Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom
Roll Arrow
Ultima Markets Silver & Gold Trading Icon
XAGUSD
Buy: 0.00
Sell: 0.00%

Private Equity: Maksud, Cara Ia Berfungsi & Risiko

Summary:

  • Private Equity ialah pelaburan dalam syarikat tidak tersenarai. Fahami maksud, cara ia berfungsi, jenis, risiko, dan contohnya.

Private Equity: Maksud, Cara Ia Berfungsi & Risiko

Private Equity ialah pelaburan dalam syarikat yang tidak didagangkan secara terbuka di pasaran saham. Biasanya, dana pelaburan akan mengumpul modal untuk membeli, membangunkan, atau menyusun semula syarikat sebelum menjualnya semula pada nilai yang lebih tinggi. Dalam sesetengah kes, Private Equity juga melibatkan pengambilalihan syarikat awam untuk dijadikan syarikat persendirian.

Berbeza dengan saham biasa yang boleh dibeli dan dijual dengan lebih mudah, Private Equity selalunya melibatkan tempoh pelaburan yang lebih panjang, kecairan yang lebih rendah, dan pelabur yang mempunyai modal besar.

Apa Itu Private Equity

Apa Maksud Private Equity?

Maksud Private Equity

Secara mudah, maksud Private Equity ialah modal yang dilaburkan ke dalam syarikat swasta, atau digunakan untuk mengambil alih syarikat awam supaya ia tidak lagi didagangkan di bursa. Dana ini biasanya diurus oleh firma pelaburan khas yang membuat keputusan tentang syarikat mana yang hendak dibeli, diperbaiki operasinya, dan akhirnya dijual untuk keuntungan. Pelabur dalam dana itu lazimnya dikenali sebagai limited partners, manakala firma yang mengurus dana bertindak sebagai general partners.

Contoh paling mudah, bayangkan ada sebuah syarikat yang bisnesnya masih bagus tetapi pengurusannya kurang cekap. Firma Private Equity mungkin akan melabur dalam syarikat itu, tukar strategi, kemaskan operasi, kurangkan pembaziran, dan bantu syarikat berkembang. Bila nilai syarikat meningkat, firma itu akan cari jalan untuk keluar daripada pelaburan tersebut dengan keuntungan.

Bagaimana Private Equity Berfungsi?

Secara umum, proses Private Equity berlaku dalam beberapa langkah:

  1. Dana Dikumpulkan

Firma Private Equity mengumpul modal daripada pelabur seperti dana pencen, institusi kewangan, endowment, dan individu beraset tinggi.

  1. Syarikat Sasaran Dipilih

Mereka kemudian mencari syarikat yang berpotensi untuk dipulihkan, diperkembangkan, atau disusun semula.

  1. Penambahbaikan Dibuat

Selepas pelaburan dibuat, firma Private Equity biasanya terlibat secara aktif dalam operasi, struktur kos, strategi pertumbuhan, atau pengurusan syarikat.

  1. Exit

Akhir sekali, mereka akan keluar daripada pelaburan melalui jualan kepada pelabur lain, penjualan kepada syarikat lain, atau penyenaraian awam melalui IPO.

Private Equity Jenis

Jenis-Jenis Private Equity

Walaupun ramai anggap Private Equity itu satu kategori sahaja, sebenarnya ia ada beberapa bentuk utama.

Buyout

Ini antara bentuk Private Equity yang paling biasa. Firma membeli pegangan majoriti atau keseluruhan syarikat untuk mengawal hala tuju bisnes.

Growth Equity

Dalam model ini, pelaburan dibuat ke dalam syarikat yang sudah stabil tetapi perlukan modal tambahan untuk berkembang lebih cepat.

Venture Capital

Venture capital sering dianggap sebahagian daripada spektrum private equity, tetapi fokusnya lebih kepada syarikat peringkat awal atau startup yang berpotensi tinggi dan berisiko tinggi.

Private Equity vs Saham Biasa

Untuk lebih mudah faham, ini perbezaan ringkas antara Private Equity dan saham awam:

AspekPrivate EquitySaham Awam
Jenis syarikatSyarikat persendirian / diambil keluar dari bursaSyarikat tersenarai
KecairanRendahTinggi
Tempoh pelaburanBiasanya jangka panjangBoleh beli jual lebih mudah
Akses pelaburSelalunya institusi / high-net-worthLebih terbuka kepada pelabur runcit
KawalanBoleh ada pengaruh besar pada syarikatBiasanya terhad

Secara ringkas, Private Equity lebih tertumpu kepada pemilikan, kawalan, dan transformasi syarikat, manakala saham awam lebih mudah diakses dan lebih mudah diniagakan.

Kenapa Private Equity Menarik?

Sebab utama Private Equity menarik minat pelabur ialah potensi pulangan yang tinggi. Bila sesebuah syarikat berjaya diperbaiki dan dijual pada nilai lebih tinggi, keuntungan yang terhasil boleh jadi besar.

Selain itu, Private Equity juga memberi peluang untuk melabur dalam syarikat yang belum tersenarai di bursa. Ini membuka akses kepada peluang yang tidak semestinya wujud dalam pasaran saham biasa.

Contoh:

  • Sebuah syarikat makanan tempatan ada jualan stabil tetapi operasi lemah
  • Firma Private Equity masuk sebagai pelabur
  • Sistem logistik diperbaiki
  • Cawangan diperluas
  • Margin keuntungan meningkat
  • Syarikat dijual semula pada penilaian lebih tinggi

Contoh firma Private Equity yang terkenal

Antara nama besar dalam dunia Private Equity ialah Blackstone, KKR, Carlyle, Apollo, dan Silver Lake. KKR sendiri menerangkan bahawa mereka aktif dalam private equity dan mempunyai ratusan portfolio syarikat, manakala Blackstone juga menyatakan private equity ialah salah satu strategi pelaburan utamanya.

KKR Contoh Private Equity Firma

Contoh syarikat yang pernah melalui Private Equity

Beberapa contoh yang senang orang kenal:

  • Hilton Hotels
    Blackstone mengumumkan pengambilalihan Hilton pada 2007 dalam urus niaga bernilai kira-kira USD26 bilion. Ini contoh klasik syarikat besar yang dibawa ke dalam struktur private ownership melalui dana private equity.
  • Dell
    Britannica menyatakan Dell kembali menjadi syarikat persendirian pada 2013 apabila Michael Dell dan Silver Lake Partners membelinya dalam urus niaga sekitar USD25 bilion. Silver Lake juga masih memaparkan Dell Technologies dalam portfolio rasminya.
  • Dunkin’ Brands
    Carlyle memaparkan Dunkin’ Brands dalam portfolio mereka sebagai pelaburan yang dibuat pada 2006 dan kini berstatus exited. Ini sesuai dijadikan contoh syarikat yang pernah berada di bawah private equity dan kemudian keluar.

Bagaimana Pelabur Keluar Dari Private Equity

Dalam Private Equity, pelabur biasanya tidak terus dapat keuntungan. Mereka selalunya akan meningkatkan nilai syarikat dahulu, kemudian keluar melalui exit strategy. Antara cara yang biasa ialah:

  • IPO
    Syarikat disenaraikan di pasaran saham, kemudian firma Private Equity menjual pegangan mereka kepada pelabur awam.
  • Jual kepada syarikat lain
    Syarikat dijual kepada syarikat besar lain yang mahu tambah pasaran, teknologi, pelanggan, atau operasi.
  • Jual kepada firma Private Equity lain
    Ini dipanggil secondary buyout, iaitu apabila firma lain ambil alih untuk terus kembangkan syarikat tersebut.
  • Recapitalization
    Struktur modal syarikat diubah semula, contohnya dengan mengambil hutang baharu untuk membayar sebahagian pulangan kepada pelabur asal.

Secara ringkas, exit strategy penting dalam Private Equity kerana di situlah keuntungan sebenar biasanya direalisasikan.

Risiko Private Equity

Walaupun potensi pulangannya menarik, Private Equity juga datang dengan risiko yang besar.

Kurang Kecairan

Pelaburan Private Equity tidak mudah dijual semula seperti saham biasa. Modal biasanya terikat untuk tempoh yang panjang.

Kurang Ketelusan

Syarikat persendirian tidak tertakluk kepada tahap pendedahan maklumat yang sama seperti syarikat tersenarai.

Risiko Operasi dan Hutang

Sesetengah urus niaga Private Equity, terutamanya leveraged buyout, menggunakan hutang yang besar. Jika prestasi syarikat tidak menjadi seperti dirancang, risikonya boleh meningkat.

Akses Terhad

Bukan semua pelabur mudah masuk ke dalam dunia Private Equity kerana komitmen modalnya biasanya tinggi.

Siapa Yang Biasanya Melabur Dalam Private Equity?

Lazimnya, pelabur Private Equity terdiri daripada:

  • dana pencen
  • syarikat insurans
  • sovereign wealth funds
  • universiti atau endowment funds
  • individu bernilai bersih tinggi

Ini kerana Private Equity memerlukan modal besar, tempoh pegangan panjang, dan toleransi risiko yang lebih tinggi berbanding pelaburan biasa.

Adakah Private Equity Sesuai Untuk Semua Orang?

Tidak semestinya. Private Equity lebih sesuai untuk pelabur yang faham struktur pelaburan jangka panjang, sanggup menanggung risiko kecairan rendah, dan tidak perlukan akses cepat kepada modal mereka.

Bagi pelabur biasa, memahami Private Equity tetap penting walaupun tidak melabur secara langsung. Ini kerana banyak syarikat besar pernah melalui fasa private equity sebelum berkembang lebih besar, bergabung, atau disenaraikan di bursa.

Bagaimana Private Equity Berfungsi

Kesimpulan

Private Equity ialah pelaburan dalam syarikat bukan tersenarai dengan tujuan meningkatkan nilainya sebelum dijual semula untuk keuntungan. Walaupun potensi pulangannya menarik, ia juga datang dengan risiko seperti kecairan rendah dan akses yang lebih terhad. Untuk lebih memahami konsep pasaran dan pelaburan seperti ini, anda boleh teruskan pembelajaran melalui platform seperti Ultima Markets.

FAQ: Private Equity

1. Apa itu Private Equity?

Private Equity ialah pelaburan dalam syarikat yang tidak tersenarai di pasaran saham. Biasanya, pelabur atau firma pelaburan akan masuk untuk menambah nilai syarikat sebelum menjualnya semula pada harga yang lebih tinggi.

2. Apa beza Private Equity dan Venture Capital?

Private Equity biasanya fokus pada syarikat yang sudah lebih matang atau stabil, manakala venture capital lebih tertumpu kepada startup atau syarikat peringkat awal yang masih berkembang. Secara mudah, venture capital biasanya datang dengan risiko lebih tinggi, tetapi potensi pertumbuhannya juga besar.

3. Adakah Private Equity sama seperti beli saham biasa?

Tidak. Bila anda beli saham biasa, anda beli pegangan dalam syarikat tersenarai yang boleh dijual beli di pasaran. Dalam Private Equity, pelaburan biasanya dibuat dalam syarikat persendirian dan tempoh pegangannya lebih panjang.

Kongsi Sekarang

  • Article Details
  • Article Details
  • Article Details

Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.

Isi Kandungan

  • Private Equity: Maksud, Cara Ia Berfungsi & Risiko
  • Apa Maksud Private Equity?
  • Bagaimana Private Equity Berfungsi?
  • Jenis-Jenis Private Equity
  • Private Equity vs Saham Biasa
  • Kenapa Private Equity Menarik?
  • Contoh firma Private Equity yang terkenal
  • Bagaimana Pelabur Keluar Dari Private Equity
  • Risiko Private Equity
  • Siapa Yang Biasanya Melabur Dalam Private Equity?
  • Adakah Private Equity Sesuai Untuk Semua Orang?
  • Kesimpulan
  • FAQ: Private Equity

Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.

By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.