This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Apa itu pin bar candlestick? Ketahui jenis pin bar, cara entry dan kesilapan biasa trader supaya anda tak lagi tersalah baca chart.
Pin Bar Candlestick: Betul Ke Corak Ini Menipu Trader?
Pin bar candlestick ialah corak candle reversal yang menunjukkan rejection atau penolakan harga yang kuat. Ia mempunyai ekor yang panjang (shadow/wick) di satu sisi dan body yang kecil, menandakan pasaran menolak harga ke arah bertentangan.
Corak Pin Bar Candlestick sangat popular dalam price action kerana ia memberi clue awal bahawa momentum mungkin berubah menjadi sama ada reversal atau continuation.
Nota Penting: Price action ialah kaedah analisis pergerakan harga semata-mata tanpa bergantung pada indicator yang kompleks. Dengan kata lain, trader membaca chart menggunakan candlestick, structure, SNR, trendline dan pattern harga, bukan RSI, MACD, Stochastic dan sebagainya.
Apa Itu Pin Bar Candlestick?
Maksud Pin Bar Candlestick
Corak candlestick yang mempunyai wick panjang di salah satu sisi dan body kecil, menunjukkan rejection kuat serta potensi reversal trend. Dalam banyak keadaan, pin bar candlestick muncul sebagai petunjuk awal bahawa pasaran akan bertukar arah atau memulakan pergerakan baharu.
Ciri-Ciri Penting Pin Bar Candlestick
Untuk mengenal pasti pin bar candle, perhatikan:
Wick panjang (atas atau bawah)
Body kecil dan berada di salah satu sisi candle
Muncul di paras penting seperti SNR, trendline, Fibonacci
Volume kadang meningkat ketika rejection berlaku
Contoh situasi: Jika harga emas (XAUUSD) jatuh kuat dan tiba-tiba muncul bullish pin bar candlestick, itu tanda buyer sedang mempertahankan harga di kawasan tersebut.
Jenis-Jenis Pin Bar Candlestick
Secara asasnya, pin bar candlestick mempunyai dua bentuk utama: bullish pin bar dan bearish pin bar. Tetapi dalam price action, kedua-dua bentuk ini mempunyai beberapa variasi tambahan berdasarkan konteks dan struktur candle.
1. Bullish Pin Bar (Rejection Bawah)
Tanda buyer reject harga rendah.
Ciri:
Wick bawah panjang
Body kecil di atas
Potensi naik
Contoh candlestick yang termasuk dalam kategori bullish pin bar candlestick:
3. Inside Pin Bar (Pin Bar Di Dalam Range Candle Sebelumnya)
Inside pin bar candlestick ialah pin bar yang berada sepenuhnya di dalam saiz candle sebelum itu. Ini menunjukkan harga cuba bergerak keluar daripada range tetapi tidak berjaya, lalu kembali semula dan membentuk rejection yang lebih kemas. Corak ini biasanya muncul di kawasan penting seperti support, resistance atau trendline, dan memberi petanda awal bahawa momentum mungkin akan berubah.
Maksud:
Menunjukkan false push
Rejection berlaku dengan lebih kemas
Sering muncul di SNR, trendline, atau selepas volatility spike
4. Fakey Pin Bar (False Break Pin Bar)
Fakey pin bar berlaku apabila harga menembusi sesuatu level seperti resistance atau support, membuatkan ramai trader menyangka ia akan terus bergerak dalam arah itu. Namun, harga tiba-tiba berpatah balik dan tutup sebagai pin bar. Ini menandakan breakout tersebut hanyalah perangkap pasaran dan harga sebenarnya mahu bergerak ke arah bertentangan.
Maksud:
Harga break high/low candle sebelumnya
Ramai trader masuk awal (breakout)
Market reverse dan tutup sebagai pin bar
Ini petanda liquidity grab / perangkap pasaran
Secara keseluruhannya, kategori pin bar terdiri daripada:
Pin bar kecil berada sepenuhnya dalam range candle sebelumnya
Inside Pin Bar (variansi PA)
False push yang menunjukkan rejection kemas dalam zone
Fakey Pin Bar
False break → reject → tutup sebagai pin bar
Fakey Setup / False Break Pin Bar
Breakout palsu diambil, liquidity diserap → reversal kuat
Kalau ikut price action modern, inilah 4 jenis pin bar paling lengkap & accepted.
Perbezaan Pin Bar vs Hammer, Shooting Star, Doji & Candlestick Serupa
Ramai trader keliru kerana banyak candlestick kelihatan hampir serupa dengan pin bar candlestick, terutamanya apabila wicknya panjang. Namun, bentuk sahaja tidak menentukan kategori, apa yang membezakan pin bar ialah jenis rejection dan konteks ia muncul.
A. Candlestick Yang Termasuk Dalam “Keluarga Pin Bar”
Walaupun setiap candlestick mempunyai nama rasmi yang berbeza seperti Hammer, Shooting Star atau Doji, ada sesetengah daripadanya sebenarnya dikira sebagai pin bar dalam konteks price action. Ini kerana bentuk dan maksudnya sama seperti pin bar, iaitu rejection yang jelas ke satu arah, yang menunjukkan buyer atau seller menolak harga dengan kuat.
Dengan kata lain, sesuatu candlestick boleh dianggap sebagai pin bar apabila:
Wick sangat panjang pada satu sisi
Body kecil berada di bahagian bertentangan
Ada pergerakan harga yang ditolak dengan kuat
Candle tersebut memberi signal reversal atau continuation
Lokasi kemunculan candle berada pada kawasan penting (SNR, trendline, Fibo, liquidity zone)
Oleh itu, walaupun nama candlestick ini berbeza, fungsi price action mereka sama, dan semuanya termasuk dalam “keluarga pin bar”.
Candle
Jenis Pin Bar
Sebab
Hammer
Bullish pin bar
Wick bawah panjang → rejection naik
Shooting Star
Bearish pin bar
Wick atas panjang → rejection turun
Dragonfly Doji
Bullish pin bar
Wick bawah dominan, body sangat kecil
Gravestone Doji
Bearish pin bar
Wick atas dominan, body sangat kecil
Long-tailed Candle
Bullish/Bearish
Rejection kuat di satu sisi
Inside Pin Bar
Bullish/Bearish
Rejection di dalam candle sebelumnya
Fakey Pin Bar
Bullish/Bearish
False break → rejection kuat
B. Candlestick Yang Nampak Macam Pin Bar Tapi Bukan Pin Bar
Ada pula candlestick yang bentuknya seakan pin bar candlestick, contohnya wick panjang atau body kecil tetapi tidak dikira sebagai pin bar kerana maksudnya berbeza. Biasanya candlestick ini tidak menunjukkan rejection jelas, sebaliknya memberi signal:
Market sedang tidak pasti (indecision)
Buyer dan seller seimbang
Tiada arah kuat untuk reversal
Keadaan neutral tanpa tekanan satu arah
Walaupun bentuk luarannya kelihatan sama, maksud dan isyarat pasaran yang diberikan adalah berbeza, sebab itu candlestick ini tidak diklasifikasikan sebagai pin bar dalam price action.
Candle
Kenapa Bukan Pin Bar?
Standard Doji
Market indecision, bukan rejection
Long-legged Doji
Neutral, bukan reversal mana-mana arah
Hanging Man
Wick bawah panjang tapi maksudnya weakness (bearish warning), bukan rejection kuat
Dragonfly/Gravestone doji = boleh jadi pin bar jika wick dominan
Inside & fakey pin bar = variasi price action
Standard doji & hanging man = bukan pin bar (maksud berbeza)
Cara Menggunakan Pin Bar Untuk Entry Trading
1. Entry Reversal di Kawasan Support dan Resistance
Pin bar paling kuat apabila ia muncul di kawasan harga penting seperti support atau resistance.
Apabila harga menyentuh level tersebut dan membentuk pin bar, itu menandakan pasaran menolak untuk melepasi kawasan itu.
Contohnya, jika USDJPY berada di kawasan support harian dan muncul bullish pin bar, ini menunjukkan pembeli mempertahankan kawasan tersebut dan peluang untuk naik lebih tinggi.
2. Entry Mengikut Trend (Trend Continuation)
Pin bar tidak semestinya untuk reversal; ia juga boleh digunakan untuk meneruskan trend.
Dalam uptrend, jika berlaku penurunan sementara dan muncul bullish pin bar pada trendline atau zon pullback, itu petanda trend ingin sambung ke atas.
Begitu juga dalam downtrend apabila muncul bearish pin bar pada retracement ke atas.
3. Gunakan Pengesahan Tambahan (Confluence)
Pin bar candlestick jauh lebih kuat apabila disokong oleh isyarat tambahan.
Sebagai contoh, pin bar yang muncul pada support serta seiring dengan aliran trend, atau berlaku serentak dengan kawasan Fibonacci penting, memberikan keyakinan yang lebih tinggi.
Semakin banyak faktor yang selari, semakin tinggi kebarangkalian entry tersebut menjadi.
4. Teknik Entry Selepas Harga Memecahkan Wick Pin Bar
Cara paling mudah ialah menunggu harga memecahkan bahagian hujung pin bar.
Jika pin bar itu bullish, entry dibuat selepas harga naik melepasi bahagian tertinggi pin bar.
Jika pin bar itu bearish, entry dibuat selepas harga turun melepasi bahagian terendah pin bar.
Stop loss pula diletakkan di luar bahagian wick yang panjang untuk memberi ruang kepada pergerakan harga.
Kesilapan Biasa Trader Dengan Pin Bar
1. Entry hanya sebab nampak satu pin bar candlestick
Ramai trader terus masuk posisi hanya kerana bentuk pin bar cantik. Sedangkan pin bar hanya kuat apabila ia muncul pada level penting seperti SNR, Fibo atau trendline. Tanpa konteks, ia hanyalah candle biasa yang mudah gagal.
2. Entry sebelum candle siap terbentuk
Pin bar semasa candle masih “live” boleh berubah bentuk sepenuhnya. Apa yang nampak seperti pin bar boleh bertukar menjadi candle besar ke arah bertentangan. Sentiasa tunggu candle close sebelum buat keputusan.
3. Salah baca trend
Pin bar dalam trend yang kuat biasanya tidak berkesan. Contohnya, bearish pin bar melawan uptrend kukuh selalunya hanyalah retracement kecil, bukan reversal. Kunci penting: pin bar + trend sehala = win rate lebih tinggi.
4. Stop loss terlalu rapat
Wick panjang menunjukkan volatiliti tinggi. Letak SL terlalu rapat menyebabkan entry senang kena “noise” sebelum bergerak ke arah yang betul. SL perlu berada di tempat yang logik dan dilindungi oleh wick.
5. Entry pada pin bar rawak
Tidak semua pin bar memberi signal berkualiti.
Pin bar paling kuat biasanya muncul di kawasan sensitif seperti:
Support dan resistance
Trendline bounce
Liquidity zone (tempat banyak stop loss terkumpul)
Breakout retest
Pin bar di “kawasan rawak” tidak memberi makna dan sangat mudah gagal.
Kenapa Ramai Trader Salah Baca Pin Bar Candlestick?
Walaupun pin bar candlestick dianggap salah satu corak price action paling kuat, ramai trader baharu sering rasa “pin bar tipu” apabila entry mereka gagal. Hakikatnya, pin bar tidak menipu; sebaliknya trader yang tersalah baca konteks. Pin bar hanya berkesan apabila ia muncul pada kawasan penting seperti support, resistance, trendline atau liquidity zone. Jika digunakan secara rawak, tidak tunggu candle close, atau masuk melawan trend kuat, pin bar yang kelihatan cantik pun boleh gagal. Memahami konteks inilah yang membezakan trader berpengalaman dengan trader yang selalu “terperangkap” dalam false signal.
Kesimpulan – Fahami Apa Itu Pin Bar Candlestick
Pin bar candlestick ialah salah satu corak paling berguna dalam price action kerana ia memberi gambaran jelas tentang rejection dan potensi reversal. Tetapi, keberkesanannya meningkat apabila anda gabungkan dengan SNR, trend, volume dan confluence lain.
Jika anda ingin latihan praktikal membaca candlestick dan trade secara lebih yakin, Ultima Markets menyediakan akaun demo, spread rendah dan akses analisis untuk membantu anda memahami setup pin bar dengan lebih mudah.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.