This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Ketahui Waktu Trade Forex Malaysia mengikut sesi global. Fahami bila pasaran paling aktif & masa terbaik untuk peluang trading.
Waktu Trade Forex Malaysia: Bila Masa Paling Sesuai?
Bilakah sebenarnya waktu trade forex yang terbaik? Forex memang beroperasi 24 jam sehari, 5 hari seminggu kerana ia melibatkan rangkaian bank dan institusi kewangan seluruh dunia. Namun, tidak semua masa sesuai untuk berdagang — ada waktu tertentu pasaran lebih aktif, volatiliti lebih tinggi, dan peluang trading lebih jelas.
Apa yang Dimaksudkan Oleh Waktu Trade Forex?
Waktu trade forex ialah tempoh aktif pasaran mata wang global, dibahagikan kepada beberapa sesi utama mengikut zon masa dunia (Sydney, Tokyo, London, dan New York).
Bezanya dengan saham:
Saham hanya boleh didagangkan pada waktu tertentu bergantung kepada bursa (contoh: Bursa Malaysia dari 9 pagi – 5 petang).
Forex pula fleksibel kerana ia berjalan 24 jam sehari, 5 hari seminggu, jadi trader boleh pilih waktu yang sesuai ikut zon masa dan strategi masing-masing. Jika anda baru bermula, elok faham dulu asas apa itu forex sebelum mendalami waktu trade.
Artikel ini akan fokus pada waktu trade forex, khasnya dari perspektif trader Malaysia (MYT, GMT+8), dan bagaimana mengenal pasti masa paling sesuai untuk masuk pasaran.
Sesi-Sesi Utama Pasaran Forex
Walaupun forex buka 24 jam sehari (Isnin – Jumaat), ia sebenarnya dibahagikan kepada 4 sesi utama berdasarkan pusat kewangan dunia. Setiap sesi ada ciri-ciri tersendiri:
1. Sesi Sydney (6 pagi – 3 petang MYT)
Sesi pertama yang membuka pasaran selepas hujung minggu.
Volatiliti rendah kerana volume dagangan masih kecil.
Sesuai untuk trader yang suka pergerakan perlahan atau nak buat “warm up” awal minggu.
Paling aktif untuk pasangan mata wang yang melibatkan AUD dan NZD.
2. Sesi Tokyo / Asia (8 pagi – 5 petang MYT)
Sesi Asia dengan Jepun sebagai pasaran utama, kadang-kadang digabungkan dengan Hong Kong & Singapura.
Pasangan mata wang yang paling aktif ialah JPY pairs seperti USD/JPY, EUR/JPY, AUD/JPY.
Aktiviti sederhana, sesuai untuk trader swing yang cari entry lebih stabil.
Kadang-kadang berlaku “false breakout” awal hari bila market masih cari arah.
3. Sesi London (3 petang – 12 tengah malam MYT)
Sesi paling sibuk dalam pasaran forex, melibatkan hampir 40% volume dagangan global.
Bank, hedge fund, dan institusi Eropah aktif ketika ini.
Sesuai untuk trade major pairs (EUR/USD, GBP/USD, EUR/GBP).
Pergerakan harga biasanya besar, banyak peluang untuk scalping & intraday.
4. Sesi New York (9 malam – 6 pagi MYT)
Salah satu sesi paling volatile kerana USD adalah mata wang dominan dunia.
Kebanyakan data ekonomi Amerika Syarikat (NFP, CPI, FOMC) diumumkan dalam sesi ini → boleh menyebabkan lonjakan besar.
Overlap dengan sesi London (8 malam – 12 tengah malam MYT) menjadikan pasaran paling aktif & likuid.
Jadual Waktu Trade Forex (UTC/GMT & MYT, GMT+8)
Sesi Pasaran
Waktu (UTC/GMT)
Waktu Malaysia (MYT, UTC+8)
Ciri-Ciri Utama
Sydney
10:00 pm – 7:00 am UTC
6:00 am – 3:00 pm MYT
Buka awal minggu, volatility rendah
Tokyo / Asia
12:00 am – 9:00 am UTC
8:00 am – 5:00 pm MYT
Fokus JPY pairs, pergerakan sederhana
London
7:00 am – 4:00 pm UTC
3:00 pm – 12:00 am MYT
Sesi paling sibuk, high volume
New York
1:00 pm – 10:00 pm UTC
9:00 pm – 6:00 am MYT
USD dominan, berita ekonomi AS memberi kesan
Masa Paling Aktif: Overlap Sesi
Dalam dunia forex, waktu yang paling menarik perhatian trader ialah ketika dua sesi pasaran bertindih (overlap). Pada waktu inilah volume dagangan meningkat, volatiliti jadi lebih tinggi, dan peluang entry lebih jelas.
1. London – New York Overlap (9 malam – 12 tengah malam, MYT)
Inilah “prime time” untuk trader Malaysia.
Dua pusat kewangan terbesar dunia aktif serentak → menjadikan pergerakan harga sangat laju.
Hampir 70% transaksi harian berlaku dalam tempoh ini.
Data ekonomi Amerika seperti Non-Farm Payroll (NFP), CPI, dan ucapan FOMC biasanya diumumkan waktu ini → boleh mencetuskan pergerakan ratusan pip dalam masa singkat.
Sesuai untuk:
Scalper & intraday trader yang mahu tangkap pergerakan besar.
Trade major pairs seperti EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, USD/CAD.
2. Tokyo – London Overlap (3 – 5 petang, MYT)
Overlap pendek (1 jam sahaja).
Pergerakan sederhana, tidak seaktif overlap London–New York.
Biasanya berlaku “transition” daripada sesi Asia ke sesi Eropah.
Sesuai untuk:
Swing trader yang nak cari entry awal sebelum volume besar masuk di sesi London.
Pair yang lebih aktif: EUR/JPY, GBP/JPY, EUR/USD.
Pasangan Forex & Waktu Terbaik Untuk Trade
Tidak semua pasangan mata wang bergerak aktif pada masa yang sama. Ini kerana setiap sesi pasaran lebih fokus kepada mata wang utama negara yang berkaitan. Dengan memahami hubungan ini, trader boleh pilih pair yang paling likuid pada waktu tertentu — sekaligus kurangkan risiko “terperangkap” dalam pasaran yang perlahan.
Contohnya:
Sesi Asia biasanya lebih aktif untuk JPY pairs.
Sesi London dan New York pula jadi tumpuan untuk major pairs seperti EUR/USD dan GBP/USD.
Berikut panduan ringkas:
Sesi Pasaran
Pasangan Mata Wang Aktif
Sebab Utama
Sydney (6 pagi – 3 petang MYT)
AUD/USD, NZD/USD
Data ekonomi Australia & New Zealand dikeluarkan waktu ini
Tokyo / Asia (8 pagi – 5 petang MYT)
USD/JPY, EUR/JPY, AUD/JPY
Pasaran Jepun & Asia Timur buka, JPY jadi tumpuan
London (3 petang – 12 tengah malam MYT)
EUR/USD, GBP/USD, EUR/GBP
Sesi paling sibuk, bank & institusi Eropah aktif
New York (9 malam – 6 pagi MYT)
EUR/USD, GBP/USD, USD/CHF, USD/CAD
USD dominan, banyak berita ekonomi AS diumumkan
Tip:
Major pairs (EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY) → paling sesuai semasa London & New York.
Cross pairs Asia (AUD/JPY, NZD/JPY) → lebih aktif semasa Tokyo/Asia.
Setiap trader ada gaya dan jadual berbeza. Jadi pemilihan waktu trade forex sebaiknya ikut cara hidup dan strategi anda:
Scalper (trade pantas, target kecil): Paling sesuai semasa overlap London–New York (9 malam – 12 tengah malam MYT). Harga bergerak laju, spread ketat, peluang entry lebih banyak.
Swing trader (trade beberapa hari): Boleh manfaatkan sesi Asia (Tokyo) kerana pasaran lebih stabil. Entry diambil waktu siang, kemudian biarkan posisi berjalan hingga sesi aktif (London/NY).
Intraday trader: Fokus pada sesi London bermula petang Malaysia. Pasaran biasanya mula aktif dan jelas arah.
Trader sepenuh masa: Pilih London & New York sebab banyak berita ekonomi global dikeluarkan, peluang entry juga lebih pelbagai.
Trader separuh masa (kerja pejabat 9–5): Masa paling sesuai ialah malam (London & overlap NY). Sesuai untuk orang Malaysia yang hanya boleh buka chart selepas waktu kerja.
Tip Tambahan: Jika anda baru nak mula, cuba pilih 1–2 sesi sahaja yang konsisten. Jangan cuba trade semua sesi kerana mudah jadi penat & hilang fokus.
Kalau anda nak tahu lebih mendalam beza gaya scalping dengan swing trading, boleh baca artikel Scalping vs Swing Trading. Selain itu, nak tahu lebih lanjut tentang intraday trading? Panduan lengkap intraday trading ini boleh jadi rujukan anda.
Faktor Lain Yang Mempengaruhi Waktu Trade Forex
Selain sesi pasaran, ada beberapa faktor lain yang menentukan sama ada sesuatu waktu sesuai atau tidak untuk trading.
1. Hari Dalam Seminggu
Isnin pagi: Pasaran perlahan kerana trader institusi biasanya ambil masa “cari arah” selepas hujung minggu. Banyak trader runcit juga tunggu isyarat jelas sebelum masuk pasaran.
Selasa – Khamis: Tempoh paling aktif kerana majoriti laporan ekonomi dan mesyuarat bank pusat diumumkan pada hari-hari ini. Rabu & Khamis sering mencatatkan pergerakan besar.
Jumaat:
Petang hingga awal malam masih aktif kerana data ekonomi AS (contoh: NFP) biasanya dikeluarkan.
Lewat malam pasaran jadi perlahan kerana ramai trader & institusi tutup posisi sebelum hujung minggu → menyebabkan likuiditi berkurang.
2. Kalendar Ekonomi
Berita ekonomi berimpak tinggi boleh ubah pasaran dalam masa beberapa minit.
Contoh utama:
Non-Farm Payroll (NFP): laporan pekerjaan AS, setiap Jumaat pertama bulan.
CPI (Inflasi): beri petunjuk dasar monetari seterusnya.
Mesyuarat FOMC / Fed Rate Decision: pengumuman kadar faedah AS → kesan besar pada USD.
ECB, BOE, BOJ meeting: beri kesan kepada EUR, GBP, JPY.
Trader biasanya elak masuk pasaran beberapa minit sebelum berita dikeluarkan kerana pergerakan boleh jadi sangat “spiky” (turun-naik laju).
3. Faktor Global & Geopolitik
Krisis geopolitik, bencana alam, atau ketegangan ekonomi boleh mencetuskan pergerakan luar jangka.
Contoh: konflik minyak boleh beri kesan besar pada CAD (kanada eksport minyak) dan USD.
Kesimpulan
Secara ringkasnya, waktu trade forex terbaik ialah semasa overlap London dan New York kerana pasaran sangat aktif. Tapi pilihan tetap bergantung kepada gaya trading anda. Dengan memahami sesi pasaran dan pasangan mata wang yang sesuai, anda boleh merancang strategi lebih bijak.
Di Ultima Markets, anda boleh akses pasaran forex 24/5 dengan spread rendah, pelaksanaan order yang pantas, serta kalendar ekonomi terkini untuk bantu anda pilih waktu trading paling sesuai.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.