This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Shooting Star Candle ialah corak candlestick reversal bearish. Fahami ciri, strategi entry, stop loss & take profit dengan jelas.
Apa Maksud Shooting Star Candle Dalam Trading?
Dalam dunia trading, ramai trader bergantung pada corak candlestick untuk membaca sentimen pasaran. Antara corak yang paling popular untuk mengesan potensi reversal bearish ialah shooting star candle. Corak ini sering menjadi isyarat awal bahawa trend kenaikan mungkin sudah sampai ke penghujungnya, dan pasaran bersedia untuk beralih arah ke bawah.
Apa Itu Shooting Star Candle? Shooting star candle ialah corak satu candlestick yang nampak seakan-akan bentuk “tahi bintang” — badan kecil di bawah dengan ekor (shadow) panjang di atas. Ia menandakan harga sempat naik tinggi, tetapi akhirnya ditolak turun semula oleh seller.
Secara ringkasnya, ia bermaksud buyer cuba mengawal pasaran, tetapi seller lebih kuat dan mula ambil alih.
Ciri-Ciri Shooting Star Candle
Untuk mengenal pasti shooting star candle, trader perlu fokus pada beberapa elemen penting berikut:
Body kecil Shooting star candle terbentuk dengan body yang kecil, iaitu apabila harga buka dan harga tutup berada hampir pada paras yang sama. Body yang kecil ini menunjukkan bahawa walaupun buyer cuba menolak harga lebih tinggi, mereka gagal mengekalkan momentum sehingga pasaran ditutup lemah.
Upper shadow panjang Ciri paling ketara ialah ekor atas (upper shadow) yang panjang, biasanya sekurang-kurangnya 2–3 kali lebih besar daripada body. Upper shadow ini menceritakan bahawa harga sempat naik tinggi, tetapi seller masuk dengan kuat dan menolak harga jatuh semula. Inilah tanda utama berlakunya “rejection” di kawasan atas.
Lower shadow pendek atau tiada langsung Sebahagian besar shooting star candle hampir tiada ekor bawah (lower shadow), atau jika ada pun sangat pendek. Ini memperlihatkan bahawa tekanan jualan benar-benar dominan di atas, manakala bawah kekal stabil tanpa banyak pergerakan.
Muncul di hujung uptrend Shooting star candle hanya dianggap signifikan apabila ia terbentuk selepas kenaikan harga yang ketara atau rali panjang. Jika ia muncul dalam sideways market atau downtrend, kekuatannya tidak sekuat signal di penghujung uptrend.
Strategi Entry Dengan Shooting Star Candle
Walaupun shooting star candle sudah dikenali sebagai signal awal potensi reversal bearish, trader tidak boleh terus masuk posisi semata-mata berdasarkan satu candlestick sahaja. Berikut beberapa strategi praktikal untuk gunakan corak ini dengan lebih berkesan:
1. Entry Selepas Confirmation
Jangan terburu-buru masuk posisi sell sebaik sahaja shooting star terbentuk. Trader disarankan tunggu candlestick seterusnya ditutup di bawah harga tutup shooting star candle. Penutupan ini bertindak sebagai pengesahan bahawa tekanan jualan benar-benar wujud dan pasaran bersedia bergerak menurun.
2. Letak Stop Loss Dengan Betul
Pengurusan risiko sangat penting. Stop loss biasanya diletakkan sedikit di atas upper shadow shooting star candle. Ini bertujuan untuk elakkan stop loss “tersentuh” akibat pergerakan harga kecil, tetapi masih melindungi modal jika pasaran menembusi aras rejection tersebut. Jika shadow shooting star sangat panjang, sesuaikan saiz lot anda supaya risiko kekal terkawal.
3. Gunakan Sokongan & Rintangan (Support & Resistance)
Shooting star candle yang terbentuk berhampiran kawasan resistance utama memberikan signal reversal yang lebih kukuh. Ini kerana resistance ialah kawasan di mana seller sering masuk, menjadikan shooting star di situ lebih relevan.
4. Gabungkan Dengan Indikator Teknikal
Untuk meningkatkan ketepatan signal, gabungkan shooting star candle dengan indikator lain seperti:
RSI (Relative Strength Index): Jika RSI berada di zon overbought (>70) ketika shooting star terbentuk, potensi reversal bearish lebih kuat.
MACD Divergence: Jika harga mencatat high baru tetapi MACD tidak menunjukkan momentum yang sama, shooting star menjadi pengesahan tambahan.
Volume Dagangan: Shooting star dengan volume tinggi menunjukkan tekanan jualan lebih meyakinkan.
5. Gunakan Multi-Timeframe Analysis
Selain lihat di time frame utama (contoh: H4 atau Daily), cuba semak di time frame lebih besar seperti Weekly. Jika shooting star candle muncul di kedua-dua time frame, signal reversal tu dianggap lebih kuat dan tak patut diabaikan.
6. Take Profit Secara Berperingkat
Apabila entry sell anda berjaya selepas terbentuknya shooting star candle, jangan terus tutup semua posisi sekaligus. Sebaliknya, ambil keuntungan sedikit demi sedikit:
Langkah pertama: Tutup sebahagian posisi (contoh 30–50%) apabila harga jatuh ke paras support terdekat. Ini membantu anda mengunci keuntungan awal sekiranya harga tiba-tiba berbalik naik.
Langkah kedua: Biarkan baki posisi terus berjalan menggunakan trailing stop. Trailing stop ialah stop loss yang akan bergerak mengikut arah pasaran. Jika trend bearish berterusan, anda boleh maksimumkan keuntungan. Jika pasaran berpatah balik, trailing stop akan automatik menutup baki posisi dengan profit yang sudah terkunci.
Perbezaan Shooting Star Candle Dengan Candlestick Lain
Ramai trader baru mudah keliru antara shooting star candle dengan corak candlestick lain kerana bentuknya nampak hampir sama. Namun, setiap corak ada konteks, kedudukan, dan maksud psikologi pasaran yang berbeza. Berikut perbezaannya:
Candlestick
Kedudukan
Bentuk Utama
Maksud / Signal
Shooting Star
Hujung uptrend (atas)
Body kecil di bawah, shadow atas panjang
Reversal bearish
Hammer
Hujung downtrend (bawah)
Body kecil di atas, shadow bawah panjang
Reversal bullish
Inverted Hammer
Hujung downtrend (bawah)
Body kecil di bawah, shadow atas panjang
Potensi reversal bullish
Doji
Mana-mana trend
Body hampir tiada, shadow seimbang atau panjang
Ketidaktentuan pasaran (indecision)
Hanging Man
Hujung uptrend (atas)
Body kecil di atas, shadow bawah panjang
Reversal bearish
Penjelasan:
Hammer Hammer juga mempunyai shadow panjang, tetapi ia muncul di dasar trend menurun (downtrend). Ia menandakan bahawa seller cuba menolak harga lebih rendah, namun buyer bangkit semula dan menutup harga lebih tinggi. Inilah sebab hammer dianggap sebagai signal reversal bullish, berlawanan dengan shooting star yang muncul di hujung uptrend.
Inverted Hammer Inverted hammer kelihatan seperti shooting star (body kecil dengan shadow atas panjang), tetapi ia terbentuk di hujung downtrend. Ia menandakan buyer mula menunjukkan kekuatan dengan menolak harga naik, walaupun belum cukup dominan. Jika candlestick selepasnya ditutup lebih tinggi, ia mengesahkan signal reversal bullish.
Doji Doji ialah candlestick dengan body hampir tiada kerana harga buka dan tutup berada di paras yang hampir sama. Walaupun doji sering menunjukkan ketidaktentuan pasaran (market indecision), ia tidak semestinya signal reversal. Kadangkala ia hanya menandakan pasaran sedang berhenti rehat seketika sebelum meneruskan trend asal. Berbeza dengan shooting star candle yang lebih spesifik kepada potensi reversal bearish.
Hanging Man Hanging man kelihatan hampir sama dengan hammer (body kecil dengan shadow bawah panjang), tetapi ia muncul di penghujung uptrend. Walaupun bentuknya mirip hammer, maksudnya berbeza kerana ia menandakan potensi reversal bearish. Bezanya dengan shooting star ialah kedudukan shadow — hanging man mempunyai shadow di bawah, manakala shooting star mempunyai shadow panjang di atas.
Kelebihan & Kekurangan Shooting Star Candle
Seperti corak candlestick lain, shooting star candle ada kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Jadual di bawah menerangkan ringkas perbandingan kelebihan dan kekurangan penggunaannya dalam trading.
Kelebihan
Kekurangan
Mudah dikenali kerana bentuknya jelas (body kecil + shadow atas panjang).
Tidak semestinya 100% betul; masih perlukan confirmation daripada candlestick seterusnya.
Memberi signal awal potensi reversal bearish sebelum penurunan besar berlaku.
Kadangkala muncul di tengah trend sideways, menyebabkan signal palsu (false signal).
Lebih kuat apabila terbentuk berhampiran resistance utama atau paras psikologi penting.
Tidak menunjukkan saiz penurunan; trader masih perlu rancang TP & SL dengan strategi lain.
Boleh digabung dengan indikator teknikal (RSI, MACD, volume) untuk tingkatkan ketepatan.
Shadow yang terlalu panjang boleh menyebabkan stop loss besar → risiko lebih tinggi.
Sesuai digunakan di semua pasaran: forex, saham, emas, kripto, indeks.
Kurang berkesan jika digunakan seorang diri tanpa analisis sokongan & rintangan.
Kesimpulan
Shooting star candle ialah signal penting dalam analisis teknikal yang membantu trader membaca potensi perubahan trend dari bullish kepada bearish. Walaupun tidak boleh berdiri sendiri tanpa pengesahan lain, corak ini mampu menjadi alat berguna untuk timing entry dan mengurus risiko.
Di Ultima Markets, anda boleh belajar dan praktikkan strategi candlestick seperti shooting star candle pada pelbagai instrumen global termasuk Forex, saham, emas, dan indeks. Buka akaun sekarang untuk alami sendiri pengalaman trading profesional dengan platform yang dipercayai.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.