Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom

CCI Indikator: Cara Baca, Strategi & Tips Trading

Summary:

CCI Indikator ialah oscillator klasik untuk kesan momentum & reversal. Fahami cara guna, strategi asas & tips trading lebih berkesan.

CCI Indikator: Cara Baca, Strategi Dan Tips Trading

Dalam dunia trading, indikator teknikal adalah alat penting untuk membaca pergerakan pasaran. Salah satu yang paling banyak digunakan ialah CCI Indikator (Commodity Channel Index) kerana ia mudah difahami, fleksibel, dan sesuai dipakai dalam pelbagai instrumen — daripada forex, saham, emas hinggalah kripto. Artikel ini akan menerangkan cara baca CCI, strategi asas yang boleh digunakan, serta tips praktikal untuk mengurangkan risiko false signal.

Apa Itu CCI Indikator?

CCI Indikator (Commodity Channel Index) ialah oscillator momentum ciptaan Donald Lambert pada tahun 1980. Walaupun asalnya untuk pasaran komoditi, kini ia digunakan secara meluas dalam forex, saham, emas, dan kripto.

Ringkasnya, CCI bantu trader:

  • Kenal pasti bila pasaran terlalu “mahal” (overbought) → peluang harga turun.
  • Kenal pasti bila pasaran terlalu “murah” (oversold) → peluang harga naik.
  • Mengesan momentum lemah / reversal lebih awal.

CCI Indikator = Alat trading yang bantu kesan bila harga terlalu tinggi atau terlalu rendah berbanding purata, supaya trader nampak momentum dan peluang reversal.

CCI Indikator Commodity Channel Indikator Overbought OverSold

Formula Ringkas Commodity Channel Index (CCI)

Formula asas CCI adalah:

CCI Indikator Formula

Komponen utama formula:

  • TP (Typical Price) = (High + Low + Close) ÷ 3
    Purata harga harian berdasarkan harga tertinggi, terendah, dan harga penutup.
  • SMA(TP) = Simple Moving Average bagi TP dalam tempoh tertentu (contoh: 20 hari).
    Ini kira purata tipikal untuk lihat trend keseluruhan.
  • 0.015 (Pemalar Lambert) = nombor tetap yang digunakan supaya bacaan CCI biasanya jatuh dalam julat +100 hingga -100.
  • Mean Deviation = ukuran berapa jauh harga sekarang lari daripada purata.

Mudahnya: formula ni bandingkan harga semasa dengan purata harga → kalau harga jauh sangat naik atau turun daripada purata, bacaan CCI akan bergerak ke arah overbought atau oversold.

Jangan risau – di platform MT4/MT5 Ultima Markets, kiraan ini automatik, tinggal pilih dari senarai indikator sahaja.

Cara Baca Dan Interpretasi CCI

Untuk guna CCI Indikator dengan betul, trader perlu tahu maksud setiap tahap bacaan.

Nilai CCI biasanya bergerak antara -100 hingga +100. Dalam keadaan pasaran sangat volatile, kadang-kadang ia boleh tembus paras lebih extreme seperti +200 atau -200. Paras ekstrem ini jarang berlaku, tetapi bila muncul ia dianggap signal lebih kuat sama ada untuk pembetulan atau continuation trend.

Jadual di bawah tunjukkan cara interpretasi bacaan CCI dan apa yang biasanya dibuat oleh trader:

Bacaan CCIMaksudTindakan Umum Trader
CCI > +100Pasaran overbought (harga terlalu tinggi dari purata)Cari peluang sell atau tunggu pembetulan harga
CCI < -100Pasaran oversold (harga terlalu rendah dari purata)Cari peluang buy atau tunggu rebound
CCI sekitar 0Pasaran neutral / sideway (harga dekat dengan purata)Elak entry tergesa-gesa, tunggu pengesahan isyarat lain
CCI > +200Extreme overbought (momentum naik terlalu kuat)Waspada retracement, entry sell lebih valid bila ada confirmation candlestick
CCI < -200Extreme oversold (momentum turun terlalu kuat)Potensi rebound besar, entry buy lebih kuat bila ada confirmation candlestick

Contoh:

Jika EUR/USD naik mendadak sehingga CCI mencecah +220, pasaran mungkin terlalu overbought. Trader berpengalaman akan tunggu confirmation candlestick (contoh Pinbar rejection) sebelum entry sell.

Commodity Channel Index CCI COntoh

Jenis Isyarat Utama Dalam CCI

CCI Indikator boleh digunakan untuk beberapa jenis isyarat utama. Tiga cara paling popular ialah trend trading, correction trading, dan divergence.

1. Trend Trading

CCI sangat berguna untuk mengesahkan arah trend.

  • Bila CCI potong garis 0 ke atas → tanda momentum bullish, trader anggap sebagai isyarat buy.
  • Bila CCI potong garis 0 ke bawah → tanda momentum bearish, trader anggap sebagai isyarat sell.

Contoh:
Jika pasangan EUR/USD sedang naik dan pada masa sama CCI cross ke atas garis 0, itu pengesahan bahawa trend bullish masih kuat → sesuai untuk entry buy ikut arah trend.

Kelebihan guna CCI untuk trend trading ialah ia kurangkan risiko entry melawan arus.

2. Correction Trading

Selain trend, CCI juga boleh membantu baca pembetulan harga (price correction).

  • Bila CCI melepasi paras +100 atau +200, kemudian berpatah balik ke bawah → tanda harga mungkin nak retrace, peluang untuk entry sell correction.
  • Bila CCI melepasi paras -100 atau -200, kemudian berpatah balik ke atas → tanda harga mungkin nak rebound, peluang untuk entry buy correction.

Jika bacaan CCI melepasi +200 atau -200, ia menunjukkan momentum yang sangat kuat. Walaupun paras ini jarang berlaku kecuali semasa news besar atau market volatile, ia biasanya dianggap sebagai signal tambahan bahawa harga mungkin terlalu jauh dari purata dan berpotensi membuat pembetulan.

Contoh:
GBP/USD naik mendadak sehingga CCI cecah +130 (overbought). Lepas tu bacaan CCI mula jatuh semula ke bawah +100 → ini signal awal harga mungkin mula retrace turun.

Correction trading sesuai untuk trader yang suka entry lawan trend dalam jangka masa pendek.

3. Divergence (Capahan)

Divergence berlaku bila pergerakan harga dan CCI tunjuk arah berbeza. Ini biasanya petanda trend semasa dah lemah dan mungkin nak berpatah balik (reversal).

  • Bearish Divergence
    Harga buat higher high (puncak makin tinggi), tapi CCI buat high lebih rendah.
    Tanda momentum naik makin lemah → potensi harga jatuh.
  • Bullish Divergence
    Harga buat lower low (dasar makin rendah), tapi CCI buat low lebih tinggi.
    Tanda momentum turun makin lemah → potensi harga naik.

Contoh:

  • Emas (XAU/USD) capai harga tertinggi baru $2,100 tapi CCI tak naik sama, malah makin rendah → ini bearish divergence, petanda emas mungkin jatuh.
  • EUR/USD jatuh ke paras 1.0900 lebih rendah dari sebelumnya, tapi CCI buat low lebih tinggi → ini bullish divergence, petanda kemungkinan rebound.

Divergence dianggap antara isyarat paling kuat yang dihasilkan CCI sebab ia tunjuk perubahan momentum lebih awal sebelum harga betul-betul reverse.

Ringkasnya:

  • Trend trading → ikut arus (guna garis sifar).
  • Correction trading → entry bila harga overbought/oversold extreme.
  • Divergence trading → kesan reversal awal bila harga & CCI tak seiring.
CCI Indikator Chart

Strategi Dan Penggunaan CCI Indikator

1. Isyarat Buy / Sell

CCI boleh digunakan untuk baca isyarat buy dan sell secara mudah:

  • Isyarat Buy → bila CCI naik dari bawah -100 ke atas, atau bila ia bergerak naik melepasi paras 0. Ini tanda momentum pasaran mula kuat semula.
  • Isyarat Sell → bila CCI jatuh dari atas +100 ke bawah, atau bila ia bergerak turun melepasi paras 0. Ini tanda momentum menurun sedang berlaku.

Contoh:
Jika CCI EUR/USD jatuh ke -120, kemudian naik balik melepasi -100 → ini signal awal harga mungkin mula rebound → sesuai untuk entry buy.

2. Intraday Trading

CCI juga popular untuk trading intraday kerana ia cepat memberi isyarat perubahan harga dalam timeframe kecil.

  • Timeframe M5/M15 → hasilkan banyak peluang entry, tapi lebih terdedah kepada noise.
  • Untuk elak false signal, ramai trader gabungkan CCI dengan candlestick pattern seperti Pinbar, Doji, atau Engulfing.
  • Sesuai untuk scalper dan day trader yang suka ambil keuntungan kecil tapi kerap.

Contoh:

Dalam M15 chart GBP/USD, CCI jatuh ke bawah -120 (oversold) dan pada masa sama muncul candlestick bullish engulfing. Ini jadi double confirmation untuk entry buy intraday.

3. Stop Loss & Take Profit

Penggunaan Stop Loss (SL) dan Take Profit (TP) penting untuk elak risiko besar bila guna CCI.

  • Stop Loss (SL): letak di bawah/atas candlestick signal atau pada level support/resistance terdekat.
  • Take Profit (TP): sekurang-kurangnya 3 kali ganda dari SL, atau pada paras support/resistance seterusnya.

Contoh:
Jika trader entry buy pada EUR/USD dengan SL 30 pips → TP sekurang-kurangnya 90 pips. Jika entry sell di XAU/USD (emas) dengan SL $5 → TP perlu sekurang-kurangnya $15.

Ratio risk/reward ni penting supaya walaupun ada trade rugi, keuntungan jangka panjang masih lebih besar.

4. Gabungan Dengan Alat Lain

Untuk hasil lebih konsisten, CCI biasanya digunakan bersama:

  • Moving Average (MA) → sahkan arah trend.
  • Support & Resistance → kenal pasti level entry/exit yang lebih selamat.
  • Price Action → elak false signal dengan tunggu corak candlestick tertentu.

Ringkasnya:

  • Buy bila CCI naik dari bawah -100 atau tembus paras 0.
  • Sell bila CCI jatuh dari atas +100 atau tembus paras 0.
  • Intraday: guna M5/M15 + candlestick pattern untuk confirmation.
  • SL/TP: amalkan risk/reward 1:3 untuk jaga modal.
  • Gabung indikator lain untuk kurangkan false signal.
Commodity Channel Index Overbought Oversold

Kelebihan Dan Kekurangan CCI

KelebihanKekurangan
Sesuai untuk semua market (forex, emas, saham, kripto)Banyak false signal bila digunakan seorang diri
Mudah difahami walaupun untuk pemulaPerlu pengesahan daripada indikator lain (Moving Average, Support & Resistance, Price Action)
Boleh detect reversal awal sebelum harga bergerak besar

Tips Ringkas Guna CCI Indikator

  1. Jangan entry semata-mata bila CCI tembus +100/-100
    Walaupun CCI melepasi level overbought/oversold, ia bukan jaminan harga akan terus reverse.
    Tunggu confirmation candlestick (contoh: Pinbar, Engulfing) atau tanda di support/resistance untuk elak false signal.
  2. Gunakan setting standard seperti 14 atau 20 period
    Ini setting paling biasa digunakan oleh trader kerana ia seimbang – tak terlalu lambat, tak terlalu sensitif.
    Kalau pilih period lebih kecil (contoh 7), CCI jadi lebih sensitif → banyak signal tapi lebih banyak noise.
    Kalau pilih period lebih besar (contoh 50), signal lebih “bersih” tapi lebih lambat muncul.
  3. Elakkan timeframe terlalu kecil (M1/M5)
    Dalam timeframe kecil, pasaran dipenuhi “noise” (pergerakan rawak jangka pendek).
    – Trader baru biasanya akan mudah terperangkap dengan false signal.
    – Timeframe yang lebih sesuai: M15, H1, atau H4, bergantung pada gaya trading.
  4. Sentiasa guna Stop Loss untuk lindungi modal
    CCI boleh bantu detect peluang entry, tapi ia tak boleh elak false signal sepenuhnya.
    – Letakkan Stop Loss di bawah/atas candlestick signal atau pada level support/resistance berdekatan.
    – Jangan ambil risiko tanpa SL, sebab satu pergerakan kuat boleh hapuskan keuntungan trade sebelum ini.

Kesimpulan

CCI Indikator ialah oscillator klasik yang membantu trader kenal pasti overbought, oversold, divergence, dan momentum trend. Ia paling berkesan apabila digabungkan dengan analisis lain untuk kurangkan false signal.

Bagi trader Malaysia, CCI boleh dijadikan salah satu alat sokongan dalam strategi trading — sama ada di forex, emas, indeks, atau kripto. Dengan akaun di Ultima Markets, anda boleh akses pelbagai indikator teknikal terus di platform MT4/MT5 untuk uji strategi dan membina keyakinan sebelum masuk pasaran sebenar.

Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.

CCI Indikator: Cara Baca, Strategi Dan Tips Trading
Apa Itu CCI Indikator?
Formula Ringkas Commodity Channel Index (CCI)
Cara Baca Dan Interpretasi CCI
Jenis Isyarat Utama Dalam CCI
Strategi Dan Penggunaan CCI Indikator
Kelebihan Dan Kekurangan CCI
Tips Ringkas Guna CCI Indikator
Kesimpulan