader komoditi mengambil peluang pada kenaikan mendadak minyak, manakala pasaran saham Eropah jatuh akibat risiko geopolitik.
4. Perkembangan Teknologi & Industri
Pasaran juga digerakkan oleh trend teknologi & perubahan industri. Bila sesuatu sektor mendapat perhatian pelabur, saham dalam sektor itu boleh mencipta trend baru.
Contoh: Saham syarikat AI seperti NVIDIA melonjak kerana permintaan cip grafik untuk AI & data center meningkat.
Contoh lain: Tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) menjadi trend pasaran kerana sokongan kerajaan & peralihan dunia kepada ESG (Environmental, Social, Governance).
Implikasi trading: Trader saham fokus pada sektor-sektor “hot” yang sedang trending, manakala pelabur jangka panjang melihatnya sebagai peluang pertumbuhan.
Jenis Trend Pasaran Dalam Trading
1. Trend Pasaran Jangka Pendek (Short-term Trend)
Tempoh: Beberapa minit hingga beberapa hari, biasanya dilihat pada carta 15 minit, 1 jam atau harian.
Siapa sesuai:Day trader & scalper yang aktif masuk dan keluar pasaran dalam masa singkat.
Ciri-ciri:
Harga banyak dipengaruhi oleh berita jangka pendek (contoh: pengumuman data inflasi atau ucapan bank pusat).
Volatiliti tinggi, pergerakan cepat tetapi kadang-kadang penuh dengan “false breakout”.
Contoh: EUR/USD melonjak 50–100 pips selepas laporan NFP keluar melebihi jangkaan.
Strategi sesuai:
Gunakan indikator momentum seperti RSI atau Stochastic.
Contoh: Jika anda long pada GBP/USD 1.2500 dan harga naik ke 1.2600, anda boleh gerakkan stop loss dari 1.2450 → 1.2550 untuk kunci keuntungan.
Membolehkan anda “ride the trend” tanpa risau kehilangan semua profit.
Contoh Uptrend dengan titik Higher High dan Higher Low
Kesimpulan
Memahami trend pasaran adalah asas untuk semua trader. Ia bukan sekadar garis pada carta, tetapi cerminan keyakinan, ketakutan, dan pergerakan modal global. Dengan kebolehan mengecam trend pasaran, anda boleh merangka strategi yang lebih tepat, mengurangkan risiko, dan meningkatkan peluang keuntungan.
Di Ultima Markets, anda boleh akses analisis pasaran terkini, carta interaktif MT4/MT5, serta sokongan pakar untuk memahami trend pasaran dengan lebih jelas sebelum membuat keputusan dagangan.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.