This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Kenali Maksud PPP (Purchasing Power Parity atau Pariti Kuasa Beli), cara ia berfungsi, jenis-jenis dan contoh Big Mac Index.
Apa Maksud PPP (Purchasing Power Parity)?
Pernah rasa pelik tak kenapa kopi RM10 di KL boleh rasa “murah” di satu negara tapi “mahal” di negara lain bila ditukar mata wang? Sama juga dengan tambang e-hailing, langganan streaming, atau set nasi goreng, nilai rasa “mahal” tu berubah ikut tempat.
Di sinilah Maksud PPP (Purchasing Power Parity) masuk: ia bandingkan apa yang satu unit mata wang boleh beli di negara berbeza, jadi kita nampak gambaran yang lebih dekat dengan realiti kos hidup.
Contoh:
Langganan video “Plan A” RM35/bulan di Malaysia. Di Negara X, plan setara mungkin RM70 bila ditukar ke ringgit. PPP kata: kuasa belian pengguna Malaysia untuk item tu lebih tinggi.
Sepinggan nasi goreng RM8 di kampung, RM18 di bandar besar — beza lokasi pun ubah kuasa belian, apatah lagi beza negara.
Apa Itu Maksud PPP?
Maksud PPP (Purchasing Power Parity) atau Pariti Kuasa Beli ialah konsep ekonomi yang menyamakan harga “bakul barang” (basket of goods) yang sama merentas negara. Kalau barang yang sama (jenama, kuantiti, kualiti sama tepat) masih berbeza harga lepas tukar mata wang, itu petunjuk kuasa belian sebenar tak sama.
Istilah-istilah Dalam Purchasing Power Parity
Maksud PPP: kaedah banding harga bakul barang yang sama merentas negara untuk ukur kuasa belian.
Fair value (nilai saksama): anggaran nilai mata wang yang “masuk akal” bila ambil kira paras harga tempatan.
Basket of goods (bakul barang): set barangan/servis asas yang mewakili perbelanjaan tipikal.
Apa Tujuan PPP?
Senang cerita, PPP wujud sebab kadar tukaran (market FX rate) selalu gerak ikut capital flows, sentimen, dan polisi. Benda-benda ni tak semestinya cerminkan harga barang harian. So PPP bagi kita penanda aras yang lebih rapat dengan harga sebenar yang orang bayar.
Apa gunanya?
Banding taraf hidup antara negara: Gaji sama angka tak semestinya sama “kuasa” bila belanja. PPP bantu kira kuasa belian yang real.
Laras statistik macam KDNK (GDP): Guna GDP (PPP) untuk banding saiz ekonomi dengan lebih adil.
Keputusan bisnes & HR: Senang nak set real wage, bajet sewa, utiliti, dan harga input bila nak buka cawangan luar negara. Ramai guna untuk COLA (cost-of-living adjustment).
Rujukan “fair value” mata wang (jangka panjang): Bukan signal trading terus, tapi starting point yang baik sebelum gabung dengan interest rate, inflation, dan kitaran ekonomi.
Pengguna/pelancong & pembuat dasar: Bantu bajet travel (makan, transport, data plan), dan mudahkan kerajaan rangka subsidi/upah minimum ikut kuasa beli isi rumah.
Siapa patut guna PPP?
Siapa
Cara PPP Membantu
Pelabur
Tapis negara/pair ikut nilai relatif (fair value)
Bisnes/HR
Set real wage, COLA, bajet operasi luar negara
Pembuat dasar
Banding taraf hidup, tetapan subsidi/upah minimum
Pengguna/pelancong
Rancang bajet harian ikut kuasa belian
Nak konteks lebih luas tentang istilah dan peranan ekonomi? Lihat artikel Apa Maksud Ekonomi.
Konsep PPP Ni Berfungsi Macam Mana?
Bayang air mineral RM2 di Malaysia, tapi setara RM4 di negara lain. Untuk item sama, ringgit ada kuasa belian dua kali ganda di sini. Secara teori jangka panjang, kadar tukaran akan “menyesuaikan” supaya bakul barang yang sama berharga lebih kurang sama selepas ditukar.
Tapi faktor seperti cukai, kos logistik, produktiviti, dan halangan perdagangan boleh buat angka sebenar lari daripada teori, sebab itu PPP jadi baseline yang bagus, bukan angka muktamad.
Cara Kira & Baca PPP
1) Pilih “bakul barang” (basket of goods) Gabungan barang/servis harian (makanan, pengangkutan, utiliti, sewa). Lagi mewakili realiti, lagi bagus.
2) Ambil harga Kira kos bakul (atau satu item standard) dalam mata wang tempatan di dua negara.
3) Kira kadar PPP Formula: PPP ≈ Paras harga domestik ÷ Paras harga asing Contoh: Big Mac RM10 (MY) ÷ US$5 (AS) ⇒ PPP ≈ RM2/US$1.
Item
Harga MY
Harga AS
PPP (MY/US$)
FX Market
Bacaan Pantas
Big Mac
RM10
US$5
RM2/US$1
RM4.70/US$1
Undervalue (market > PPP)
Set Lunch
RM15
US$8
RM1.88/US$1
RM4.70/US$1
Undervalue (market > PPP)
4) Banding dengan FX market
Jika FX market > PPP → mata wang tempatan nampak undervalue (perlu lebih unit mata wang berbanding “sepatutnya” ikut harga).
Jika FX market < PPP → nampak overvalue.
5) Ingat had realiti Cukai, kos logistik, barang non-tradables, kualiti/jenama buat harga tak sama 100%. Jadi PPP = kompas jangka sederhana–panjang, bukan isyarat entry/exit harian.
Dua Jenis PPP
Untuk memahami maksud PPP dengan lebih mendalam, jom kita tengok dua jenis Pariti Kuasa Beli ini:
1) PPP Mutlak (Absolute PPP)
Fokus pada harga level. Barang/“bakul” yang sama patut sama harga selepas penukaran mata wang.
Contoh: Burger asas RM10 di Malaysia vs ¥300 di Jepun → kadar pariti kira-kira 30 ¥/RM.
Kalau FX market jauh lari (contoh 40–45 ¥/RM), itu tanda tak setara dengan kuasa belian ikut harga barang.
Gunakan cara ini apabila nak banding harga level antara negara secara terus.
Had: Susah cari barang betul-betul identikal (saiz/jenama/cukai boleh beza).
2) PPP Relatif (Relative PPP)
Cara untuk tengok perubahan harga (inflation) dari masa ke masa. Perbezaan inflasi antara dua negara bermaksud kita boleh jangka ada perubahan kadar tukaran jangka panjang.
Rule of thumb: Jika inflasi Malaysia 3% dan AS 6%, jangkaannya ringgit menguat ~3% berbanding USD dalam jangka panjang (untuk kekalkan kuasa belian relatif).
Contoh ringkas: Pelan data 20GB RM35 di sini, setara RM70 di negara lain. Kalau tahun depan harga di sini naik 2% tapi sana naik 7%, jurang relatif makin besar, jadi mata wang kita lebih kuat untuk item tersebut.
Nak baca trend jangka panjang berdasarkan beza inflasi.
Had: Realiti dipengaruhi faktor lain (interest rate, dasar, aliran modal).
Nak faham asas inflasi dengan lebih jelas? Baca panduan ni: Apa Itu Inflasi.
Contoh Maksud PPP: Big Mac Index
Cara paling mudah faham maksud PPP? Jom tengok Big Mac Index, salah satu contoh popular.
Apa sebenarnya Big Mac Index?
Ia ialah penunjuk santai (bukan rasmi) yang diperkenalkan oleh The Economist untuk jelaskan idea PPP kepada orang ramai. Sebab Big Mac dijual di banyak negara dengan resipi/saiz yang hampir sama, harganya boleh dijadikan “proxy” untuk banding kuasa belian antara negara.
Kenapa guna Big Mac?
Produk standard global (lebih “identikal” berbanding banyak barang lain).
Mudah difaham & senang dapat data harga.
Sesuai sebagai contoh pantas bila menerangkan PPP.
Kira macam mana?
PPP Big Mac ≈ Harga Big Mac tempatan ÷ Harga Big Mac AS.
Contoh: RM10 ÷ US$5 = RM2/US$1.
Cara Baca keputusan:
FX > PPP → mata wang tempatan nampak undervalue.
FX < PPP → nampak overvalue.
Contoh: Jika FX pasaran RM4.70/US$1 tapi PPP Big Mac RM2/US$1, mata wang kelihatan undervalue.
Limitasi: Satu produk saja, dipengaruhi sewa/gaji/cukai/strategi harga tempatan.
Kelebihan PPP
Untuk fahami maksud PPP dengan terperinci, mari kita lihat kelebihannya:
Perbandingan kos hidup yang lebih adil PPP guna “basket of goods”, jadi kita banding kuasa belian sebenar antara negara — bukan sekadar angka tukaran. Senang nak faham taraf hidup setara.
Sesuai untuk analisis jangka panjang Paras harga bergerak lebih perlahan berbanding FX harian. PPP bagi “kompas” nilai saksama (fair value) yang lebih stabil untuk lihat arah besar.
Melaras statistik ekonomi (GDP PPP, pendapatan) Guna PPP, angka KDNK/pendapatan jadi lebih setara untuk perbandingan antarabangsa. Berguna untuk laporan, penyelidikan, dan policy planning.
Bantu keputusan bisnes & HR Senang nak tetapkan gaji sebenar (real wage), kos operasi, dan bajet pembesaran luar negara. Juga asas kepada COLA (cost-of-living adjustment).
Rujukan awal penilaian mata wang PPP bagi gambaran fair value relatif mata wang. Penganalisis makro akan gabung dengan faktor lain (interest rate, inflation, growth) untuk view yang lengkap.
Kekurangan PPP
Namun, PPP juga ada kelemahan yang perlu anda tahu. Nak mendalami maksud PPP, kena faham sisi kurangnya juga.
Cari produk benar-benar identikal itu susah Jenama, kualiti, saiz, spesifikasi — bila tak sama 100%, bacaan PPP boleh “tercemar”. Satu item (contoh Big Mac) hanya indikator ringan.
Kurang sesuai untuk trading jangka pendek PPP tak bagi timing signal. Ia baik untuk panduan jangka sederhana-panjang, tapi bukan untuk entry/exit intraday.
Tak tangkap semua faktor dunia sebenar Perbezaan kualiti/jenama, cukai/tarif, kos logistik, dan struktur rantaian bekalan boleh buat harga lari daripada “pariti” yang ideal.
Halangan dagang & kos pengangkutan Barang tak didagang (non-tradables) macam sewa/gunting rambut, serta kos hantar barang rentas negara, jadikan pariti harga sukar dicapai.
Perbezaan produktiviti & upah Produktiviti sektor/negara yang berbeza mempengaruhi kos dan harga akhir — ini tak selalu tercermin sempurna dalam kiraan PPP.
Kaitan PPP dengan Trading
Dalam forex, PPP lebih kepada rujukan jangka sederhana-panjang. Trader makro guna PPP untuk tengok sama ada mata wang nampak terlalu kuat/lemah, kemudian gabungkan dengan faktor lain seperti interest rate, inflation, dan kitaran ekonomi. Untuk intraday, PPP bukan signal masuk/keluar, tapi berguna untuk bina bias dan jangkaan apabila jurang kuasa belian mengecil.
Kesimpulan – Fahami Maksud PPP
Ringkasnya, Maksud PPP bantu kita tengok kuasa belian sebenar antara negara—berguna untuk banding kos hidup, laras angka ekonomi (macam GDP), dan beri gambaran awal fair value mata wang. Dalam trading, anggap PPP sebagai kompas jangka sederhana–panjang, bukan penentu entry/exit harian.
Kalau nak teruskan belajar topik berkaitan ekonomi/trading atau bila dah bersedia nak mula berdagang, boleh rujuk bahan edukasi di Ultima Markets Academy.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.