Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom
Roll Arrow

Carry Trade Explained: Kenapa Yen Carry Trade Popular?

Ultima Markets Silver & Gold Trading Icon
USDJPY
Buy: 0.00
Sell: 0.00%

Ringkasan:

  • Carry trade ialah salah satu strategi forex yang memanfaatkan perbezaan kadar faedah. Fahami kenapa yen carry trade begitu popular dan risikonya.

Dalam dunia forex dan pasaran kewangan global, carry trade ialah antara strategi paling popular yang digunakan oleh institusi besar, hedge fund, dan trader berpengalaman. Walaupun nampak ringkas, carry trade sebenarnya memainkan peranan besar dalam pergerakan mata wang dunia, terutamanya melibatkan yen carry trade.

Jika anda pernah tertanya-tanya kenapa mata wang tertentu sering melemah walaupun ekonomi stabil, besar kemungkinan ia berkait dengan carry trade.

Apa Itu Carry Trade?

Maksud Carry Trade

Carry trade ialah strategi perdagangan di mana trader meminjam mata wang berkadar faedah rendah dan melaburkannya ke dalam mata wang yang menawarkan kadar faedah lebih tinggi untuk memperoleh keuntungan daripada perbezaan faedah (interest rate differential).

Keuntungan datang daripada swap harian dan potensi pergerakan harga.

Apa Itu Carry Trade Maksud

Bagaimana Strategi Ini Berfungsi?

Konsep carry trade sebenarnya sangat mudah jika difahami melalui perbezaan kadar faedah antara dua mata wang. Strategi ini tidak bergantung sepenuhnya kepada pergerakan harga, tetapi lebih kepada faedah harian (swap) yang diperoleh sepanjang tempoh pegangan.

Bayangkan situasi berikut:

  • Mata wang A: kadar faedah 0.1%
  • Mata wang B: kadar faedah 5.0%

Dalam keadaan ini, trader akan:

  1. Menjual mata wang A yang mempunyai kadar faedah rendah
    – Mata wang ini bertindak sebagai funding currency kerana kos “pinjaman” sangat murah.
  2. Membeli mata wang B yang menawarkan kadar faedah lebih tinggi
    – Mata wang ini dipilih kerana mampu memberikan pulangan faedah yang lebih besar.
  3. Menyimpan posisi untuk tempoh sederhana atau panjang
    – Carry trade biasanya tidak sesuai untuk scalping atau trading jangka pendek kerana kelebihan utamanya datang dari pegangan lama.
  4. Mengutip faedah harian (swap positif)
    – Setiap kali posisi dibuka melepasi waktu rollover, trader akan menerima faedah hasil perbezaan kadar faedah antara dua mata wang tersebut. Tetapi,ini juga bergantung pada perbezaan kadar faedah dan struktur swap broker, trader berpotensi menerima swap (carry) apabila posisi dipegang semalaman.

Selagi pasaran kekal stabil dan mata wang yang dibeli tidak jatuh secara mendadak, carry trade boleh menjana pendapatan yang konsisten, walaupun harga bergerak secara perlahan atau mendatar.

Inilah sebabnya carry trade sering digemari oleh trader jangka panjang dan institusi kewangan yang fokus kepada kestabilan, bukannya pergerakan harga agresif.

Apa Itu Yen Carry Trade?

Yen carry trade menjadi antara strategi paling terkenal dalam pasaran forex global kerana peranan unik yen dalam sistem kewangan antarabangsa. Jepun telah mengekalkan kadar faedah hampir sifar untuk tempoh yang sangat lama, menjadikan yen antara mata wang paling murah untuk “dipinjam” atau dijual dalam strategi carry trade. Kos pinjaman yen yang rendah ini memberi kelebihan besar kepada trader dan institusi yang ingin memanfaatkan perbezaan kadar faedah.

Selain itu, yen digunakan secara meluas oleh institusi kewangan global seperti hedge fund, bank pelaburan dan pengurus dana kerana kecairannya yang tinggi serta kestabilan pasaran. Ini membolehkan posisi berskala besar dibuka dan ditutup tanpa gangguan besar pada harga pasaran.

Contoh Klasik Yen Carry Trade

Dalam amalan sebenar, yen carry trade biasanya melibatkan langkah berikut:

  • Menjual JPY sebagai mata wang faedah rendah (funding currency)
  • Membeli mata wang berfaedah lebih tinggi seperti AUD atau NZD (dan kadangkala USD bergantung kitaran kadar faedah)
  • Mengutip swap positif setiap hari selagi posisi dipegang dan pasaran kekal stabil

Namun, populariti yen carry trade ini juga membawa kesan sampingan. Apabila berlaku krisis global atau ketidaktentuan pasaran, trader dan institusi akan menutup posisi carry trade secara serentak untuk mengurangkan risiko. Proses ini menyebabkan permintaan mendadak terhadap yen, sekali gus membuatkan yen menguat dengan pantas dalam tempoh singkat.

Peranan BOJ Dalam Yen Carry Trade

Pergerakan yen carry trade sangat berkait rapat dengan dasar monetari Bank of Japan (BOJ). Selagi BOJ mengekalkan kadar faedah rendah, yen kekal menarik sebagai funding currency. Namun, jika BOJ mula menaikkan kadar faedah, situasinya boleh berubah dengan cepat.

Apabila BOJ menaikkan faedah:

  • Kos pinjaman yen meningkat
  • Kelebihan swap dalam yen carry trade berkurang
  • Trader dan institusi mula menutup posisi carry trade
  • Permintaan terhadap yen meningkat
  • Nilai yen cenderung menguat

Inilah sebabnya sebarang isyarat kenaikan kadar oleh BOJ sering mencetuskan jangkaan unwind carry trade dalam pasaran forex.

Yen Carry Trade Maksud

Contoh Bila BOJ Naikkan Kadar Faedah

Contoh paling jelas berlaku pada tahun 2024, apabila Bank of Japan (BOJ) membuat perubahan besar dalam dasar monetarinya selepas bertahun-tahun mengekalkan kadar faedah hampir sifar.

Pada ketika itu:

  • Inflasi Jepun kekal melebihi sasaran untuk tempoh berpanjangan
  • Pertumbuhan gaji mula menunjukkan peningkatan yang lebih konsisten
  • Tekanan kejatuhan yen semakin kuat dan menjadi isu politik serta ekonomi

Sebagai tindak balas, BOJ:

  • Menamatkan polisi kadar faedah negatif
  • Memberi isyarat peralihan daripada dasar ultra-longgar
  • Membenarkan kadar faedah bergerak ke zon positif buat pertama kali dalam lebih sedekad

Walaupun kenaikan kadar tersebut kecil, reaksi pasaran sangat ketara:

  • Jangkaan unwind yen carry trade meningkat
  • Volatiliti pasangan JPY melonjak
  • Institusi mula mengurangkan posisi carry trade berasaskan yen

Situasi ini membuktikan bahawa BOJ tidak perlu menaikkan kadar secara agresif untuk memberi kesan besar, isyarat sahaja sudah cukup untuk mengganggu struktur yen carry trade global.

Contoh Maksud Carry Trade

Contoh 1: Trader Retail

Seorang trader membuka posisi Buy AUD/JPY kerana:

  • Kadar faedah Australia lebih tinggi
  • Yen faedah hampir sifar

Dalam situasi ini, trader:

  • Menjual yen sebagai funding currency
  • Membeli dolar Australia sebagai yield currency
  • Menyimpan posisi untuk tempoh sederhana atau panjang

Setiap kali posisi dibiarkan semalaman:

  • Swap positif akan dikreditkan ke akaun
  • Namun, terdapat risiko kerugian jika AUD jatuh mendadak akibat sentimen pasaran atau berita ekonomi negatif

Contoh ini menunjukkan bahawa carry trade bukan sekadar tentang faedah, tetapi juga memerlukan kawalan risiko terhadap pergerakan harga.

Apa Itu Yen Carry Trade

Contoh 2: Institusi Besar

Institusi kewangan seperti hedge fund menggunakan strategi yen carry trade pada skala jauh lebih besar dengan leverage tinggi. Fokus utama mereka ialah:

  • Menjana pulangan konsisten melalui perbezaan kadar faedah
  • Memanfaatkan kestabilan pasaran global
  • Mengurus posisi jangka panjang merentasi pelbagai aset

Namun, apabila berlaku situasi seperti:

  • Krisis geopolitik
  • Kejatuhan pasaran saham global
  • Perubahan dasar bank pusat yang mengejut

Institusi ini akan menutup posisi carry trade secara serentak. Proses inilah yang dikenali sebagai unwind carry trade, dan ia sering menyebabkan volatiliti tinggi, khususnya pengukuhan yen secara mendadak dalam pasaran forex.

Contoh Pair Carry Trade Yang Selalu Digunakan Institusi

Institusi kewangan seperti hedge fund dan bank pelaburan biasanya memilih pair yang melibatkan mata wang faedah rendah (funding) dan mata wang faedah tinggi (yield), dengan kecairan besar dan kos transaksi rendah.

Pair Yen Carry Trade (Paling Klasik)

Ini antara yang paling kerap digunakan secara global:

  • AUD/JPY – Versi carry trade lebih stabil
  • NZD/JPY – Faedah tinggi, tapi lebih volatile
  • MXN/JPY – Yield sangat tinggi, risiko juga tinggi
  • BRL/JPY – Digunakan oleh institusi tertentu (high risk)

Semua pair ini melibatkan:

  • Jual JPY (faedah rendah)
  • Beli mata wang faedah tinggi

Pair CHF Carry Trade (Alternatif Yen)

Apabila exposure yen terlalu besar, institusi juga guna Swiss Franc:

  • MXN/CHF
  • AUD/CHF
  • NZD/CHF

CHF berfungsi sama seperti yen:

  • Faedah rendah
  • Sangat liquid
  • Sesuai sebagai funding currency

Pair EUR Carry Trade (Bergantung Kitaran)

Dalam tempoh kadar faedah Eropah rendah:

  • MXN/EUR
  • AUD/EUR

Biasanya digunakan oleh institusi Eropah untuk pengurusan portfolio.

Kenapa Pair Ini Dipilih

Institusi pilih pair carry trade berdasarkan:

  • Jurang kadar faedah yang besar
  • Kecairan tinggi (senang masuk & keluar besar)
  • Stabil semasa pasaran “risk-on”
  • Kos swap yang menarik

Apa Itu Unwind Carry Trade?

Maksud Unwind Carry Trade

Unwind carry trade berlaku apabila trader menutup posisi carry trade dengan:

  1. Menjual semula mata wang berfaedah tinggi
  2. Membeli balik mata wang berfaedah rendah (contohnya JPY)

Akibatnya, mata wang seperti yen boleh menguat secara mendadak dalam masa singkat.

Strategi Yen Carry Trade

Flow dari Carry Trade ke Unwind Carry Trade

Masa Pasaran Stabil (Carry Trade Dibuka)

  • Jual JPY (faedah rendah)
  • Beli AUD / NZD / USD (faedah tinggi)
  • Kutip swap positif
  • Risiko rendah, pasaran tenang

Bila Risiko Muncul (Unwind Berlaku)

  • Tutup posisi
  • Jual AUD / NZD / USD
  • Beli balik JPY serentak
  • Yen naik kuat, pasaran jadi volatile

Kenapa Unwind Carry Trade Berlaku?

Biasanya sebab ketakutan atau perubahan besar dalam pasaran

Risiko Global Meningkat

Contoh:

  • Krisis geopolitik
  • Kejatuhan pasaran saham
  • Ketidaktentuan ekonomi global

Trader lari dari risiko dan tutup carry trade.

Bank Pusat Tukar Nada (Hawkish)

Jika:

  • Kadar faedah negara faedah tinggi dijangka turun
  • Atau kadar faedah Jepun dijangka naik

Carry trade jadi kurang menarik dan posisi mula ditutup (unwind)

Yen Mula Menguat Secara Mendadak

Apabila yen mula naik:

  • Trader takut rugi
  • Stop loss kena
  • Tutup posisi secara paksa

Berlaku chain reaction (snowball effect)

Contoh Unwind Carry Trade Dunia Sebenar

Bayangkan situasi ni:

  • Beribu institusi pegang posisi Buy AUD/JPY
  • Tiba-tiba berlaku krisis global
  • Semua nak keluar serentak

Apa jadi?

  • AUD jatuh laju
  • JPY melonjak kuat
  • Pair seperti AUD/JPY, NZD/JPY boleh jatuh ratusan pip dalam masa singkat

Inilah unwind carry trade.

Kenapa Unwind Carry Trade Bahaya?

Sebab ia:

  • Berlaku serentak
  • Volume sangat besar
  • Sukar dijangka timing tepat
  • Boleh cipta volatility ekstrem

Walaupun carry trade nampak “low risk”, unwind carry trade ialah sisi gelapnya.

Tanda-Tanda Unwind Carry Trade Sedang Bermula

Trader berpengalaman biasanya perasan:

  • Yen mula menguat terhadap SEMUA mata wang
  • Pasaran saham jatuh serentak
  • Indeks volatiliti (VIX) naik
  • Berita global jadi negatif

Bila semua ni muncul bersama, risiko unwind carry trade tinggi.

Maksud Carry Trade Strategi

Kelebihan dan Risiko Strategi Ini

Walaupun carry trade menawarkan potensi pulangan yang menarik melalui perbezaan kadar faedah, strategi ini turut datang dengan risiko tersendiri yang perlu difahami sebelum digunakan.

Kelebihan Carry TradeRisiko Carry Trade
Menjana pendapatan pasif melalui faedah harian (swap positif).Swap boleh bertukar negatif jika berlaku perubahan kadar faedah.
Sesuai untuk posisi jangka sederhana hingga panjang.Tidak sesuai untuk pasaran yang terlalu volatile atau tidak stabil.
Tidak bergantung sepenuhnya kepada analisis teknikal.Sangat dipengaruhi oleh sentimen global dan faktor makroekonomi.
Berpotensi memberi pulangan konsisten dalam pasaran stabil.Mata wang berfaedah tinggi boleh jatuh mendadak semasa krisis.
Popular dalam kalangan institusi dan trader berpengalaman.Unwind carry trade boleh mencetuskan pergerakan harga ekstrem.
Swap positif boleh mengurangkan tekanan floating sementara.Penggunaan leverage tinggi boleh mempercepatkan kerugian besar.

Strategi Carry Trade Ni Sesuai Untuk Siapa?

Carry trade biasanya sesuai untuk:

  • Trader berpengalaman
  • Pelabur jangka sederhana
  • Mereka yang faham swap & interest rate
  • Trader yang boleh tahan floating lama

Jika anda suka scalping atau trading pantas, carry trade mungkin bukan strategi utama untuk anda.

Kesimpulan

Carry trade ialah strategi yang berkuasa jika digunakan dengan betul, terutamanya melalui yen carry trade yang telah lama mendominasi pasaran global. Namun, tanpa pengurusan risiko yang baik, strategi ini juga boleh membawa kerugian besar.

Di Ultima Markets, trader boleh mengakses pelbagai pasangan mata wang, maklumat swap yang telus, serta persekitaran trading yang sesuai untuk meneroka strategi seperti carry trade dengan lebih selamat dan terkawal.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Adakah carry trade sesuai untuk beginner?

Carry trade kurang sesuai untuk beginner kerana ia memerlukan kefahaman kadar faedah, swap, dan risiko makroekonomi.

2. Pair mata wang apa paling sesuai untuk carry trade?

Pair yang biasa digunakan ialah gabungan mata wang faedah rendah (seperti JPY atau CHF) dengan mata wang faedah tinggi (seperti AUD, NZD atau MXN), bergantung kepada kitaran ekonomi semasa.

3. Adakah carry trade sentiasa memberi swap positif?

Tidak. Swap boleh berubah mengikut arah posisi, perbezaan kadar faedah, serta polisi broker. Dalam sesetengah keadaan, swap positif boleh bertukar menjadi negatif.

4. Berapa lama biasanya posisi carry trade dipegang?

Carry trade lazimnya dipegang untuk jangka sederhana hingga panjang, dari beberapa minggu hingga beberapa bulan, bergantung kepada kestabilan pasaran dan arah dasar kadar faedah.

5. Kenapa pergerakan yen carry trade boleh memberi kesan kepada pasaran global?

Kerana yen digunakan secara meluas oleh institusi besar sebagai mata wang pembiayaan. Apabila posisi carry trade ditutup secara serentak, permintaan terhadap yen melonjak dan mencetuskan volatiliti merentas pasaran global.

Kongsi Sekarang

  • Article Details
  • Article Details
  • Article Details

Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.

Isi Kandungan

  • Carry Trade Explained: Kenapa Yen Carry Trade Popular?
  • Apa Itu Carry Trade?
  • Bagaimana Strategi Ini Berfungsi?
  • Kenapa Yen Sangat Popular Dalam Carry Trade?
  • Contoh Maksud Carry Trade
  • Apa Itu Unwind Carry Trade?
  • Kelebihan dan Risiko Strategi Ini
  • Strategi Carry Trade Ni Sesuai Untuk Siapa?
  • Kesimpulan
  • Soalan Lazim (FAQ)
Ultimate Trader Cup

Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.

By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.