Important Information
This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United KingdomTrade Anytime, Anywhere
Dalam dunia analisis teknikal, memahami Swing High dan Swing Low adalah antara asas paling penting untuk membaca arah pasaran. Ramai trader baru keliru bagaimana nak kenal pasti swing, tetapi hakikatnya konsep ini mudah jika diterangkan dengan contoh visual. Artikel ini menerangkan apa itu Swing High dan Swing Low, fungsi, dan cara gunakan dalam trading harian.
Maksud Swing High: Puncak harga yang membentuk titik tertinggi sebelum harga mula bergerak turun. Maksud Swing Low: Lembah harga yang membentuk titik terendah sebelum harga kembali bergerak naik.
Secara mudah, Swing High dan Swing Low ialah titik turning point harga dalam pasaran. Ibarat bukit dan lembah dalam graf, swing membantu trader faham momentum dan arah trend.

Swing High ialah titik puncak harga di mana pasaran gagal naik lebih tinggi dan mula membuat penurunan kecil. Ia adalah “tanda awal” bahawa momentum bullish semakin lemah.

Bayangkan harga XAUUSD naik dari 2300 → 2320 → 2335, kemudian tidak berjaya pecah 2335 dan jatuh ke 2320… Titik 2335 itulah Swing High.
Trader yang trade downtrend akan tunggu harga naik semula ke sekitar 2335 untuk sell pada harga lebih premium.
Swing Low ialah titik lembah di mana harga berhenti jatuh dan mula membuat kenaikan kecil. Ia menunjukkan momentum bearish mula melemah.

Harga GBPUSD jatuh dari 1.2800 → 1.2750 → 1.2705, kemudian gagal pecah 1.2705 dan naik ke 1.2760…Titik 1.2705 ialah Swing Low.
Trader uptrend biasanya akan tunggu harga retrace semula ke 1.2705 untuk buy pada harga yang lebih murah.
Cara paling mudah:
Indicator Fractals automatik menunjukkan tanda swing tanpa perlu tandakan manual.
Swing biasanya terbentuk apabila:
Bayangkan anda tengok graf macam bukit yang makin tinggi. Bila ada satu bukit kecil sebelum bukit besar terbentuk, itu selalunya Swing Low penting yang menolak harga naik.
Untuk memahami Swing High dan Swing Low dengan lebih tepat, anda juga perlu kenal pasti arah pasaran. Rujuk panduan penuh dalam artikel Trend Pasaran – Panduan Lengkap.
| Struktur | Maksud Ringkas | Trend |
| Swing High (SH) | Semua puncak | Semua trend |
| Swing Low (SL) | Semua lembah | Semua trend |
| Higher High (HH) | Puncak makin tinggi | Uptrend |
| Higher Low (HL) | Lembah makin tinggi | Uptrend |
| Lower High (LH) | Puncak makin rendah | Downtrend |
| Lower Low (LL) | Lembah makin rendah | Downtrend |
Menggunakan Swing High dan Swing Low bukan sekadar melukis puncak dan lembah pada chart. Jika digunakan dengan betul, swing boleh menjadi sistem trading price action yang kukuh, konsisten, dan mudah difahami oleh beginner sekalipun. Berikut adalah cara praktikal untuk menggunakannya.
Dalam uptrend, harga sentiasa membentuk Higher High (HH) dan Higher Low (HL). Swing Low (HL) ialah kawasan terbaik untuk trader mencari peluang buy pada harga yang lebih rendah, bukan kejar harga di puncak.

Harga EURUSD naik dari 1.0800 → 1.0860 (HH).
Kemudian turun semula dan retest kawasan 1.0820 (HL).
Muncul bullish engulfing → entry buy.
Dalam downtrend, harga membentuk Lower High (LH) dan Lower Low (LL). Swing High dalam downtrend adalah kawasan “premium” untuk sell, anda menjual pada harga tinggi sebelum pasaran sambung turun.
GBPJPY jatuh dari 184.00 → 182.50 (LL).
Harga retrace naik semula ke 183.20 (LH).
Muncul shooting star → entry sell.

Swing High dan Swing Low ialah rujukan teknikal paling selamat untuk letak SL kerana ia level yang “dihormati” oleh pasaran.
Buy EURUSD → Swing Low di 1.0720
Entry buy di 1.0745 → SL letak di 1.0715 (bawah swing).
Jika harga pecah swing, trend mungkin berubah.
Swing High dan Swing Low adalah asas membaca trend. Struktur ini sangat membantu trader membuat keputusan entry dalam arah yang betul.
Jika anda lihat siri puncak semakin rendah, ini tanda downtrend sedang kuat.
Jika anda lihat siri lembah semakin tinggi, ini menandakan pasaran bullish dan mungkin terus naik.
Banyak corak carta seperti double top, double bottom dan pattern pembalikan lain sebenarnya terbentuk daripada Swing High dan Swing Low. Jika anda ingin mendalami bentuk carta dengan lebih terperinci, boleh rujuk artikel Carta Forex: Jenis Corak & Tips Trading.
Memahami Swing High dan Swing Low membantu trader membaca struktur trend, kenal pasti arah pasaran dan merancang entry lebih tepat. Ia asas price action yang wajib dikuasai semua trader. Jika anda ingin belajar teknik analisis teknikal dengan lebih tersusun dan praktikal, Ultima Markets menyediakan bahan pendidikan, analisis pasaran dan webinar percuma khas untuk trader Malaysia.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.