This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
7 Jenis Emas di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu Nilainya!
Summary:
Kenali 7 Jenis Emas di Malaysia termasuk 999, 916, 750, white gold & suasa. Ketahui perbezaan karat, warna dan nilai untuk pelaburan emas anda.
7 Jenis Emas di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu Nilainya!
Bila sebut tentang emas, ramai terus terbayang rantai, cincin, dan jongkong. Tapi tahu tak, bukan semua emas itu sama? Di Malaysia saja, ada pelbagai jenis emas dengan ketulenan dan kegunaan berbeza. Kalau anda tengah nak beli atau mula melabur emas, penting untuk tahu perbezaannya supaya tak tersalah pilih atau terbeli emas “campuran”.
Sebelum pilih, fahami dulu jenis emas di Malaysia mengikut ketulenan dan campuran logam supaya pembelian anda lebih tepat.
Apa Maksud Karat Emas?
Karat (K) menunjukkan tahap ketulenan emas iaitu berapa banyak kandungan emas sebenar dalam logam tersebut.
Emas tulen iaitu emas 24K terlalu lembut, jadi ia perlu dicampur logam lain seperti tembaga atau perak supaya lebih keras dan tahan lasak.
Berikut ialah jenis-jenis emas di Malaysia berdasarkan nilai karat atau ketulenan emas:
Karat
Nama
Kandungan Emas
Ciri Umum
Kegunaan
999 (24K)
Emas tulen
99.90%
Lembut, warna kuning terang
Jongkong, syiling
916 (22K)
Emas tinggi
91.60%
Sedikit keras, warna kuning pekat
Barang kemas
750 (18K)
Emas campur
75%
Keras, warna lembut
Barang moden
585 (14K)
Emas ringan
58.50%
Keras, warna pucat
Fesyen harian
<375 (Suasa)
Campuran logam
<37.5%
Jingga kemerahan
Barang hiasan
Selain kategori utama di atas, Malaysia juga pernah menggunakan emas 835 (20K), terutamanya untuk barang kemas lama atau warisan keluarga. Walaupun kurang popular sekarang, ia masih dikira antara jenis emas di Malaysia yang bernilai.
Jenis Emas di Malaysia Berdasarkan Warna (Campuran Logam)
Selain tahap ketulenan, warna emas juga berbeza mengikut campuran logam. Contohnya, white gold dan rose gold masih emas sebenar, cuma warnanya berubah sebab campuran logam seperti nikel, palladium, atau tembaga.
Jenis Warna
Campuran
Ciri Utama
Popular Untuk
Emas Kuning (Yellow Gold)
Tembaga + perak
Warna emas klasik
Semua jenis barang kemas
Emas Putih (White Gold)
Nikel / palladium + rhodium
Putih berkilat, moden
Cincin kahwin & uniseks
Emas Rose (Rose Gold)
Tembaga + sedikit perak
Warna merah jambu lembut
Aksesori wanita
Suasa
Emas + tembaga + perak
Jingga kemerahan, keras
Cincin & barang tradisional
7 Jenis Emas di Malaysia
Berikut antara jenis emas paling dikenali dan digunakan di Malaysia, lengkap dengan kelebihan & kekurangannya. Ini ialah senarai paling common bagi jenis emas di Malaysia yang anda akan jumpa di kedai emas.
1. Emas 999 (24 Karat) – Emas Paling Tulen
Jenis emas di Malaysia yang paling tulen ialah emas 999, juga dikenali sebagai emas 24K. Kandungannya hampir 100% emas asli tanpa campuran logam lain. Disebabkan terlalu lembut, emas ini jarang digunakan untuk barang kemas, tapi sangat popular untuk jongkong dan syiling pelaburan seperti Public Gold, Kijang Emas atau PAMP Suisse.
Kelebihan:
Nilai tinggi & diiktiraf global
Tiada campuran logam lain
Paling sesuai untuk pelaburan jangka panjang (jongkong/syiling)
Kekurangan:
Lembut dan mudah calar
Tak sesuai dijadikan barang kemas
Susah dibentuk untuk rekaan halus
Kalau anda serius nak melabur emas fizikal, emas 999 adalah pilihan utama. Anda juga boleh rujuk artikel Apa Itu Pelaburan Emas untuk faham cara pelaburan emas berfungsi dari segi risiko dan potensi keuntungan.
2. Emas 916 (22 Karat) – Paling Popular Di Malaysia
Kalau anda selalu ke kedai emas seperti Habib, Poh Kong, atau Wah Chan, hampir semua barang kemas mereka diperbuat daripada emas 916. Kenapa? Sebab emas jenis ini cukup seimbang antara nilai dan kekuatan. Ia masih tinggi ketulenan tapi cukup keras untuk dibentuk jadi cincin, gelang, rantai dan sebagainya.
Kelebihan:
Warna kuning pekat, nampak “mewah”
Sesuai untuk cincin, rantai, gelang
Masih tinggi nilai jual semula
Kekurangan:
Sedikit lembut (boleh bengkok kalau dipakai kasar)
Upah rekaan lebih tinggi berbanding emas campur
Tak hairanlah emas 916 jadi pilihan utama untuk pengantin dan penyimpan aset jangka panjang.
3. Emas 835 (20 Karat) – Emas Tradisional Lama
Jenis emas di Malaysia yang dulu agak popular (terutama di kampung atau koleksi lama) ialah emas 835. Kandungannya 83.5% emas dan selebihnya campuran logam lain seperti tembaga atau perak. Warna emas 835 lebih gelap sedikit berbanding 916, tapi masih ada nilai yang baik.
Kelebihan:
Masih bernilai & boleh dijual semula
Warna kuning tua (nampak antik & eksklusif)
Lebih keras daripada 916
Kekurangan:
Tak banyak dijual di kedai emas moden
Sukar cari rekaan baru atau ganti barang lama
Kalau jumpa barang kemas lama arwah nenek dengan cap “835”, jangan buang kerana nilainya tetap laku di pasaran emas!
4. Emas 750 (18 Karat) – Campuran Gaya & Nilai
Emas 750 biasanya digunakan dalam barang kemas moden atau rekaan Itali, sebab campuran logam lain menjadikannya lebih keras dan tahan lasak. Selain itu, warnanya lebih “soft gold” atau kadang-kadang ada tona rosé. Disebabkan campurannya lebih banyak, harga emas 750 lebih murah sedikit berbanding 916, tapi masih cantik untuk pemakaian harian.
Kelebihan:
Lebih keras & tahan lasak
Warna lebih lembut (soft gold / rosy)
Banyak pilihan rekaan moden
Kekurangan:
Nilai emas lebih rendah berbanding 916
Tak sesuai untuk pelaburan jangka panjang
Kena tahu beza antara 18K emas sebenar vs plating
5. Emas Putih (White Gold) – Pilihan Trendy
Ramai keliru antara emas putih dan perak, tapi sebenarnya emas putih masih emas, cuma dicampur logam putih seperti nikel atau palladium. Warna putih berkilatnya datang daripada lapisan rhodium. Emas putih popular untuk cincin kahwin moden dan rekaan minimalis. Di Malaysia, kebanyakan emas putih dibuat daripada emas 18K (750), kerana campurannya cukup keras untuk mengekalkan bentuk cincin dan gelang tanpa mudah calar.
Kelebihan:
Warna neutral & moden, sesuai untuk lelaki & wanita
Lebih keras dan tahan calar
Nampak eksklusif dan elegan
Kekurangan:
Lapisan rhodium boleh pudar (kena plating semula)
Susah dijual balik sebab kos rekaan tinggi
Nilai emas lebih rendah dari 916
Cuma ingat, selepas beberapa tahun, lapisan rhodium boleh haus, jadi kena plating semula untuk kekal berkilau.
6. Emas Rose (Rose Gold) – Sentuhan Elegan Moden
Selain emas putih, rose gold juga makin digemari sebab tona warnanya lembut dan eksklusif. Campuran tembaga dalam emas menjadikannya warna merah jambu keemasan yang menawan. Biasanya terdiri daripada emas 750 (18K).
Kelebihan:
Warna lembut dan romantik
Popular untuk cincin tunang & jam tangan mewah
Keras dan tahan lasak
Kekurangan:
Warna boleh sedikit berubah bila lama (akibat oksidasi tembaga)
Tak semua kedai emas beli balik rose gold
Kandungan emas lebih rendah (biasanya 18K)
Sesuai untuk cincin tunang, aksesori wanita, atau jam tangan mewah.
7. Emas Suasa – Campuran Emas & Tembaga
Emas suasa sering jadi pilihan murah untuk nampak “macam emas tulen”, tapi sebenarnya ia campuran emas dan tembaga. Suasa biasanya mengandungi kurang daripada 9K (375) emas, menjadikannya keras, tahan lama dan murah, tetapi tidak diterima sebagai emas pelaburan.
Kelebihan:
Warna keemasan menarik
Lebih keras dan tahan lama
Harga jauh lebih murah daripada emas tulen
Kekurangan:
Bukan emas pelaburan
Susah dijual semula
Warna boleh pudar bila lama
Sesuai untuk hiasan atau fesyen, tapi bukan untuk simpan nilai jangka panjang.
Kenapa Ada Emas Campur Lebih Mahal Daripada Emas Tulen?
Ramai tertanya-tanya kenapa kadang-kadang emas campur lebih mahal, sedangkan kandungan emasnya lebih rendah. Sebenarnya, harga bagi setiap jenis emas di Malaysia bukan hanya ditentukan oleh tahap karat semata-mata, tapi juga oleh reka bentuk, bahan campuran, dan nilai jenama yang digunakan.
Jom tengok beberapa sebab logiknya di bawah:
1. Kos Reka Bentuk & Upah Tinggi
Emas campur lebih keras dan mudah dibentuk, jadi sesuai untuk rekaan halus dan kompleks. Kalau cincin 18K Itali design modern, upahnya boleh cecah ratusan ringgit, harga keseluruhan jadi lebih tinggi walaupun nilai emas per gram rendah.
2. Campuran Logam Bernilai Tinggi
Jenis seperti white gold dan rose gold dicampur dengan palladium, platinum, atau rhodium — logam yang kadang lebih mahal daripada emas itu sendiri. Jadi, harga akhir emas campur boleh jadi tinggi sebab logam tambahan premium.
3. Nilai Jenama & Eksklusif
Kedai atau jenama antarabangsa (contohnya Cartier, Pandora, Tiffany) letak harga lebih sebab kualiti dan nama jenama, bukan semata-mata nilai logam.
4. Ketahanan Lebih Baik
Emas 916 lembut dan senang bengkok, tapi emas campur seperti 750 lebih keras, sesuai untuk dipakai setiap hari tanpa cepat rosak. Jadi ramai sanggup bayar lebih untuk ketahanan dan gaya.
Cara Bezakan Emas Tulen dan Campuran
Dalam pasaran Malaysia, bukan semua barang “warna emas” itu betul-betul emas. Ada yang campuran, plating, malah tiruan sepenuhnya. Jadi sebelum beli, penting untuk tahu cara bezakan emas tulen dengan emas campuran atau palsu, supaya anda tak rugi ribuan ringgit.
Tip ini memudahkan anda membezakan jenis emas di Malaysia yang tulen, campuran atau plating sebelum membeli. Berikut beberapa cara mudah & praktikal untuk kenal pasti ketulenan emas:
1. Semak Cap Karat atau Cop “Hallmark”
Setiap barang emas tulen mesti ada cop ketulenan kecil yang menunjukkan karatnya:
999 / 24K → Emas tulen
916 / 22K → Emas tinggi
750 / 18K → Emas campur
585 / 14K → Emas fesyen
Biasanya cop ini terletak di bahagian dalam cincin, penyambung gelang, atau pengikat rantai. Kalau barang tak ada cap langsung, minta penjual tunjuk sijil atau resit rasmi.
Tip: Cap “GP” bermaksud Gold Plated (salutan emas), bukan emas sebenar.
2. Minta Sijil Ketulenan atau Resit Rasmi
Kedai emas yang sah mesti boleh keluarkan:
Sijil ketulenan (purity certificate)
Resit lengkap dengan nombor siri, berat, dan peratus ketulenan emas
Ini penting sebab:
Jadi bukti sah bila nak jual balik
Elak risiko beli emas palsu atau campuran berat sebelah
Boleh digunakan untuk tuntutan insurans / audit pelaburan jika perlu
Fun fact: Banyak kedai emas besar (Habib, Wah Chan, Poh Kong) dah guna sistem digital — setiap barang ada kod QR yang boleh imbas terus untuk semak maklumat ketulenan.
3. Uji Dengan Magnet
Emas bukan logam magnetik, jadi kalau letak dekat magnet:
Emas tulen tidak akan melekat
Emas tiruan atau campuran murah (besi/nikel) akan tertarik
Tapi ingat, ujian ni cuma petunjuk awal, bukan bukti sah. Sesetengah emas campur mungkin juga tak melekat sebab logam lain digunakan (contohnya tembaga atau zink). Kalau nak sahkan betul-betul, guna ujian makmal atau alat penilaian emas (gold tester pen).
4. Ujian Ketumpatan (Density Test)
Emas tulen mempunyai ketumpatan tinggi (sekitar 19.3 g/cm³). Kalau anda ada penimbang digital & bekas air kecil, boleh buat ujian mudah:
Timbang berat emas dalam gram.
Celupkan dalam air & kira jumlah air yang tertolak.
Bahagi berat dengan isipadu air → dapat ketumpatan.
Kalau nilai jauh bawah 19.3, besar kemungkinan ada campuran logam lain. (Kaedah ni biasa digunakan oleh penilai emas profesional.)
5. Gunakan Kit Ujian Asid (Gold Testing Kit)
Kalau nak lebih teknikal, boleh beli Gold Testing Kit, alat ni datang dengan asid pelbagai tahap (10K, 14K, 18K, 22K, 24K). Cara:
Gosok sedikit permukaan emas pada batu ujian.
Titiskan asid ikut karat.
Jika warna hilang → bukan tulen, kalau kekal → emas sebenar.
Nota: Buat dengan berhati-hati, sebab asid boleh rosakkan permukaan emas jika tak betul penggunaannya.
6. Elakkan Beli Daripada Sumber Tidak Sah
Harga murah tidak semestinya berbaloi. Elakkan beli emas dari:
Platform media sosial tanpa lesen
Penjual individu tanpa dokumen rasmi
Kedai online tanpa reputasi
Sebaiknya beli dari kedai emas berdaftar atau syarikat pelaburan emas yang ada lesen & reputasi kukuh, contohnya Public Gold, Habib, atau institusi pelaburan emas berdaftar.
7. Bandingkan Harga Pasaran Semasa
Emas tulen biasanya mengikut harga pasaran dunia (spot gold price). Kalau ada penjual tawar harga terlalu rendah (contohnya “emas 999 murah separuh harga”), itu tanda bahaya.
Untuk tahu harga pasaran emas sebenar setiap hari, boleh semak artikel Jangkaan Harga Emas Esok di Ultima Markets.
Kesimpulan: Pilih Jenis Emas di Malaysia Ikut Tujuan Anda
Tak semua jenis emas di malaysia dicipta sama. Kalau untuk pelaburan jangka panjang, pilih emas 999. Kalau nak barang kemas tahan lasak dan bergaya, emas 916 atau 750 sesuai.
Yang penting, tahu apa yang anda beli, sebab setiap jenis emas di Malaysia ada fungsi dan nilainya tersendiri. Kalau anda betul-betul nak beli atau melabur, periksa karat, minta sijil, dan semak harga pasaran dulu.
Dan untuk tahu bila masa paling sesuai masuk pasaran emas, baca panduan Cara Tahu Harga Emas Naik atau Turun. Di Ultima Markets, anda boleh pantau analisis pasaran emas setiap hari dari faktor global sampai teknikal chart sebenar.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.