This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Ketahui apa itu mata wang kripto, cara ia berfungsi, jenis-jenisnya, risiko utama dan langkah mudah untuk mula berdagang.
Mata Wang Kripto: Panduan Pantas Untuk Newbie
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mata wang kripto menjadi topik hangat dalam dunia kewangan digital. Untuk memahami mata wang kripto dengan betul, kita perlu lihat asasnya iaitu fungsi, kelebihan, risiko dan cara dagangan dilakukan di pasaran moden.
Apa Itu Mata Wang Kripto?
Maksud Mata wang kripto
Aset digital terdesentralisasi yang menggunakan teknologi blockchain untuk memastikan transaksi selamat, telus dan sukar dipalsukan. Mata wang kripto tidak dikawal oleh bank atau kerajaan, sebaliknya beroperasi melalui rangkaian komputer global.
Untuk memahami dunia kripto, ada dua kategori utama yang perlu anda tahu:
1. Bitcoin: Mata Wang Kripto Paling Popular
Bitcoin (BTC) ialah mata wang kripto pertama di dunia dan masih menjadi yang paling terkenal serta paling bernilai. Ia dianggap sebagai “emas digital” kerana jumlahnya terhad dan sering digunakan sebagai penyimpan nilai (store of value).
Ramai pelabur menjadikan Bitcoin sebagai pintu masuk utama sebelum meneroka aset kripto lain.
2. Altcoin: Semua Kripto Selain Bitcoin
Altcoin (Alternative Coins) merujuk kepada semua mata wang kripto selain Bitcoin. Ini termasuk Ethereum, Solana, XRP, Cardano, Dogecoin dan ribuan projek lain. Altcoin biasanya menawarkan fungsi tambahan seperti:
kelajuan transaksi lebih pantas,
kos lebih rendah,
sokongan aplikasi seperti DeFi, NFT dan GameFi,
penyelesaian teknologi tertentu.
Setiap altcoin mempunyai tujuan dan kegunaan yang berbeza, ada yang kukuh, ada yang berisiko tinggi.
Bagaimana Kripto Berfungsi?
Setiap mata wang kripto bergantung kepada teknologi yang dipanggil blockchain, iaitu sistem rekod transaksi yang diedarkan kepada ribuan komputer. Ini bermakna tiada satu pihak pun samaada bank, kerajaan, atau organisasi yang mengawal sepenuhnya aset digital ini.
Contoh mudah:
Jika anda hantar 0.01 BTC kepada rakan, transaksi itu akan disahkan oleh ribuan komputer dalam rangkaian Bitcoin melalui proses “mining” atau “validating”. Ini membuatkan transaksi amat sukar dipalsukan.
Ciri utama mata wang kripto termasuk:
Ketelusan tinggi: Semua transaksi boleh disemak di blockchain.
Kos transaksi rendah: Ramai memilih kripto untuk pemindahan antarabangsa.
Akses global: Tak perlu bank atau akaun tradisional.
Jenis-Jenis Mata Wang Kripto Popular
Walaupun ribuan mata wang kripto dicipta setiap tahun, hanya sebahagian kecil yang benar-benar mempunyai penggunaan luas, ekosistem kukuh dan nilai pasaran yang besar. Berikut ialah Top 10 mata wang kripto yang paling dominan di dunia berdasarkan populariti, teknologi dan kapitalisasi pasaran global.
1. Bitcoin (BTC)
Mata wang kripto pertama, paling bernilai, dan dianggap sebagai “emas digital”.
2. Ethereum (ETH)
Platform blockchain terpenting yang menyokong NFT, DeFi dan smart contract. Baca Apa Itu NFT jika nak tahu apa maksudnya.
3. Tether (USDT)
Stablecoin paling banyak digunakan untuk transaksi dan perlindungan volatiliti.
4. XRP (XRP)
Fokus pada transaksi rentas sempadan yang pantas dan kos rendah; digunakan oleh institusi kewangan global.
5. Binance Coin (BNB)
Digunakan untuk transaksi dalam ekosistem Binance dan pelbagai aplikasi blockchain.
6. Solana (SOL)
Antara jaringan terpantas di dunia, sesuai untuk aplikasi skala besar & Web3. Nak tahu apa maksud Web3? Baca artikel Apa Itu Web3.
7.USD Coin (USDC)
Stablecoin kedua terbesar di dunia, disandarkan sepenuhnya kepada aset sebenar dan banyak digunakan dalam DeFi.
8.Dogecoin (DOGE)
Bermula sebagai meme coin, kini mempunyai komuniti besar dan digunakan untuk pembayaran ringan serta tip digital.
9.Cardano (ADA)
Blockchain mesra alam yang menggunakan pendekatan akademik dan mempunyai fokus pada keselamatan serta skalabiliti.
10.TRON (TRX)
Rangkaian besar yang banyak digunakan untuk pemindahan stablecoin (USDT/USDC) kerana yuran yang rendah dan transaksi yang stabil.
Top 10 Cryptocurrency: Jenis, Harga USD & Harga MYR
Harga di jadual bawah ialah anggaran berdasarkan julat pasaran semasa bagi tujuan penerangan. Nilai sebenar mungkin berbeza mengikut pergerakan pasaran.
Nama
Shortform
Anggaran Harga (USD)
Anggaran Harga (MYR)
Bitcoin
BTC
≈ USD 90,500
≈ RM 372,000
Ethereum
ETH
≈ USD 3,120
≈ RM 12,800
Tether
USDT
≈ USD 1.00
≈ RM 4.11
XRP
XRP
≈ USD 2.06
≈ RM 8.50
Binance Coin
BNB
≈ USD 887
≈ RM 3,650
Solana
SOL
≈ USD 133
≈ RM 545
USD Coin
USDC
≈ USD 1.00
≈ RM 4.11
Dogecoin
DOGE
≈ USD 0.14
≈ RM 0.58
Cardano
ADA
≈ USD 0.43
≈ RM 1.75
TRON
TRX
≈ USD 0.28
≈ RM 1.15
Harga MYR dikira berdasarkan kadar USD/MYR ≈ 4.11
Dikemaskini: 9 Disember 2025
Jargon Atau Istilah Penting Dalam Dunia Kripto
Dalam dunia mata wang kripto, anda akan jumpa banyak istilah teknikal. Berikut ialah senarai jargon yang paling penting beserta maksud mudah supaya anda tak keliru.
Istilah
Maksud Mudah Faham
Blockchain
Buku rekod digital yang menyimpan semua transaksi dan sukar dipalsukan.
Terdesentralisasi
Terdesentralisasi bermaksud tiada satu pihak yang mengawal segalanya, terutama sekali bank, kerajaan atau syarikat. Sebaliknya, ia dikawal oleh rangkaian ribuan komputer di seluruh dunia. Jika satu komputer rosak, sistem tetap berjalan. Tiada sesiapa boleh “ubah baki” atau “tutup akaun” sesuka hati.
Wallet
Tempat simpan kripto anda. Ada 2 jenis: – Hot Wallet: sambungan internet (mudah & cepat, tapi kurang selamat) – Cold Wallet: tiada internet (lebih selamat)
Altcoin
Semua kripto selain Bitcoin. Contoh: ETH, SOL, ADA.
Volatiliti
Harga naik turun dengan laju dan mendadak.
Stablecoin
Kripto yang nilainya stabil kerana disandarkan kepada USD (1 USDT = $1). Sesuai untuk lindung risiko volatiliti.
DeFi
DeFi (Decentralized Finance) ialah sistem kewangan tanpa bank yang membolehkan pengguna membuat pinjaman, simpanan atau pertukaran aset terus melalui blockchain. Semua transaksi berlaku secara automatik menggunakan smart contract, menjadikannya lebih cepat dan telus.
GameFi
GameFi ialah gabungan permainan video dan kripto di mana pemain boleh memperoleh aset digital seperti token atau NFT yang boleh dijual atau digunakan dalam ekosistem blockchain.
Mining (Bitcoin/Kripto)
Mining ialah proses di mana komputer berkuasa tinggi menyelesaikan pengiraan kompleks untuk mengesahkan transaksi di blockchain. Sebagai ganjaran kerana membantu mengamankan rangkaian, pelombong akan menerima kripto baharu seperti Bitcoin.
NFT
NFT (Non-Fungible Token) ialah aset digital unik di blockchain yang membuktikan pemilikan sesuatu item seperti seni digital, muzik atau item dalam permainan. Setiap NFT mempunyai identiti dan nilai tersendiri, jadi ia tidak boleh ditukar sesama sendiri seperti mata wang biasa.
Gas Fee
Caj untuk proses transaksi blockchain (contoh: Ethereum).
Bull Market
Market sedang naik; sentimen positif & harga meningkat.
Bear Market
Market sedang jatuh; harga merosot dan pelabur berhati-hati.
Halving (Bitcoin)
Halving ialah peristiwa di mana reward untuk pelombong Bitcoin dikurangkan separuh setiap empat tahun. Bila bekalan baharu berkurang, harga BTC selalunya menjadi lebih volatile kerana permintaan kekal tetapi pengeluaran semakin perlahan.
Staking
Staking bermaksud anda “mengunci” sejumlah kripto untuk menyokong operasi rangkaian blockchain. Sebagai balasan, anda menerima reward seperti “faedah” kerana membantu memastikan rangkaian berjalan dengan stabil.
Liquidity Pool
Liquidity pool ialah kumpulan dana kripto yang dikumpulkan oleh pengguna untuk memudahkan pertukaran automatik dalam sistem DeFi. Bila orang lain menggunakan pool ini untuk trade, penyumbang dana akan menerima sebahagian daripada yuran transaksi.
Market Cap
Nilai keseluruhan sesuatu kripto (harga × jumlah token).
DCA (Dollar-Cost Averaging)
Beli sedikit demi sedikit secara berkala untuk kurangkan risiko membeli terlalu mahal.
Whitelist / Presale
Akses awal kepada projek kripto sebelum dilancarkan kepada umum.
Kelebihan & Risiko Mata Wang Kripto
Sebelum mula melabur atau berdagang mata wang kripto, penting untuk kita memahami kedua-dua sisi aset digital ini. Walaupun ia menawarkan peluang pertumbuhan yang besar, mata wang kripto juga mempunyai risiko tersendiri yang perlu dinilai dengan teliti.
Jadual di bawah membantu anda melihat perbandingan yang lebih jelas antara kelebihan dan risiko utama dalam pasaran kripto.
Kelebihan Mata Wang Kripto
Risiko Mata Wang Kripto
Kawalan Aset Penuh – Pemilik menyimpan aset dalam dompet digital tanpa kebergantungan pada bank atau pihak ketiga.
Volatiliti Melampau – Harga boleh naik atau jatuh 10–30% dalam sehari, menyukarkan perancangan pelaburan.
Peluang Pelaburan Tinggi – Volatiliti memberikan peluang keuntungan besar. Contoh: BTC pernah naik lebih 300% dalam setahun.
Keselamatan – Jika dompet digodam atau private key hilang, aset tidak boleh dipulihkan.
Inovasi Teknologi – Blockchain menyokong industri baharu seperti DeFi, NFT, Web3 dan GameFi.
Tiada Jaminan Kerajaan – Berbeza dengan akaun bank, kripto tidak dilindungi skim seperti PIDM.
Akses Global & Kos Rendah – Transaksi lebih cepat dan murah berbanding sistem perbankan tradisional.
Scam & Projek Tidak Kukuh – Ribuan token hadir tanpa utiliti, menyebabkan ramai pelabur terperangkap dalam projek palsu.
Cara Mula Berdagang Cryptocurrency
Untuk mula berdagang mata wang kripto dengan lebih yakin, gunakan langkah-langkah asas yang lebih praktikal di bawah:
1. Pilih Platform Dagangan Yang Selamat & Stabil
Pastikan platform mempunyai ciri keselamatan seperti 2FA (Two-Factor Authentication), iaitu proses log masuk dua lapisan untuk elakkan akaun diceroboh dan cold wallet, iaitu tempat penyimpanan kripto yang tidak disambungkan ke internet, menjadikannya lebih selamat daripada serangan penggodam. Platform yang baik juga ada rekod uptime stabil, maksudnya sistem jarang down ketika market sibuk.
Tip: Pilih platform yang mempunyai lesen operasi dan sokongan pelanggan 24/7. Ini petanda platform itu serius menjaga keselamatan dan kestabilan trader.
2. Mulakan Dengan Kripto Utama Yang Lebih Mudah Difahami
Untuk permulaan, fokus kepada kripto utama seperti Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) kerana ia lebih stabil dan mempunyai penggunaan jelas dalam pasaran. Anda juga boleh gunakan stablecoin seperti USDT atau USDC untuk mengurangkan risiko pergerakan harga yang terlalu besar.
Anda boleh guna strategi DCA (Dollar-Cost Averaging), iaitu beli sedikit demi sedikit secara berkala supaya tak perlu risau beli terlalu mahal atau terlalu murah.
Tip: Altcoin memang menarik, tetapi harganya sangat liar. Masuk selepas anda betul-betul faham projeknya.
3. Gunakan Modal Kecil Dahulu & Tetapkan Stop Loss
Kerana mata wang kripto sangat volatile, anda disarankan mula dengan modal kecil dulu. Bila dah faham cara market bergerak, baru tambah modal perlahan-lahan.
Gunakan stop loss, iaitu arahan automatik yang menutup posisi jika harga jatuh ke tahap tertentu. Ini melindungi anda daripada kerugian besar tanpa perlu memantau chart 24 jam.
Tip: Jangan letak semua modal dalam satu aset. Pecahkan kepada beberapa aset untuk kurangkan risiko.
4. Belajar Baca Trend Asas Sebelum Masuk Pasaran
Sebelum entry, fahami konsep ringkas seperti:
Support: paras harga yang selalu memantul naik.
Resistance: paras harga yang selalu memantul turun.
Trendline: garis yang menunjukkan arah pergerakan pasaran (naik, turun, atau sideways).
Ini membantu anda elakkan entry secara rawak.
Tip: Jangan FOMO (Fear of Missing Out). Elakkan masuk market hanya sebab orang lain beli. Tunggu setup yang betul-betul jelas.
Kesimpulan – Fahami Maksud Kripto
Mata wang kripto kini menjadi aset digital paling berpengaruh dalam dunia kewangan moden. Sama ada sebagai simpanan jangka panjang atau peluang dagangan jangka pendek, memahami fungsinya membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak.
Sebagai broker global yang menyediakan akses kepada pelbagai pasaran kewangan, Ultima Markets menyokong trader dengan platform profesional, analisis pasaran dan persekitaran dagangan yang stabil untuk membantu mereka menavigasi pasaran kewangan dengan lebih yakin.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.