Trade Anytime, Anywhere
Important Information
This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United KingdomPin bar candlestick ialah corak candle reversal yang menunjukkan rejection atau penolakan harga yang kuat. Ia mempunyai ekor yang panjang (shadow/wick) di satu sisi dan body yang kecil, menandakan pasaran menolak harga ke arah bertentangan.
Corak Pin Bar Candlestick sangat popular dalam price action kerana ia memberi clue awal bahawa momentum mungkin berubah menjadi sama ada reversal atau continuation.
Nota Penting: Price action ialah kaedah analisis pergerakan harga semata-mata tanpa bergantung pada indicator yang kompleks. Dengan kata lain, trader membaca chart menggunakan candlestick, structure, SNR, trendline dan pattern harga, bukan RSI, MACD, Stochastic dan sebagainya.

Maksud Pin Bar Candlestick
Corak candlestick yang mempunyai wick panjang di salah satu sisi dan body kecil, menunjukkan rejection kuat serta potensi reversal trend. Dalam banyak keadaan, pin bar candlestick muncul sebagai petunjuk awal bahawa pasaran akan bertukar arah atau memulakan pergerakan baharu.
Untuk mengenal pasti pin bar candle, perhatikan:
Contoh situasi: Jika harga emas (XAUUSD) jatuh kuat dan tiba-tiba muncul bullish pin bar candlestick, itu tanda buyer sedang mempertahankan harga di kawasan tersebut.
Secara asasnya, pin bar candlestick mempunyai dua bentuk utama: bullish pin bar dan bearish pin bar. Tetapi dalam price action, kedua-dua bentuk ini mempunyai beberapa variasi tambahan berdasarkan konteks dan struktur candle.
Tanda buyer reject harga rendah.
Ciri:
Contoh candlestick yang termasuk dalam kategori bullish pin bar candlestick:
Tanda seller reject harga tinggi.
Ciri:
Contoh candlestick yang termasuk dalam kategori bearish pin bar candlestick:

Inside pin bar candlestick ialah pin bar yang berada sepenuhnya di dalam saiz candle sebelum itu. Ini menunjukkan harga cuba bergerak keluar daripada range tetapi tidak berjaya, lalu kembali semula dan membentuk rejection yang lebih kemas. Corak ini biasanya muncul di kawasan penting seperti support, resistance atau trendline, dan memberi petanda awal bahawa momentum mungkin akan berubah.
Maksud:
Fakey pin bar berlaku apabila harga menembusi sesuatu level seperti resistance atau support, membuatkan ramai trader menyangka ia akan terus bergerak dalam arah itu. Namun, harga tiba-tiba berpatah balik dan tutup sebagai pin bar. Ini menandakan breakout tersebut hanyalah perangkap pasaran dan harga sebenarnya mahu bergerak ke arah bertentangan.
Maksud:
Secara keseluruhannya, kategori pin bar terdiri daripada:
| Jenis Pin Bar | Ciri Utama | Contoh Candlestick Dalam Kategori Ini | Maksud / Fungsi |
| Bullish Pin Bar | Wick bawah panjang, body kecil di atas | Hammer, Dragonfly Doji, Bullish Long-tailed Candle | Buyer reject harga rendah → potensi naik |
| Bearish Pin Bar | Wick atas panjang, body kecil di bawah | Shooting Star, Gravestone Doji, Bearish Long-tailed Candle | Seller reject harga tinggi → potensi turun |
| Inside Pin Bar | Pin bar kecil berada sepenuhnya dalam range candle sebelumnya | Inside Pin Bar (variansi PA) | False push yang menunjukkan rejection kemas dalam zone |
| Fakey Pin Bar | False break → reject → tutup sebagai pin bar | Fakey Setup / False Break Pin Bar | Breakout palsu diambil, liquidity diserap → reversal kuat |
Kalau ikut price action modern, inilah 4 jenis pin bar paling lengkap & accepted.
Ramai trader keliru kerana banyak candlestick kelihatan hampir serupa dengan pin bar candlestick, terutamanya apabila wicknya panjang. Namun, bentuk sahaja tidak menentukan kategori, apa yang membezakan pin bar ialah jenis rejection dan konteks ia muncul.
Walaupun setiap candlestick mempunyai nama rasmi yang berbeza seperti Hammer, Shooting Star atau Doji, ada sesetengah daripadanya sebenarnya dikira sebagai pin bar dalam konteks price action. Ini kerana bentuk dan maksudnya sama seperti pin bar, iaitu rejection yang jelas ke satu arah, yang menunjukkan buyer atau seller menolak harga dengan kuat.

Dengan kata lain, sesuatu candlestick boleh dianggap sebagai pin bar apabila:
Oleh itu, walaupun nama candlestick ini berbeza, fungsi price action mereka sama, dan semuanya termasuk dalam “keluarga pin bar”.
| Candle | Jenis Pin Bar | Sebab |
| Hammer | Bullish pin bar | Wick bawah panjang → rejection naik |
| Shooting Star | Bearish pin bar | Wick atas panjang → rejection turun |
| Dragonfly Doji | Bullish pin bar | Wick bawah dominan, body sangat kecil |
| Gravestone Doji | Bearish pin bar | Wick atas dominan, body sangat kecil |
| Long-tailed Candle | Bullish/Bearish | Rejection kuat di satu sisi |
| Inside Pin Bar | Bullish/Bearish | Rejection di dalam candle sebelumnya |
| Fakey Pin Bar | Bullish/Bearish | False break → rejection kuat |
Ada pula candlestick yang bentuknya seakan pin bar candlestick, contohnya wick panjang atau body kecil tetapi tidak dikira sebagai pin bar kerana maksudnya berbeza. Biasanya candlestick ini tidak menunjukkan rejection jelas, sebaliknya memberi signal:
Walaupun bentuk luarannya kelihatan sama, maksud dan isyarat pasaran yang diberikan adalah berbeza, sebab itu candlestick ini tidak diklasifikasikan sebagai pin bar dalam price action.
| Candle | Kenapa Bukan Pin Bar? |
| Standard Doji | Market indecision, bukan rejection |
| Long-legged Doji | Neutral, bukan reversal mana-mana arah |
| Hanging Man | Wick bawah panjang tapi maksudnya weakness (bearish warning), bukan rejection kuat |
Untuk faham doji dengan lebih detail, boleh baca artikel Maksud Doji Candlestick.

Pin bar paling kuat apabila ia muncul di kawasan harga penting seperti support atau resistance.
Apabila harga menyentuh level tersebut dan membentuk pin bar, itu menandakan pasaran menolak untuk melepasi kawasan itu.
Contohnya, jika USDJPY berada di kawasan support harian dan muncul bullish pin bar, ini menunjukkan pembeli mempertahankan kawasan tersebut dan peluang untuk naik lebih tinggi.
Pin bar tidak semestinya untuk reversal; ia juga boleh digunakan untuk meneruskan trend.
Dalam uptrend, jika berlaku penurunan sementara dan muncul bullish pin bar pada trendline atau zon pullback, itu petanda trend ingin sambung ke atas.
Begitu juga dalam downtrend apabila muncul bearish pin bar pada retracement ke atas.
Pin bar candlestick jauh lebih kuat apabila disokong oleh isyarat tambahan.
Sebagai contoh, pin bar yang muncul pada support serta seiring dengan aliran trend, atau berlaku serentak dengan kawasan Fibonacci penting, memberikan keyakinan yang lebih tinggi.
Semakin banyak faktor yang selari, semakin tinggi kebarangkalian entry tersebut menjadi.
Cara paling mudah ialah menunggu harga memecahkan bahagian hujung pin bar.
Jika pin bar itu bullish, entry dibuat selepas harga naik melepasi bahagian tertinggi pin bar.
Jika pin bar itu bearish, entry dibuat selepas harga turun melepasi bahagian terendah pin bar.
Stop loss pula diletakkan di luar bahagian wick yang panjang untuk memberi ruang kepada pergerakan harga.

Ramai trader terus masuk posisi hanya kerana bentuk pin bar cantik. Sedangkan pin bar hanya kuat apabila ia muncul pada level penting seperti SNR, Fibo atau trendline. Tanpa konteks, ia hanyalah candle biasa yang mudah gagal.
Pin bar semasa candle masih “live” boleh berubah bentuk sepenuhnya. Apa yang nampak seperti pin bar boleh bertukar menjadi candle besar ke arah bertentangan. Sentiasa tunggu candle close sebelum buat keputusan.
Pin bar dalam trend yang kuat biasanya tidak berkesan. Contohnya, bearish pin bar melawan uptrend kukuh selalunya hanyalah retracement kecil, bukan reversal. Kunci penting: pin bar + trend sehala = win rate lebih tinggi.
Wick panjang menunjukkan volatiliti tinggi. Letak SL terlalu rapat menyebabkan entry senang kena “noise” sebelum bergerak ke arah yang betul. SL perlu berada di tempat yang logik dan dilindungi oleh wick.
Tidak semua pin bar memberi signal berkualiti.
Pin bar paling kuat biasanya muncul di kawasan sensitif seperti:
Pin bar di “kawasan rawak” tidak memberi makna dan sangat mudah gagal.
Walaupun pin bar candlestick dianggap salah satu corak price action paling kuat, ramai trader baharu sering rasa “pin bar tipu” apabila entry mereka gagal. Hakikatnya, pin bar tidak menipu; sebaliknya trader yang tersalah baca konteks. Pin bar hanya berkesan apabila ia muncul pada kawasan penting seperti support, resistance, trendline atau liquidity zone. Jika digunakan secara rawak, tidak tunggu candle close, atau masuk melawan trend kuat, pin bar yang kelihatan cantik pun boleh gagal. Memahami konteks inilah yang membezakan trader berpengalaman dengan trader yang selalu “terperangkap” dalam false signal.
Pin bar candlestick ialah salah satu corak paling berguna dalam price action kerana ia memberi gambaran jelas tentang rejection dan potensi reversal. Tetapi, keberkesanannya meningkat apabila anda gabungkan dengan SNR, trend, volume dan confluence lain.
Jika anda ingin latihan praktikal membaca candlestick dan trade secara lebih yakin, Ultima Markets menyediakan akaun demo, spread rendah dan akses analisis untuk membantu anda memahami setup pin bar dengan lebih mudah.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.