This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Ketahui 10 mata wang terendah di dunia & mengapa nilainya jatuh. Fahami kesannya & peluang dagangan bersama Ultima Markets.
Biar Betul ? Ini 10 Mata Wang Terendah Di Dunia
Dalam dunia dagangan Forex, ramai yang tertumpu pada pasangan mata wang utama seperti EUR/USD atau GBP/USD. Namun, bagaimana pula dengan mata wang yang nilainya sangat rendah? Adakah ia berisiko tinggi atau tersembunyi peluang yang belum diterokai? Artikel ini menyenaraikan 10 mata wang paling lemah di dunia pada tahun 2025 dan menilai sama ada ia sesuai untuk pelabur dan pedagang.
Apa Yang Dimaksudkan Oleh Mata Wang Terendah Di Dunia?
Mata wang terendah di dunia merujuk kepada unit kewangan sesebuah negara yang mempunyai nilai pertukaran paling rendah berbanding mata wang utama global seperti Dolar AS (USD) atau Euro.
Nilai yang rendah ini selalunya menjadi cerminan kepada isu struktur ekonomi negara tersebut seperti inflasi tinggi, hutang kerajaan, kekurangan pelaburan asing, atau ketidakstabilan politik. Negara-negara yang memiliki mata wang terendah di dunia biasanya menunjukkan gabungan faktor ini secara berterusan, menjadikan nilai tukaran mereka sukar untuk stabil dalam jangka pendek.
Dalam pasaran global, mata wang lemah sering dilihat sebagai petanda risiko, namun dalam sesetengah keadaan, ia juga boleh membuka ruang kepada peluang pelaburan bernilai.
Mengapa Sesetengah Mata Wang Bernilai Sangat Rendah?
Terdapat beberapa faktor utama:
Inflasi tinggi yang menghakis kuasa beli rakyat
Konflik politik atau peperangan yang menggugat kestabilan negara
Sekatan ekonomi antarabangsa terhadap sesebuah negara
Hutang luar negara yang berlebihan
Kebergantungan kepada eksport komoditi tertentu
Berikut adalah 10 mata wang paling rendah di dunia buat masa sekarang dengan kadar terkini:
Mata Wang (Kod)
Kadar USD
Kadar Ringgit (MYR)
Pound Lebanon (LBP)
1 USD ≈ 89,000 LBP
1 MYR ≈ 17,800 LBP
Rial Iran (IRR)
1 USD ≈ 42,000 IRR
1 MYR ≈ 9,091 IRR
Dong Vietnam (VND)
1 USD ≈ 25,000 VND
1 MYR ≈ 5,263 VND
Kip Laos (LAK)
1 USD ≈ 21,800 LAK
1 MYR ≈ 4,360 LAK
Leone Sierra Leone (SLL)
1 USD ≈ 22,500 SLL
1 MYR ≈ 4,500 SLL
Rupiah Indonesia (IDR)
1 USD ≈ 15,900 IDR
1 MYR ≈ 3,180 IDR
Som Uzbekistan (UZS)
1 USD ≈ 12,600 UZS
1 MYR ≈ 2,520 UZS
Franc Guinea (GNF)
1 USD ≈ 8,650 GNF
1 MYR ≈ 1,730 GNF
Guarani Paraguay (PYG)
1 USD ≈ 7,950 PYG
1 MYR ≈ 1,590 PYG
Ariary Madagascar (MGA)
1 USD ≈ 4,500 MGA
1 MYR ≈ 900 MGA
Data anggaran berdasarkan kadar tukaran sebenar dari Wise, dikemaskini pada 28 Julai 2025.
Senarai 10 Mata Wang Terendah Di Dunia (2025)
1. Pound Lebanon (LBP)
1 USD ≈ 89,000 LBP(pasaran rasmi lebih kecil, pasaran bebas jauh lebih tinggi)
Nilai LBP menjunam akibat krisis kewangan besar-besaran, inflasi melampau dan kemerosotan sistem perbankan. Ketidakstabilan politik dan kejatuhan nilai simpanan rakyat turut menyumbang kepada kehilangan kepercayaan terhadap mata wang ini. Kadar tukaran pasaran gelap jauh lebih tinggi berbanding kadar rasmi.
Rial Iran masih kekal antara yang terendah akibat sekatan ekonomi antarabangsa, inflasi tinggi dan sistem pertukaran tidak telus. Ekonomi Iran yang tertutup dan kebergantungan pada eksport minyak menyukarkan kestabilan nilai mata wangnya di pasaran antarabangsa.
3. Dong Vietnam (VND)
1 USD ≈ 25,000–26,000 VND
Walaupun ekonomi Vietnam berkembang pesat sebagai hab pembuatan Asia Tenggara, nilai mata wangnya kekal rendah disebabkan kawalan kadar tukaran oleh kerajaan. VND juga bukan mata wang bebas terapung, menjadikannya kurang tarikan bagi pelabur luar.
4. Kip Laos (LAK)
1 USD ≈ 21,600–22,000 LAK
Laos bergelut dengan hutang luar yang membebankan dan kelemahan infrastruktur ekonomi. Kebergantungan terhadap eksport komoditi mentah dan pelaburan asing yang semakin perlahan menyumbang kepada penurunan nilai Kip dari tahun ke tahun.
5. Leone Sierra Leone (SLL)
1 USD ≈ 22,000–22,600 SLL
Negara ini mengalami kelembapan ekonomi sejak sekian lama akibat perang saudara, wabak Ebola dan kekurangan pelaburan. Reformasi ekonomi masih perlahan, menjadikan nilai Leona tidak stabil dan mudah terjejas.
6. Rupiah Indonesia (IDR)
1 USD ≈ 15,500–16,600 IDR
Rupiah merupakan antara mata wang paling rendah di Asia Tenggara, disebabkan defisit akaun semasa, sentimen pelabur yang berubah-ubah, dan kebergantungan kepada eksport komoditi. Namun, ia tetap dianggap stabil dalam kategori “exotic currency” dan digunakan meluas dalam dagangan.
7. Som Uzbekistan (UZS)
1 USD ≈ 12,500–12,800 UZS
Walaupun Uzbekistan giat menjalankan reformasi ekonomi pasca era Soviet, nilai Som masih rendah kerana inflasi tinggi dan sistem kewangan yang belum sepenuhnya telus. Aktiviti perdagangan luar juga masih terhad, menjadikan UZS kurang mendapat permintaan global.
8. Franc Guinea (GNF)
1 USD ≈ 8,600–8,700 GNF
Guinea memiliki sumber semula jadi yang banyak seperti bauksit dan emas, namun isu rasuah dan kelemahan institusi awam membantutkan pertumbuhan ekonomi. Kelemahan struktur fiskal dan ketidakstabilan politik menjejaskan prestasi mata wang.
9. Guarani Paraguay (PYG)
1 USD ≈ 7,900–8,000 PYG
Sebagai negara tanpa pantai dan berasaskan pertanian, Paraguay menghadapi cabaran besar untuk mempelbagaikan ekonominya. Nilai Guarani kekal rendah disebabkan saiz ekonomi kecil, tahap eksport yang sederhana, dan pelaburan asing yang terhad.
10. Ariary Madagascar (MGA)
1 USD ≈ 4,500 MGA
Mata wang Madagascar ini jarang disebut, tetapi nilainya adalah antara yang terendah di dunia. Isu utama termasuk inflasi berterusan, ekonomi terhad, dan ketidakstabilan politik domestik yang menyukarkan pertumbuhan berterusan.
Apakah Implikasi Nilai Mata Wang Yang Rendah?
Mata wang yang lemah boleh memberi kesan bercampur:
Kos import meningkat
Mata wang yang lemah menyebabkan harga barang import seperti makanan, bahan api, atau produk elektronik dari luar negara menjadi lebih mahal. Sebagai contoh, jika nilai Ringgit jatuh, harga iPhone atau daging import dari Australia akan naik. Ini memberi tekanan kepada pengguna dan perniagaan tempatan yang bergantung pada bekalan luar.
Inflasi tempatan melonjak
Apabila kos import naik secara berterusan, ia akan menyumbang kepada kenaikan harga keseluruhan barangan dan perkhidmatan, iaitu inflasi. Ini mengurangkan kuasa beli rakyat dan boleh menjejaskan taraf hidup, terutamanya bagi negara membangun.
Eksport lebih kompetitif
Dalam masa yang sama, negara yang mempunyai mata wang rendah boleh menjual produk ke luar negara pada harga yang lebih murah. Contohnya, tekstil dari Vietnam atau kopi dari Uganda menjadi lebih menarik kepada pembeli asing. Ini memberi kelebihan kepada pengeksport tempatan dan boleh meningkatkan hasil negara.
Peluang Dagangan Dalam Forex
Bagi pelabur dan pedagang Forex, mata wang yang rendah nilainya sering dianggap sebagai aset undervalued — ada potensi untuk naik semula apabila ekonomi negara itu pulih. Ini membuka peluang pelaburan bernilai tinggi untuk jangka masa panjang. Pedagang juga boleh mengambil untung dari turun naik jangka pendek melalui strategi dagangan pasangan mata wang seperti USD/IDR atau USD/VND.
Namun, perlu diingat bahawa pasangan mata wang ini tergolong dalam kategori ‘exotic pairs’, yang lazimnya datang dengan pilihan terhad, spread lebih tinggi, dan kecairan pasaran yang lebih rendah berbanding pasangan utama seperti EUR/USD atau USD/JPY.
Kesimpulan
Mata wang terendah di dunia bukan sekadar senarai statistik, ia mencerminkan krisis, cabaran dan juga peluang dalam pasaran global. Sebagai pelabur atau pedagang bijak, anda boleh ambil peluang dari ketidakseimbangan ini.
Bersama Ultima Markets, anda boleh berdagang pasangan mata wang dari serata dunia, termasuk yang jarang didagangkan, terus dari satu platform profesional. Sertai hari ini untuk akses pasaran global dengan spread rendah dan leverage fleksibel.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.