This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Maksud Swap ialah caj atau bayaran kerana memegang posisi trading semalaman. Fahami cara kira & strategi uruskan kos ini dengan bijak.
Apa Maksud Swap Dalam Forex Trading? Jom Belajar!
Ramai trader baru terkejut bila nampak akaun mereka tiba-tiba ada tolakan atau tambahan duit walaupun posisi belum ditutup. Inilah yang dipanggil swap, satu komponen penting dalam trading forex yang sering terlepas pandang. Dalam artikel ini, kita akan kupas maksud swap, cara ia berfungsi, contoh kiraan sebenar, dan bagaimana anda boleh menguruskannya supaya tidak menjejaskan strategi trading anda.
Apa Itu Maksud Swap?
Dalam dunia trading, maksud swap ialah caj faedah (interest) atau bayaran pembiayaan yang dikenakan (atau dibayar kepada anda) apabila anda mengekalkan posisi terbuka semalaman (overnight). Ia juga dikenali sebagai rollover fee.
Maksud swap in Malay atau swap dalam bahasa Melayu merujuk kepada caj atau bayaran kerana memegang posisi lebih lama daripada tempoh dagangan harian, ada kalanya anda perlu membayar, dan ada kalanya anda pula yang menerima bayaran. Namun, dalam konteks trading, istilah “swap” ini jarang diterjemahkan; kebanyakan trader akan terus guna perkataan swap kerana ia adalah istilah standard dalam industri.
Dalam bahasa mudah, swap boleh dianggap seperti kos sewa atau ganjaran kerana “memegang” posisi melebihi satu hari dagangan.
Bagaimana Swap Berfungsi?
Setiap pasangan mata wang (currency pair) mempunyai kadar faedah berbeza, bergantung kepada polisi bank pusat negara masing-masing. Dalam forex, dua mata wang dalam satu pair sentiasa ada “hubungan pinjam dan simpan”, satu dipinjam, satu lagi dipegang.
Apabila anda beli (long) atau jual (short) sesuatu pasangan mata wang, secara tidak langsung anda:
Meminjam mata wang yang anda jual
Menyimpan mata wang yang anda beli
Broker kemudian akan mengira perbezaan interest rate antara kedua-dua mata wang tersebut. Perbezaan inilah yang menentukan sama ada anda akan menerima atau membayar swap.
Jenis Swap
Definisi
Contoh Situasi
Swap Positif
Anda dibayar jika memegang mata wang dengan interest rate lebih tinggi berbanding yang anda pinjam.
Buy AUD/JPY jika AUD rate > JPY rate
Swap Negatif
Anda dicaj jika memegang mata wang dengan interest rate lebih rendah berbanding yang anda pinjam.
Buy EUR/USD jika EUR rate < USD rate
Contoh:
Bayangkan anda meminjam RM100 dari Bank A dengan faedah 2% setahun, kemudian anda simpan duit itu di Bank B yang beri faedah 4% setahun. Perbezaan +2% itu adalah keuntungan bersih anda (swap positif). Untung anda = 4% – 2% = +2% (swap positif).
Sebaliknya, kalau Bank B hanya beri faedah 1% setahun, anda terpaksa bayar lebih daripada yang anda terima. Perbezaan -1% itu pula adalah swap negatif. Rugi anda = 1% – 2% = -1% (swap negatif).
Dalam trading sebenar, konsep ini digunakan apabila anda memegang posisi semalaman. Perbezaan kadar faedah antara mata wang yang anda beli dan yang anda jual akan menentukan sama ada anda menerima bayaran atau dikenakan caj swap.
Contoh Situasi Swap
Bayangkan anda buy 1 lot EUR/USD (100,000 unit EUR). Broker anda menetapkan kadar swap untuk posisi buy EUR/USD = -3.5 pip sehari.
Langkah kiraan:
Saiz pip: Untuk EUR/USD, 1 pip bagi 1 lot standard = USD 10
Kadar swap: -3.5 pip sehari
Swap harian: -3.5 pip × USD 10 = -USD 35 sehari
Maksudnya: Jika anda biarkan posisi ini terbuka semalaman, anda akan dicaj USD 35 walaupun harga pasaran tak bergerak langsung. Caj ini akan tolak daripada baki akaun atau mengurangkan keuntungan trade.
Kalau kadar swap +3.5 pip pula, anda akan dibayar USD 35 setiap malam anda memegang posisi ini. Ini boleh membantu menambah keuntungan atau mengurangkan kerugian jika harga bergerak bertentangan.
Nota: Kadar swap berbeza mengikut broker, jenis akaun, leverage, dan keadaan pasaran semasa. Sentiasa semak kadar swap terkini di platform broker anda sebelum membuat dagangan.
Kenapa Swap Berbeza?
Hari Rabu → 3x ganda: Pada hari Rabu, swap dikira tiga kali ganda untuk cover caj hujung minggu (Sabtu & Ahad) walaupun pasaran forex tutup pada hari itu.
Berbeza ikut broker: Setiap broker ada struktur swap sendiri, bergantung kepada liquidity provider dan kos pembiayaan mereka.
Berbeza ikut pair: Mata wang yang ada perbezaan interest rate besar (contoh: AUD/JPY) biasanya ada swap yang tinggi — sama ada positif atau negatif.
Contoh lain: Katakan anda buka posisi buy EUR/USD pada hari Selasa dan biarkan sampai Jumaat. Swap akan dikira:
Selasa ke Rabu: -USD 35
Rabu ke Khamis: -USD 105 (3× ganda)
Khamis ke Jumaat: -USD 35
Total swap yang dicaj = -USD 175 hanya untuk memegang posisi tersebut selama tiga malam.
Kenapa Swap Penting Dalam Trading?
Ramai trader baru pernah alami situasi pelik, buka akaun trading pagi-pagi, tengok ada tolakan atau tambahan beberapa dolar, walaupun posisi belum ditutup. Inilah yang dipanggil swap.
Antara sebab utama kenapa swap perlu diambil berat ialah:
1. Kos Dagangan
Swap negatif yang besar boleh menghakis keuntungan anda tanpa disedari. Contohnya, jika anda pegang posisi dalam tempoh lama pada pair yang ada swap negatif tinggi, caj harian akan terkumpul dan menolak margin anda. Untuk scalper mungkin kurang kesan, tapi untuk swing trader atau position trader, swap ini boleh jadi kos yang signifikan.
2. Strategi Pelaburan
Ada trader yang menjadikan swap sebagai sebahagian daripada strategi mereka, contohnya carry trade. Dalam strategi ini, mereka akan beli mata wang dengan interest rate tinggi dan jual mata wang dengan interest rate rendah, untuk mendapatkan swap positif setiap hari. Swap di sini bukan lagi kos, tapi sumber pendapatan tambahan.
3. Pengurusan Risiko
Mengetahui kadar swap membantu anda buat keputusan berapa lama nak memegang sesuatu posisi. Jika swap negatif tinggi, anda mungkin pilih untuk tutup trade lebih awal bagi mengelak kos yang tidak perlu. Sebaliknya, jika swap positif, anda mungkin sanggup pegang trade lebih lama untuk memaksimumkan keuntungan harian.
Kesimpulan Ringkas: Swap mungkin nampak kecil bila kira sehari, tapi dalam tempoh berminggu atau berbulan, kesannya boleh jadi besar — sama ada sebagai kos tersembunyi atau peluang keuntungan tambahan. Trader yang bijak akan sentiasa semak kadar swap sebelum entry, supaya ia selari dengan strategi dan tempoh pegangan posisi mereka.
Swap-Free Account (Akaun Islamik)
Untuk trader Muslim, swap dikira sebagai faedah (riba) yang tidak dibenarkan. Oleh itu, ramai broker, termasuk Ultima Markets, menawarkan akaun swap-free, di mana tiada caj faedah dikenakan.
Sebagai gantinya, ada caj tetap harian untuk cover kos pembiayaan, tapi ia tidak dikira sebagai interest. Akaun ini juga sesuai untuk trader yang tak nak pening kepala dengan kiraan swap.
Tips Untuk Uruskan Swap
Tip
Kenapa Penting
Penjelasan
Check Swap Rate Broker
Elak kejutan kos tersembunyi sebelum entry
Sentiasa semak senarai kadar swap untuk posisi buy dan sell sebelum buat entry. Setiap broker mungkin ada kadar berbeza, jadi langkah ini penting untuk elakkan kejutan kos tersembunyi.
Elak Pegang Lama Swap Negatif Tinggi
Swap harian terkumpul boleh makan keuntungan
Jika kadar swap negatif terlalu besar, cuba kurangkan tempoh pegangan posisi, kecuali ia sebahagian daripada strategi long-term anda. Kos swap harian boleh terkumpul dengan cepat dan makan keuntungan.
Gunakan Carry Trade
Swap positif jadi sumber income harian
Jika sesuai dengan strategi anda, manfaatkan swap positif melalui carry trade — beli mata wang dengan interest rate tinggi dan jual mata wang dengan interest rate rendah untuk terima bayaran swap setiap hari.
Guna Akaun Swap-Free
Patuh syariah & elak overnight cost
Untuk trader yang nak patuh syariah atau elakkan overnight cost, akaun swap-free adalah pilihan terbaik. Tiada caj faedah, tapi mungkin ada caj tetap harian bergantung pada broker.
Kesimpulan
Memahami maksud swap adalah asas penting untuk kawal kos dan strategi trading anda. Sama ada ia jadi kos tambahan atau peluang menjana income, ia bergantung kepada arah trade dan interest rate pair tersebut.
Dengan Ultima Markets, anda boleh pilih akaun standard atau swap-free, bergantung pada strategi dan keperluan anda sambil menikmati akses kepada pelbagai instrumen dagangan global.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.