This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Ketahui apa itu Federal Reserve, fungsi, dan bagaimana keputusan Fed mempengaruhi USD, emas dan forex, serta peranan bank pusat utama dunia lain.
Apa Itu Federal Reserve – Kuasa Sebenar Di Sebalik USD
Ramai trader baru dengar istilah apa itu Federal Reserve, tapi tidak betul-betul faham mengapa institusi ini sangat berpengaruh dalam pasaran global. Secara ringkas, Federal Reserve ialah bank pusat Amerika Syarikat dan ia mengawal dasar monetari, kadar faedah, inflasi serta kestabilan kewangan, faktor yang memberi kesan langsung kepada forex, saham, emas dan sentimen global.
Apa Maksud Federal Reserve
Ramai juga tertanya-tanya apa maksud Federal Reserve. Secara mudah, maksud federal reserve merujuk kepada sebuah institusi kewangan rasmi yang diberi kuasa oleh kerajaan AS untuk mengurus dasar kewangan negara. Dalam bahasa mudah, Fed adalah:
Bank kepada bank-bank di Amerika Syarikat
Rujukan utama kadar faedah global
Pengawal inflasi di Amerika Syarikat
Penentu arah sentimen pasaran dunia
Ramai trader forex memantau keputusan Fed kerana perubahan kecil dasar Fed boleh menggoncang USD, emas, saham dan kripto dalam sekelip mata.
Apa Itu The Fed?
Jika anda tertanya apa itu Fed, ia sebenarnya nama pendek untuk Federal Reserve. Trader seluruh dunia menggunakan istilah “The Fed” kerana ia lebih ringkas dan biasa digunakan dalam berita ekonomi:
“The Fed naikkan kadar faedah”
“Fed kekalkan dasar monetari”
“Fed beri kenyataan hawkish/dovish”
Semua ini merujuk kepada keputusan bank pusat Amerika Syarikat.
Apa Itu Fed? Struktur Federal Reserve
Untuk benar-benar memahami apa itu Federal Reserve, anda perlu tahu bagaimana ia disusun. Fed terdiri daripada tiga komponen utama:
1. Board of Governors
Board of Governors terdiri daripada 7 ahli yang dilantik oleh Presiden Amerika Syarikat. Mereka bertanggungjawab membuat keputusan dasar utama, memantau sistem kewangan, dan menggubal peraturan untuk bank-bank di seluruh negara. Mereka juga mengetuai setiap mesyuarat penting Fed, menjadikan kumpulan ini “otak” kepada keseluruhan sistem Federal Reserve.
2. Federal Reserve Banks (12 cawangan)
Terdapat 12 Federal Reserve Banks yang mewakili wilayah-wilayah utama di Amerika Syarikat seperti New York, Chicago, Dallas, San Francisco dan lain-lain. Setiap bank ini menjalankan fungsi operasi seperti:
mengedarkan mata wang,
memantau bank komersial di kawasan mereka,
menyediakan laporan ekonomi wilayah, dan
menyokong pelaksanaan dasar monetari yang ditetapkan oleh Fed pusat.
Cawangan paling berpengaruh ialah New York Fed, kerana ia mengendalikan operasi pasaran terbuka dan transaksi kewangan berskala besar.
3. FOMC (Federal Open Market Committee)
Inilah komponen yang paling penting untuk trader. FOMC bertanggungjawab menetapkan kadar faedah, mengawal dasar monetari, dan mengeluarkan kenyataan hawkish atau dovish yang boleh menggerakkan USD, emas dan saham dalam beberapa minit.
FOMC mengadakan mesyuarat 8 kali setahun, dan setiap mesyuaratnya adalah acara utama dalam forex kerana keputusan mereka menentukan arah pasaran global.
Tokoh Penting Dalam Federal Reserve: Siapa Jerome Powell?
Apabila bercakap tentang apa itu Federal Reserve, nama yang paling kerap muncul dalam berita kewangan ialah Jerome Powell. Beliau merupakan Pengerusi (Chairman) Federal Reserve, individu paling berpengaruh dalam menentukan kadar faedah, dasar monetari dan arah sentimen USD.
Jerome Powell juga terkenal kerana hubungannya yang tegang dengan Donald Trump ketika era pentadbiran beliau. Trump pernah mengkritik Powell secara terbuka kerana tidak menurunkan kadar faedah seperti yang diharapkan, menjadikan Powell antara figura Fed yang paling banyak mendapat liputan media.
Setiap kenyataan Powell, sama ada bernada hawkish atau dovish mampu menggerakkan USD, emas, saham dan kripto dalam beberapa minit. Sebab itu investor global sentiasa menunggu ucapan atau sidang media beliau selepas mesyuarat FOMC.
Fungsi Utama Federal Reserve
Untuk memahami sepenuhnya apa itu Federal Reserve, anda perlu tahu fungsi utamanya.
1. Mengawal Kadar Faedah (Interest Rate)
Ini ialah fungsi paling penting Fed. Dengan menaikkan atau menurunkan kadar faedah, Fed boleh memperlahankan atau merangsang ekonomi. Apabila Fed menaikkan kadar faedah, pelabur global cenderung membeli USD kerana pulangan yang lebih tinggi. Ini biasanya menyebabkan pair seperti EURUSD, GBPUSD atau XAUUSD bergerak kuat. Sebaliknya, jika Fed menurunkan kadar faedah, kos pinjaman menjadi lebih murah dan USD cenderung melemah.
Keputusan kadar faedah Fed selalunya menjadi penanda aras global, sama seperti bagaimana Malaysia menggunakan OPR dalam dasar monetari. Jika anda ingin memahami konsep setara di Malaysia, anda boleh baca artikel Apa Itu OPR untuk melihat bagaimana bank pusat mengawal ekonomi melalui kadar dasar.
2. Mengawal Inflasi
Fed bertanggungjawab memastikan inflasi kekal stabil. Jika harga barang naik terlalu cepat, Fed akan mengambil pendekatan hawkish dengan mengetatkan dasar, termasuk menaikkan kadar faedah atau mengurangkan suntikan kecairan. Langkah ini membantu mengekang kenaikan harga yang berlebihan dan melindungi kuasa beli rakyat.
Kerana Federal Reserve banyak memberi tumpuan kepada inflasi, trader juga perlu faham bagaimana inflasi mempengaruhi ekonomi. Untuk rujukan tambahan, anda boleh baca panduan lengkap Ultima Markets tentang Apa Itu Inflasi untuk memahami bagaimana tekanan harga terbentuk dan mengapa ia menjadi fokus utama Fed.
3. Menjaga Kestabilan Sistem Kewangan
Fed juga bertindak sebagai “penyelamat kecemasan” kepada institusi kewangan yang menghadapi tekanan. Sebagai contoh, ketika Krisis Kewangan 2008, Fed menyediakan pinjaman kecemasan dan program khas bagi mengelakkan kejatuhan sistem kewangan yang lebih besar. Fungsi ini memastikan pasaran kekal stabil walaupun dalam situasi ekstrem.
4. Mengawasi Bank Komersial
Selain dasar monetari, Fed turut menyelia bank-bank komersial di Amerika Syarikat.
Mereka mengenakan standard peraturan yang ketat bagi memastikan bank mempunyai modal mencukupi, mengamalkan pengurusan risiko yang baik, dan beroperasi dengan stabil.
Ini penting untuk melindungi pengguna serta mengurangkan risiko krisis perbankan.
Bagaimana Keputusan Fed Mempengaruhi Forex?
Apabila menjelaskan tentang apa itu Federal Reserve, bahagian ini penting untuk trader.
Keputusan Federal Reserve sentiasa menjadi perhatian kerana USD ialah mata wang paling dominan dalam perdagangan global. Apa sahaja yang diumumkan oleh Fed, sama ada kadar faedah, kenyataan dasar atau unjuran ekonomi boleh menggerakkan pasaran dalam beberapa saat.
1. Kadar Faedah: Pemacu Terbesar Pergerakan USD
Kadar faedah ialah alat paling kuat Fed, dan inilah faktor utama yang menentukan arah USD dalam jangka pendek mahupun panjang.
Fed naikkan kadar faedah = USD menguat Pelabur akan beralih ke USD untuk mendapatkan pulangan lebih tinggi, menyebabkan major pairs seperti EURUSD, GBPUSD jatuh.
Fed turunkan kadar faedah = USD melemah Pelabur akan mencari aset lain yang menawarkan pulangan lebih baik, lalu USD menjadi kurang menarik.
Perubahan kecil sahaja dalam jangkaan kadar faedah kadang-kadang sudah cukup untuk mencetuskan pergerakan besar.
2. Nada Hawkish vs Dovish Fed
Menariknya, Fed tidak perlu menaikkan atau menurunkan kadar untuk menggerakkan pasaran. Nada ucapan mereka pun sudah cukup.
Nada hawkish Mesej atau kenyataan yang memberi bayangan bahawa Fed mungkin menaikkan kadar faedah. USD akan menguat.
Nada dovish Kenyataan yang menunjukkan Fed mungkin melonggarkan dasar. USD akan melemah.
Kebanyakan pergerakan besar berlaku bukan ketika keputusan dibacakan, tetapi ketika sidang media dan Q&A Jerome Powell, kerana setiap perkataan boleh mengubah jangkaan pasaran.
Contoh Situasi Dalam Forex
Bayangkan anda sedang trade XAUUSD (emas). Jika Fed memberi kenyataan hawkish:
USD menguat
Permintaan untuk emas jatuh
Harga emas biasanya turun dengan cepat
Ramai trader baharu yang tidak mengikuti FOMC akan terperangkap kerana mereka tidak menjangka lonjakan volatiliti yang tiba-tiba.
Situasi yang sama berlaku pada pair seperti GBPUSD, USDJPY atau USDCAD, di mana pergerakan boleh mencecah ratusan pip dalam masa beberapa minit.
Istilah Bank Pusat Yang Selalu Muncul Dalam Financial News
Selepas belajar apa itu Federal Reserve, penting juga melihat bank pusat negara lain untuk memahami lebih lanjut topik ini.
Selain Fed, trader global juga akan jumpa banyak istilah bank pusat lain dalam berita ekonomi. Semua nama ini mewakili bank pusat utama dunia yang mempengaruhi mata wang global. Berikut ialah istilah paling penting yang trader perlu kenal:
Malaysia – Bank Negara Malaysia (BNM)
Istilah:
BNM
Bank Negara
Peranan penting:
BNM menentukan OPR (Overnight Policy Rate) dan laporan inflasi Malaysia. Walaupun BNM tidak sekuat Fed, keputusan mereka sangat penting untuk MYR (Ringgit).
Jepun – BOJ (Bank of Japan)
Istilah:
BOJ
Bank of Japan
Kenapa penting: BOJ sebelum ini terkenal dengan dasar ultra-dovish dan polisi Yield Curve Control (YCC) yang berpanjangan, walaupun sejak 2024 bank pusat itu mula keluar secara berperingkat daripada dasar ini. Keputusan BOJ sangat mempengaruhi JPY, terutamanya pair USDJPY, JPY Crosses (GBPJPY, EURJPY, AUDJPY).
United Kingdom – BOE (Bank of England)
Istilah:
BOE
Bank of England
Kenapa penting: BOE antara bank pusat tertua dunia dan sangat berpengaruh dalam pergerakan GBP.
Eurozone – ECB (European Central Bank)
Istilah:
ECB
European Central Bank
Kenapa penting: ECB mengurus mata wang EUR, mata wang kedua paling banyak didagangkan di dunia selepas USD. ECB sering mempengaruhi pair seperti:
EURUSD
EURJPY
EURGBP
Australia – RBA (Reserve Bank of Australia)
Istilah:
RBA
Reserve Bank of Australia
Kenapa penting: AUD sangat sensitif kepada kadar faedah RBA dan laporan ekonomi komoditi. Pair terkesan: AUDUSD, AUDJPY, AUDNZD.
New Zealand – RBNZ (Reserve Bank of New Zealand)
Istilah:
RBNZ
Reserve Bank of New Zealand
Kenapa penting: RBNZ antara bank pusat paling transparent. Keputusan mereka menggerakkan NZDUSD dan NZDJPY.
Switzerland – SNB (Swiss National Bank)
Istilah:
SNB
Swiss National Bank
Kenapa penting: SNB terkenal kerana intervensi besar-besaran dalam pasaran CHF. Pair paling sensitif: USDCHF dan EURCHF.
Canada – BOC (Bank of Canada)
Istilah:
BOC / BoC
Bank of Canada
Kenapa penting: BOC mempengaruhi pasaran komoditi kerana CAD berkait rapat dengan harga minyak dunia.
Bank Pusat Dunia & Singkatan Yang Trader Mesti Tahu
Bank Pusat
Singkatan
Mata Wang
Negara / Wilayah
Pair Paling Terjejas
Federal Reserve
Fed
USD
Amerika Syarikat
EURUSD, GBPUSD, USDJPY, XAUUSD
European Central Bank
ECB
EUR
Zon Euro
EURUSD, EURJPY, EURGBP
Bank of Japan
BOJ
JPY
Jepun
USDJPY, GBPJPY, EURJPY
Bank of England
BOE
GBP
United Kingdom
GBPUSD, GBPJPY, EURGBP
Swiss National Bank
SNB
CHF
Switzerland
USDCHF, EURCHF
Bank of Canada
BOC / BoC
CAD
Kanada
USDCAD, CADJPY
Reserve Bank of Australia
RBA
AUD
Australia
AUDUSD, AUDJPY
Reserve Bank of New Zealand
RBNZ
NZD
New Zealand
NZDUSD, NZDJPY
People’s Bank of China
PBOC
CNY
China
USDCNH, AUDUSD (indirect)
Bank Negara Malaysia
BNM
MYR
Malaysia
USD/MYR (langsung), pair lain (sentimen Asia)
Monetary Authority of Singapore
MAS
SGD
Singapura
USDSGD, SGDJPY
Reserve Bank of India
RBI
INR
India
USDINR (emerging market)
Bank of Korea
BOK
KRW
Korea Selatan
USDKRW, KRWJPY
Central Bank of Turkey
CBRT
TRY
Turki
USDTRY, EURTRY
Hong Kong Monetary Authority
HKMA
HKD
Hong Kong
USDHKD (currency peg)
FAQ: Soalan Lazim Tentang Apa Itu Federal Reserve (Fed)
Apa beza Fed dengan FOMC?
Federal Reserve (Fed) ialah bank pusat Amerika Syarikat secara keseluruhan, manakala FOMC (Federal Open Market Committee) ialah bahagian dalam Fed yang membuat keputusan dasar monetari.
Peranan ringkas:
Fed: mengawal sistem kewangan, mengawasi bank, stabilkan ekonomi.
FOMC: tetapkan kadar faedah, QE (quantitative easing), QT, dan nada hawkish/dovish.
Betul ke Fed boleh jatuhkan harga emas?
Ya. Fed berkuasa besar mempengaruhi harga emas, tapi tidak secara langsung. Kesan berlaku melalui kadar faedah USD.
Cara ia berlaku:
Fed naikkan kadar faedah → USD menguat → emas menjadi kurang menarik → harga emas jatuh
Fed turunkan kadar faedah → USD melemah → emas jadi alternatif → harga emas naik
Mana lagi kuat: ECB atau Fed?
Dalam dunia forex, Fed jauh lebih berpengaruh berbanding ECB.
Sebab:
USD terlibat dalam 88% transaksi forex global
USD ialah mata wang rizab dunia
Ekonomi Amerika adalah yang terbesar di dunia
Data AS (NFP, CPI, FOMC) paling banyak menggerakkan pasaran
Namun, ECB tetap bank pusat kedua paling kuat kerana EUR ialah mata wang kedua paling banyak didagangkan.
Ringkasnya: Fed (No.1) → ECB (No.2) → BOJ (No.3)
Adakah Fed sama seperti Bank Negara Malaysia (BNM)?
Konsep sama, tetapi skala kuasa dan pengaruh berbeza besar.
Aspek
Fed
BNM
Mata wang
USD
MYR
Pengaruh global
Sangat tinggi
Rendah ke sederhana
Fokus dasar
Inflasi, kadar faedah, kewangan global
Inflasi & kestabilan domestik
Kesan pasaran
Forex global, saham, emas
USD/MYR & pasaran tempatan
Fed boleh menggerakkan seluruh pasaran global, manakala BNM hanya memberi kesan besar kepada pasaran Malaysia.
Kenapa semua trader forex perlu ikut keputusan Fed?
Kerana hampir semua pair forex ada kaitan dengan USD, sama ada secara langsung atau tidak.
Contoh:
EURUSD
GBPUSD
USDJPY
AUDUSD
USDCAD
Malah pair yang tidak ada USD pun turut terkesan, seperti EURJPY atau GBPJPY sebab keputusan Fed mengubah sentimen global.
Bila biasanya Fed mengumumkan keputusan penting?
Fed (melalui FOMC) biasanya mengumumkan keputusan kadar faedah 8 kali setahun, lazimnya pada waktu 2.00 AM – 4.00 AM waktu Malaysia (bergantung musim). Trader biasanya standby waktu ini kerana volatiliti boleh meningkat 3–10x ganda.
Apa maksud ‘hawkish’ dan ‘dovish’ bila Fed bersuara?
Hawkish → Fed jangka naikkan kadar faedah → USD menguat → emas jatuh
Dovish → Fed jangka turunkan kadar faedah → USD melemah → emas naik
Nada ucapan Fed kadang-kadang lebih menggerakkan pasaran daripada keputusan sebenar.
Kesimpulan – Fahami Apa Itu Federal Reserve
Secara keseluruhannya, memahami apa itu Federal Reserve, maksud Federal Reserve, dan apa itu Fed adalah asas penting untuk semua trader forex dan pelabur global. Keputusan Fed mempengaruhi kadar faedah, USD, saham, emas dan hampir semua instrumen kewangan dunia. Jika anda mahu mengikuti analisis pasaran dan berita terkini tentang Fed dengan lebih mudah, Ultima Markets menyediakan Market Insights, analisis harian dan educational content untuk bantu anda memahami pergerakan pasaran dengan lebih jelas.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.