Trade Anytime, Anywhere
Important Information
This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United KingdomSoalan ini selalu timbul setiap kali kita dengar laporan ekonomi global, ramalan pertumbuhan atau projek pembangunan besar yang diumumkan oleh institusi antarabangsa. Ramai menyangka Bank Dunia dimiliki oleh negara paling kaya, ada pula yang fikir ia organisasi swasta, dan tak kurang yang percaya ia alat politik kuasa besar.
Untuk benar-benar faham siapa sebenarnya yang memiliki Bank Dunia, kita perlu lihat sejarah penubuhannya, bagaimana struktur pemilikan ditentukan, dan peranan besar institusi ini dalam ekonomi dunia hari ini.
Ramai masih mencari jawapan kepada persoalan bank dunia milik siapa, jadi penting untuk tahu definisinya dahulu.
Maksud Bank Dunia (World Bank)
Institusi kewangan antarabangsa yang memberi pinjaman, bantuan teknikal dan kajian ekonomi kepada negara membangun. Ia bukan bank komersial dan bukan milik individu.

Sejarah turut membantu menjawab soalan bank dunia milik siapa.
Bank Dunia ditubuhkan pada tahun 1944 semasa Persidangan Bretton Woods, selepas Perang Dunia Kedua. Dunia ketika itu hancur, banyak negara perlukan dana untuk membina semula infrastruktur, ekonomi dan sistem kewangan.
Ada dua institusi lahir dari perjanjian ini:
1. IMF (Dana Kewangan Antarabangsa)
– fokus kestabilan kewangan global
2. Bank Dunia
– fokus pembiayaan pembangunan jangka panjang
Misi awal Bank Dunia adalah:
Hari ini, misinya lebih luas.
Ramai keliru antara IMF dan Bank Dunia.
Peranan IMF:
Kalau Bank Dunia ibarat engineer pembangunan, IMF pula doktor kecemasan ekonomi.
Bayangkan negara X menghadapi krisis:
Dalam keadaan ini:
Ini bertujuan menyelamatkan negara daripada default.

Dua organisasi, dua peranan, tetapi saling melengkapi.
Contoh negara yang pernah mendapat kedua-dua bantuan IMF dan Bank Dunia: Pakistan, Ghana, Argentina, Sri Lanka, Kenya.
| Aspek | IMF | Bank Dunia |
| Fokus | Kestabilan kewangan global | Pembangunan jangka panjang |
| Jenis pinjaman | Kecemasan, jangka pendek, stabilkan mata wang | Jangka panjang, pembangunan, projek |
| Syarat | Ketat: reformasi belanjawan, cukai, subsidi | Lebih kepada audit & ketelusan projek |
| Bila negara perlukan? | Masa krisis (contoh: mata wang jatuh) | Masa pembangunan (contoh: bina hospital) |
| Contoh bantuan | Stabilkan ekonomi Argentina | Bina sekolah di Kenya |
Inilah bahagian paling penting: bank dunia milik siapa sebenarnya?
Secara rasmi, Bank Dunia dimiliki oleh negara-negara ahli. Bukan individu, bukan syarikat, bukan satu negara tertentu.
Setiap negara ahli membeli “saham” Bank Dunia, dan pegangan ini menentukan kuasa undian mereka.
Pemegang saham terbesar:
AS mempunyai pegangan lebih kurang 16% undi, menjadikannya negara paling berpengaruh dalam keputusan Bank Dunia. Inilah sebab ramai orang tertanya-tanya “bank dunia milik siapa?” kerana AS mempunyai suara utama dalam pelantikan presiden Bank Dunia.
Negara Asia dengan pengaruh terbesar dalam Bank Dunia selepas AS.
Kuasa ekonomi terbesar Asia kini semakin naik dalam struktur pengundian.
Pemegang saham terbesar dalam kalangan negara Eropah selain UK.
UK masih kekal sebagai antara pengundi utama walaupun keluar dari EU.
Negara-negara ini juga antara pemilik mata wang paling berpengaruh di dunia. Untuk gambaran yang lebih jelas, anda boleh rujuk senarai 5 Mata Wang Tertinggi di Dunia yang menunjukkan bagaimana kuasa ekonomi sesebuah negara mempengaruhi nilai mata wangnya.
Negara lain seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand juga pemilik Bank Dunia, tetapi pegangan lebih kecil.
| Negara | Anggaran Kuasa Undi (%) |
| Amerika Syarikat | ~15.6% |
| Jepun | ~7.3% |
| China | ~4.4% |
| Jerman | ~4.3% |
| United Kingdom | ~4.0% |
| Lain-lain (180+ negara) | ±63% digabungkan |
Jadi, bila kita tanya bank dunia milik siapa, jawapannya ialah:
– Dimiliki bersama oleh lebih 180 negara
– Tetapi dipengaruhi lebih kuat oleh negara pemegang saham terbesar.
Fungsi Bank Dunia jauh lebih luas dari apa yang ramai sangka. Antara peranan utama ialah:
Projek besar seperti:
Banyak negara membangun bergantung kepada pinjaman Bank Dunia untuk projek sebegini.

Bank Dunia terkenal dengan laporan seperti:
Ramai penggubal dasar rujuk laporan ini sebelum membuat keputusan ekonomi besar.
Melalui dana pembangunan, program bantuan dan projek sosial.
Termasuk pembiayaan sekolah, latihan guru, vaksinasi dan program kesihatan awam.
Ramai orang ingat Bank Dunia hanya ada satu bentuk pinjaman, tapi sebenarnya ia dibahagikan kepada dua “bahagian” utama:
Untuk negara berpendapatan sederhana & negara yang mempunyai kredit baik
Contoh: Malaysia, Indonesia, Thailand, Mexico, Brazil.
IBRD berfungsi macam bank pembangunan premium:
Contoh projek yang dibiayai oleh IBRD:
Contoh:
Malaysia dulu menggunakan pinjaman IBRD untuk pembangunan FELDA, pembinaan fasiliti luar bandar dan menaik taraf infrastruktur asas sebelum berhenti meminjam pada 1999.
IBRD ibarat “bank pembangunan kelas pertengahan”, bukan mahal, bukan terlalu murah, tetapi stabil dan berpatutan untuk negara yang sudah ada kekuatan ekonomi sendiri.
Untuk negara paling miskin & berpendapatan rendah (low-income countries)
Contoh: Nepal, Ethiopia, Chad, Tanzania, Haiti.
IDA adalah bahagian “paling murah” dalam Bank Dunia. Ramai orang confuse dan tanya bank dunia milik siapa kerana sebahagian pinjaman IDA bukan sekadar murah, malah ada yang PERCUMA.
IDA menawarkan:
Kenapa IDA wujud? Untuk bantu negara paling miskin keluar dari perangkap kemiskinan, membina asas ekonomi dan mewujudkan kestabilan.
Contoh projek yang dibiayai oleh IDA:
Contoh:
Kenya menggunakan dana IDA untuk digitalisasi kerajaan & projek tenaga hijau. Nepal pernah menerima dana IDA untuk projek elektrik hidro yang kritikal.
IDA ibarat “lifeline ekonomi” untuk negara paling miskin.
| Ciri | IBRD | IDA |
| Negara layak | Maju sederhana (middle-income) | Negara miskin (low-income) |
| Kadar faedah | Rendah | Sangat rendah / 0% |
| Tempoh pinjaman | 15–20 tahun | 30–40 tahun |
| Ada grant? | Tidak | Ya, sesetengah projek |
| Bentuk bantuan | Pembangunan besar (infrastruktur) | Kesihatan, pendidikan, asas sosial |
| Contoh negara | Malaysia (dulu), Indonesia, Brazil | Ethiopia, Nepal, Tanzania |
Banyak negara yang menerima pinjaman IDA juga berada dalam kategori negara dengan mata wang yang lemah. Anda boleh lihat contoh dalam artikel Mata Wang Terendah di Dunia untuk memahami bagaimana kelemahan ekonomi dan nilai mata wang berkait rapat dengan keperluan pinjaman pembangunan.
Proses pinjaman ini juga mengukuhkan pemahaman tentang bank dunia milik siapa. Ia bukan milik satu negara yang boleh meluluskan sesuka hati, tetapi mesti melalui undian lembaga pengarah mewakili seluruh dunia.

Ramai nak tahu prosesnya. Ini cara sebenar sesebuah negara boleh dapat dana.
Negara mesti jadi ahli dan memohon untuk projek khusus, contohnya:
Bank Dunia menilai:
Termasuk:
Di sinilah kita nampak kaitan dengan persoalan bank dunia milik siapa. Negara besar yang ada lebih banyak undi mempunyai pengaruh dalam meluluskan pinjaman.
Audit, laporan kemajuan, dan kawalan ketat dilakukan untuk elakkan dana disalah guna.
Pernah meminjam untuk pembangunan luar bandar, FELDA, dan infrastruktur asas. Malaysia berhenti meminjam sejak 1999.
Antara penerima terbesar Asia. Dana digunakan untuk pendidikan, kesihatan dan pasca-bencana.
Meminjam untuk sistem pengairan, tenaga bersih, kereta api dan projek pembangunan bandar.
Pinjaman modern untuk digitalisasi kerajaan & tenaga hijau.

Trader biasanya tengok laporan Bank Dunia untuk membaca:
Apabila Bank Dunia turunkan ramalan pertumbuhan global, sentimen untuk aset berisiko seperti saham boleh melemah, manakala permintaan kepada aset selamat seperti emas (XAUUSD) cenderung meningkat.
Begitu juga, laporan mereka kadang-kadang mempengaruhi mata wang negara membangun, memberi konteks tambahan kepada trader dalam membuat keputusan.
Soalan bank dunia milik siapa bukan sekadar trivia. Ia membantu trader melihat siapa yang mempunyai suara besar dalam dasar ekonomi global dan bagaimana keputusan mereka boleh mempengaruhi pergerakan harga di forex, indeks, bon, dan komoditi.
Di Ultima Markets, pemahaman seperti ini penting kerana ia membantu trader membuat keputusan lebih yakin berdasarkan fundamental global, bukan sekadar ikut sentimen semasa. Bila anda tahu siapa yang memegang kuasa di sebalik institusi besar seperti Bank Dunia, anda ada kelebihan membaca arah pasaran lebih awal.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.