Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom
Roll Arrow

Apa Itu Falling Wedge Pattern? Tanda Breakout Bullish?

Ultima Markets Silver & Gold Trading Icon
XAGUSD
Buy: 0.00
Sell: 0.00%

Ringkasan:

  • Ketahui maksud falling wedge pattern, cara ia terbentuk, ciri utama, dan bagaimana trader guna corak ini untuk kenal pasti potensi breakout bullish.

Apa Itu Falling Wedge Pattern? Tanda Breakout Bullish?

Falling wedge pattern ialah corak carta yang menunjukkan tekanan jualan semakin lemah walaupun harga masih bergerak menurun. Corak ini sering dianggap sebagai petunjuk awal bahawa pasaran mungkin sedang menghampiri breakout ke atas.

Secara ringkas, falling wedge pattern boleh membantu trader melihat bahawa momentum bearish tidak lagi sekuat sebelumnya. Jika breakout berlaku dengan pengesahan yang jelas, corak ini boleh menjadi isyarat potensi reversal atau sambungan kenaikan.

Apa Itu Falling Wedge Pattern?

Falling wedge pattern ialah corak carta yang terbentuk apabila harga membuat paras tinggi yang semakin rendah dan paras rendah yang semakin rendah, tetapi kedua-dua garisan trend itu semakin mengecil. Corak ini selalunya dianggap sebagai isyarat bullish, terutamanya jika berlaku breakout ke atas dengan momentum yang kuat.

Contoh Falling Wedge

Bagaimana Falling Wedge Pattern Terbentuk?

Falling wedge pattern terbentuk apabila harga bergerak dalam saluran menurun yang semakin sempit. Ini bermaksud harga masih turun, tetapi kadar penurunan itu mula perlahan. Seller masih menekan harga ke bawah, tetapi kekuatan mereka tidak lagi seagresif sebelumnya.

Secara visual, falling wedge pattern nampak seperti dua garisan trend yang condong ke bawah dan semakin rapat. Garisan atas menghubungkan lower highs, manakala garisan bawah menghubungkan lower lows. Apabila jarak antara dua garisan ini makin kecil, ia menunjukkan pasaran sedang “compress”.

Kenapa Falling Wedge Pattern Penting?

Tidak seperti sesetengah corak carta lain, falling wedge pattern boleh muncul dalam dua situasi berbeza:

  • Sebagai corak reversal, ia muncul selepas downtrend yang berpanjangan dan memberi isyarat kemungkinan trend akan bertukar naik.
  • Sebagai corak continuation, ia boleh muncul semasa uptrend sebagai pembetulan sementara sebelum trend menaik bersambung semula.

Dalam kedua-dua keadaan ini, falling wedge pattern mencerminkan keadaan pasaran yang sedang “compress”, iaitu julat pergerakan harga semakin mengecil sebelum berlaku pergerakan yang lebih jelas, yang selalunya memihak kepada arah atas.

Ciri-Ciri Utama Falling Wedge Pattern

Untuk kenal pasti falling wedge pattern, anda boleh perhatikan beberapa ciri utama ini:

  • harga membentuk lower high dan lower low
  • kedua-dua garisan trend condong ke bawah
  • ruang pergerakan harga semakin sempit
  • breakout biasanya berlaku ke atas
  • julat pergerakan harga semakin kecil
  • volume kadang-kadang mula menurun semasa corak terbentuk, kemudian meningkat semasa breakout

Apa yang penting, falling wedge pattern bukan sekadar harga jatuh dalam saluran biasa. Ia perlu ada bentuk “mengecil” yang jelas. Kalau jarak antara high dan low masih sama luas, itu belum tentu falling wedge pattern.

Kebiasaannya, falling wedge pattern lebih boleh dipercayai pada timeframe yang lebih besar seperti carta 4 jam, harian, atau mingguan. Ini kerana gangguan pergerakan kecil lebih rendah dan breakout yang berlaku selalunya lebih bermakna.

Corak Falling Wedge Pattern

Adakah Falling Wedge Pattern Bullish atau Bearish?

Secara umum, falling wedge pattern dianggap sebagai corak bullish. Ini kerana walaupun harga masih bergerak menurun, tekanan jualan sebenarnya semakin lemah. Bila breakout berlaku di atas garisan trend atas, ia sering dilihat sebagai isyarat bahawa buyer mula ambil alih.

Namun, trader juga perlu faham bahawa falling wedge pattern tidak menjamin harga pasti naik. Ada juga situasi di mana breakout gagal, atau harga hanya naik sekejap sebelum turun semula. Sebab itu pengesahan sangat penting.

Contoh yang mudah: jika anda nampak falling wedge pattern pada timeframe 4 jam, kemudian candle berjaya tutup di atas resistance corak itu dengan volume lebih kuat, itu biasanya lebih meyakinkan berbanding sekadar cucuk sedikit di atas garisan trend.

Sejauh Mana Falling Wedge Pattern Boleh Dipercayai?

Falling wedge pattern sering dianggap sebagai salah satu corak bullish yang lebih boleh dipercayai dalam analisis teknikal. Namun begitu, seperti mana-mana corak lain, ia tetap mempunyai kelemahan dan tidak semestinya berjaya setiap kali. Kunci utama ialah memahami konteks pasaran dan menunggu pengesahan yang betul sebelum membuat keputusan.

Beberapa dapatan kajian dan data platform dagangan menunjukkan bagaimana falling wedge pattern sering berfungsi dalam situasi sebenar:

  • Analisis TradingView menunjukkan sekitar 82% falling wedge pattern berjaya breakout ke atas, dan sekitar 63% hingga 88% berjaya mencapai sasaran harga yang diunjurkan.
  • Kajian PersonalFinanceLab pula mencadangkan bahawa corak ini mencapai sasaran “measured move” dalam kira-kira dua pertiga daripada semua kes.
  • Thomas Bulkowski, yang terkenal dalam kajian corak carta, mendapati bahawa falling wedge pattern cenderung memberikan prestasi lebih baik apabila ia muncul selepas downtrend yang jelas dan disertai volume breakout yang jauh lebih tinggi daripada biasa.
corak falling wedge

Walau bagaimanapun, trader juga perlu tahu bahawa corak ini tidak sempurna. Kadar false breakout untuk falling wedge pattern dianggarkan sekitar 10% hingga 27%, jadi pengesahan tetap sangat penting sebelum entry dibuat.

Antara faktor yang boleh menjadikan falling wedge pattern lebih kuat ialah:

  • wujud downtrend yang jelas sebelum corak terbentuk
  • volume semakin mengecil dalam corak, kemudian meningkat semasa breakout
  • indikator momentum seperti RSI atau MACD menunjukkan bullish divergence
  • corak yang lebih besar dan kemas, contohnya mengambil masa beberapa minggu, biasanya lebih dipercayai berbanding corak kecil yang terbentuk terlalu cepat

Secara ringkas, falling wedge pattern bukanlah jaminan harga akan naik, tetapi apabila ia muncul dalam konteks yang betul dan disokong oleh volume serta momentum, ia boleh menjadi salah satu isyarat bullish reversal yang sangat berguna.

Cara Trade Menggunakan Falling Wedge Pattern

Bila trader nampak falling wedge pattern, kebanyakan mereka tidak terus entry terlalu awal. Sebaliknya, mereka tunggu pengesahan breakout terlebih dahulu.

Antara cara biasa trader gunakan falling wedge pattern ialah:

  1. Tunggu breakout

Trader tunggu harga pecah garisan trend atas. Ini penting untuk elakkan entry terlalu awal ketika corak masih belum sah. Buka posisi buy sedikit di atas paras breakout.

  1. Tengok candle confirmation

Ada trader tunggu candle bullish yang lebih kukuh, contohnya candle body besar atau candle close yang jelas di atas resistance falling wedge pattern.

  1. Perhatikan volume

Kalau breakout berlaku dengan volume yang meningkat, ia biasanya beri isyarat yang lebih kuat bahawa buyer benar-benar masuk pasaran.

  1. Letak stop loss dengan logik

Stop loss biasanya diletakkan di bawah swing low terakhir atau di bawah struktur falling wedge pattern, bergantung pada strategi masing-masing.

  1. Anggar target price

Sesetengah trader mengukur bahagian paling lebar dalam falling wedge pattern, kemudian gunakan jarak itu sebagai anggaran sasaran selepas breakout.

Ramai trader juga suka menunggu retest, iaitu situasi apabila harga kembali seketika ke kawasan breakout sebelum sambung naik semula. Retest seperti ini sering dianggap sebagai pengesahan tambahan bahawa breakout itu sah dan boleh membantu mendapatkan nisbah risiko-ganjaran yang lebih baik.

Beza Falling Wedge Pattern dan Descending Triangle

Falling wedge Pattern VS Descending Triangle Pattern

Ramai orang kadang-kadang keliru antara falling wedge pattern dan descending triangle. Kedua-duanya memang nampak seperti harga sedang menurun, tetapi struktur dan maksudnya berbeza.

AspekFalling Wedge PatternDescending Triangle
Bentuk garisanDua garisan trend sama-sama condong ke bawah dan semakin rapatGarisan atas menurun, garisan bawah mendatar
Struktur hargaLower high dan lower low dalam ruang yang semakin sempitLower high berulang dengan support pada paras yang hampir sama
Maksud utamaMenunjukkan tekanan jualan semakin lemahMenunjukkan harga sedang menguji support berulang kali
Isyarat biasaSelalunya bullishSelalunya bearish
Arah breakout lazimBreakout ke atasBreakout ke bawah
Psikologi pasaranSeller masih menekan, tetapi momentum semakin berkurangSeller terus menekan harga ke kawasan support
Konteks biasaBoleh muncul sebagai reversal atau continuation patternLebih kerap dilihat sebagai corak sambungan bearish

Jadi, bila anda tengok falling wedge pattern, fokus pada ciri garisan yang semakin mengecil. Itu yang membezakan ia daripada corak lain.

Kelebihan dan Kelemahan Falling Wedge Pattern

Kelebihan

  • falling wedge pattern mudah dikenal pasti bila struktur jelas
  • boleh bantu trader cari peluang breakout bullish
  • sesuai digunakan bersama support resistance, volume, dan indicator lain

Kelemahan

  • breakout palsu tetap boleh berlaku
  • tidak semua falling wedge pattern memberi pergerakan besar
  • kalau dipaksa nampak corak, analisis boleh jadi bias

Sebab itu, falling wedge pattern lebih baik digunakan sebagai sebahagian daripada analisis, bukan satu-satunya sebab untuk entry.

Kesimpulan

Falling wedge pattern ialah corak carta yang penting untuk difahami oleh trader kerana ia boleh memberi petunjuk bahawa momentum bearish semakin lemah dan breakout bullish mungkin berlaku. Tetapi seperti mana-mana corak teknikal lain, falling wedge pattern paling berkesan bila digabungkan dengan pengesahan seperti candle breakout, volume, dan pengurusan risiko yang baik.

Jika anda mahu belajar lebih banyak tentang corak carta, trend pasaran, dan asas analisis teknikal secara lebih praktikal, anda boleh terokai lebih banyak bahan pembelajaran di Ultima Markets.

Bagai mana Falling Wedge Pattenr terbentuk

FAQ: Falling Wedge Pattern

1. Apa itu falling wedge pattern?

Falling wedge pattern ialah corak carta analisis teknikal yang terbentuk apabila harga bergerak dalam dua garisan trend menurun yang semakin rapat. Corak ini biasanya dianggap sebagai isyarat bullish, terutama jika harga berjaya breakout ke atas.

2. Adakah falling wedge pattern bullish atau bearish?

Kebiasaannya, falling wedge pattern dianggap sebagai corak bullish. Walaupun harga masih menurun semasa corak ini terbentuk, momentum jualan biasanya semakin lemah dan breakout ke atas boleh menandakan perubahan sentimen pasaran.

3. Timeframe mana paling sesuai untuk falling wedge pattern?

Falling wedge pattern boleh muncul dalam pelbagai timeframe, tetapi ramai trader anggap ia lebih boleh dipercayai pada timeframe yang lebih tinggi seperti 4 jam, harian, dan mingguan kerana noise pasaran lebih rendah.

4. Boleh ke falling wedge pattern muncul semasa uptrend?

Ya, falling wedge pattern bukan saja boleh muncul selepas downtrend sebagai reversal pattern, tetapi juga boleh muncul semasa uptrend sebagai continuation pattern. Dalam situasi ini, ia biasanya menjadi pembetulan sementara sebelum trend menaik bersambung semula.

Kongsi Sekarang

  • Article Details
  • Article Details
  • Article Details

Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.

Isi Kandungan

  • Apa Itu Falling Wedge Pattern? Tanda Breakout Bullish?
  • Apa Itu Falling Wedge Pattern?
  • Bagaimana Falling Wedge Pattern Terbentuk?
  • Kenapa Falling Wedge Pattern Penting?
  • Ciri-Ciri Utama Falling Wedge Pattern
  • Adakah Falling Wedge Pattern Bullish atau Bearish?
  • Sejauh Mana Falling Wedge Pattern Boleh Dipercayai?
  • Cara Trade Menggunakan Falling Wedge Pattern
  • Beza Falling Wedge Pattern dan Descending Triangle
  • Kelebihan dan Kelemahan Falling Wedge Pattern
  • Kesimpulan
  • FAQ: Falling Wedge Pattern
Ultimate Trader Cup

Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.

By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.