Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom
Roll Arrow

Apa Itu Lot: Asas Saiz Trade Forex

Ultima Markets Silver & Gold Trading Icon
Buy: 0.00
Sell: 0.00%

Ringkasan:

  • Fahami apa itu lot, beza lot, pip dan tick, maksud 1 lot, lot forex serta cara pilih saiz lot trading yang sesuai untuk risiko anda.

Apa Itu Lot: Asas Saiz Trade Forex

Trading lot ialah asas penting yang perlu difahami sebelum membuka posisi trading. Dalam trading, lot merujuk kepada saiz transaksi atau jumlah unit yang dibeli dan dijual.

Secara mudah, apa itu lot boleh difahami sebagai ukuran “berapa besar” posisi trading anda. Lagi besar lot digunakan, lagi besar kesan pergerakan harga terhadap akaun.

Maksud Lot Dalam Forex

Apa Itu Lot & Kenapa Ia Penting?

Untuk faham apa itu lot, bayangkan lot sebagai “volume” atau saiz order dalam trading. Apabila anda memilih 1 lot, anda membuka posisi yang lebih besar berbanding 0.10 lot atau 0.01 lot.

Lot dalam forex merujuk kepada jumlah unit mata wang yang terlibat dalam satu posisi trading. Dalam pasaran forex, trader tidak hanya membeli “satu dolar” atau “satu euro”. Transaksi biasanya dikira menggunakan saiz lot forex.

Lot trading penting kerana ia mempengaruhi tiga perkara utama dalam trading:

  • Nilai setiap pergerakan harga Menentukan berapa banyak anda untung atau rugi bagi setiap pip atau tick.
  • Nilai posisi dan margin Lebih besar lot digunakan, lebih besar nilai posisi dan margin yang diperlukan.
  • Kelajuan profit dan loss Lot besar membuatkan profit dan loss bergerak lebih cepat, jadi risiko juga lebih tinggi.

Apa Itu Lot Dalam Forex?

Lot dalam forex merujuk kepada saiz transaksi mata wang yang didagangkan. Dalam lot forex, 1 lot standard biasanya bersamaan 100,000 unit mata wang asas.

Contohnya, jika anda trade EUR/USD dengan 1 lot, posisi itu mewakili 100,000 unit EUR. Jika anda trade 0.10 lot, saiznya lebih kecil iaitu sekitar 10,000 unit. Jika anda trade 0.01 lot, saiznya sekitar 1,000 unit.

Berikut ialah jenis lot forex yang biasa digunakan:

Jenis Lot ForexUnit Mata Wang AsasKegunaan Biasa
Standard lot100,000 unitTrader berpengalaman atau akaun lebih besar
Mini lot10,000 unitTrader yang mahu saiz sederhana
Micro lot1,000 unitBeginner yang mahu kawal risiko
Nano lot100 unitAkaun kecil atau latihan, jika disediakan broker

Dalam platform moden, trader biasanya boleh menggunakan saiz pecahan seperti 0.12 lot atau 0.37 lot. Ini membantu trader memilih lot trading dengan lebih fleksibel, tanpa perlu terikat kepada 1 lot penuh.

Apa Maksud Lot Dalam Trading Forex

Apa Maksud 1 Lot Dalam Trading?

Ramai beginner keliru tentang 1 lot kerana mereka anggap nilainya sama untuk semua instrumen. Sebenarnya, maksud 1 lot boleh berbeza mengikut pasaran.

Dalam lot forex, 1 lot standard biasanya bersamaan 100,000 unit mata wang asas. Namun, untuk gold, silver, minyak, indeks atau crypto CFD, 1 lot boleh merujuk kepada saiz contract yang berbeza.

Contohnya:

InstrumenContract Biasa Untuk 1 LotMaksud Praktikal
Gold XAUUSD100 troy ouncesPergerakan 1.00 boleh bersamaan USD100 per lot
Silver XAGUSD5,000 troy ouncesPergerakan 0.10 boleh bersamaan USD500 per lot
WTI Crude Oil1,000 barrelsPergerakan 0.10 boleh bersamaan USD100 per lot

Nota penting: angka sebenar boleh berubah mengikut broker, jenis akaun dan contract specification. Jadi, apabila belajar apa itu lot, jangan hanya hafal 1 lot sebagai satu angka tetap untuk semua pasaran.

Apa Itu Lot Trading Untuk Indeks, Saham dan Crypto?

Lot trading untuk indeks, saham dan crypto masih membawa konsep yang sama: lot ialah saiz standard posisi. Bezanya, setiap pasaran boleh mempunyai cara kiraan sendiri.

Untuk indeks, 1 lot biasanya merujuk kepada satu contract indeks yang ditetapkan oleh broker. Untuk saham CFD, 1 lot boleh merujuk kepada satu saham atau bundle tertentu, bergantung kepada platform. Untuk crypto CFD, sesetengah broker menetapkan 1 lot bersamaan 1 coin untuk pair utama, tetapi ini tidak semestinya sama untuk semua provider.

Sebab itu, sebelum buka posisi, trader perlu semak product specification.

Hubungan Lot Dengan Pip dan Tick

Untuk faham apa itu lot dengan lebih jelas, trader perlu tahu beza antara lot, pip dan tick. Tiga istilah ini berkait, tetapi maksudnya tidak sama.

  • Lot ialah saiz posisi trading. Contohnya, 0.01 lot, 0.10 lot atau 1 lot.
  • Pip ialah ukuran pergerakan harga kecil dalam forex. Contohnya, jika EUR/USD bergerak dari 1.0800 ke 1.0801, itu biasanya dikira sebagai 1 pip.
  • Tick ialah pergerakan harga paling kecil yang direkodkan oleh platform. Tick lebih umum digunakan untuk instrumen seperti gold, indeks, minyak atau CFD lain.

Dalam bahasa mudah, pip atau tick menunjukkan sejauh mana harga bergerak, manakala lot menunjukkan berapa besar posisi anda.

Contohnya, dua trader boleh trade EUR/USD dengan arah yang sama dan harga bergerak 10 pip. Tetapi hasil profit atau loss mereka boleh berbeza kerana saiz lot tidak sama.

Saiz LotPergerakan HargaKesan Pada Akaun
0.01 lot10 pipKesan lebih kecil
0.10 lot10 pipKesan sederhana
1 lot10 pipKesan lebih besar

Maksudnya, pip atau tick ialah ukuran pergerakan harga, manakala lot trading menentukan nilai kewangan pergerakan itu. Sebab itu, lot yang terlalu besar boleh membuatkan floating loss terasa berat walaupun market hanya bergerak sedikit.

Bagaimana Cara Kira Lot Kalau Nak Trade?

Cara kira lot bergantung pada modal, risiko yang sanggup diterima, dan jarak stop loss. Trader tidak sepatutnya pilih lot secara rawak kerana saiz lot menentukan berapa besar potensi profit dan loss.

Formula asas:

Saiz lot = Jumlah risiko ÷ Jarak stop loss dalam pip ÷ Nilai pip

Contoh mudah:

Katakan anda ada modal USD1,000 dan mahu risiko hanya 2% untuk satu trade.

2% daripada USD1,000 = USD20

Maksudnya, jika trade itu terkena stop loss, anda hanya mahu rugi maksimum sekitar USD20.

Jika stop loss anda ialah 20 pip, maka kiraannya lebih kurang begini:

USD20 ÷ 20 pip = USD1 per pip

Ini bermaksud anda perlu pilih saiz lot yang nilainya sekitar USD1 per pip. Dalam kebanyakan pair forex utama, nilai ini biasanya lebih kurang bersamaan 0.10 lot.

Contoh ringkas:

ModalRisikoStop LossAnggaran Lot
USD1,0002% = USD2020 pip0.10 lot
USD1,0002% = USD2040 pip0.05 lot
USD5002% = USD1020 pip0.05 lot

Dalam bahasa mudah, lagi jauh stop loss, lagi kecil lot yang patut digunakan. Kalau stop loss dekat, lot boleh jadi lebih besar, tetapi trader tetap perlu pastikan jumlah risiko masih terkawal.

Untuk beginner, cara paling selamat ialah tentukan risiko dahulu, kemudian baru kira lot trading. Jangan mula dengan soalan “nak guna 1 lot ke?”, tetapi mula dengan soalan “kalau stop loss kena, berapa banyak saya sanggup rugi?”

Cara Pilih Lot Forex Yang Sesuai

Selepas memahami apa itu lot, langkah seterusnya ialah memilih saiz lot forex yang sesuai. Jangan pilih lot hanya kerana mahu profit besar. Lot juga perlu dikaitkan dengan modal, stop loss dan risiko yang sanggup diterima.

Cara mudah memilih lot trading:

  1. Tentukan risiko untuk satu trade.
  2. Letakkan stop loss sebelum entry.
  3. Kira jarak stop loss dalam pip.
  4. Pilih saiz lot yang tidak terlalu membebankan akaun.
  5. Elakkan menaikkan lot selepas loss kerana mahu balas dendam.

Sebagai panduan umum, beginner biasanya lebih selamat bermula dengan lot kecil dahulu. Apabila sudah faham apa itu lot, barulah lebih mudah untuk menyesuaikan saiz posisi dengan strategi masing-masing.

1 Standard Lot Mini Lot Micro Lot

Kesimpulan: Fahami Apa Itu Lot

Lot ialah asas penting dalam trading kerana ia menentukan saiz posisi, nilai pip, potensi profit dan risiko kerugian. Untuk beginner, memahami apa itu lot boleh membantu anda membuat keputusan yang lebih terkawal dan tidak hanya bergantung pada signal entry.

Sebelum menggunakan 1 lot, pastikan anda faham bagaimana lot forex berfungsi, bagaimana lot trading memberi kesan kepada akaun, dan bagaimana saiz posisi perlu disesuaikan dengan modal serta stop loss. Di Ultima Markets, trader boleh belajar asas seperti apa itu lot, risk management dan konsep trading lain sebelum membuat keputusan dalam pasaran sebenar.

FAQ Tentang Maksud Lot

1. Apa itu lot dalam trading?

Lot dalam trading ialah saiz standard sesuatu trade. Ia memberitahu platform berapa banyak unit aset yang anda beli atau jual dalam satu order.

2. Apa lot minimum yang boleh digunakan?

Lot minimum bergantung kepada broker dan produk. Banyak platform membenarkan trader mula daripada 0.01 lot atau lebih kecil.

3. Adakah lot sama dengan leverage?

Tidak. Lot ialah saiz trade, manakala leverage ialah kemudahan yang menentukan berapa margin diperlukan untuk membuka posisi tersebut.

4. Bolehkah beginner guna fractional lot?

Ya. Banyak platform membenarkan decimal lot seperti 0.01, 0.05 atau 0.10 lot. Ini membantu beginner mengawal risiko dengan lebih baik.

Kongsi Sekarang

  • Article Details
  • Article Details
  • Article Details

Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.

Isi Kandungan

  • Apa Itu Lot: Asas Saiz Trade Forex
  • Apa Itu Lot & Kenapa Ia Penting?
  • Apa Itu Lot Dalam Forex?
  • Apa Maksud 1 Lot Dalam Trading?
  • Apa Itu Lot Trading Untuk Indeks, Saham dan Crypto?
  • Hubungan Lot Dengan Pip dan Tick
  • Bagaimana Cara Kira Lot Kalau Nak Trade?
  • Cara Pilih Lot Forex Yang Sesuai
  • Kesimpulan: Fahami Apa Itu Lot
  • FAQ Tentang Maksud Lot
Ultimate Trader Cup

Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.

By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.