Important Information
This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United KingdomTrade Anytime, Anywhere
Dalam dunia trading, ramai trader pernah alami situasi harga naik sekejap, kemudian jatuh mendadak, atau breakout palsu yang buat akaun merah. Salah satu punca utama fenomena ini ialah apa yang dipanggil exit liquidity.
Secara ringkas, exit liquidity adalah keadaan di mana trader runcit menjadi sumber kecairan untuk pemain besar keluar dari posisi mereka. Artikel ini akan terangkan dengan mudah apa itu exit liquidity, bagaimana ia berlaku, contoh sebenar dalam pasaran, dan cara trader boleh mengelakkannya.
Exit liquidity adalah situasi di mana order buy atau sell trader kecil digunakan oleh institusi besar untuk menutup posisi mereka pada harga terbaik.
Dengan kata lain, trader kecil “masuk”, pemain besar “keluar”.
Exit liquidity merujuk kepada kecairan (liquidity) yang diperlukan oleh institusi besar seperti bank, hedge fund atau smart money untuk keluar dari posisi berskala besar.
Oleh sebab saiz posisi mereka terlalu besar, mereka tak boleh keluar sesuka hati tanpa menggerakkan harga. Jadi, mereka perlukan:
Di sinilah trader runcit masuk tanpa sedar.

Untuk memahami bagaimana exit liquidity terbentuk, ada satu prinsip asas pasaran yang perlu difahami terlebih dahulu: harga tidak boleh bergerak tanpa liquidity.
Dalam pasaran kewangan, setiap urus niaga memerlukan dua pihak. Jika seseorang ingin menjual dalam kuantiti besar, mesti ada pihak lain yang bersedia membeli. Begitu juga sebaliknya. Di sinilah konsep exit liquidity berfungsi, ia menyediakan kecairan yang diperlukan untuk pelaksanaan order berskala besar.
Liquidity tidak berada secara rawak dalam pasaran. Ia cenderung berkumpul di kawasan di mana ramai trader membuat keputusan yang sama.
Kawasan yang lazim menjadi tumpuan termasuk:
Ini berlaku kerana kebanyakan trader runcit menggunakan rujukan teknikal yang sama, seperti support dan resistance, serta meletakkan stop loss pada paras harga yang hampir serupa. Keadaan ini membentuk apa yang dikenali sebagai kolam liquidity.
Berbeza dengan trader runcit yang biasanya berdagang dalam saiz kecil, institusi dan pemain besar berurusan dengan order yang sangat besar.
Sebagai contoh:
Jika institusi menutup posisi tersebut secara mendadak, harga akan bergerak terlalu cepat dan menyebabkan kerugian akibat slippage. Oleh itu, mereka memerlukan kecairan yang mencukupi untuk keluar dari pasaran dengan lebih efisien.
Bagi mendapatkan kecairan tersebut, pasaran selalunya bergerak ke arah kawasan yang mempunyai permintaan atau penawaran tinggi.
Dalam situasi ini, harga mungkin:
Apabila breakout berlaku, trader runcit mula membuka posisi buy, manakala stop loss daripada posisi sell lama turut dicetuskan. Kesemua ini menghasilkan kemasukan order beli secara serentak, sekali gus meningkatkan liquidity dalam pasaran.
Pada peringkat inilah exit liquidity terbentuk.
Secara praktikal, exit liquidity adalah gabungan order beli trader runcit dan stop loss yang digunakan untuk melaksanakan order jual berskala besar oleh institusi.
Harga mungkin masih bergerak naik untuk seketika kerana liquidity masih mencukupi. Namun, apabila aliran order beli mula berkurang, tekanan jual menjadi lebih dominan dan harga mula bergerak ke arah bertentangan.
Apabila:
Institusi telah selesai melaksanakan exit mereka. Tanpa sokongan liquidity tambahan, harga sering kali mengalami pembalikan arah yang ketara, menyebabkan trader yang masuk lewat terperangkap dalam posisi yang merugikan.
Inilah sebab utama mengapa harga boleh jatuh dengan pantas selepas satu breakout yang kelihatan meyakinkan.
Stop loss bukanlah satu kesalahan. Namun, stop loss yang terlalu mudah dijangka berpotensi menjadi sumber liquidity.
Apabila stop loss dicetuskan:
Bagi pemain besar, stop loss ini menyediakan kecairan yang diperlukan untuk melaksanakan order mereka dengan kadar kejayaan yang tinggi dan harga yang lebih stabil.

Untuk mengetahui apa itu exit liquidity dengan lebih mendalam, berikut ialah beberapa contoh bagaimana situasi ini terbentuk dalam pasaran.
Dalam situasi ini, exit liquidity adalah trader yang buy ketika breakout palsu, tanpa menunggu pengesahan struktur pasaran.
Di sini, stop loss trader menjadi exit liquidity yang membolehkan institusi masuk pasaran dengan lebih efisien.
Dalam keadaan ini, exit liquidity adalah reaksi emosi trader kecil, bukan struktur pasaran yang sihat.
Walaupun exit liquidity adalah fenomena yang boleh berlaku dalam semua pasaran, realitinya ada instrumen tertentu yang lebih kerap menjadi sasaran kerana faktor liquidity, emosi trader dan struktur market itu sendiri. Faham bahagian ini penting supaya anda tahu market mana paling berisiko untuk jadi exit liquidity.
Ini instrumen nombor satu paling kerap jadi exit liquidity.
Kenapa?
Dalam kes ini, exit liquidity adalah trader runcit yang FOMO masuk semasa harga sedang “dipam”. Whale atau insider perlukan pembeli untuk jual pegangan mereka, dan retail selalunya datang tepat pada masa itu.
Contoh situasi biasa:
Selain spot market, kripto derivatif juga sangat kaya dengan exit liquidity.
Sebab utama:
Di sini, exit liquidity adalah posisi trader yang dilikuidasi, sama ada long atau short. Whale hanya perlu gerakkan harga sedikit untuk mencetuskan liquidation cascade.
Forex secara umum adalah market besar dan stabil, tetapi exit liquidity sering muncul ketika news seperti:
Dalam situasi ini:
Maka, exit liquidity adalah stop loss trader retail yang terlalu obvious.
Gold ialah instrumen kegemaran institusi dan juga salah satu instrumen yang kerap mencipta exit liquidity.
Kenapa?
Biasanya berlaku:
Ramai trader masuk sebab “confirm breakout”, tanpa sedar exit liquidity adalah posisi mereka sendiri.
Dalam pasaran saham, exit liquidity paling kerap berlaku pada saham kecil, bukan blue chip.
Ciri-cirinya:
Dalam kes ini, exit liquidity adalah pelabur runcit yang masuk selepas harga naik mendadak, sedangkan institusi atau insider sedang melakukan distribution.
Dalam konteks tertentu, pump & dump boleh dianggap sebagai proses terancang untuk mencipta exit liquidity, terutamanya dalam instrumen yang mempunyai liquidity nipis seperti kripto low cap dan saham micro-cap.
Dalam situasi pump & dump:
Di sini, exit liquidity adalah trader runcit yang masuk semasa fasa “pump”, kerana order beli merekalah yang digunakan untuk menutup posisi pihak yang lebih awal masuk.
Tanda-tanda pump & dump yang biasa termasuk:
Walaupun tidak semua situasi exit liquidity melibatkan pump & dump, kebanyakan pump & dump bergantung sepenuhnya kepada exit liquidity untuk berlaku.

Dalam pasaran kewangan, exit liquidity adalah situasi yang paling kerap melibatkan trader runcit, bukan kerana mereka lemah, tetapi kerana cara entry mereka selalunya selari dengan kawasan liquidity tinggi yang diperlukan oleh pemain besar.
Antara punca utama ialah trader masuk pasaran tanpa pelan jelas, mengejar breakout yang kelihatan menarik, serta menggunakan stop loss yang terlalu obvious. Apabila digabungkan dengan emosi seperti FOMO dan panic, posisi trader runcit mudah menjadi sumber liquidity untuk institusi keluar dari pasaran.
Untuk mengurangkan risiko menjadi exit liquidity, trader perlu lebih selektif dengan timing dan struktur entry.
Sebagai kesimpulan, exit liquidity adalah mekanisme pasaran di mana trader runcit menjadi sumber kecairan untuk pemain besar keluar posisi. Dengan memahami apa itu exit liquidity, trader boleh elakkan entry berisiko, kurangkan emosi, dan buat keputusan lebih rasional.
Di Ultima Markets, trader boleh mengasah kefahaman struktur pasaran, pengurusan risiko dan psikologi trading melalui akaun fleksibel serta platform yang menyokong strategi profesional.
Exit liquidity ialah situasi di mana order trader kecil digunakan untuk institusi keluar dari posisi besar mereka.
Ya. Ia berlaku dalam forex, saham, kripto dan komoditi, selagi ada liquidity.
Bukan manipulasi, tetapi mekanisme semula jadi pasaran berliquidity tinggi.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.