This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Scalping bukan “scalp ticket” atau penjual tiket haram ya. Dalam trading, scalping ialah gaya dagangan pantas yang kejar pergerakan harga kecil berulang kali dalam sehari. Dalam artikel ni, kita akan tengok maksud scalper, siapa yang sesuai, dan teknik scalping dan tip risiko supaya senang ikut.
Apa Maksud Scalper?
Scalping ialah gaya dagangan berkekerapan tinggi secara manual di timeframe rendah (M1–M15). Matlamatnya mudah: ambil untung kecil tapi kerap melalui entry dan exit yang pantas, guna setup teknikal yang ringkas dan disiplin risiko yang ketat.
Maksud scalper: trader yang guna gaya ini. Biasanya mereka fokus pada spread ketat, sesi aktif (contoh pertindihan London–New York), dan execution yang laju.
Definisi Scalper dan Scalping
Maksud Scalper: Trader yang sasarkan keuntungan kecil tetapi kerap dalam tempoh sangat singkat (contoh beberapa minit) pada TF rendah seperti M1–M15.
Teknik Scalping: Kaedah entry/exit pantas berdasarkan setup teknikal yang ringkas + pengurusan risiko yang ketat.
Untuk gaya masuk keluar yang pantas, konsep intraday trading sangat rapat dengan scalping. Bezanya pada tempoh pegangan dan kekerapan entry.
Kenapa Trader Minat Scalping?
Nak tahu kenapa scalping antara gaya kegemaran trader? Jom fahami maksud scalper dan sebab teknik ni semakin diminati.
Cepat & aktif: Sesuai jika anda suka keputusan segera, tak mahu tunggu swing berhari-hari.
Banyak peluang: Pasaran forex bergerak 24/5; dalam sejam pun boleh ada beberapa setup.
Fleksibel modal: Dengan pengurusan risiko betul, scalper boleh mula kecil sambil belajar.
Peringatan: Laju tak semestinya mudah. Teknik scalping memerlukan fokus, latihan, dan sistem risiko yang konsisten.
Bagaimana Teknik Scalping Berfungsi
Untuk memahami maksud scalper dengan lagi menyeluruh, mari kita tengok syarat asas dan cara kerja menggunakan teknik scalping ini.
Syarat Asas
Timeframe (TF): M1–M5 untuk entry, M15–H1 untuk konteks.
Sesi Aktif: London–NY overlap sekitar 8 pm–12 am MYT (berubah ikut DST).
Spread & Kos: Scalper sangat sensitif terhadap kos kerana spread dan komisen yang kecil sekalipun boleh menelan untung, memandangkan sasaran pip mereka amat kecil.
Contoh pergerakan scalping.
Workflow Teknik Scalping
Tetapkan konteks pada carta M15 hingga H1 Sebelum masuk di M1 hingga M5, pastikan gambaran besar: pasaran sedang trend (naik atau turun) atau range (sideways), dan tandakan Support/Resistance (S/R) utama. (Kalau perlukan refresher, lihat panduan trend pasaran.)
Pilih entry setup pada timeframe rendah Gunakan satu kaedah dan amalkan secara konsisten:
Breakout Box: harga memecahkan consolidation range yang ketat.
Exponential Moving Average 20 (EMA 20) pullback: masuk selari arah trend selepas harga menarik balik ke EMA 20.
Volume Weighted Average Price (VWAP) reversion: pada hari yang mendatar, cari peluang harga kembali ke VWAP.
Range S/R: buy berhampiran support, sell berhampiran resistance.
Tetapkan peraturan risiko yang jelas Hadkan risiko 0.25% hingga 0.5% setiap dagangan. Letakkan Stop Loss (SL) berasaskan struktur pasaran (contohnya di bawah swing low atau di atas swing high), bukan nombor rawak.
Laksanakan pesanan dengan terancang Gunakan Limit Order atau Stop Order jika sesuai; elakkan mengejar harga. Sentiasa semak spread sebelum masuk.
Urus dagangan secara objektif Sasarkan Risk:Reward (R:R) sekitar 1:1 hingga 1:2. Pertimbangkan partial close di pertengahan julat dan gerakkan Stop Loss ke Breakeven (BE) apabila harga sudah memihak.
Tapis masa mengikut keadaan pasaran Utamakan tempoh yang volatile seperti pertindihan sesi London–New York (±8 malam hingga 12 tengah malam MYT). Elakkan tempoh tidak aktif atau sekitar berita besar jika belum berpengalaman.
Rekod dan semak semula prestasi Simpan jurnal: sebab entry, emosi, R:R, dan keputusan. Semak mingguan untuk refine teknik scalping dan mengekalkan disiplin sebagai scalper.
7 Teknik Scalping Traders Patut Tahu
Kalau nak faham maksud scalper secara terperinci, berikut ialah 7 teknik scalping yang boleh anda cuba terus pada carta.
1) Breakout “Box” M5
Setup: Lukis consolidation range (kotak) 30–90 minit di M5 — guna high/low yang jelas.
Trigger: Tunggu candle close di luar kotak untuk elak fakeout; entry ikut arah breakout.
SL: Dalam kotak (sedikit di sebalik sempadan).
TP: 1–2R atau ke paras halangan terdekat.
Waktu ideal: Pertindihan sesi London–New York (volatile).
Elak:Breakout tanpa volume atau dekat major news.
2) Pullback ke Exponential Moving Average 20 (EMA 20)
Setup: Pastikan trend di M15; turun ke M1–M5.
Trigger: Pullback ke EMA 20 + rejection candle (pin bar/engulfing) ikut arah trend.
SL: Di belakang wick/swing terdekat.
TP: Swing high/low seterusnya atau 1–2R.
Waktu ideal: Trend jelas dengan siri higher low/lower high yang konsisten.
Elak: Hari chop (tiada arah), EMA kerap ditembusi.
3) Volume Weighted Average Price (VWAP) Reversion
Setup: Hari sideways; lukis VWAP.
Trigger: Harga jauh dari VWAP + tanda exhaustion (wick panjang/volume susut) → cari mean reversion.
SL: Di luar ekstrem yang baru terbentuk.
TP: Sekitar VWAP (ambil cepat).
Waktu ideal: Volatiliti sederhana, tiada strong trend.
Elak:Trend day (harga “melekat” di satu sisi VWAP).
Nota: VWAP di-reset setiap hari/sesi dan ketersediaannya bergantung pada platform; dalam FX ia lazimnya berasaskan tick-volume.
4) News Fade “Overreaction”
Setup: Selepas berita, wujud spike melawan struktur utama.
Trigger: Tunggu rejection (contoh, engulfing lawan spike) selepas lonjakan awal reda.
SL: Di luar ekstrem spike.
TP: 1–1.5R (ambil pantas).
Waktu ideal: Berita “sekunder” dengan overreaction ketara.
Elak: NFP/FOMC atau spread melebar keterlaluan.
5) Liquidity Sweep (Stop Hunt)
Setup: Kenal pasti equal highs/equal lows atau zon SL popular.
Trigger: Harga “menyapu” high/low → tutup semula ke dalam julat → entry lawan arah sweep.
SL: Di luar ekstrem sweep.
TP: Mid-range dahulu; sambung ke seberang julat jika momentum kekal.
Waktu ideal: Hari range-bound dengan paras jelas.
Elak: Trend kuat (sweep boleh jadi sambungan trend).
6) Range Scalping di Support/Resistance (S/R)
Setup: Tandakan daily range yang aktif.
Trigger: Rejection di support (buy) atau resistance (sell) — cari candlestick pengesahan.
SL: Beberapa pip di luar S/R.
TP: Mid-range dahulu; baki ke seberang range.
Waktu ideal: Pasaran sideways dengan sempadan jelas.
Elak: Menjelang breakout besar (range makin menipis).
7) Momentum Burst (1–2 Candle Move)
Setup: Tight consolidation di M1–M5 sebelum letusan.
Trigger: Buy Stop/Sell Stop beberapa pip di atas/bawah konsolidasi; sasar impulsive move 1–2 candle.
SL: Di sisi bertentangan konsolidasi.
TP: 1–1.5R (tutup cepat).
Waktu ideal: Pra-pembukaan sesi atau micro catalyst (contoh sentuh VWAP/EMA).
Elak:Whipsaw kerap (volume rendah, pasaran tidak komited).
Pengurusan Risiko Ala Scalper
Risiko per trade: 0.25%–0.5% sudah memadai untuk kekerapan tinggi.
SL wajib: Letak SL berasaskan struktur (bukan angka rawak).
Had harian: Contoh, stop trading selepas -1% ekuiti atau 3 loss berturut.
Jurnal: Catat setup, emosi, dan hasil; itulah cara upgrade teknik scalping daripada “pantas” kepada “berdisiplin”.
Kelebihan & Kekurangan Teknik Scalping
Untuk memahami maksud scalper secara mendalam, mari bandingkan kelebihan dan kekurangan scalping yang paling kerap ditemui di pasaran sebenar.
Aspek
Kelebihan
Kekurangan
Implikasi untuk Trader
Kelajuan Keputusan
Hasil cepat; sesuai kalau suka intraday
Tekanan tinggi; mudah overtrade
Perlukan SOP jelas & disiplin
Kekerapan Peluang
Banyak setup dalam sehari
Kualiti setup mudah merosot
Filter: hanya ambil A-setup
Keperluan Modal
Boleh mula kecil; fokus compounding
Salah urus lot = drawdown pantas
Hadkan risiko 0.25%–0.5%/trade
Kos Transaksi
Profit “kecil tapi kerap” boleh terkumpul
Spread/komisen makan profit
Pilih pair spread ketat + akaun sesuai
Volatiliti Berita
Momentum bagus untuk teknik scalping
Slippage & lonjakan spread
Elak news besar atau guna saiz kecil
Keletihan Mental
Latih fokus & reaksi
Burnout jika sesi panjang
Tetapkan had masa & had rugi harian
Infrastruktur
Boleh manfaatkan pelaksanaan pantas broker
Latency tinggi menjejaskan entry
Guna sambungan stabil & platform ringan
Konsistensi
Proses boleh diulang (box, EMA, VWAP)
Mudah lari pelan bila emosi
Jurnal + review mingguan wajib
Soalan Lazim (FAQ)
Adakah scalping sesuai untuk pemula? Boleh, jika bermula dengan teknik scalping mudah (breakout kotak/range) dan risiko kecil.
Timeframe terbaik? Entry M1–M5, konteks M15–H1. Itu selari dengan maksud scalper yang pantas tetapi berstruktur.
Kesimpulan – Fahami Maksud Scalper Untuk Kuasai Teknik Scalping
Sekarang anda jelas maksud scalper dan tahu teknik scalping yang praktikal untuk dicuba. Untuk pengalaman trading yang lebih lancar dengan spread kompetitif, pelaksanaan pantas dan platform mesra pengguna, jadikan Ultima Markets sebagai rujukan serta sokongan pembelajaran anda.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.