This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Ketahui apa itu bearish pennant, cara kenal pasti corak ini dan bagaimana trader menggunakannya dalam pasaran.
Bearish Pennant: Cara Kenal Pasti Corak Ini
Bearish pennant ialah corak carta kesinambungan trend yang biasanya muncul selepas pergerakan harga jatuh dengan mendadak. Corak ini bermula dengan sell-off yang kuat, kemudian diikuti oleh fasa konsolidasi apabila harga bergerak dalam garisan trend yang semakin rapat.
Konsolidasi ini membentuk segi tiga simetri kecil. Apabila harga memecah ke bawah daripada corak tersebut, ia memberi isyarat bahawa trend menurun sebelumnya mungkin akan bersambung.
Apa Itu Bearish Pennant?
Bearish pennant terdiri daripada tiga bahagian utama: flagpole, pennant, dan breakdown.
Flagpole merujuk kepada kejatuhan harga yang kuat pada peringkat awal.
Selepas itu terbentuk pennant, iaitu fasa konsolidasi pendek apabila harga semakin mengecil dalam bentuk segi tiga simetri.
Peringkat terakhir ialah breakout atau breakdown di bawah garisan trend bawah, yang menandakan potensi sambungan trend bearish.
Kebiasaannya, bearish pennant terbentuk dalam tempoh yang singkat, sekitar satu hingga tiga minggu. Jika tempoh konsolidasi mengambil masa terlalu lama, corak itu mungkin tidak lagi dianggap sebagai bearish pennant, sebaliknya lebih sesuai diklasifikasikan sebagai symmetrical triangle biasa.
Cara Kenal Pasti Ciri-Ciri Bearish Pennant
Untuk mengenal pasti bearish pennant dengan lebih tepat, perhatikan beberapa ciri ini:
Ada Trend Menurun Sebelum Corak
Pertama, mesti ada kejatuhan harga yang jelas dan tajam sebelum corak terbentuk. Tanpa penurunan yang kuat sebelum itu, corak tersebut mungkin bukan bearish pennant sebenar.
Bentuk Konsolidasi Yang Kecil
Bahagian pennant biasanya lebih kecil dan lebih pendek berbanding trend sebelumnya.
Garisan Trend Semakin Rapat
Dalam bearish pennant, high menjadi semakin rendah dan low menjadi semakin tinggi, membentuk segi tiga kecil. Selepas itu, harga mula bergerak dalam julat yang semakin sempit, dengan lower highs pada bahagian atas dan higher lows pada bahagian bawah.
Apabila pergerakan harga semakin menghampiri hujung segi tiga, trader biasanya akan memerhati sama ada harga break ke bawah garisan trend bawah. Jika ini berlaku, ia boleh menjadi petunjuk bahawa downtrend berpotensi bersambung.
Peranan Volume Dalam Bearish Pennant
Volume memainkan peranan yang sangat penting dalam mengesahkan corak ini.
Semasa pennant sedang terbentuk, volume biasanya akan menurun kerana pasaran berada dalam fasa rehat.
Apabila berlaku breakdown, volume sepatutnya meningkat untuk mengesahkan bahawa breakout tersebut sah.
Jika harga break ke bawah tetapi volume kekal lemah, ada kemungkinan breakout itu hanyalah false break.
Apa Yang Berlaku Dalam Bearish Pennant?
Bearish pennant menunjukkan satu jeda sementara dalam trend menurun yang kuat. Pergerakan awal yang jatuh mendadak, iaitu flagpole, mencerminkan tekanan jualan yang agresif.
Semasa konsolidasi, ada seller yang mula mengambil untung dan ada juga buyer yang cuba menolak harga naik semula. Ini menyebabkan berlakunya rally kecil dalam julat yang semakin sempit.
Namun, apabila momentum bullish tidak cukup kuat untuk menukar arah pasaran, harga akan memecah ke bawah dan trend bearish pun bersambung semula.
Sebab itu, bearish pennant dianggap sebagai corak kesinambungan trend, bukannya corak pembalikan. Ia bukan bertujuan meramal trend baru, tetapi lebih kepada menilai sama ada trend semasa masih mempunyai momentum.
Perbandingan Bearish Pennant Dengan Corak Lain
Ramai trader mudah terkeliru apabila melihat bearish pennant kerana bentuknya hampir sama dengan beberapa corak carta lain. Walaupun corak-corak ini nampak seakan serupa, struktur dan konteks pembentukannya sebenarnya berbeza. Sebab itu, penting untuk melihat bukan sahaja bentuk corak, tetapi juga trend sebelum corak itu muncul.
Secara umum, bearish pennant ialah corak kesinambungan bearish yang muncul selepas kejatuhan harga yang kuat. Ia menunjukkan bahawa pasaran sedang berehat seketika sebelum berpotensi menyambung penurunan. Namun, corak ini sering disalah anggap sebagai bullish pennant, bear flag, atau symmetrical triangle.
Jadual Perbandingan Corak
Corak
Trend Sebelum Corak
Bentuk Konsolidasi
Signal Utama
Perbezaan Utama
Bearish Pennant
Trend menurun kuat
Segi tiga kecil, garisan semakin rapat
Breakout ke bawah
Mesti ada flagpole bearish yang jelas sebelum corak
Bullish Pennant
Trend menaik kuat
Segi tiga kecil, garisan semakin rapat
Breakout ke atas
Struktur hampir sama, tetapi arah trend dan breakout bertentangan
Bear Flag
Trend menurun kuat
Saluran kecil yang lebih selari
Breakout ke bawah
Konsolidasi berbentuk channel, bukan segi tiga rapat
Symmetrical Triangle
Boleh muncul dalam apa-apa trend
Segi tiga simetri
Breakout boleh ke atas atau ke bawah
Tidak semestinya ada flagpole atau bersifat continuation
Descending Triangle
Biasanya bearish
Bahagian atas menurun, bahagian bawah mendatar
Breakout ke bawah
Ada support mendatar, tidak rapat simetri seperti pennant
Bearish Pennant vs Bullish Pennant
Perbezaan utama antara bullish dan bearish pennant ialah arah trend. Bullish pennant muncul selepas kenaikan harga yang kuat dan biasanya memberi signal sambungan trend menaik. Sebaliknya, bearish pennant muncul selepas kejatuhan harga yang tajam dan memberi signal bahawa trend menurun mungkin bersambung.
Bearish Pennant vs Bearish Flag
Ramai trader juga keliru antara bearish pennant dan bearish flag kerana kedua-duanya ialah corak bearish continuation. Bezanya, bearish pennant terbentuk dalam garisan trend yang semakin rapat seperti segi tiga kecil, manakala bear flag biasanya bergerak dalam saluran yang lebih selari. Perkara paling penting ialah bearish pennant mesti mempunyai flagpole atau kejatuhan awal yang jelas.
Bearish Pennant vs Symmetrical Triangle
Sekali pandang, bearish pennant memang boleh nampak seperti symmetrical triangle. Tetapi bezanya ialah symmetrical triangle tidak semestinya muncul selepas penurunan harga yang kuat. Ia juga tidak semestinya menunjukkan continuation bearish. Dalam kes bearish pennant, konteks trend sangat penting kerana corak ini hanya dianggap sah jika wujud selepas momentum jatuh yang jelas.
Bearish Pennant vs Descending Triangle
Descending triangle juga sering dianggap hampir sama dengan bearish pennant, tetapi strukturnya berbeza. Dalam descending triangle, bahagian bawah biasanya lebih mendatar manakala bahagian atas semakin menurun. Dalam bearish pennant, kedua-dua garisan trend biasanya saling menghampiri secara lebih simetri. Ini menjadikan bearish pennant lebih mirip segi tiga kecil yang padat selepas sell-off kuat.
Bagaimana Trader Biasanya Guna Bearish Pennant
Kebanyakan trader tidak terus masuk posisi sebaik sahaja nampak bentuk corak. Sebaliknya, mereka akan menunggu sehingga harga benar-benar break di bawah garisan trend bawah.
Ini penting untuk mengelakkan entry terlalu awal. Ada juga trader yang lebih berhati-hati dan memilih untuk tunggu retest pada zon support yang telah dipecahkan, yang kini mungkin bertukar menjadi resistance.
Sasaran Harga
Ramai trader menggunakan teknik measured move untuk menganggarkan sasaran harga. Caranya ialah dengan mengukur panjang flagpole, kemudian memindahkan ukuran itu dari titik breakout.
Bearish pennant memang berguna, tetapi ia tidak patut dianggap sebagai setup yang pasti menjadi.
Dalam kajian sejarah oleh Thomas Bulkowski, corak pennant dengan breakout ke bawah menunjukkan purata penurunan sekitar 6%, tetapi hanya sebahagian daripada setup benar-benar mencapai sasaran measured move penuh. Ini bermaksud sasaran berdasarkan panjang flagpole lebih sesuai dianggap sebagai panduan, bukan jaminan.
Maksudnya, walaupun bearish pennant ialah corak yang popular dalam analisis teknikal, trader tetap perlu mengurus risiko dengan baik dan tidak bergantung pada bentuk corak semata-mata.
Kesilapan Biasa Yang Perlu Dielakkan
Menganggap Semua Segi Tiga Kecil Sebagai Bearish Pennant
Tidak semua segi tiga kecil dalam downtrend ialah bearish pennant. Jika tiada flagpole yang jelas sebelum itu, ia mungkin hanya triangle biasa.
Masuk Trade Sebelum Breakdown Disahkan
Masuk terlalu awal boleh menyebabkan trader terperangkap jika harga belum benar-benar break support.
Abaikan Volume
Breakout tanpa volume yang meyakinkan boleh memberi isyarat palsu.
Tunggu Terlalu Lama Sampai Corak Hampir Ke Apex
Jika harga terlalu dekat dengan hujung segi tiga sebelum breakout berlaku, kekuatan corak mungkin sudah berkurang.
Terlalu Yakin Dengan Sasaran Harga
Bearish pennant tidak menjamin harga akan jatuh sepenuhnya mengikut panjang flagpole. Lebih baik jadikan ia sebagai salah satu petunjuk, bukan satu-satunya sebab untuk entry.
Kesimpulan
Bearish pennant ialah salah satu corak kesinambungan yang paling mudah difahami dalam analisis teknikal kerana ia menceritakan satu struktur pasaran yang jelas: kejatuhan kuat, rehat sementara, dan potensi sambungan trend menurun.
Apabila digunakan bersama konteks trend dan pengurusan risiko yang baik, bearish pennant boleh menjadi salah satu corak yang sangat berguna untuk trader. Dan jika anda ingin memahami lebih banyak corak carta seperti bearish pennant serta cara mengaplikasikannya dalam pasaran sebenar, anda boleh terus belajar melalui bahan pendidikan di Ultima Markets.
FAQs Tentang Bearish Pennant Pattern
1.Apa isyarat utama bearish pennant?
Bearish pennant biasanya memberi isyarat bahawa trend menurun sebelumnya berpotensi bersambung selepas jeda pendek. Trader biasanya mencari breakdown di bawah support bersama peningkatan volume sebagai pengesahan.
2.Apa beza bullish vs bearish pennant?
Perbezaan utamanya ialah arah. Bullish pennant terbentuk selepas kenaikan harga dan mencari breakout ke atas, manakala bearish pennant terbentuk selepas penurunan harga dan mencari breakdown ke bawah.
3.Adakah bearish pennant sama dengan bear flag?
Tidak. Kedua-duanya ialah corak bearish continuation, tetapi bear flag biasanya mempunyai garisan trend yang lebih selari, manakala bearish pennant terbentuk dalam garisan yang semakin rapat.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.