This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Apa itu NFP? Pelajari fungsi, struktur dan kesannya terhadap USD, emas dan pasaran global, termasuk cara membaca data dan strategi sesuai untuk trader.
Apa Itu NFP & Kenapa Laporan AS Gerakkan Forex
Setiap kali tiba hari Jumaat pertama setiap bulan, trader seluruh dunia akan bersedia seolah-olah nak masuk “boss fight”. Kenapa? Sebab inilah detik keluarnya NFP, laporan yang boleh menaikkan atau menjatuhkan USD, menggegarkan emas, dan buat chart bergerak liar dalam beberapa saat.
Ramai trader baru tertanya-tanya apa itu NFP, tetapi hakikatnya laporan ini adalah antara data ekonomi paling berpengaruh dalam dunia trading. Ia menunjukkan sama ada ekonomi Amerika Syarikat sedang berkembang atau perlahan, dan kerana USD ialah mata wang utama global, perubahan kecil dalam angka NFP pun mampu menggerakkan forex, emas, saham, indeks dan komoditi secara besar-besaran.
Apa Itu NFP?
Untuk memudahkan anda memahami apa itu NFP, berikut ialah definisinya.
Maksud NFP:
NFP ialah laporan bulanan yang menunjukkan berapa ramai orang di Amerika Syarikat yang mendapat atau hilang pekerjaan dalam sektor bukan perladangan. Ia tidak termasuk:
Pekerja ladang
Penggaji domestik
Pekerja NGO
Pekerja kerajaan tertentu
Kenapa sektor-sektor ini dikecualikan? Kerana data mereka sangat tidak stabil dan sukar dijadikan penanda aras ekonomi. Sebab itulah NFP digunakan sebagai ukuran paling “bersih” untuk melihat kesihatan sebenar pasaran pekerjaan AS.
Kenapa NFP Penting Untuk Trader?
Bila kita faham apa itu NFP dan bagaimana data ini dikira, barulah kita nampak kenapa pasaran memberi perhatian besar kepada setiap pengumuman bulanan.
Apabila pekerjaan meningkat, ia menunjukkan ekonomi sedang bergerak kukuh, perbelanjaan pengguna bertambah dan ini boleh menyebabkan Federal Reserve lebih agresif (hawkish).
Sebaliknya, jika NFP jatuh banyak, ia memberi signal kelembapan ekonomi dan Fed mungkin lebih dovish.
Untuk trader Malaysia, memahami apa itu NFP sangat penting kerana:
USD ialah base currency bagi kebanyakan pair utama
Emas (XAUUSD) sangat sensitif terhadap sentimen ekonomi AS
Indeks seperti US30, US100 dan S&P500 selalu bergerak liar semasa NFP
Spread biasanya melebar ketika news. Risiko tinggi jika tidak berhati-hati
Jika anda ingin memahami lebih jelas bagaimana keputusan Fed berubah berdasarkan data pekerjaan, anda boleh baca artikel Hawkish vs Dovish kerana ia menerangkan perbezaan nada dasar monetari yang sering memberi kesan langsung kepada reaksi pasaran selepas NFP.
Komponen Penting Dalam Laporan NFP
Ramai sangka NFP hanya tentang “berapa ramai orang dapat kerja bulan ni?”. Tetapi sebenarnya laporan NFP ada tiga komponen utama yang trader profesional sentiasa analisis serentak. Kadang-kadang nombor utama NFP naik pun USD tak naik, sebab dua komponen lain beri isyarat yang bertentangan.
Inilah sebabnya memahami setiap komponen sangat penting, terutamanya untuk trader Malaysia yang selalu trade USD, emas dan indeks AS.
1. Non-Farm Payroll (Nombor Utama)
Ini adalah angka utama yang trader lihat setiap bulan: perubahan pekerjaan di sektor bukan perladangan.
Apa maksudnya untuk pasaran?
Jika NFP lebih tinggi daripada jangkaan = ekonomi dianggap kukuh = USD biasanya menguat.
Jika NFP lebih rendah daripada jangkaan = ekonomi perlahan = USD mungkin melemah.
Namun begitu, bukan semua angka besar bermaksud bullish. Kadang-kadang:
Jika data terlalu tinggi, pasaran takut Federal Reserve akan naikkan kadar faedah → indeks saham jatuh.
Jika angka terlalu rendah, pasaran takut risiko recession → USD boleh jatuh + emas boleh melonjak.
Contoh:
Forecast NFP 180k, tapi actual 250k → USD mungkin spike 50–120 pips dalam beberapa saat.
Untuk faham kenapa Fed menjadi pemain utama yang menentukan arah pasaran selepas laporan pekerjaan diterbitkan, anda boleh rujuk artikel Apa Itu Federal Reserve yang menjelaskan peranan sebenar bank pusat Amerika Syarikat dalam mengawal kadar faedah dan sentimen global.
2. Unemployment Rate (Kadar Pengangguran)
Ramai trader baru fokus pada angka NFP, tapi kadar pengangguran kadang-kadang lebih memberi impak kerana ia menunjukkan keadaan tenaga kerja secara lebih menyeluruh.
Apa yang trader perhatikan?
Pengangguran turun → ekonomi semakin stabil → USD cenderung menguat.
Pengangguran naik → permintaan ekonomi melemah → USD cenderung melemah.
Tetapi ada satu situasi tricky: Kadang-kadang NFP naik, tetapi pengangguran juga naik. Ini berlaku apabila lebih ramai orang masuk pasaran kerja (labour force participation). Dalam kes macam ini, reaksi pasaran boleh jadi tidak stabil.
Trader biasanya tengok kombinasi seperti:
NFP positif + pengangguran rendah → USD bullish
NFP rendah + pengangguran naik → USD bearish
Dua-dua bercampur → pasaran volatile dan tiada arah jelas
3. Average Hourly Earnings (Gaji Purata Sejam)
Komponen ini sangat penting tetapi ramai pemula tak perasan. Average Hourly Earnings (AHE) mengukur berapa banyak gaji pekerja meningkat setiap bulan dan ia berkait rapat dengan inflasi.
Kenapa ia penting?
Jika gaji meningkat lebih cepat, pekerja ada lebih kuasa membeli → inflasi cenderung naik.
Apabila inflasi naik, Federal Reserve mungkin mempertimbangkan untuk menaikkan kadar faedah → USD biasanya menguat.
Sebab itu kadang-kadang kita nampak situasi seperti:
Angka NFP keluar neutral,
kadar pengangguran stabil,
tetapi gaji meningkat tinggi
dan tiba-tiba USD melonjak kerana pasaran mula “price in” potensi kenaikan kadar faedah.
Contoh: Jika AHE dijangka 0.3% tetapi actual keluar 0.5%, USD boleh spike dengan kuat walaupun angka NFP sendiri tidak begitu mengagumkan.
Bagaimana NFP Menggerakkan Pasaran?
USD (EURUSD, GBPUSD, USDJPY) – Jika data kukuh → USD menguat → pair seperti EURUSD jatuh. – Jika data lemah → USD melemah → pair seperti EURUSD naik.
Emas (XAUUSD) Emas biasanya bergerak bertentangan dengan USD.
NFP kukuh → USD kuat → emas jatuh
NFP lemah → USD melemah → emas naik
Indeks Saham AS (US30, US100) Kadang naik, kadang jatuh. Biasanya:
Data NFP terlalu kuat → Fed mungkin naikkan interest rate → indeks jatuh
Data terlalu lemah → risaukan recession → indeks juga boleh jatuh
Data “seimbang” → selalunya indeks positif
Contoh: Jika NFP jangkaan 180k tetapi keluar 250k, USD mungkin spike naik 60–100 pips dalam beberapa saat.
Kesan NFP Terhadap Pasaran
Bila trader faham apa itu NFP dan hubungan rapatnya dengan dasar monetari Federal Reserve, pergerakan USD, emas dan indeks akan lebih mudah dijangka.
Untuk memudahkan pemahaman, jadual di bawah merangkumkan reaksi pasaran dalam pelbagai situasi NFP. Ia membantu anda melihat hubungan terus antara kekuatan data, pergerakan USD, perubahan harga emas dan arah indeks saham AS.
Senario NFP
Kesan Pada USD
Kesan Pada Emas (XAUUSD)
Kesan Pada Indeks AS (US30/US100)
Kenapa Jadi Begitu?
NFP lebih tinggi daripada jangkaan (data kuat)
USD menguat
Emas jatuh
Indeks boleh jatuh atau naik sedikit
Ekonomi dilihat kukuh → risiko Fed naikkan interest rate
NFP lebih rendah daripada jangkaan (data lemah)
USD melemah
Emas naik
Indeks jatuh
Ekonomi perlahan → risiko recession meningkat
NFP tinggi, pengangguran juga naik
USD tidak stabil
Emas volatile
Indeks volatile
Data bercampur → pasaran keliru arah dasar Fed
NFP rendah tetapi gaji (AHE) naik tinggi
USD menguat
Emas jatuh
Indeks jatuh
Inflasi naik → Fed mungkin naikkan interest rate
NFP sederhana, semua data inline dengan forecast
USD stabil
Emas sideways
Indeks stabil
Pasaran dah “price-in”, tiada kejutan besar
Hubungan NFP Dengan Sentimen Pasaran
Selain melihat pergerakan harga, trader juga perlu memahami bagaimana sentimen pasaran berubah selepas data diumumkan. Jadual di bawah menunjukkan bagaimana NFP membentuk sentimen bullish, bearish atau mixed dalam pasaran.
Data Dilihat Sebagai
Sentimen Pasaran
Contoh Reaksi
Bullish
Risk-on / USD kuat
USDJPY naik, EURUSD turun, emas jatuh
Bearish
Risk-off / USD lemah
XAUUSD naik, indeks jatuh
Mixed
Volatile / tiada arah
Candle panjang, spike dua arah
Cara Membaca Laporan NFP Dengan Betul
Ramai trader tahu apa itu NFP, tetapi tak ramai tahu cara membaca laporan NFP dengan betul. Sebenarnya, membaca laporan NFP hanyalah soal memahami empat perkara utama di bawah.
Bandingkan 3 Data Penting: Actual vs Forecast vs Previous
Setiap laporan NFP ada tiga angka:
Actual = nombor sebenar yang diumumkan
Forecast = jangkaan pasaran
Previous = data bulan lepas (yang kadang-kadang disemak semula)
Cara membaca:
Jika Actual > Forecast = biasanya USD menguat
Jika Actual < Forecast = USD cenderung melemah
Jika Actual jauh lebih tinggi atau rendah = volatiliti sangat besar
Jangan Fokus Pada Satu Angka: Gabung Analisa Lain Juga
Kesilapan paling besar trader baru: Fokus hanya kepada angka NFP.
Laporan NFP sebenarnya ada 3 komponen yang saling berkait:
Non-Farm Payroll (perubahan pekerjaan)
Unemployment Rate (kadar pengangguran)
Average Hourly Earnings (gaji purata sejam)
Cara baca gabungan:
NFP
Pengangguran
Gaji
Sentimen
Contoh Impact
Positif
Positif
Positif
Kuat bullish USD
EURUSD jatuh, emas jatuh
Negatif
Negatif
Negatif
Kuat bearish USD
USDJPY jatuh, emas naik
Positif
Negatif
Bercampur
Mixed / tak stabil
Spike dua arah
Negatif
Positif
Tinggi
Hawkish USD
USD boleh naik walaupun NFP lemah
Satu angka tak cukup untuk buat keputusan. Kita harus tengok keseluruhan data untuk keputusan yang lagi logik.
Perhatikan Angka Bulan Sebelumnya
Ramai tak tahu perkara ini, tetapi data bulan sebelumnya sering dikemas kini, dan perubahan tersebut boleh memberi kesan besar kepada pasaran, sama kuat seperti data utama NFP.
Contoh mudah:
NFP bulan ini: +190k
Forecast: +180k
Tetapi data bulan lepas dikemas kini daripada +220k → +140k
Apa berlaku?
Pasaran anggap momentum pekerjaan sebenarnya semakin lemah, bukan kukuh.
USD boleh melemah walaupun “Actual” nampak cantik.
Sebab itu bila baca laporan:
Tengok “Revised Previous Month”
Jangan anggap data bulan lalu kekal sama
Semak Arah Pasaran Sebelum News (Pre-News Sentiment)
Trader selalu fikir market akan bergerak ikut nombor. Tapi sebenarnya?
Market kadang-kadang sudah ‘price-in’ data sebelum ia diumumkan.
Contoh:
Jika seminggu sebelum NFP, semua data ekonomi lain (ADP, Jobless Claims, PMI Employment) menunjukkan trend kukuh, pasaran mungkin dah mula beli USD awal-awal.
Jadi bila NFP diumumkan dan keluar positif:
USD tak naik banyak, atau terus jatuh sebab “profit taking”.
Cara baca pre-news:
Tengok ADP Employment Report (2 hari sebelum NFP)
Tengok Jobless Claims (Khamis)
Tengok sentimen Fed (hawkish / dovish)
Perhatikan pergerakan USD Index (DXY) dalam 48 jam terakhir
Tengok Reaksi Candlestick 1 Minit Pertama
Ini teknik trader berpengalaman.
Dalam 1 minit pertama, akan ada:
Spike naik
Spike turun
Fakeout kedua-dua sisi (whipsaw)
Cara baca:
Jika candle 1 minit sangat panjang → volatiliti tinggi → jangan masuk trade lagi
Jika candle reject arah tertentu (pin bar) → petunjuk sentimen sebenar
Jika struktur pecah pada arah sama selepas 5–10 minit → boleh cari entry ikut trend baharu
Entry terbaik bukan masa news keluar, tetapi selepas market tunjuk “niat sebenar”.
Gunakan Correlation Untuk Pengesahan
NFP bukan hanya gerakkan USD, ia gerakkan:
XAUUSD
US30
US100
Oil (kadang-kadang)
Bond yield
Cara pembacaan:
USD naik + emas jatuh = confirm bullish USD
USD jatuh + indeks jatuh = pasaran takut recession
Correlation ini bantu trader mengelakkan “false signal”.
Strategi Asas Trading Semasa NFP
Mengetahui apa itu NFP sahaja tidak mencukupi; trader perlu faham bagaimana untuk mengawal risiko semasa volatiliti tinggi melalui strategi yang betul.
Sebelum masuk strategi, ingat satu perkara: NFP bukan untuk gambling. Spike 30–100 pips boleh habiskan akaun jika masuk tanpa plan. Untuk trader baru, fokus utama ialah keselamatan dulu, peluang kemudian.
1. Tunggu 5–15 Minit Selepas News (Jangan Terjah Masa Spike)
Minit pertama NFP sangat chaotic kerana buyer & seller berlawan, spike tidak stabil, spread melebar, dan SL senang kena. Apa perlu buat:
Biarkan candle “mengamuk”
Tunggu pasaran tenang
Tandakan high & low spike sebagai S/R baru
Masuk hanya selepas struktur jelas
2. Gunakan Timeframe Kecil Dengan Confirmation (M1–M5)
Timeframe kecil bantu lihat rejection, retest dan momentum dengan jelas. Confirmation selamat:
Break of structure selepas spike
Retest pada S/R baru
Candle seperti engulfing atau pin bar
Momentum konsisten Entry terbaik: retest, bukan masa spike.
3. Guna Stop Loss Lebih Longgar
Volatiliti NFP sangat tinggi, SL sempit memang mudah tersentuh. SL anggaran:
XAUUSD: 30–70 pips
EURUSD: 15–40 pips
GBPUSD: 20–50 pips
USDJPY: 15–35 pips Tips: kecilkan lot, jangan ubah SL bila harga hampir kena.
4. Pilih Pair Dengan Spread Rendah
Spread naik besar masa NFP, jadi pilih pair yang lebih stabil. Disyorkan:
XAUUSD, EURUSD, GBPUSD, USDJPY Tidak digalakkan:
Exotic pairs (USDTRY, USDZAR)
Cross pairs (EURJPY, GBPAUD)
5. Jangan Masuk Kalau Tiada Confirmation
Kadang-kadang market tak bergerak atau spike dua arah.
Dalam keadaan ini:
Jangan paksa entry
Jangan takut terlepas
Lebih baik missed opportunity daripada SL
Kesimpulan – Fahami Apa Itu NFP
Sekarang anda sudah jelas apa itu NFP, bagaimana ia mempengaruhi USD, emas dan indeks, serta cara asas membaca datanya. NFP ialah salah satu event paling besar dalam forex dan sangat penting untuk trader Malaysia memahami asasnya sebelum mengambil posisi.
Selain NFP, satu lagi event penting yang menggerakkan pasaran ialah mesyuarat FOMC. Jika anda mahu faham bagaimana Fed membuat keputusan kadar faedah dan kenapa pasaran menunggu setiap kenyataan mereka, baca artikel Apa Itu FOMC untuk gambaran lebih jelas.
Jika anda mahu trade NFP dengan lebih yakin, Ultima Markets menawarkan CFD dengan spread ketat, execution pantas dan akses kepada XAUUSD, indeks serta forex utama untuk memaksimakan peluang anda.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.