This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Momentum trading bantu trader kenal pasti pergerakan harga yang kuat melalui price action, volume, RSI, MACD dan breakout.
Apa Itu Momentum Trading? Ikuti Kelajuan Market
Momentum trading ialah strategi di mana trader membeli aset yang menunjukkan momentum kenaikan yang kuat dan menjual aset yang menunjukkan momentum penurunan. Prinsipnya mudah: aset yang sedang bergerak kuat dalam satu arah lebih cenderung untuk meneruskan trend tersebut dalam jangka pendek berbanding terus membuat reversal secara tiba-tiba.
Pendekatan ini banyak digunakan dalam forex trading, saham, dan komoditi kerana ia membantu trader mengambil peluang daripada psikologi pasaran. Apabila harga mula bergerak laju, ramai peserta pasaran akan mula masuk ke arah yang sama, sekali gus menguatkan lagi momentum tersebut.
Contoh: Jika GBP/USD berjaya breakout melepasi paras resistance beberapa minggu dengan volume yang tinggi, trader momentum mungkin akan membuka posisi buy kerana menjangkakan lebih ramai trader akan ikut masuk dan menolak harga lebih tinggi.
Bagaimana Momentum Trading Berfungsi?
Momentum trading berfungsi dengan melihat seberapa kuat dan cepat harga bergerak dalam satu arah. Trader bukan sekadar tengok harga naik atau turun, tetapi cuba faham sama ada pergerakan itu cukup kuat untuk diteruskan dalam jangka pendek.
Secara mudah, momentum trading biasanya melibatkan beberapa langkah ini:
Cari price action yang kuat dan pergerakan harga yang jelas Trader akan lihat sama ada harga sedang naik atau turun dengan kuat. Contohnya, harga pecah paras resistance, buat high baharu, atau jatuh melepasi support penting.
Semak volume untuk confirmation Kalau harga naik dengan volume tinggi, itu menunjukkan ramai trader sedang menyokong pergerakan tersebut. Ini menjadikan momentum lebih kuat. Tapi kalau harga naik tanpa volume, signal itu mungkin kurang meyakinkan.
Masuk trade ikut arah momentum Jika momentum sedang bullish, trader mungkin cari peluang buy. Jika momentum sedang bearish, trader mungkin cari peluang sell. Maksudnya, trader ikut arah kekuatan pasaran, bukan lawan trend.
Keluar bila momentum mula lemah Momentum tidak akan kuat selama-lamanya. Trader biasanya akan mula berhati-hati bila volume menurun, candle semakin kecil, atau indikator seperti RSI dan MACD mula menunjukkan tanda momentum semakin perlahan.
Momentum tidak kekal selama-lamanya. Biasanya, momentum akan mencapai kemuncak apabila tekanan belian atau jualan mula habis, atau apabila maklumat baharu mengubah sentimen pasaran.
Cara Kenal Pasti Momentum Dalam Pasaran
Mengenal pasti momentum ialah salah satu kemahiran paling penting untuk trader. Berbeza dengan trend-following biasa, momentum trading lebih fokus kepada kelajuan dan kekuatan pergerakan harga.
Berikut ialah beberapa cara utama untuk mengenal pasti momentum dalam pasaran.
Price Action Signals
Price Action ialah kaedah trading yang menganalisis pergerakan harga semata-mata melalui candlestick, struktur pasaran, support & resistance, trend dan pattern. Tidak bergantung pada indicator lagging. Harga itu sendiri ialah indikator momentum yang paling jelas.
Strong Candles: Candlestick bullish atau bearish dengan body besar, terutamanya selepas fasa consolidation, sering menunjukkan permulaan momentum.
Breakouts: Harga yang berjaya menembusi resistance atau support dengan pergerakan yang meyakinkan menunjukkan trader sedang mula masuk dengan agresif.
Gaps dalam saham atau indeks: Market gap yang berlaku disebabkan berita atau laporan pendapatan biasanya mencerminkan momentum secara tiba-tiba.
Contoh: Jika EUR/USD berjaya breakout melepasi paras tertinggi enam bulan dengan tiga candlestick bullish berturut-turut, itu boleh dianggap sebagai confirmation momentum.
Trading Volume
Momentum tanpa volume selalunya boleh menjadi signal palsu.
Secara mudah:
Volume tinggi + pergerakan kuat = momentum lebih valid
Volume rendah + pergerakan harga = risiko reversal lebih tinggi
Volume menunjukkan berapa ramai trader yang menyokong pergerakan tersebut. Dalam forex, trader boleh melihat tick volume daripada broker. Walaupun ia tidak sempurna, tick volume biasanya mempunyai korelasi yang tinggi dengan volume sebenar.
Momentum Indicators
Trader profesional sering menggunakan indikator teknikal untuk mengukur momentum dengan lebih jelas.
Relative Strength Index (RSI)
RSI boleh membantu trader melihat sama ada momentum sedang kuat atau mula lemah.
RSI di atas 70: Menunjukkan keadaan overbought, tetapi pada masa yang sama boleh menunjukkan momentum bullish yang kuat.
RSI di bawah 30: Menunjukkan keadaan oversold, tetapi juga boleh menunjukkan momentum bearish yang kuat.
RSI divergence dengan harga: Menunjukkan momentum mungkin semakin lemah.
MACD
Moving Average Convergence Divergence
MACD juga sering digunakan dalam momentum trading.
Momentum bullish: MACD line bersilang ke atas signal line.
Momentum bearish: MACD line bersilang ke bawah signal line.
Jarak MACD dan signal line semakin besar: Menunjukkan momentum semakin kuat.
Rate of Change atau ROC
Rate of Change mengukur perubahan peratusan harga dalam tempoh tertentu. ROC yang tinggi menunjukkan momentum yang lebih kuat.
Moving Averages Sebagai Confirmation
Walaupun moving averages bersifat lagging, ia masih berguna untuk menapis signal palsu.
Short-term MA seperti 10 atau 20 period bertindak balas lebih cepat terhadap perubahan harga.
Long-term MA seperti 50, 100, atau 200 period membantu mengesahkan arah trend yang lebih besar.
Golden Cross: Berlaku apabila MA jangka pendek bersilang ke atas MA jangka panjang. Ini boleh menunjukkan momentum mula berubah ke arah bullish.
Death Cross: Berlaku apabila MA jangka pendek bersilang ke bawah MA jangka panjang. Ini boleh menunjukkan momentum bearish.
Namun, moving averages sebaiknya digunakan bersama indikator lain kerana ia tidak menangkap perubahan harga secara tiba-tiba dengan cepat.
Market Context dan Catalysts
Momentum sering dicetuskan oleh peristiwa luar pasaran.
Antara catalyst utama termasuk:
Data ekonomi: Non-Farm Payrolls atau NFP, CPI, dan keputusan kadar faedah boleh mencipta pergerakan harga yang tajam.
Laporan pendapatan: Untuk saham, earnings report yang lebih baik daripada jangkaan boleh mencetuskan momentum belian yang berterusan.
Berita geopolitik: Kejutan seperti sekatan, perubahan dasar, atau pilihan raya boleh mempercepatkan momentum pasaran.
Contoh Momentum Trading
Bayangkan satu pasangan mata wang seperti EUR/USD sedang bergerak dalam range yang sempit selama beberapa hari. Kemudian, data ekonomi penting keluar lebih baik daripada jangkaan dan harga terus breakout melepasi resistance utama dengan candlestick bullish yang besar.
Pada masa yang sama, volume meningkat dan MACD menunjukkan bullish crossover. Dalam situasi ini, trader momentum mungkin melihat peluang untuk membuka posisi buy kerana beberapa confirmation berlaku serentak.
Namun, trader tetap perlu menetapkan stop loss kerana breakout juga boleh gagal jika sentimen berubah dengan cepat.
Strategi Momentum Trading Yang Boleh Digunakan
Terdapat beberapa strategi momentum trading yang boleh digunakan oleh trader bergantung kepada gaya dan timeframe masing-masing.
Breakout Trading
Breakout trading berlaku apabila trader masuk posisi selepas harga menembusi resistance atau support dengan volume yang kuat.
Strategi ini biasanya lebih sesuai semasa sesi pasaran yang volatile seperti waktu dagangan forex London atau New York.
Contohnya, jika harga menembusi resistance utama dengan candlestick yang kuat dan volume meningkat, trader momentum mungkin akan mencari peluang buy selepas breakout disahkan.
Trend Following
Strategi trend following menggunakan moving averages dan price channel untuk mengikuti trend yang sudah terbentuk.
Contoh: Trader boleh membeli EUR/USD apabila MA 20 hari berada di atas MA 50 hari, sementara RSI masih berada di bawah 70. Ini menunjukkan harga masih dalam momentum bullish tetapi belum terlalu overbought.
News-Based Momentum
Pengumuman ekonomi, laporan pendapatan, atau peristiwa geopolitik boleh mencipta momentum yang pantas.
Contoh: Laporan U.S. Non-Farm Payrolls atau NFP boleh mencetuskan pergerakan besar pada USD. Jika data jauh berbeza daripada jangkaan pasaran, momentum boleh terbentuk dengan cepat.
Intraday Momentum
Day trader sering menggunakan momentum intraday untuk mengambil peluang daripada pergerakan jangka pendek semasa waktu pasaran yang liquid.
Namun, strategi ini memerlukan stop loss yang ketat kerana volatility boleh menjadi tinggi. Harga boleh bergerak pantas, tetapi reversal juga boleh berlaku dengan cepat.
Momentum trading mempunyai potensi reward yang tinggi, tetapi risikonya juga besar. Pasaran boleh reverse dengan cepat, terutamanya selepas rally yang sudah terlalu panjang. Sebab itu, trader perlu sentiasa menetapkan stop loss dan hanya mempertaruhkan sebahagian kecil modal bagi setiap trade.
Momentum Trading vs Swing Trading
Momentum trading dan swing trading sama-sama bertujuan mengambil peluang daripada pergerakan pasaran jangka pendek. Namun, cara kedua-duanya berbeza.
Perkara
Momentum Trading
Swing Trading
Fokus
Kelajuan dan volatility
Pergerakan swing dalam trend utama
Tempoh Pegangan
Minit hingga beberapa hari
Beberapa hari hingga beberapa minggu
Tools
RSI, MACD, volume, breakout
Trendline, moving averages, Fibonacci levels
Sesuai Untuk
Trader aktif yang boleh pantau pasaran dengan rapat
Trader yang mahu kurang screen time
Momentum trading memerlukan reaksi yang lebih pantas dan disiplin yang tinggi. Swing trading pula memberi lebih fleksibiliti, tetapi memerlukan kesabaran kerana setup boleh mengambil masa lebih lama untuk berkembang.
Best Practices Untuk Momentum Traders
Momentum trading boleh memberi peluang besar, tetapi tanpa disiplin, ia juga boleh menyebabkan kerugian besar. Berikut ialah beberapa amalan penting yang biasanya diikuti oleh trader yang berjaya.
Tetapkan Entry dan Exit Rules Yang Ketat
Trade momentum bergerak dengan cepat. Ini bermaksud, ragu-ragu atau masuk terlalu lewat boleh menyebabkan kerugian.
Antara perkara yang perlu dibuat:
Tetapkan trigger entry: Contohnya, breakout di atas resistance yang disahkan oleh volume dan RSI.
Rancang exit lebih awal: Tetapkan target profit dan stop loss sebelum masuk trade.
Ikut plan: Trading berdasarkan emosi ialah antara cara paling cepat untuk terperangkap dalam false breakout.
Utamakan Risk Management
Momentum trading berisiko tinggi kerana reversal boleh berlaku dengan tajam.
Risiko kecil bagi setiap trade. Ramai profesional hanya mempertaruhkan sekitar 1–2% daripada modal mereka.
Position sizing sangat penting. Posisi kecil dengan stop loss yang jelas lebih selamat berbanding posisi terlalu besar atas andaian sesuatu setup itu “pasti menjadi”.
Rule of thumb: Melindungi modal lebih penting daripada mengejar keuntungan.
Fokus Pada Pasaran Yang Liquid
Momentum lebih mudah berkembang dalam pasaran yang mempunyai liquidity tinggi, di mana pergerakan harga disokong oleh volume.
Dalam forex trading, pasangan seperti EUR/USD, GBP/USD, dan USD/JPY biasanya memberikan signal momentum yang lebih bersih.
Dalam saham pula, saham large-cap biasanya memberi pergerakan yang lebih kuat berbanding saham small-cap yang kurang aktif didagangkan.
Pasaran yang terlalu thin boleh menyebabkan slippage lebih tinggi dan fake breakout. Sebaiknya, fokus pada pasaran yang aktif dan mempunyai penyertaan institusi.
Elakkan Overtrading
Bukan setiap spike ialah momentum sebenar. Overtrading boleh menyebabkan kerugian yang tidak perlu dan keletihan emosi.
Antara cara mengelakkannya:
Tapis signal: Tunggu sekurang-kurangnya dua confirmation, contohnya MACD crossover dan volume yang kuat.
Quality over quantity: Satu setup berkualiti tinggi boleh lebih berbaloi daripada sepuluh trade yang lemah.
Ambil rehat: Terlalu lama menghadap chart boleh meningkatkan godaan untuk memaksa trade.
Kesabaran sering membezakan trader yang konsisten dengan trader yang impulsif.
Terus Belajar dan Menyesuaikan Strategi
Pasaran sentiasa berubah, dan keadaan momentum juga boleh berubah mengikut masa.
Antara amalan penting:
Backtest strategi: Gunakan data sejarah untuk melihat sama ada rules anda masih berfungsi dalam keadaan pasaran berbeza.
Review trade setiap minggu: Analisis trade yang untung dan rugi.
Kekal updated: Data ekonomi, earnings calendar, dan berita global boleh mengubah dinamik momentum.
Trader berpengalaman tahu bahawa konsistensi datang daripada pembelajaran berterusan, bukan daripada satu strategi “holy grail”.
Kesimpulan
Momentum trading kekal sebagai salah satu strategi popular dalam kalangan trader retail dan institusi. Apabila digabungkan dengan risk management yang ketat dan analisis yang kukuh, strategi ini boleh memberi peluang untuk mengambil manfaat daripada pergerakan pasaran jangka pendek.
Di Ultima Markets, trader boleh mengakses tools charting yang advanced, pendidikan melalui UM Academy, serta pasaran forex trading yang liquid supaya strategi seperti momentum trading dapat digunakan dengan lebih efektif.
FAQs Tentang Momentum Trading
1. Apa itu momentum trading?
Momentum trading ialah strategi trading yang fokus pada pergerakan harga yang sedang kuat dalam satu arah. Jika harga sedang naik dengan momentum yang jelas, trader mungkin cari peluang buy. Jika harga sedang turun dengan kuat, trader mungkin cari peluang sell.
2. Adakah momentum trading sesuai untuk beginner?
Momentum trading boleh menjadi mencabar untuk beginner kerana ia bergerak pantas dan sangat bergantung pada timing pasaran. Beginner perlu memahami technical analysis dan risk management dengan baik sebelum mencuba momentum trading.
3. Adakah momentum trading sama seperti scalping?
Momentum trading dan scalping ada persamaan kerana kedua-duanya melibatkan trade yang cepat. Namun, momentum trading lebih fokus untuk mengikuti pergerakan harga yang besar, manakala scalping melibatkan banyak trade kecil untuk mendapatkan keuntungan yang kecil.
4. Sejauh mana risiko momentum trading?
Momentum trading boleh menjadi berisiko kerana ia bergantung pada pergerakan harga yang pantas dan kadang-kadang sukar dijangka. Trader boleh mengalami kerugian besar jika momentum berubah secara tiba-tiba atau keadaan pasaran berubah dengan cepat.
5. Apa indikator yang biasa digunakan dalam momentum trading?
Antara indikator yang biasa digunakan ialah RSI, MACD, Rate of Change atau ROC, dan moving averages. Indikator ini membantu trader lihat sama ada momentum masih kuat atau sudah mula perlahan.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.