Trade Anytime, Anywhere
Important Information
This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United KingdomMinat terhadap OpenAI IPO semakin melonjak sejak kejayaan ChatGPT, GPT-4, GPT-5 dan pelbagai model AI yang mengubah cara dunia bekerja. Kini, para pengalisis mempercayaai bahawa OpenAI berpotensi mencapai valuasi sehingga USD 1 trilion jika ia memilih untuk disenaraikan. Ini menjadikannya bakal IPO teknologi terbesar dalam sejarah moden, mengatasi Meta, Alibaba dan mungkin juga Saudi Aramco dari segi hype dan jangkaan.
Tidak hairan ramai pelabur mula bertanya:
Artikel ini menghimpunkan fakta terkini, berita terbaru, dan analisis pasaran berdasarkan laporan Reuters, Politico dan sumber kewangan antarabangsa untuk membantu anda memahami potensi sebenar IPO paling dinantikan dalam dunia teknologi.
Maksud OpenAI IPO:
OpenAI IPO ialah proses di mana OpenAI akan disenaraikan di bursa saham global (contoh: NASDAQ / NYSE) melalui Initial Public Offering, membolehkan pelabur awam membeli saham syarikat tersebut.
Sehingga kini, OpenAI belum mengumumkan tarikh atau perancangan rasmi untuk IPO.
Jika anda baru dalam dunia IPO, anda boleh rujuk artikel lengkap kami tentang maksud saham IPO dan cara ia berfungsi untuk memahami asas sebelum melihat potensi IPO OpenAI.

OpenAI bukan syarikat biasa seperti Google, Meta atau Nvidia. Ia memiliki struktur yang unik dan agak kompleks kerana gabungan matlamat komersial dan misi keselamatan AI untuk manfaat manusia sejagat. Untuk memahami kenapa Saham OpenAI tidak wujud dan kenapa OpenAI IPO sukar, kita perlu faham evolusi struktur syarikat ini.
OpenAI ditubuhkan pada 2015 oleh kumpulan tokoh teknologi termasuk Elon Musk, Sam Altman, Greg Brockman, Ilya Sutskever dan beberapa penyelidik AI lain. Pada peringkat awal:
Masalah muncul: Pembangunan model AI skala besar (seperti GPT-3, GPT-4, GPT-5) memerlukan:
Kos ini MUSTAHIL ditanggung oleh organisasi non-profit semata-mata.
Untuk mendapatkan dana, OpenAI menubuhkan entiti baharu bernama OpenAI LP, iaitu sebuah syarikat capped-profit, bermaksud:
Untuk seimbangkan dua dunia:
Inilah sebab utama kenapa: Saham OpenAI tidak wujud dalam pasaran awam.
IPO (Initial Public Offering) memerlukan:
Tetapi OpenAI LP mempunyai:
Ini bercanggah dengan keperluan pasaran saham global seperti NASDAQ / NYSE.

Pada 2025, OpenAI melakukan penstrukturan semula besar-besaran selepas semakan oleh pengawal selia di California.
Politico melaporkan bahawa OpenAI kini mempunyai entiti for-profit baharu berbentuk Public Benefit Corporation (OpenAI Group PBC), iaitu struktur yang digunakan oleh beberapa syarikat seperti:
Public Benefit Corporation ialah syarikat yang:
| Entiti | Fungsi | Nota |
| OpenAI Non-Profit | Kawalan misi keselamatan AI | Memiliki pengaruh besar |
| OpenAI Global, PBC | Aktiviti komersial & revenue | Sesuai untuk pembiayaan luar |
| Subsidiari Teknologi | API, Enterprise, Cloud AI | Potensi carve-out untuk IPO |
Dengan struktur baharu ini, OpenAI kini lebih “IPO-ready” jika ia mahu memilih jalan itu.
Jawapannya: Ya tetapi tidak serta-merta.
Walaupun OpenAI Global, PBC lebih sesuai untuk penyenaraian, terdapat halangan:
Namun begitu, penstrukturan semula ini adalah langkah besar yang menunjukkan: OpenAI kini berada dalam kedudukan yang lebih matang untuk IPO berbanding sebelum 2025.
Walaupun tiada pengumuman rasmi, beberapa laporan kewangan antarabangsa melaporkan bahawa OpenAI kini sedang membina asas struktur dalaman yang biasanya dilakukan oleh syarikat-syarikat yang mahu menuju IPO. Antaranya termasuk:
Apa yang mengejutkan dunia pelabur ialah laporan bahawa OpenAI berpotensi mencapai valuasi USD 1 trilion jika ia memilih untuk tersenarai, menjadikannya salah satu IPO paling besar dalam sejarah moden.
Untuk konteks:
Jika OpenAI benar-benar IPO pada valuasi USD 1 trilion, ia akan menjadi IPO teknologi paling besar pernah dicatatkan, mengalahkan semua nama besar lain dari segi hype, skala dan jangkaan pertumbuhan.
Bagi pelabur global, ia dianggap sebagai “once-in-a-generation IPO”, sama seperti bagaimana Google dan Meta melonjak selepas penyenaraian.

Walaupun spekulasi sangat kuat, CFO OpenAI dalam satu kenyataan menyebut bahawa syarikat itu buat masa ini “tidak berfikir ke arah IPO”. Kenyataan ini dibuat untuk menjelaskan bahawa:
Walaupun begitu, adalah normal bagi syarikat teknologi besar menafikan persiapan IPO pada peringkat awal untuk mengelakkan tekanan media dan pasaran.
Apa yang lebih menarik ialah: Penyusunan semula dan penambahbaikan tadbir urus tetap berjalan. Ini menunjukkan bahawa walaupun IPO bukan keutamaan, OpenAI sedang memastikan struktur mereka bersedia sekiranya mereka memerlukan modal tambahan melalui pasaran saham.
Walaupun tidak tersenarai di NASDAQ atau NYSE, OpenAI mempunyai private valuation yang dianggarkan oleh pasaran melalui:
Anggaran valuasi terkini menunjukkan:
Valuasi sebesar ini sangat jarang berlaku, apatah lagi untuk syarikat yang belum tersenarai. Ia menggambarkan:
Jika OpenAI benar-benar IPO pada valuasi tersebut, ia bukan sahaja akan mengubah pasaran teknologi, tetapi juga boleh menggegarkan pasaran saham US secara keseluruhan.
Walaupun Saham OpenAI belum boleh dibeli oleh orang awam, terdapat beberapa pelabur strategik dan syarikat besar yang sudah melabur dalam OpenAI melalui private deals, strategic partnership, dan equity stake acquisition. Ini bermakna hanya syarikat-syarikat tertentu (bukan retail investor) yang mempunyai pegangan dalam OpenAI buat masa ini.
Pelaburan ini penting kerana ia membentuk asas nilai syarikat dan memberi petanda siapa yang paling banyak mendapat manfaat sekiranya OpenAI IPO pada masa depan.
| Syarikat / Individu | Anggaran Pelaburan | Nota Penting |
| Microsoft | ~USD 13 bilion | Pelabur terbesar; integrasi eksklusif dengan Azure AI |
| Thrive Capital | Tidak didedahkan | Pelabur lewat (late-stage); terlibat dalam secondary share sales |
| Khosla Ventures | Tidak didedahkan | Pelabur awal dalam ekosistem AI & deep tech |
| Andreessen Horowitz (a16z) | Tidak didedahkan | Antara VC paling berpengaruh dalam teknologi AI |
| Reid Hoffman | – | Rakan pengasas LinkedIn; penyokong awal OpenAI |
| Tiger Global, Sequoia, Founders Fund (tidak rasmi) | Tidak didedahkan | Beberapa laporan menyebut minat besar dari VC “tier-1” |
Pelaburan ini datang dalam pelbagai bentuk:
Microsoft ialah pemegang kepentingan terbesar kerana:
Dalam konteks IPO, Microsoft dijangka akan menjadi pemenang terbesar jika OpenAI tersenarai. Selepas penstrukturan semula OpenAI pada 2025, laporan Politico turut menyebut bahawa Microsoft kini memegang kira-kira 27% kepentingan dalam OpenAI Group PBC, manakala OpenAI Foundation mengekalkan sekitar 26%.

Pegangan selebihnya diagihkan kepada pekerja serta pelabur institusi lain. Angka ini menjadikan Microsoft bukan sahaja pelabur terbesar, tetapi juga pihak yang paling berkepentingan sekiranya OpenAI melangkah ke arah penyenaraian awam.
Walaupun OpenAI belum mengumumkan IPO secara rasmi, pasaran swasta dan firma kewangan sudah menganggarkan nilai syarikat ini berdasarkan:
Berikut ialah gambaran perkembangan valuation OpenAI dari tahun ke tahun:
| Tahun | Valuasi Anggaran | Nota |
| 2023 | USD 29B | Selepas letupan pengguna ChatGPT |
| 2024 | USD 80–90B | Private fundraising & deal institusi |
| 2025 | dari USD 500B hingga USD 750B* | Anggaran Reuters berdasarkan saham SoftBank sebagai “proxy” |
| 2026 | USD 1T* | Potensi valuasi IPO – jika penyenaraian berlaku |
*Anggaran pasaran, bukan angka rasmi dari OpenAI.
Kenaikan valuasi OpenAI yang mendadak didorong oleh beberapa faktor besar:
ChatGPT berkembang menjadi platform AI paling banyak digunakan di dunia, sama seperti Google untuk carian. Apabila OpenAI memimpin kategori baharu yang bernilai trilion dolar, valuasinya melonjak secara semula jadi.
Pendapatan enterprise OpenAI meningkat secara agresif sejak 2023. Produk seperti ChatGPT Enterprise dan API komersial mencetuskan aliran pendapatan besar yang menjadi asas valuasi lebih tinggi.
Pelabur institusi melihat AI sebagai era teknologi terbesar selepas internet dan smartphone. Sebab itu anggaran valuasi OpenAI kini berada dalam julat USD 750B – 1T, walaupun belum tersenarai.
Untuk gambaran mudah, dianggarkan,:
Perbezaan ini menunjukkan betapa besar dan pantasnya industri AI berkembang, serta mengapa IPO OpenAI dianggap antara peluang paling berprofil tinggi abad ini jika ia berlaku.
Beberapa faktor utama akan menentukan bila OpenAI bersedia untuk melangkah ke IPO, terutamanya selepas penstrukturan semula yang dilakukan pada 2025:
Pembangunan model AI seperti GPT-5 dan GPT-6 memerlukan berbilion dolar untuk GPU, tenaga dan data center. Jika keperluan modal meningkat lebih cepat daripada aliran tunai mereka, OpenAI mungkin terpaksa mempertimbangkan IPO sebagai sumber pembiayaan tambahan.

Untuk tersenarai di NASDAQ atau NYSE, OpenAI perlu mematuhi standard ketelusan, audit, dan pelaporan kewangan yang sangat ketat. Proses ini masih berjalan dan menjadi salah satu penentu utama masa IPO.
Pertumbuhan pesat dalam penggunaan ChatGPT Enterprise, API dan model multimodal boleh meyakinkan pelabur bahawa OpenAI mempunyai asas pendapatan stabil, sesuatu yang penting sebelum penyenaraian.
Landskap AI semakin agresif. Jika pesaing mempercepatkan inovasi atau IPO lebih awal, OpenAI mungkin memilih untuk tersenarai bagi mengekalkan kelebihan kompetitif.
OpenAI kini beroperasi melalui struktur Public Benefit Corporation (PBC). IPO hanya akan berlaku jika lembaga yakin struktur ini cukup stabil untuk menyokong misi keselamatan AI sambil memenuhi tanggungjawab terhadap pemegang saham.
Walaupun OpenAI IPO belum diumumkan, perkembangan seperti penstrukturan semula dan peningkatan valuasi menunjukkan syarikat ini sedang berkembang pesat. Tetapi, belum ada tanda rasmi bahawa proses IPO akan bermula dalam masa terdekat.
Bagi trader Malaysia, peluang terdekat bukanlah melalui “Saham OpenAI”, tetapi melalui saham-saham teknologi yang memacu ekosistem AI, seperti:
Untuk melihat bagaimana perkembangan OpenAI memberi kesan kepada syarikat berkaitan AI, baca juga artikel kami tentang kenapa pelabur memantau Saham Nvidia, pembekal GPU utama untuk latihan model AI.
Di Ultima Markets, anda boleh berdagang CFD bagi saham-saham ini, membolehkan anda mengambil peluang pada pergerakan harga naik mahupun turun tanpa memiliki saham fizikal. Platform yang mesra beginner, analisis harian, dan akses kepada pasaran global menjadikannya pilihan sesuai untuk trader yang ingin memanfaatkan gelombang besar AI.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.