This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Fahami maksud liquidity provider, cara ia berfungsi, jenis penyedia kecairan, serta kesannya terhadap spread, slippage dan execution trader.
Apa Itu Liquidity Provider Dalam Trading?
Dalam dunia trading forex dan CFD, liquidity provider ialah antara pihak penting yang membantu memastikan order trader boleh dilaksanakan dengan lebih lancar. Ramai trader nampak harga bid, ask, spread dan execution di platform, tetapi tidak semua tahu bahawa liquidity provider memainkan peranan besar di belakang sistem broker. Jika sumber kecairan ini kukuh, broker biasanya boleh menawarkan harga lebih kompetitif, spread lebih stabil dan execution yang lebih efisien.
Apa Itu Liquidity Provider?
Maksud Liquidity provider ialah institusi atau pihak yang menyediakan kecairan pasaran dengan menawarkan harga beli dan harga jual untuk instrumen tertentu. Ia membolehkan sesuatu aset didagangkan dengan lebih mudah.
Dalam konteks forex, liquidity provider boleh terdiri daripada bank besar, institusi kewangan, prime broker, ECN atau market maker yang menyediakan quote harga untuk pasangan mata wang seperti EUR/USD, GBP/USD atau USD/JPY.
Secara mudah, pihak ini membantu memastikan ada pembeli dan penjual pada harga tertentu. Tanpa liquidity provider, pasaran boleh menjadi kurang aktif, spread boleh melebar dan order trader mungkin lebih sukar dilaksanakan pada harga yang diingini.
Bagaimana Liquidity Provider Berfungsi?
Liquidity provider berfungsi dengan membekalkan harga beli dan jual kepada broker secara berterusan. Dari situ, broker boleh memaparkan harga tersebut kepada trader di platform trading.
Secara mudah, prosesnya macam ini:
Liquidity provider menyediakan quote harga
Contohnya harga bid dan ask untuk pasangan mata wang seperti EUR/USD, GBP/USD atau USD/JPY.
Broker menerima harga daripada beberapa sumber
Broker biasanya tidak bergantung kepada satu liquidity provider sahaja.
Mereka boleh mendapatkan harga daripada bank, institusi kewangan, ECN atau market maker.
Sistem broker memilih harga yang kompetitif
Jika beberapa liquidity provider memberi quote berbeza, sistem broker boleh memilih harga yang lebih baik untuk dipaparkan kepada trader.
Trader melihat harga di platform
Harga bid, ask dan spread yang trader nampak di MT4, MT5 atau platform trading datang daripada proses ini.
Order trader dihantar untuk execution
Apabila trader klik buy atau sell, order akan diproses berdasarkan harga dan kecairan yang tersedia pada waktu itu.
Spread boleh berubah ikut keadaan market
Waktu market aktif seperti overlap London dan New York, kecairan biasanya lebih tinggi dan spread boleh jadi lebih rendah.
Semasa high impact news atau market kurang aktif, liquidity provider boleh meluaskan spread kerana risiko pasaran meningkat.
Kenapa Liquidity Provider Penting Untuk Trader?
Liquidity provider penting kerana ia boleh mempengaruhi kualiti trading yang trader rasa di platform, terutama dari segi spread, slippage dan execution.
Spread lebih kompetitif Jika broker ada akses kepada kecairan yang baik, beza harga bid dan ask boleh jadi lebih kecil.
Execution lebih lancar Order trader lebih mudah diproses apabila kecairan pasaran mencukupi.
Kurangkan risiko slippage Dalam keadaan market normal, liquidity provider yang kukuh boleh bantu execution jadi lebih stabil.
Harga lebih konsisten Trader boleh melihat harga yang lebih stabil, terutama semasa market aktif seperti sesi London dan New York.
Namun, semasa high impact news atau volatility tinggi, spread dan slippage masih boleh berlaku walaupun broker mempunyai liquidity provider yang baik.
Contoh Liquidity Provider Dalam Forex
Bayangkan seorang trader mahu membeli 1 lot EUR/USD ketika harga bergerak pantas. Broker akan mendapatkan harga daripada rangkaian liquidity provider yang tersedia. Jika ada banyak sumber aktif, broker boleh memilih harga terbaik dengan lebih cepat.
Tetapi jika market sedang kurang liquid, contohnya selepas market New York hampir tutup, liquidity provider mungkin menawarkan harga dengan spread yang lebih besar. Trader masih boleh masuk posisi, tetapi kos trading mungkin menjadi lebih tinggi.
Contoh lain, semasa NFP atau keputusan kadar faedah, quote daripada sumber kecairan boleh berubah dengan sangat cepat. Harga bid dan ask bergerak laju, spread boleh melebar dan slippage boleh berlaku. Ini bukan semestinya bermaksud platform bermasalah, tetapi boleh berlaku kerana liquidity provider sedang menyesuaikan harga dengan risiko pasaran semasa.
Jenis Liquidity Provider
Dalam industri trading, liquidity provider boleh datang daripada beberapa sumber. Antaranya:
Jenis Liquidity Provider
Peranan Utama
Contoh Mudah
Bank Besar
Menyediakan kecairan utama kerana mempunyai volume transaksi yang besar.
Bank global yang aktif dalam pasaran forex.
Institusi Kewangan
Membekalkan harga dan kecairan untuk pelbagai instrumen kewangan.
Firma kewangan atau institusi pelaburan.
Prime Broker
Membantu broker mendapatkan akses kepada kecairan pasaran institusi.
Broker besar yang menjadi penghubung kepada pasaran lebih luas.
ECN
Menghubungkan banyak peserta pasaran dalam satu rangkaian elektronik.
Rangkaian yang padankan harga daripada pelbagai sumber.
Market Maker
Menyediakan harga beli dan jual sendiri untuk memastikan pasaran kekal aktif.
Pihak yang sentiasa menawarkan bid dan ask.
Non-Bank Liquidity Provider
Menyediakan kecairan melalui teknologi, algoritma dan rangkaian harga elektronik.
Firma teknologi kewangan atau penyedia harga bukan bank.
Walaupun jenisnya berbeza, fungsi utama liquidity provider tetap sama: menyediakan kecairan supaya aset boleh dibeli dan dijual dengan lebih mudah.
Liquidity Provider vs Market Maker
Liquidity provider dan market maker kadang-kadang nampak sama, tetapi ada perbezaan penting.
Perkara
Liquidity Provider
Market Maker
Maksud
Pihak yang menyediakan kecairan pasaran.
Pihak yang aktif menyediakan harga beli dan jual sendiri.
Skop
Lebih umum. Boleh termasuk bank, institusi kewangan, ECN, prime broker atau market maker.
Lebih spesifik. Biasanya bertindak sebagai pembuat pasaran.
Fungsi utama
Membantu broker mendapatkan harga dan kecairan daripada pasaran.
Memastikan instrumen terus boleh dibeli dan dijual.
Sumber harga
Boleh datang daripada beberapa sumber kecairan.
Biasanya menyediakan harga bid dan ask sendiri.
Hubungan antara kedua-dua
Market maker boleh menjadi salah satu jenis liquidity provider.
Tidak semua market maker beroperasi seperti liquidity provider institusi.
Secara mudah, liquidity provider ialah istilah yang lebih luas, manakala market maker ialah salah satu pihak yang boleh menyediakan kecairan dalam pasaran.
Ciri Broker Dengan Liquidity Provider Yang Baik
Broker yang mempunyai liquidity provider berkualiti biasanya boleh menawarkan pengalaman trading yang lebih stabil. Antara ciri yang trader boleh lihat ialah:
Spread lebih kompetitif Beza harga bid dan ask tidak terlalu besar dalam keadaan market normal.
Execution lebih pantas Order buy atau sell dapat diproses dengan lebih lancar.
Harga lebih konsisten Harga di platform tidak terlalu jauh berbeza daripada keadaan pasaran umum.
Kurang requote Order kurang kerap ditolak atau diminta masuk semula pada harga baharu.
Slippage lebih terkawal Slippage masih boleh berlaku, tetapi biasanya tidak terlalu besar dalam market yang stabil.
Namun, trader perlu faham bahawa liquidity provider tidak boleh menghapuskan semua risiko. Semasa news besar, gap market atau volatility tinggi, spread dan slippage tetap boleh berlaku.
Kesan Liquidity Provider Terhadap Spread dan Slippage
Spread dan slippage ialah dua perkara yang sangat berkait dengan liquidity provider. Jika liquidity provider menawarkan harga yang dalam dan kompetitif, broker boleh memaparkan spread yang lebih kecil. Jika kecairan rendah, spread boleh menjadi lebih besar.
Slippage pula berlaku apabila order dilaksanakan pada harga berbeza daripada harga yang diminta. Ini boleh berlaku apabila harga bergerak terlalu cepat atau kecairan tidak cukup pada level harga tersebut. Liquidity provider yang kuat boleh membantu mengurangkan risiko ini dalam keadaan biasa, tetapi tidak menjamin order sentiasa tepat pada harga asal.
Sebagai contoh, trader klik buy pada XAU/USD ketika harga sedang melonjak akibat news inflasi. Dalam beberapa saat, quote daripada liquidity provider boleh berubah banyak kali. Order mungkin masuk pada harga sedikit lebih tinggi kerana harga asal sudah tidak tersedia.
Kesimpulan: Kenapa Liquidity Provider Penting?
Liquidity provider penting kerana ia membantu broker menyediakan harga, spread dan kecairan yang lebih stabil kepada trader. Dengan memahami peranannya, trader boleh menilai kualiti broker dengan lebih bijak, bukan hanya berdasarkan promosi atau leverage. Di Ultima Markets, akses kepada pelbagai instrumen dan execution yang efisien membantu trader berdagang dengan lebih yakin.
FAQs Tentang Liquidity Provider
1. Apa maksud liquidity provider dalam forex?
Liquidity provider dalam forex ialah pihak yang menyediakan harga beli dan jual untuk pasangan mata wang. Ia membantu broker mendapatkan quote harga supaya trader boleh buka dan tutup posisi dengan lebih lancar di platform trading.
2. Kenapa liquidity provider penting kepada trader?
Liquidity provider penting kerana ia boleh mempengaruhi spread, kelajuan execution dan risiko slippage. Jika broker mempunyai akses kepada liquidity provider yang kukuh, harga biasanya lebih stabil dan order lebih mudah dilaksanakan dalam keadaan market normal.
3. Adakah liquidity provider sama dengan broker?
Tidak sama. Broker ialah pihak yang menyediakan platform dan akaun trading kepada trader. Liquidity provider pula ialah sumber kecairan yang membekalkan harga pasaran kepada broker. Dalam sesetengah model, broker boleh berhubung dengan beberapa liquidity provider untuk mendapatkan harga yang lebih kompetitif.
4. Siapa contoh liquidity provider?
Contoh liquidity provider termasuk bank besar, institusi kewangan, prime broker, ECN dan non-bank liquidity provider. Dalam forex, sumber ini membantu menyediakan kecairan untuk pasangan mata wang utama, minor dan exotic.
5. Kenapa spread boleh melebar walaupun broker ada liquidity provider?
Spread boleh melebar apabila volatility meningkat atau kecairan pasaran berkurang. Contohnya semasa news besar, market open selepas cuti atau waktu dagangan kurang aktif, liquidity provider mungkin meluaskan spread untuk menyesuaikan risiko harga semasa.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.