This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Ketahui maksud hawkish vs dovish dan bagaimana ‘helang & merpati’ bank pusat mempengaruhi pergerakan forex, emas dan saham dalam pasaran global.
Hawkish vs Dovish: Helang & Merpati Kawal Market?
Dalam dunia ekonomi dan pasaran kewangan, istilah hawkish vs dovish adalah antara signal paling penting yang pelabur dan trader perlu faham. Dalam artikel ini, kita akan jelaskan apa itu hawkish dan dovish, maksud asasnya, serta bagaimana ia mempengaruhi mata wang, saham, emas dan pasaran global.
Jika anda pernah dengar hawkish vs dovish Fed, itu merujuk kepada nada ucapan Federal Reserve (bank pusat AS) yang sangat mempengaruhi USD. Nada ini juga digunakan oleh bank pusat lain seperti ECB, BOE, BOJ dan termasuk Bank Negara Malaysia.
Untuk faham kenapa nada Fed sangat penting dalam pasaran global, anda boleh baca panduan penuh di sini: Apa Itu Federal Reserve?
Apa Itu Hawkish dan Dovish?
Maksud Hawkish Maksud Hawkish ialah gambaran sikap bank pusat yang cenderung menaikkan kadar faedah untuk lawan inflasi.
Maksud Dovish Dovish bermaksud bank pusat lebih suka menurunkan kadar faedah untuk sokong pertumbuhan ekonomi.
Hawkish vs Dovish adalah dua pendekatan dasar monetari utama yang memberi petunjuk arah pasaran.
Apa Itu Hawkish? Makna & Konsep
“Maksud hawkish” merujuk kepada situasi di mana bank pusat mengambil pendirian lebih ketat terhadap dasar monetari kerana mereka percaya inflasi sedang bergerak terlalu cepat dan boleh mengancam kestabilan ekonomi.
Dalam keadaan hawkish, bank pusat biasanya memberi signal bahawa mereka:
menaikkan kadar faedah,
mengurangkan pembelian aset atau mengecilkan balance sheet,
memberi amaran bahawa kos pinjaman akan kekal tinggi untuk tempoh lebih panjang,
mengutamakan kawalan inflasi berbanding pertumbuhan ekonomi.
Pendekatan hawkish ini selalunya muncul apabila ekonomi terlalu panas. Contohnya kadar pekerjaan terlalu tinggi, pengguna berbelanja berlebihan, atau harga barang naik pada kadar yang tak sihat.
Analogi Helang: Kenapa Dipanggil “Hawkish”?
Perkataan hawkish ini sebenarnya berasal daripada analogi burung helang (hawk). Haiwan ini terkenal dengan:
penglihatan yang tajam,
tindakan pantas,
sifat agresif apabila mengesan ancaman.
Bank pusat pula akan menjadi “hawk” apabila mereka merasakan inflasi ialah ancaman yang perlu ditangani segera. Sama seperti helang yang terus menyerang apabila nampak bahaya, bank pusat mengambil tindakan agresif seperti menaikkan kadar faedah dengan cepat.
Contoh Situasi Hawkish
1. Inflasi naik terlalu cepat
Contoh paling jelas ialah pada tahun 2022, ketika Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedah secara agresif untuk mengawal lonjakan harga minyak, makanan, sewa rumah dan barangan harian. Fed ketika itu menganggap inflasi terlalu tinggi dan memerlukan tindakan segera.
Hawkish biasanya muncul apabila inflasi naik terlalu cepat. Jika anda masih baru dengan konsep inflasi, rujuk artikel Apa Itu Inflasi untuk memahami kenapa bank pusat begitu risau apabila harga meningkat.
2. Pasaran pekerjaan terlalu panas
Apabila gaji naik terlalu laju dan permintaan pekerja terlalu tinggi, inflasi biasanya meningkat. Bank pusat akan lihat keadaan ini sebagai risiko dan bertindak hawkish untuk sejukkan ekonomi.
3. Nada Ucapan Fed / Bank Pusat
Apabila Jerome Powell berkata:
“Kami bersedia menaikkan kadar lebih tinggi jika perlu,” ini ialah statement hawkish yang memberi signal kepada pasaran bahawa Fed belum selesai mengawal inflasi.
4. Data ekonomi yang terlalu kuat
Apabila laporan NFP jauh lebih tinggi daripada jangkaan, pelabur sering menjangka reaksi hawkish daripada Fed.
Kesan Hawkish Kepada Pasaran Kewangan
Pendirian hawkish bukan hanya teori ekonomi, ia memberi kesan langsung kepada pergerakan harga aset global.
1. USD Menguat
Apabila kadar faedah naik, pelabur global masuk ke pasaran AS untuk menikmati pulangan lebih tinggi. Ini menyebabkan USD menguat. Contoh: EUR/USD jatuh, USD/JPY naik.
2. Saham Teknologi Jatuh
Stock seperti Nvidia, Tesla, Meta atau Amazon biasanya terkesan kerana kos pinjaman mereka naik. Sektor teknologi sangat sensitif kepada perubahan interest rate.
3. Emas Turun
Emas tidak menghasilkan faedah, jadi apabila yield meningkat akibat dasar hawkish, pelabur lebih suka pegang aset yang beri pulangan seperti bon. Hasilnya: harga emas cenderung jatuh dalam suasana hawkish.
4. Forex Menjadi Lebih Volatile
Major pairs seperti GBP/USD, USD/JPY atau XAU/USD kerap buat movement besar selepas ucapan hawkish daripada Fed atau keputusan FOMC.
Kenapa Trader Forex Selalu Alert Dengan Hawkish?
Trader forex memang sensitif bila keluar headline seperti “Fed Turns Hawkish” atau “ECB Signals More Hikes” kerana:
pergerakan biasanya cepat (spike dalam beberapa minit),
spread menjadi lebih lebar,
pair USD, emas dan indeks AS berubah arah dengan kuat,
ia menetapkan arah jangka sederhana pasaran.
Bagi trader news, nada hawkish adalah signal awal untuk mencari peluang entry sebelum trend baru bermula.
Apa Itu Dovish? Makna & Konsep
“Maksud dovish” ialah pendekatan dasar monetari di mana bank pusat memilih untuk melonggarkan dasar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi, mengurangkan pengangguran, dan merangsang aktiviti kredit. Dalam situasi dovish, bank pusat cenderung untuk:
menurunkan kadar faedah supaya pinjaman lebih murah,
meningkatkan pembelian aset seperti bon (quantitative easing),
menghantar signal bahawa kadar faedah akan kekal rendah,
mengutamakan pertumbuhan ekonomi berbanding mengekang inflasi.
Pendekatan dovish ini digunakan ketika ekonomi sedang lemah dan memerlukan “oksigen” tambahan.
Analogi Merpati: Kenapa Dipanggil “Dovish”?
Istilah dovish berasal daripada karakter burung merpati (dove), simbol keamanan, kelembutan dan pendekatan yang tidak agresif.
Jika hawk (helang) bertindak agresif bila nampak bahaya, merpati pula:
lebih tenang,
lebih berhati-hati,
lebih fokus kepada kestabilan & sokongan.
Bank pusat menjadi “dove” apabila mereka melihat ekonomi perlahan atau rakyat terbeban, jadi mereka memilih untuk menurunkan kadar faedah agar aktiviti ekonomi dapat kembali bergerak.
Contoh Situasi Dovish:
1. Ekonomi perlahan / risiko kemelesetan
Pada tahun 2020, hampir semua negara mengambil pendekatan dovish. Kadar faedah diturunkan, pembelian aset ditingkatkan, dan program bantuan ekonomi dilaksanakan.
2. Pengangguran tinggi
Bila ramai hilang pekerjaan, bank pusat mahu memudahkan pinjaman & pelaburan supaya lebih banyak pekerjaan dapat diwujudkan.
3. Nada ucapan yang lembut dari bank pusat
Contoh ucapan dovish:
“Kami komited memastikan kadar faedah kekal rendah untuk tempoh yang panjang demi menyokong pemulihan ekonomi.”
4. Data ekonomi yang lemah
CPI rendah, GDP perlahan, dan jualan runcit mengecewakan biasanya mendorong bank pusat bertindak dovish.
Kesan Dovish Kepada Pasaran Kewangan
Nada dovish memberi kesan berbeza berbanding hawkish.
1. USD Melemah
Apabila kadar faedah turun, yield bon AS mengecil dan pelabur global mula mencari pulangan lebih tinggi di tempat lain, menjadikan USD cenderung untuk melemah.
2. Saham Meningkat
Kos pinjaman murah memudahkan syarikat:
berkembang,
ambil pekerja,
beli aset,
melabur dalam teknologi.
Sebab itu pasaran saham sering melonjak apabila Fed atau bank pusat lain mengambil pendirian dovish.
3. Emas Naik
Apabila yield rendah, emas menjadi lebih menarik sebagai “store of value”. Keadaan dovish sering mendorong kenaikan XAU/USD.
4. Pasaran Forex Jadi Lebih Risk-On
Trader lebih berani ambil risiko.
Biasanya:
AUD, NZD, GBP, CAD cenderung menguat,
JPY dan USD (safe-haven) cenderung lemah.
Kenapa Trader Suka Nada Dovish?
Trader biasanya menganggap suasana dovish sebagai:
waktu ideal untuk cari peluang buy saham,
peluang buy emas,
strategi carry trade lebih selamat,
volatiliti lebih “smooth” berbanding situasi hawkish.
Headline seperti “Fed Turns Dovish” juga sering mencetuskan rally dalam pasaran saham dan emas dalam masa beberapa minit.
Hawkish vs Dovish – 7 Perbezaan Utama Yang Trader Perlu Tahu
Untuk melihat perbezaan hawkish vs dovish dengan lebih jelas, jadual di bawah merangkumkan bagaimana kedua-dua nada dasar ini mempengaruhi kadar faedah, pasaran kewangan dan sentimen trader.
Aspek
Hawkish
Dovish
Nada Dasar
Tegas, anti-inflasi
Longgar, sokong pertumbuhan
Kadar Faedah
Naik
Turun
Inflasi
Dianggap tinggi
Dianggap terkawal
Kesan USD
Menguat
Melemah
Kesan Emas
Jatuh
Naik
Kesan Saham
Turun
Naik
Sentimen Trader
Risk-off
Risk-on
Hawkish vs Dovish Fed – Kenapa Nada Fed Paling Penting?
Federal Reserve (Fed) bukan sekadar bank pusat Amerika Syarikat, ia adalah bank pusat paling berpengaruh di dunia kerana USD digunakan sebagai:
mata wang rizab global,
mata wang utama perdagangan antarabangsa,
rujukan untuk harga minyak, emas & komoditi,
“safe haven” ketika krisis.
Sebab itu, setiap perubahan nada hawkish vs dovish Fed memberi kesan besar kepada seluruh pasaran global, lebih kuat daripada ECB, BOE atau BOJ.
Apabila media menyebut perubahan nada Fed, ia merujuk kepada:
FOMC minutes (dokumen rasmi nada sebenar Fed)
Ucapan Jerome Powell (yang boleh gerakkan pasaran dalam 5 saat)
Projeksi ekonomi Fed (dot plot & jangkaan kadar faedah)
Keputusan interest rate (naik, kekal, atau potong)
Kesemua ini menentukan sama ada Fed berada dalam mode hawkish atau dovish.
Cara Trader Guna Signal Hawkish vs Dovish Dalam Trading
Memahami perbezaan hawkish vs dovish bukan sekadar tahu definisi sahaja, ia memberi kelebihan besar kepada trader untuk merancang entry, exit dan risk management. Nada bank pusat selalunya menjadi “petunjuk awal” kepada arah pasaran sebelum trend besar bermula.
Berikut ialah beberapa strategi praktikal yang digunakan trader profesional.
1. Fokus Pada Reaction Mata Wang (Forex Reaction)
Nada hawkish atau dovish memberi kesan langsung kepada pergerakan mata wang, terutamanya USD.
Hawkish: Cari peluang buy USD & sell emas
Apabila Fed menjadi hawkish:
USD/JPY biasanya naik
EUR/USD dan GBP/USD cenderung jatuh
Emas (XAU/USD) selalunya jatuh sebab yield meningkat
Indeks DXY (Dollar Index) menguat
Contoh real-life:
Jika Powell umumkan “we are ready to raise rates further,” pair EUR/USD boleh jatuh ratusan pips dalam masa sejam.
Dovish: Cari peluang sell USD, buy emas & indeks saham
Nada dovish pula membuka peluang:
buy emas (XAU/USD)
buy indeks seperti NAS100 atau SPX500
sell USD/JPY
buy pair risk-on seperti AUD/USD & NZD/USD
Trader akan melihat perubahan nada Fed sebagai pemangkin trend baru, bukan sekadar reaksi jangka pendek.
2. Lihat Data Ekonomi Yang Mengarah Ke Hawkish Atau Dovish
Sebelum ucapan bank pusat, trader boleh agak nada hawkish vs dovish melalui data ekonomi.
Data yang menyokong Hawkish:
CPI naik (inflasi tinggi)
Core PCE meningkat
Kadar gaji meningkat
Unemployment rate terlalu rendah
Retail sales kukuh
Data ini menunjukkan ekonomi terlalu panas → bank pusat mungkin mengetatkan dasar.
Data yang menyokong Dovish:
Jobless claims meningkat
GDP perlahan
Inflasi turun
Perbelanjaan pengguna merosot
PMI di bawah jangkaan
Data ini menunjukkan ekonomi perlahan. Bank pusat mungkin turunkan kadar.
Tip: Trader fundamental akan gabungkan 3–4 data untuk menjangka nada FOMC berikutnya.
3. Trading News (FOMC, NFP, CPI) Dengan Signal Nada Ucapan
Acara besar seperti FOMC, NFP atau CPI ialah masa paling penting untuk menilai hawkish vs dovish.
Hawkish – perkataan yang selalu muncul:
“higher for longer”
“inflation remains elevated”
“we are prepared to tighten further”
“financial conditions remain loose”
Jika perkataan ini muncul, trader akan bersedia untuk posisi yang menyebelahi USD.
Dovish – perkataan biasa:
“we see signs of easing inflation”
“rate cuts are appropriate soon”
“economic risks remain balanced”
“supporting recovery”
Trader news biasanya akan lihat tone ucapan dahulu, bukan nombor.
Contoh: Walaupun Fed mengekalkan kadar faedah, tapi jika nada Powell lebih lembut, pasaran akan bertindak dovish dan emas serta saham boleh melonjak.
4. Gabungkan Nada Hawkish/Dovish Dengan Candlestick & Price Action
Signal fundamental memberi arah, tetapi price action memberi timing masuk.
Candlestick yang sesuai untuk entry selepas news:
Bullish/Bearish Engulfing: pengesahan reversal selepas news
Pin Bar: rejection kuat semasa volatility news
Breakout & Retest: sangat kuat jika disokong oleh nada hawkish/dovish
Inside Bar: sesuai untuk breakout selepas FOMC
Contoh:
Jika Fed hawkish dan EUR/USD buat bearish engulfing di resistance → entry sell sangat kuat.
Jika Fed dovish dan emas break resistance + retest → peluang buy high-probability.
Tip: Trader institusi biasanya tunggu 5–15 minit selepas news sebelum entry untuk elakkan whipsaw.
5. Multi-Timeframe Confirmation (Bonus Strategy)
Trader berpengalaman akan:
guna H4/Daily untuk lihat arah trend berdasarkan hawkish vs dovish
guna H1/M15 untuk entry
guna M5 untuk timing paling tepat
Nada hawkish vs dovish menetapkan trend besar, manakala candlestick menetapkan entry zone.
Kesimpulan – Fahami Maksud Hawkish Vs Dovish
Memahami hawkish vs dovish adalah asas penting dalam fundamental analysis. Nada bank pusat mampu menggerakkan USD, emas, saham dan seluruh pasaran global hanya dengan satu ayat.
Sebagai trader, anda perlu peka setiap kali FOMC, BNM, atau bank pusat lain memberi kenyataan. Untuk analisis lebih mendalam, berita pasaran terkini dan peluang trading harian, anda boleh dapatkan akses terus melalui platform Ultima Markets, lengkap dengan analisis, signal, dan educational resources.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.