This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Fahami maksud tahap kecairan serta contoh aset cair dan tidak cair, dan pelajari mengapa ia penting dalam dunia pelaburan serta trading moden.
Maksud Tahap Kecairan Dalam Pelaburan & Trading
Tahap kecairan ialah faktor penting dalam kewangan. Bagi trader, ia tentukan sama ada entry & exit posisi boleh dibuat dengan cepat atau tersekat oleh spread tinggi. Bagi pelabur pula, kecairan menunjukkan sejauh mana mudah aset seperti saham, unit amanah atau hartanah ditukar kepada tunai bila diperlukan.
Apa Maksud Tahap Kecairan?
Dalam dunia kewangan, maksud tahap kecairan merujuk kepada sejauh mana cepat dan mudah sesuatu aset boleh ditukar kepada wang tunai tanpa menjejaskan nilainya secara ketara. Konsep ini sangat penting kerana ia menentukan sama ada seseorang pelabur atau trader boleh mendapatkan kembali modal dengan segera apabila diperlukan.
Definisi:
Tahap kecairan tinggi: aset boleh ditukar kepada tunai dengan serta-merta tanpa banyak kos tambahan.
Contoh: wang tunai, forex (EUR/USD), saham blue-chip.
Tahap kecairan rendah: proses mengambil masa lebih panjang & mungkin melibatkan kos tambahan.
Contoh: jual beli hartanah yang memerlukan guaman, dokumen, dan tempoh urusan berbulan.
Bagi trader, kecairan berkait rapat dengan kelajuan transaksi. Pasaran yang cair membolehkan order beli/jual dilaksanakan dengan pantas, spread lebih ketat, dan risiko slippage rendah. Manakala bagi pelabur jangka panjang, tahap kecairan memberi gambaran sejauh mana mereka boleh mengakses kembali tunai sekiranya memerlukan, contohnya menjual unit amanah atau saham untuk kegunaan kecemasan.
Dengan kata lain, tahap kecairan bukan sekadar ukuran teknikal, tetapi ia menjadi asas kepada strategi kewangan sama ada dalam trading harian atau pelaburan jangka panjang.
Maksud Tahap Kecairan: Penjelasan Lebih Lanjut
Selain definisi asas, maksud tahap kecairan juga boleh difahami dari dua sudut utama:
Kecairan sebagai Keupayaan Kewangan – Tahap kecairan menggambarkan sejauh mana syarikat atau individu mampu memenuhi kewajipan kewangan jangka pendek. – Contohnya, syarikat yang ada banyak tunai atau aset mudah cair lebih stabil untuk bayar gaji pekerja, sewa pejabat, atau hutang segera tanpa masalah aliran tunai.
Kecairan dalam Pelaburan – Bagi pelabur, tahap kecairan menentukan betapa mudah aset boleh ditukar kembali kepada tunai bila diperlukan. – Aset yang sangat cair seperti saham atau unit amanah membolehkan pelabur bertindak pantas ketika ada peluang baharu, atau mendapatkan tunai semasa kecemasan kewangan.
Contoh-ContohTahap Kecairan Aset Dalam Pelaburan
Dalam dunia pelaburan, tahap kecairan menentukan sejauh mana cepat aset boleh ditukar kepada wang tunai. Aset seperti tunai dan saham blue-chip sangat cair kerana mudah dijual beli, manakala hartanah atau barang koleksi biasanya mengambil masa lebih lama untuk dicairkan. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan tahap kecairan beberapa aset pelaburan yang biasa digunakan di Malaysia:
Jenis Aset
Tahap Kecairan
Contoh Malaysia
Tunai & Simpanan Bank
Sangat Tinggi
Akaun simpanan Maybank, CIMB, Bank Islam
Unit Amanah / Dana Amanah
Tinggi
Amanah Saham Bumiputera (ASB), ASNB
Saham Blue-Chip
Tinggi
Maybank, Tenaga Nasional (TNB), Petronas Chemicals
Exchange-Traded Funds (ETF)
Tinggi
MyETF Dow Jones Islamic Market, TradePlus Shariah Gold Tracker
Deposit Tetap (Fixed Deposit)
Sederhana Tinggi
FD 3–6 bulan di bank tempatan (boleh dicairkan awal tetapi biasanya ada penalti)
Hartanah
Rendah
Rumah landed di Klang Valley, tanah lot kampung
Private Equity / Syarikat Persendirian
Rendah
Startup atau syarikat belum tersenarai
Komoditi Fizikal (Emas/Perak)
Rendah–Sederhana
Jongkong Public Gold, barang kemas Poh Kong (bergantung kepada harga pasaran & kos transaksi)
Barang Koleksi / Aset Alternatif
Rendah
Rolex Submariner, Proton Saga klasik
Saham Penny Stock (Small Cap)
Rendah
Saham ACE Market dengan volume kecil (ada yang aktif, tapi kebanyakannya sukar dijual cepat)
Contoh-Contoh Tahap Kecairan Aset Dalam Trading
Berbeza dengan pelaburan jangka panjang, tahap kecairan dalam trading lebih fokus kepada kelajuan order dilaksanakan, spread, dan volume pasaran. Trader biasanya memilih aset yang sangat cair supaya boleh masuk dan keluar posisi dengan cepat tanpa kos tambahan yang tinggi. Berikut ialah contoh aset dengan kecairan tinggi dan rendah dari sudut trading:
Aset Dengan Kecairan Tinggi
Forex Major Pairs: EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, AUD/USD (paling aktif didagangkan, spread rendah).
Indeks Utama: S&P 500, NASDAQ 100, Dow Jones, Nikkei 225 (volume besar, mudah didagangkan).
Komoditi Utama: Emas (XAU/USD), Perak (XAG/USD), Minyak Mentah (WTI/Brent).
Indeks Kurang Popular: Indeks bursa pasaran membangun (contoh: MSCI Frontier Markets Index).
Komoditi Niche: Kopi, koko, getah asli (volume kecil, pasaran terhad).
Saham Penny Stock / Small Cap: Saham syarikat kecil dengan volume rendah, risiko tinggi untuk exit.
Kripto Kecil (Altcoins jarang didagang): Token baru atau kurang dikenali; harga volatile, likuiditi rendah.
Mengapa Tahap Kecairan Penting?
Memahami maksud tahap kecairan membantu pelabur dan trader menilai sama ada kewangan mereka cukup stabil dan aset mudah dicairkan bila perlu. Berikut penjelasan yang lebih mendalam:
1. Kestabilan Kewangan
Syarikat dengan aset cair yang mencukupi lebih mudah membayar tanggungan jangka pendek seperti hutang, gaji, atau sewa tanpa gangguan operasi.
Bagi individu, kecairan bermaksud ada simpanan tunai atau aset mudah cair yang boleh digunakan untuk kecemasan kewangan (contoh: perubatan, kehilangan kerja).
Tanpa kecairan, syarikat berisiko menghadapi masalah aliran tunai walaupun mereka memiliki aset bernilai tinggi (contoh: hartanah atau mesin).
2. Fleksibiliti
Tahap kecairan yang tinggi memberi ruang kepada syarikat atau pelabur untuk bertindak pantas terhadap peluang pasaran baharu.
Contoh: Pelabur yang ada aset cair boleh segera membeli saham syarikat teknologi yang jatuh harga sementara.
Trader pula boleh masuk keluar pasaran dengan cepat tanpa risau tentang order yang tergantung atau slippage besar.
Fleksibiliti ini juga penting untuk menghadapi cabaran tidak dijangka seperti krisis ekonomi atau perubahan dasar kerajaan.
3. Kepercayaan
Kecairan meningkatkan keyakinan pelabur, pemegang saham, dan pemiutang terhadap keupayaan syarikat.
Syarikat yang mampu menukar aset kepada tunai dengan cepat dilihat lebih kukuh dari sudut pengurusan risiko.
Justeru, ia boleh menarik lebih ramai pelabur institusi dan pemiutang untuk memberikan pinjaman atau modal tambahan.
4. Untuk Trader Forex & Saham
Dalam trading, kecairan adalah kunci kepada kos transaksi rendah dan eksekusi pantas.
Pasaran forex yang cair seperti EUR/USD atau USD/JPY menawarkan spread yang ketat dan entry/exit order hampir serta-merta.
Sebaliknya, pasaran yang kurang cair (contoh: USD/MYR atau saham penny stock) boleh menyebabkan spread lebih tinggi, order delay, dan risiko kerugian tambahan.
5. Untuk Pelabur Runcit
Bagi pelabur individu, kecairan menentukan sama ada mereka boleh menukar aset kepada tunai segera bila diperlukan.
Aset cair seperti unit amanah (ASB/ASNB) atau saham blue-chip di Bursa Malaysia boleh dijual dalam masa singkat.
Aset kurang cair seperti hartanah pula mungkin ambil masa berbulan untuk dijual, sedangkan wang tunai diperlukan segera.
Oleh itu, pelabur bijak biasanya akan seimbangkan portfolio antara aset cair (untuk kecemasan) dan aset kurang cair (untuk pertumbuhan jangka panjang).
Bagaimana Menilai Tahap Kecairan?
Untuk memahami sama ada sesuatu aset itu cair atau tidak, ada beberapa indikator utama yang boleh diperhatikan:
Volume Dagangan – Lagi tinggi jumlah transaksi harian, lagi mudah sesuatu aset dijual beli tanpa menjejaskan harganya. – Contoh: Pasangan forex EUR/USD dan saham Apple mempunyai volume dagangan besar, menjadikannya sangat cair berbanding saham penny stock.
Bid-Ask Spread – Spread merujuk kepada beza harga belian (bid) dan jualan (ask). – Aset dengan kecairan tinggi biasanya mempunyai spread kecil kerana ramai pembeli dan penjual dalam pasaran. – Sebaliknya, aset tidak cair selalunya ada spread luas, yang meningkatkan kos transaksi trader.
Masa Jual Beli – Lagi cepat transaksi boleh dilaksanakan, lagi tinggi tahap kecairan. – Contoh: Saham di Bursa Malaysia boleh dijual dalam masa beberapa saat, manakala menjual hartanah mungkin ambil masa berbulan.
Depth of Market (DOM) – Bagi trader, penting juga untuk melihat kedalaman pasaran iaitu jumlah order beli & jual yang wujud pada pelbagai aras harga. – Pasaran yang “deep” menandakan kecairan tinggi kerana ada ramai peserta pasaran sedia dagang.
Kesimpulan: Fahami Maksud Tahap Kecairan
Secara ringkas, maksud tahap kecairan ialah ukuran keupayaan sesuatu aset atau syarikat untuk ditukar kepada tunai dengan cepat tanpa menjejaskan nilainya. Ia penting untuk trader forex, pelabur saham, syarikat, dan juga individu yang mahu mengekalkan kestabilan kewangan.
Dengan Ultima Markets, anda boleh berdagang dalam pasaran yang sangat cair seperti forex, emas, dan indeks global — memastikan order anda dilaksanakan secara pantas dengan spread yang kompetitif.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.