This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Pelajari maksud risk management dalam trading dan cara kawal risiko melalui stop loss, take profit, position sizing, risk-reward-ratio dan leverage.
Apa Itu Risk Management? Panduan Untuk Trader Beginner
Dalam trading, entry yang tepat sahaja tidak mencukupi jika risiko tidak dikawal. Di sinilah risk management membantu trader mengehadkan kerugian melalui stop loss, saiz posisi, risk-reward ratio dan pelan trading yang lebih tersusun. Artikel ini akan menerangkan maksud risk management serta cara menggunakan trading risk management dengan lebih bijak.
Apa Itu Risk Management Dalam Trading?
Risk management dalam trading ialah cara trader mengawal risiko supaya kerugian tidak memberi kesan terlalu besar kepada modal.
Secara mudah, ia membantu trader merancang berapa banyak modal yang sanggup dirisikokan, di mana perlu letak stop loss, berapa sasaran take profit, dan saiz posisi yang sesuai.
Risk management boleh digunakan dalam pelbagai pasaran seperti forex, gold, saham, indeks, komoditi dan crypto. Walaupun setiap pasaran berbeza, tujuannya tetap sama iaitu melindungi modal dan mengawal kerugian.
Kenapa Risk Management Penting Untuk Trader?
Market tidak sentiasa bergerak seperti yang dijangka. Walaupun analisis nampak kuat, harga masih boleh bergerak melawan posisi disebabkan berita ekonomi, volatility tinggi atau perubahan sentimen market.
Tanpa risk management, trader lebih mudah mengalami kerugian besar dan membuat keputusan berdasarkan emosi seperti takut, tamak atau revenge trading.
Antara sebab risk management penting ialah:
Melindungi modal trading Modal dapat dikawal supaya trader masih ada peluang untuk mencari setup lain.
Mengurangkan risiko kerugian besar Stop loss dan saiz posisi yang sesuai membantu mengehadkan kerugian setiap trade.
Membantu trader lebih konsisten Trader boleh ikut pelan yang jelas dan tidak masuk market secara rawak.
Mengawal emosi semasa trading Apabila risiko sudah dirancang, keputusan trading lebih mudah dibuat secara objektif.
Mengelakkan overtrading dan revenge trading Trader yang tiada had risiko biasanya lebih mudah membuka terlalu banyak posisi, terutama selepas mengalami kerugian.
Secara ringkas, risk management membantu trader bukan sahaja fokus kepada keuntungan, tetapi juga cara mengurus kerugian dengan lebih terkawal.
Komponen Utama Trading Risk Management
Untuk memahami trading risk management, trader perlu tahu beberapa komponen asas yang sering digunakan dalam pengurusan risiko.
Komponen
Fungsi
Stop Loss
Mengehadkan kerugian jika market bergerak melawan posisi
Take Profit
Menetapkan sasaran keuntungan lebih awal
Position Sizing
Menentukan saiz posisi berdasarkan modal dan risiko
Risk-Reward Ratio
Membandingkan potensi kerugian dengan potensi keuntungan
Leverage Control
Mengawal penggunaan leverage supaya risiko tidak terlalu tinggi
Trading Plan
Menetapkan peraturan entry, exit dan pengurusan risiko sebelum trade
Setiap komponen ini saling berkait. Contohnya, stop loss sahaja tidak mencukupi jika saiz posisi terlalu besar. Begitu juga risk-reward ratio yang baik tidak bermakna banyak jika trader tidak disiplin untuk ikut pelan.
Cara Tentukan Risiko Untuk Setiap Trade
Salah satu asas risk management ialah menentukan berapa banyak modal yang sanggup dirisikokan untuk satu trade.
Ramai trader menggunakan panduan 1% hingga 2% risiko untuk setiap trade. Ini bermaksud, jika satu trade terkena stop loss, kerugian maksimum hanya sekitar 1% hingga 2% daripada jumlah modal.
Contohnya:
Jika modal trading ialah USD1,000 dan trader mahu risiko maksimum 2% untuk satu trade, jumlah kerugian maksimum yang dirancang ialah:
USD1,000 x 2% = USD20
Ini bermaksud, trader perlu susun saiz posisi supaya jika stop loss terkena, kerugian tidak melebihi USD20.
Kesilapan yang sering berlaku ialah trader pilih lot size dahulu, kemudian baru fikir di mana mahu letak stop loss. Cara ini lebih berisiko kerana saiz posisi mungkin tidak sesuai dengan modal.
Cara yang lebih baik ialah:
Tentukan modal keseluruhan.
Tentukan risiko maksimum untuk satu trade.
Kenal pasti jarak stop loss.
Kira saiz posisi yang sesuai.
Pastikan kerugian maksimum masih dalam had risiko yang dirancang.
Jika stop loss jauh, saiz posisi biasanya perlu lebih kecil. Jika stop loss dekat, saiz posisi boleh disesuaikan, tetapi masih perlu mengambil kira volatility dan struktur market.
Apa Itu Risk-Reward Ratio?
Risk-reward ratio ialah perbandingan antara jumlah risiko yang sanggup diambil dengan potensi keuntungan yang disasarkan.
Sebagai contoh, jika trader sanggup rugi USD50 untuk sasaran keuntungan USD100, risk-reward ratio ialah 1:2.
Risk-Reward Ratio
Maksud
1:1
Risiko USD50 untuk sasaran untung USD50
1:2
Risiko USD50 untuk sasaran untung USD100
1:3
Risiko USD50 untuk sasaran untung USD150
Dalam trading, ramai trader mencari setup dengan risk-reward ratio sekurang-kurangnya 1:2. Ini kerana trader tidak perlu menang setiap masa untuk kekal menguntungkan dalam jangka panjang.
Sebagai contoh, jika trader hanya menang 50% daripada keseluruhan trade tetapi menggunakan risk-reward ratio yang sihat, mereka masih berpotensi mengekalkan prestasi yang lebih stabil.
Apa Itu Position Sizing Dalam Trading?
Position sizing ialah cara trader tentukan saiz posisi atau lot size yang sesuai berdasarkan modal, risiko maksimum dan jarak stop loss.
Contohnya, jika modal trader ialah USD1,000 dan risiko maksimum ialah 2%, jumlah kerugian maksimum untuk satu trade ialah USD20. Jadi, lot size perlu dikira supaya jika stop loss terkena, kerugian tidak melebihi USD20.
Secara mudah, jangan pilih lot size secara rawak. Tentukan risiko dulu, kemudian baru kira saiz posisi yang sesuai.
Macam Mana Nak Kira Lot?
Formula mudah:
Lot size = Risiko maksimum ÷ (Jarak stop loss × nilai per pip untuk 1 lot)
Contoh:
Modal: USD1,000
Risiko maksimum: 2% = USD20
Stop loss: 50 pips
Nilai 1 pip untuk 1 lot: USD10
Kiraan:
USD20 ÷ (50 pips × USD10) = 0.04 lot
Maksudnya, trader boleh buka sekitar 0.04 lot supaya jika stop loss 50 pips terkena, kerugian lebih kurang USD20.
Nota penting
Untuk forex major pair, 1 standard lot biasanya bernilai lebih kurang USD10 per pip. Tapi untuk gold, indeks atau instrumen lain, nilai pip/tick boleh berbeza ikut kontrak broker. Jadi, trader perlu semak nilai pip atau guna position size calculator sebelum entry.
Stop Loss Bukan Musuh Trader
Ramai beginner takut guna stop loss kerana tidak mahu posisi ditutup dalam keadaan rugi. Namun, dalam risk management, stop loss sebenarnya berfungsi untuk melindungi modal.
Contohnya, jika trader buka posisi buy berhampiran support, stop loss boleh diletakkan di bawah support tersebut. Jika harga break support, setup asal mungkin sudah tidak valid.
Elakkan mengubah stop loss lebih jauh hanya kerana tidak mahu rugi, kerana kerugian kecil boleh bertukar menjadi kerugian besar.
Peranan Take Profit Dalam Risk Management
Tetapkan sasaran keuntungan lebih awal Take profit membantu trader tahu di mana posisi perlu ditutup apabila harga mencapai target.
Kurangkan keputusan ikut emosi Trader tidak mudah tutup posisi terlalu awal kerana takut untung hilang, atau terlalu lama menunggu kerana tamak.
Boleh diletakkan pada kawasan penting market Contohnya, resistance terdekat untuk posisi buy atau support terdekat untuk posisi sell.
Bantu nilai setup sebelum entry Gabungan stop loss dan take profit membantu trader lihat sama ada sesuatu trade berbaloi berdasarkan risiko dan potensi keuntungan.
Namun, take profit juga perlu realistik. Jangan letak target terlalu jauh tanpa sebab yang jelas. Sasaran keuntungan lebih baik ditentukan berdasarkan struktur market seperti support, resistance, trendline atau kawasan harga yang pernah memberi reaksi sebelum ini.
Leverage dan Risiko Kerugian
Leverage membolehkan trader membuka posisi yang lebih besar berbanding modal sebenar. Dalam trading CFD seperti forex, gold, indeks dan komoditi, leverage boleh membantu trader memaksimumkan peluang, tetapi ia juga boleh meningkatkan risiko.
Antara perkara penting yang trader perlu faham:
Leverage boleh besarkan untung dan rugi Jika market bergerak mengikut arah posisi, potensi untung boleh meningkat. Tetapi jika market bergerak melawan posisi, kerugian juga boleh jadi lebih besar.
Leverage tinggi tidak bermaksud perlu ambil risiko tinggi Trader masih perlu kawal saiz posisi, jarak stop loss dan jumlah modal yang digunakan.
Risiko sebenar bergantung pada lot size Dua trader boleh guna leverage yang sama, tetapi risiko mereka berbeza jika saiz posisi dan stop loss tidak sama.
Beginner perlu lebih berhati-hati Untuk trader baru, lebih baik gunakan leverage secara konservatif dan fokus dahulu kepada kawalan lot size serta risk management.
Contoh Risk Management Dalam Trading Gold
Bayangkan trader ada modal USD1,000 dan mahu trade gold/XAUUSD.
Contoh setup:
Modal akaun: USD1,000
Risiko maksimum: 2% = USD20
Entry buy gold: 4,710
Stop loss: 4,690
Take profit: 4,750
Lot size: 0.01 lot
Leverage: 1:500
Dalam contoh ini, trader hanya mahu rugi maksimum USD20 jika market bergerak melawan posisi.
Jika trader buka 0.01 lot gold, anggaran pergerakan USD1 pada harga gold bersamaan lebih kurang USD1 untung atau rugi.
Jadi:
Jika harga turun dari 4,710 ke 4,690, trader rugi lebih kurang USD20
Jika harga naik dari 4,710 ke 4,750, trader untung lebih kurang USD40
Ini bermaksud risk-reward ratio ialah 1:2, kerana trader risikokan USD20 untuk sasaran untung USD40.
Secara ringkas, trader tidak pilih lot size secara rawak. Trader tentukan dulu berapa sanggup rugi, kemudian pilih stop loss, take profit dan lot size yang sesuai supaya risiko masih terkawal.
Emosi Juga Sebahagian Daripada Risk Management
Risk management bukan hanya tentang angka. Ia juga melibatkan disiplin dan kawalan emosi semasa trading.
Antara emosi dan tabiat yang boleh merosakkan risk management ialah:
Overtrading — membuka terlalu banyak posisi tanpa setup yang jelas.
Revenge trading — cuba mendapatkan semula kerugian dengan masuk trade secara tergesa-gesa.
FOMO — Fomo bermaksud masuk market kerana takut terlepas peluang.
Tamak — tidak mahu ambil profit walaupun harga sudah hampir sampai target.
Takut rugi — ubah stop loss atau tutup posisi terlalu awal tanpa alasan kukuh.
Untuk mengawal emosi, trader perlu ada trading plan yang jelas. Setiap posisi perlu mempunyai sebab entry, stop loss, take profit dan risiko maksimum sebelum trade dibuka.
Tools Yang Boleh Bantu Risk Management
Trader boleh menggunakan beberapa tools untuk membantu mengurus risiko dengan lebih tersusun.
Antaranya:
Stop Loss
Digunakan untuk menutup posisi secara automatik apabila harga bergerak melawan jangkaan sehingga tahap tertentu.
Take Profit
Digunakan untuk menutup posisi secara automatik apabila harga mencapai sasaran keuntungan.
Trailing Stop
Trailing Stop membantu mengunci keuntungan apabila harga bergerak mengikut arah posisi, sambil masih memberi ruang untuk market bergerak.
Trading Journal
Membantu trader merekod setiap trade, termasuk sebab entry, risiko, emosi dan keputusan akhir. Ini penting untuk menilai prestasi dari semasa ke semasa.
Position Size Calculator
Membantu trader mengira saiz posisi berdasarkan modal, jarak stop loss dan risiko maksimum.
Economic Calendar
Membantu trader mengetahui jadual data ekonomi penting yang boleh menyebabkan market menjadi lebih volatile.
Demo Account
Akaun demo membolehkan trader berlatih menggunakan strategi risk management tanpa menggunakan modal sebenar. Ini sesuai untuk beginner yang mahu memahami cara stop loss, take profit dan position sizing berfungsi dalam keadaan market sebenar.
Kesimpulan: Risk Management Bantu Trade Dengan Terkawal
Risk management ialah asas penting untuk membantu trader mengawal kerugian, melindungi modal dan membuat keputusan dengan lebih disiplin.
Dalam trading, kerugian memang tidak boleh dielakkan sepenuhnya. Namun, dengan trading risk management yang baik seperti penggunaan stop loss, position sizing, risk-reward ratio dan kawalan emosi, trader boleh mengurus risiko dengan lebih terkawal. Di Ultima Markets, trader juga boleh berlatih menggunakan akaun demo sebelum menggunakan modal sebenar.
FAQ Tentang Risk Management Dalam Trading
1. Apa itu risk management dalam trading?
Risk management ialah cara trader mengawal potensi kerugian sebelum membuka posisi, biasanya melalui stop loss, saiz posisi dan risk-reward ratio.
2. Kenapa risk management penting?
Risk management penting kerana ia membantu trader melindungi modal dan mengelakkan satu kerugian besar daripada menjejaskan keseluruhan akaun trading.
3. Boleh belajar risk management guna akaun demo?
Ya. Di Ultima Markets, trader boleh menggunakan akaun demo untuk berlatih memahami risk management sebelum menggunakan modal sebenar.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.