Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom
Roll Arrow

Risk Reward Ratio: Cara Kira dan Guna Dalam Trading

Ultima Markets Silver & Gold Trading Icon
Buy: 0.00
Sell: 0.00%

Ringkasan:

  • Ketahui apa itu risk reward ratio, cara kira, formula, contoh dan kepentingannya untuk trader yang mahu urus risiko dengan lebih bijak.

Risk Reward Ratio: Cara Kira dan Guna Dalam Trading

Dalam dunia trading, ramai orang terlalu fokus pada berapa banyak untung yang mereka mahu, tetapi kurang memberi perhatian pada berapa banyak mereka sanggup rugi. Di sinilah risk reward ratio menjadi sangat penting. Risk reward ratio membantu trader menilai sama ada sesuatu entry itu berbaloi atau tidak sebelum membuka posisi.

Jika anda masih baru, memahami risk reward ratio boleh membantu anda elak masuk trade secara impulsif. Malah, trader berpengalaman juga bergantung pada risk reward ratio untuk membina strategi yang lebih konsisten. Ringkasnya, risk reward ratio ialah salah satu asas pengurusan risiko yang wajib difahami sebelum anda trade dengan serius.

Apa Itu Risk Reward Ratio

Apa Itu Risk Reward Ratio?

Risk reward ratio (RRR) ialah nisbah antara jumlah risiko yang sanggup ditanggung berbanding potensi keuntungan yang disasarkan dalam satu trade.

Dalam trading, risk reward ratio digunakan untuk ukur sama ada sesuatu trade itu berbaloi atau tidak. Ia membandingkan berapa banyak anda sanggup rugi dengan berapa banyak potensi untung yang anda sasarkan.

Contohnya, jika anda rugi RM100 tetapi sasaran untung ialah RM300, maka risk reward ratio anda ialah 1:3.

Kenapa Risk Reward Ratio Penting?

Risk reward ratio penting kerana ia membantu trader membuat keputusan dengan lebih rasional. Dalam trading, anda tidak perlu menang setiap kali untuk menjadi profitable. Apa yang penting ialah keuntungan keseluruhan melebihi kerugian keseluruhan.

Contohnya, seorang trader yang menggunakan risk reward ratio 1:3 masih boleh untung walaupun win rate tidak terlalu tinggi. Ini kerana setiap trade yang menang memberi pulangan lebih besar berbanding setiap trade yang rugi.

Antara sebab kenapa risk reward ratio penting ialah:

  • membantu kawal kerugian sebelum trade dibuka
  • mengelakkan entry yang terlalu emosional
  • memudahkan perancangan stop loss dan take profit
  • menjadikan strategi trading lebih konsisten
  • membantu menilai sama ada sesuatu setup benar-benar berbaloi

Tanpa risk reward ratio, ramai trader mudah terjebak dalam situasi rugi besar tetapi untung kecil. Lama-kelamaan, akaun trading boleh terjejas walaupun nampak kerap menang.

Cara Menentukan dan Mengira RRR

Untuk menentukan risk reward ratio, anda perlu tetapkan 3 benda dulu:

  • Entry = harga masuk trade
  • Stop loss = tahap kerugian maksimum
  • Take profit = sasaran keuntungan

Selepas itu, kira:

Formula RRR

RRR = Risiko : Ganjaran

Contoh Pengiraan RRR

Katakan anda masuk buy trade pada harga 1.2500.

  • Entry = 1.2500
  • Stop loss = 1.2450
  • Take profit = 1.2600

Langkah 1: Kira risiko

Risiko = Entry – Stop loss = 1.2500 – 1.2450 = 0.0050 = 50 pip

Langkah 2: Kira ganjaran

Ganjaran = Take profit – Entry = 1.2600 – 1.2500 = 0.0100 = 100 pip

Langkah 3: Kira RRR

RRR = 50 : 100

Permudahkan nisbah:

RRR = 1:2

Maksudnya, anda mengambil risiko 50 pip untuk potensi keuntungan 100 pip.

Risk Dan Reward Ratio Chart

Contoh Risk Reward Ratio Lain

Mari lihat beberapa contoh supaya konsep risk reward ratio lebih mudah difahami.

1. Trader saham

Anda beli saham pada RM5.00. Anda letak stop loss pada RM4.80 dan take profit pada RM5.40.

Cara kira risiko: Risiko = Harga entry – Stop loss = RM5.00 – RM4.80 = RM0.20

Cara kira ganjaran: Ganjaran = Take profit – Harga entry = RM5.40 – RM5.00 = RM0.40

Risk reward ratio: = 0.20 : 0.40 = 1:2

Maksudnya, anda risiko RM0.20 untuk potensi untung RM0.40.

2. Trader forex

Anda entry EUR/USD dan sanggup rugi 30 pip. Sasaran untung pula ialah 90 pip.

Cara kira: Risk reward ratio = 30 : 90 = 1:3

Maksudnya, anda risiko 30 pip untuk potensi untung 90 pip.

3. Trader emas

Anda masuk buy pada harga emas semasa support kuat. Stop loss anda ialah USD10, manakala sasaran untung ialah USD30.

Cara kira: Risk reward ratio = 10 : 30 = 1:3

Maksudnya, anda risiko USD10 untuk potensi untung USD30.

Risk Reward Ratio Mana Yang Bagus?

Tiada satu angka risk reward ratio yang sesuai untuk semua orang. Ia bergantung pada strategi, timeframe dan gaya trading anda.

Namun, secara umum:

  • 1:1 = risiko sama dengan ganjaran
  • 1:2 = risiko kecil, ganjaran dua kali ganda
  • 1:3 = risiko lebih terkawal dengan potensi pulangan lebih besar

Ramai trader menyasarkan risk reward ratio sekitar 1:2 atau 1:3, tetapi nisbah yang sesuai tetap bergantung pada strategi, struktur pasaran dan kadar kemenangan.

Tetapi, risk reward ratio yang terlalu tinggi juga tidak semestinya terbaik. Jika sasaran terlalu jauh, trade mungkin sukar dicapai. Sebab itu risk reward ratio perlu seimbang dengan realiti pasaran.

Risk dan Reward Ratio Dalam Trading

Kesilapan Biasa Semasa Guna Risk Reward Ratio

Walaupun risk reward ratio nampak mudah, ramai trader masih buat kesilapan seperti berikut:

Letak stop loss terlalu sempit

Ada trader mahu nampak risk reward ratio cantik seperti 1:5, tetapi stop loss terlalu dekat. Akibatnya, trade mudah terkena stop loss walaupun arah pasaran akhirnya betul.

Abaikan struktur pasaran

Risk reward ratio tidak sepatutnya ditentukan sesuka hati. Stop loss dan take profit perlu berpandukan support, resistance, trend dan volatility pasaran.

Fokus pada nisbah sahaja

Risk reward ratio penting, tetapi ia bukan satu-satunya faktor. Setup trade juga mesti ada kebarangkalian tinggi untuk berjaya.

Tidak konsisten

Ada trader guna risk reward ratio 1:2 hari ini, esok pula 1:0.8, lusa 1:4 tanpa sebab jelas. Ini menjadikan prestasi sukar dinilai.

Cara Gunakan Risk Reward Ratio Dengan Lebih Bijak

Untuk menggunakan risk reward ratio dengan lebih bijak, anda boleh ikut langkah ini:

  • Kenal pasti entry berdasarkan setup yang jelas, bukan masuk trade secara suka-suka
  • Letakkan stop loss pada kawasan yang logik seperti support, resistance atau swing high/low
  • Tentukan take profit ikut struktur pasaran supaya sasaran lebih realistik
  • Semak nisbah RRR sama ada berbaloi atau tidak sebelum entry
  • Pastikan trade selari dengan pelan trading dan bukan ikut emosi

Perkara penting yang perlu diingat:

  • RRR yang cantik belum tentu bagus jika target terlalu jauh dan sukar dicapai
  • Jangan letak stop loss terlalu sempit semata-mata mahu nampak nisbah lebih besar
  • Gabungkan RRR dengan market context seperti trend, volatility dan key level
  • Pilih trade yang berkualiti, bukan ambil semua setup yang muncul

Contohnya:

  • Jika setup hanya beri risk reward ratio 1:1 tetapi kebarangkalian menang rendah, trade itu mungkin kurang menarik
  • Jika setup beri risk reward ratio yang lebih baik dan disokong trend pasaran, ia biasanya lebih berbaloi untuk dipertimbangkan

Beza Risk Reward Ratio dan Win Rate

Risk reward ratio dan win rate bukan benda yang sama.

  • Risk reward ratio = berapa banyak anda risiko berbanding potensi untung
  • Win rate = berapa peratus trade anda yang menang

Mudahnya, win rate tunjuk kekerapan anda menang, manakala risk reward ratio tunjuk sama ada trade itu berbaloi atau tidak.

Sebab itu, anda tak semestinya perlukan win rate tinggi untuk untung. Contohnya, kalau anda hanya menang 4 daripada 10 trade, tetapi setiap trade menang beri pulangan lebih besar daripada setiap trade rugi, anda masih boleh untung secara keseluruhan.

Formula win rate:

Win rate = (Jumlah trade menang ÷ Jumlah keseluruhan trade) × 100%

Contoh: Kalau anda menang 4 trade daripada 10 trade,

Win rate = (4 ÷ 10) × 100% = 40%

Maksudnya, anda menang 40% daripada semua trade yang anda ambil.

Dalam praktik sebenar, risk reward ratio perlu dinilai bersama win rate. Gabungan kedua-duanya membantu trader menilai sama ada sesuatu strategi berpotensi untung dalam jangka panjang.

Risk Reward Ratio Mana Satu

Kesimpulan

Memahami risk reward ratio adalah langkah penting untuk menjadi trader yang lebih matang. Ia bukan sekadar formula, tetapi alat untuk membantu anda mengawal kerugian, merancang keuntungan dan menilai kualiti sesuatu trade dengan lebih objektif. Bila digunakan bersama analisis pasaran dan disiplin yang baik, risk reward ratio boleh membantu anda membina asas trading yang lebih kukuh. Jika anda mahu berlatih menggunakan risk reward ratio dalam pasaran sebenar, anda boleh teroka platform trading di Ultima Markets untuk memahami bagaimana pengurusan risiko berfungsi dalam situasi pasaran yang dinamik.

FAQ Mengenai Risk Reward Ratio

1. Apa maksud risk reward ratio 1:2?

Ia bermaksud anda mengambil risiko 1 bahagian untuk peluang mendapat 2 bahagian keuntungan.

2. Adakah risk reward ratio 1:1 bagus?

Boleh digunakan, tetapi ramai trader lebih suka risk reward ratio 1:2 atau 1:3 supaya potensi pulangan lebih menarik.

3. Adakah risk reward ratio sesuai untuk beginner?

Ya, risk reward ratio sangat sesuai untuk beginner kerana ia membantu anda trade dengan lebih berdisiplin dan terancang.

Kongsi Sekarang

  • Article Details
  • Article Details
  • Article Details

Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.

Isi Kandungan

  • Risk Reward Ratio: Cara Kira dan Guna Dalam Trading
  • Apa Itu Risk Reward Ratio?
  • Kenapa Risk Reward Ratio Penting?
  • Cara Menentukan dan Mengira RRR
  • Contoh Pengiraan RRR
  • Risk Reward Ratio Mana Yang Bagus?
  • Kesilapan Biasa Semasa Guna Risk Reward Ratio
  • Cara Gunakan Risk Reward Ratio Dengan Lebih Bijak
  • Beza Risk Reward Ratio dan Win Rate
  • Kesimpulan
  • FAQ Mengenai Risk Reward Ratio
Ultimate Trader Cup

Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.

By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.