Trade Anytime, Anywhere
Important Information
This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United KingdomGlobal Upstream Exchange Technical Disruption – Impact on Selected Products
Dear Valued Client,
Due to abnormal liquidity conditions in gold caused by this disruption, we have temporarily suspended trading for all gold instruments with immediate effect.
We are writing to keep you fully informed that a technical disruption currently affecting upstream global exchange, which has resulted in interruptions to pricing and trading for several international derivatives markets.
Please be advised that this is an industry-wide incident originating from an external provider and is unrelated to our platform or price movements.During this time, clients may experience price delays, order rejections, or temporary constraints on order execution.
We understand that seamless execution is vital to your trading. We have activated our emergency monitoring protocols and are tracking the recovery progress in real-time. We will send a follow-up notification immediately once services are fully operational.
We sincerely apologize for the inconvenience caused by this external event, and our support team remains on standby to assist you should you require any assistance.
Thank you for your understanding.
Close Pop-upRamai trader baru nampak tool ini dalam MT4/MT5 tetapi tak tahu apa itu Fibonacci retracement dan bagaimana ia sebenarnya membantu mencari entry yang lebih tepat. Dalam trading Forex, Saham atau Crypto, Fibonacci Retracement ialah salah satu alat teknikal paling popular untuk mengenal pasti kawasan pullback, support, dan resistance.
Dalam artikel ini, anda akan belajar dengan jelas cara menggunakan Fibonacci retracement, level mana paling penting, dan contoh situasi yang mudah difahami.
Sebelum kita masuk lebih jauh kepada cara menggunakan Fibonacci retracement, anda perlu faham dahulu apa itu Fibonacci retracement dan kenapa ia sangat digunakan oleh trader seluruh dunia.
Fibonacci Retracement ialah alat analisis teknikal yang menggunakan nisbah Fibonacci (0.236, 0.382, 0.500, 0.618, 0.786) untuk mengenal pasti potensi kawasan harga membuat retracement sebelum meneruskan trend asal.

Konsepnya mudah, harga tak bergerak lurus, ia akan naik dan turun dalam bentuk gelombang. Fibonacci membantu anda mencari level retracement di mana price berpotensi membuat sambungan trend.
Contoh mudah: Jika harga sedang uptrend, trader akan tunggu retracement jatuh ke level penting seperti 38.2%, 50% atau 61.8% lalu masuk buy.
Sejarah ini penting supaya trader faham kenapa nisbah Fibonacci digunakan dalam membaca retracement dan bagaimana ia membantu dalam cara menggunakan Fibonacci retracement untuk entry.
Ramai tahu guna tool ini, tetapi tak ramai tahu asal-usulnya.
Ramai trader mendapati pergerakan harga dalam pasaran kerap memberi reaksi berhampiran nisbah-nisbah ini, sebab itulah Fibonacci Retracement menjadi antara alat teknikal paling popular untuk mengenal pasti kawasan pullback.
Selepas memahami apa itu Fibonacci retracement dan sejarahnya, barulah anda boleh belajar cara menggunakan Fibonacci retracement dalam situasi market sebenar.
Berikut ialah langkah paling mudah dan beginner-friendly untuk anda mula menggunakan Fibonacci sebagai alat mencari entry yang lebih tepat.

Langkah pertama ialah mengenal pasti sama ada pasaran sedang uptrend, downtrend, atau sideways. Fibonacci Retracement hanya berkesan jika harga sedang membuat pergerakan trend yang jelas. Jika anda belum mahir membaca trend, anda boleh rujuk panduan lengkap di sini: Trend Pasaran – Panduan Lengkap (Ultima Markets)
Gunakan aturan ini:
Contoh relatable:
Jika harga emas (XAUUSD) naik dari 2300 ke 2400, anda tarik Fibonacci dari bawah ke atas untuk mencari retracement buy ketika harga membuat pullback.
Memilih swing yang tepat adalah komponen paling penting dalam cara menggunakan Fibonacci retracement. Inilah perkara yang ramai trader beginner silap.
Fibonacci hanya berfungsi jika ditarik dari swing yang jelas, bukan candle kecil atau noise.
Untuk memudahkan:
0% ialah tempat retracement mula dan 100% ialah tempat retracement habis. Jadi dalam uptrend, 0% berada di atas dan dalam downtrend, 0% berada di bawah.
Cara betul: Gunakan swing yang ketara, ada struktur jelas dan mudah dilihat.
Ada dua cara untuk tarik swing ke swing, iaitu wick to wick dan close to close. Wick to wick bermaksud menarik Fibonacci dari hujung shadow ke hujung shadow, manakala close to close pula menarik dari penutupan candle ke penutupan candle. Wick to wick lebih sensitif sebab ambil shadow penuh, manakala close to close lebih ‘selamat’ sebab hanya guna harga penutupan.

Cara salah: Tarik pada kawasan kecil, sideway, atau swing yang tidak membentuk structure trending.
Kalau anda belum mahir mengenal pasti swing yang betul, anda boleh rujuk panduan lengkap di sini: Apa Itu Swing High & Swing Low? kerana Fibonacci hanya tepat apabila ditarik pada struktur swing yang jelas.
Walaupun Fibonacci ada banyak level, trader pro biasanya hanya fokus pada 3 level utama kerana ia paling sering memberikan reaksi harga.
| Level | Kegunaan |
| 38.20% | Pullback ringan, sesuai untuk trend kuat |
| 50% | Retracement normal dan seimbang |
| 61.8% (Golden Ratio) | Level reversal paling kuat dan paling boleh dipercayai |
Situasi real-life contoh: Jika harga membuat retracement ke 61.8% lalu muncul pin bar bullish, itu selalunya antara peluang entry buy paling kuat dalam uptrend.
Inilah antara kesilapan paling besar dalam cara menggunakan Fibonacci retracement, iaitu tidak menunggu confirmation candle yang lain.
Jangan masuk posisi hanya kerana harga sentuh level Fibonacci. Banyak fakeout berlaku di sini. Sebaiknya tunggu confirmation candlestick seperti:
Confirmation membantu anda elakkan entry awal yang berisiko tinggi.
Kalau anda nak lebih faham bentuk-bentuk candlestick yang kuat, rujuk senarai lengkap di sini: 10 Jenis Candlestick Semua Trader Patut Tahu.
Sebagai contoh, pattern seperti Evening Star sangat berkesan digunakan pada level Fibonacci 50% atau 61.8%; anda boleh baca penerangan lengkapnya di sini: Evening Star Pattern – Maksud & Cara Baca.
Jika muncul chart pattern seperti Double Top atau Double Bottom berdekatan level 61.8%, itu selalunya menguatkan lagi potensi reversal; anda boleh rujuk panduan lengkap di sini: Double Top & Double Bottom – Cara Trading.
Stop Loss penting untuk elakkan false breakout.
Panduan mudah:
Semakin besar retracement, semakin luas ruang harga bergerak — jadi SL perlu diletakkan pada zon yang logik dan selamat.

Selepas entry dibuat, ramai trader menggunakan Fibonacci Extension untuk mengira Take Profit (TP). Ini memudahkan anda menetapkan target berdasarkan sambungan trend.
Semakin kuat trend, semakin tinggi kemungkinan TP2 atau TP3 dicapai.
Ramai trader baru buka tool ini di TradingView tetapi masih keliru tentang cara menggunakan Fibonacci retracement dengan betul dan di mana lokasinya tool ini. Mari kita tengok.

Tips:
Setkan level penting sahaja (38.2, 50, 61.8) supaya chart tak terlalu berserabut.
Dengan memahami apa itu Fibonacci Retracement dan cara menggunakan Fibonacci retracement, trader boleh membaca pasaran dengan lebih yakin dan memilih entry yang berkualiti. Alat ini bukan saja sesuai untuk Forex, tetapi juga untuk Gold, Crypto dan Saham.
Jika anda mahu belajar lebih banyak teknik trading seperti ini, Ultima Markets menyediakan analisis harian, panduan pendidikan dan akaun demo untuk anda berlatih dengan lebih yakin sebelum bermula dengan modal sebenar.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.