Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom

Apa Maksud Ekonomi: Maksud & Kaitannya Dengan Trading

Summary:

Fahami maksud ekonomi, jenis sistem ekonomi, serta kaitannya dengan pasaran Malaysia dan dunia trading global.

Apa Maksud Ekonomi: Maksud & Kaitannya Dengan Trading

Pernah tak anda terfikir kenapa harga barang naik turun, atau kenapa nilai Ringgit kadang kuat, kadang lemah? Semua ni sebenarnya ada kaitan dengan ekonomi — satu bidang yang menggerakkan kehidupan seharian kita tanpa kita sedar pun.

Artikel ni akan bantu anda faham apa maksud ekonomi, jenis-jenis sistem ekonomi, perbezaan antara ekonomi mikro dan makro, serta bagaimana semua ini berkait dengan ekonomi Malaysia dan dunia trading.

Definisi & Maksud Ekonomi

Ekonomi bermaksud cara manusia, perniagaan dan kerajaan mengurus sumber yang terhad — seperti masa, wang dan tenaga — untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak pernah habis.

Bidang yang mengkaji bagaimana sumber diurus untuk memenuhi kehendak yang tidak terbatas dengan cara yang terhad ini dikenali sebagai ilmu ekonomi.

Dalam erti mudah, ekonomi ialah tentang bagaimana kita membuat pilihan. Setiap hari, kita hadapi keputusan yang memerlukan pertimbangan antara keperluan dan kehendak.

Bayangkan anda ada RM100. Anda boleh guna untuk beli barang dapur, isi minyak, atau simpan untuk masa depan.Tapi bila anda pilih satu, anda perlu korbankan yang lain, inilah yang dipanggil kos peluang (opportunity cost) dalam ekonomi.

Jadi, ekonomi bukan sekadar tentang duit semata-mata tapi tentang cara kita guna sumber yang terhad untuk dapat hasil terbaik dalam kehidupan. Dari individu hingga ke tahap negara, prinsip ini sama: setiap keputusan ekonomi akan bawa kesan kepada pengeluaran, pengagihan dan penggunaan dalam masyarakat.

Apa Maksud Ekonomi

Tiga Asas Utama Dalam Ekonomi

Secara asasnya, ekonomi berfungsi melalui tiga komponen utama: pengeluaran, pengagihan, dan penggunaan. Tiga-tiga ni saling berkait untuk pastikan sumber dalam masyarakat digunakan dengan berkesan.

1. Pengeluaran (Production)

Pengeluaran ialah proses menghasilkan barang dan perkhidmatan yang orang perlukan dari makanan, pakaian, hinggalah tenaga elektrik. Setiap pengeluaran memerlukan sumber utama ekonomi iaitu:

  • Tanah (Land) – sumber semula jadi seperti minyak, getah, atau hasil bumi.
  • Tenaga kerja (Labour) – manusia yang mengusahakan pengeluaran.
  • Modal (Capital) – mesin, kilang, dan wang untuk jalankan operasi.
  • Keusahawanan (Entrepreneurship) – individu yang merancang dan mengambil risiko untuk jalankan perniagaan.

Contohnya, kilang kereta di Shah Alam guna modal (mesin), tenaga kerja (juruteknik), dan bahan mentah (besi, getah) untuk hasilkan kereta nasional. Semua itu sebahagian daripada proses ekonomi.

2. Pengagihan (Distribution)

Lepas barang atau perkhidmatan dihasilkan, ia perlu diagihkan kepada pengguna. Inilah fasa di mana ekonomi menentukan siapa yang dapat apa dan dengan harga berapa.

Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, harga ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Tapi dalam ekonomi campuran seperti Malaysia, kerajaan turut kawal sebahagian harga penting seperti minyak, elektrik atau beras supaya rakyat tak terbeban.

Pengagihan juga melibatkan isu keadilan ekonomi (economic equity) — memastikan setiap lapisan masyarakat dapat manfaat daripada pertumbuhan, bukan hanya golongan kaya. Inilah antara matlamat utama Ekonomi Madani yang diperkenalkan di Malaysia.

3. Penggunaan (Consumption)

Akhir sekali, pengguna membeli dan menggunakan barang atau perkhidmatan tersebut. Setiap kali anda isi minyak, bayar bil telefon, atau beli kopi pagi, anda sedang menyumbang kepada aktiviti ekonomi negara.

Corak penggunaan rakyat sangat penting sebab ia mempengaruhi pertumbuhan ekonomi.

Bila pengguna yakin dengan keadaan ekonomi, mereka akan berbelanja lebih dan ini menggerakkan permintaan, meningkatkan pengeluaran, dan menambah peluang pekerjaan.

Sebaliknya, bila ekonomi perlahan (contohnya masa pandemik), pengguna kurangkan perbelanjaan dan ini boleh memperlahankan keseluruhan kitaran ekonomi.

Ringkasan:

  1. Pengeluaran (Production) – menghasilkan barang atau perkhidmatan.
  2. Pengagihan (Distribution) – cara hasil tu diagihkan kepada pengguna.
  3. Penggunaan (Consumption) – bagaimana orang guna barang atau perkhidmatan tu.

Jadi, tiga asas ekonomi ini — pengeluaran, pengagihan, dan penggunaan — adalah tulang belakang kepada semua aktiviti ekonomi dunia. Dari syarikat besar hingga ke isi rumah, semuanya bergantung kepada keseimbangan antara ketiga-tiganya. Dan keseimbangan inilah yang menentukan kekuatan ekonomi sesebuah negara, termasuk bagaimana ia mempengaruhi nilai mata wang dan pasaran trading global.

Fahamkan erti Ekonomi

Jenis-Jenis Sistem Ekonomi

Dalam dunia sebenar, tidak semua negara mengurus ekonomi dengan cara yang sama. Dalam memahami maksud ekonomi, penting untuk tahu bahawa setiap negara mengamalkan sistem ekonomi yang berbeza bergantung kepada falsafah, ideologi politik dan tahap pembangunan mereka. Secara umum, terdapat tiga jenis sistem ekonomi utama yang menjadi asas kepada struktur ekonomi dunia:

1. Ekonomi Pasaran Bebas (Free Market Economy)

Dalam sistem ini, semua keputusan ekonomi dibuat oleh pasaran, bukan oleh kerajaan. Harga barang, jumlah pengeluaran, dan jenis barangan yang dihasilkan ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran. Jika ramai orang mahu beli sesuatu produk, harganya naik; kalau permintaan menurun, harga akan jatuh.

Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Amerika Syarikat dan Singapura, di mana sektor swasta menjadi enjin utama pertumbuhan ekonomi.

Kelebihan:

  • Menggalakkan inovasi kerana syarikat perlu bersaing untuk menarik pelanggan.
  • Wujud banyak peluang pekerjaan dan perniagaan baru sebab pasaran terbuka luas.

Kekurangan:

  • Risiko jurang pendapatan yang besar antara kaya dan miskin.
  • Tiada jaminan harga barangan keperluan kekal stabil.

Contoh: Dalam sistem pasaran bebas, bila harga minyak mentah naik, kos pengangkutan turut meningkat dan ini terus memberi kesan kepada harga barang lain di pasaran.

2. Ekonomi Terancang (Command Economy)

Dalam sistem ini, kerajaan mempunyai kuasa penuh mengawal seluruh aktiviti ekonomi — dari pengeluaran, harga, sehinggalah pengagihan sumber. Kerajaan yang tentukan apa yang hendak dihasilkan, berapa banyak, dan untuk siapa. Negara seperti Korea Utara dan Cuba ialah contoh klasik ekonomi terancang.

Kelebihan:

  • Kerajaan boleh memastikan keperluan asas rakyat seperti makanan dan perumahan sentiasa mencukupi.
  • Tiada persaingan ekstrem; ekonomi lebih stabil dari segi harga.

Kekurangan:

  • Kurang fleksibiliti dan inovasi kerana semua keputusan ditentukan oleh pihak berkuasa.
  • Sukar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan global atau teknologi baru.

Dalam konteks global, sistem ini semakin jarang digunakan kerana ia cenderung melambatkan pertumbuhan ekonomi dan mengekang kreativiti pasaran.

3. Ekonomi Campuran (Mixed Economy)

Sistem ekonomi campuran ialah gabungan antara pasaran bebas dan kawalan kerajaan. Ini bermakna sektor swasta masih bebas berniaga, tetapi kerajaan turut campur tangan dalam bidang tertentu untuk menjaga kepentingan rakyat.

Inilah sistem yang digunakan oleh Malaysia dan kebanyakan negara moden hari ini.

Di Malaysia, sektor swasta menggerakkan ekonomi melalui industri seperti pembuatan, perkhidmatan dan teknologi, manakala kerajaan memantau dan menetapkan dasar untuk memastikan:

  • Harga barangan asas kekal terkawal,
  • Peluang pekerjaan diwujudkan secara adil,
  • Jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar tidak terlalu jauh.

Kelebihan:

  • Keseimbangan antara kebebasan pasaran dan kestabilan sosial.
  • Wujud perlindungan untuk rakyat melalui subsidi, bantuan dan kawalan harga.

Kekurangan:

  • Kadangkala campur tangan kerajaan terlalu besar boleh melambatkan keputusan pasaran.
  • Risiko birokrasi dan ketidakcekapan dalam sesetengah sektor awam.

Contoh: Kerajaan Malaysia menetapkan harga siling untuk petrol dan gas memasak supaya rakyat tidak terlalu terbeban apabila harga minyak dunia naik mendadak. Pada masa yang sama, syarikat swasta bebas menjalankan aktiviti perniagaan seperti pelaburan, eksport, dan perdagangan antarabangsa.

Sistem EkonomiSiapa Buat KeputusanContoh NegaraCiri Utama
Pasaran BebasPasaran & penggunaAS, SingapuraPersaingan bebas, inovasi tinggi
TerancangKerajaan sepenuhnyaKorea Utara, CubaKawalan penuh kerajaan
CampuranPasaran & kerajaanMalaysia, UKKeseimbangan antara kebebasan & kawalan

Maksud Ekonomi Mikro & Ekonomi Makro di Malaysia

Selepas faham maksud ekonomi dan jenis-jenis sistemnya, satu lagi asas penting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara ekonomi mikro dan ekonomi makro. Kedua-dua cabang ini saling melengkapi untuk memberi gambaran penuh tentang bagaimana ekonomi berfungsi — dari tahap individu hinggalah ke tahap negara.

1. Ekonomi Mikro

Fokus pada unit kecil seperti individu, keluarga, dan perniagaan kecil.

Contoh isu mikro:

  • Harga barang naik sebab kos bahan mentah meningkat.
  • Kedai runcit kecil tentukan berapa banyak stok nak beli.

Di Malaysia, PKS (Perusahaan Kecil & Sederhana) memainkan peranan penting dalam ekonomi mikro. Mereka menjana peluang kerja dan menggerakkan ekonomi tempatan.

2. Ekonomi Makro

Fokus pada keseluruhan ekonomi negara.

Contoh isu makro:

  • Pertumbuhan KDNK (GDP) Malaysia.
  • Kadar inflasi & kadar faedah Bank Negara.
  • Nilai Ringgit berbanding mata wang lain.

Dasar-dasar makroekonomi Malaysia seperti Ekonomi Madani menekankan keseimbangan antara pembangunan, keadilan sosial, dan kestabilan kewangan jangka panjang.

Maksud Ekonomi Malaysia

Bagaimana Kedua-dua Ekonomi Saling Berkait

Ekonomi mikro dan makro tak boleh dipisahkan.

Keputusan mikro, seperti perniagaan menambah harga produk boleh mempengaruhi inflasi di peringkat makro.

Begitu juga sebaliknya, dasar kerajaan di peringkat makro (contohnya kenaikan kadar faedah) boleh memberi kesan langsung kepada keputusan mikro seperti pinjaman perniagaan atau pembelian rumah.

Jadi, untuk benar-benar memahami maksud ekonomi, kita perlu lihat dari kedua-dua sisi — mikro dan makro — sebab di situlah keseimbangan antara aktiviti individu dan hala tuju negara terbentuk.

AspekEkonomi MikroEkonomi Makro
Fokus utamaKajian terhadap unit kecil seperti individu, isi rumah, dan perniagaan kecil.Kajian terhadap ekonomi keseluruhan sesebuah negara.
Contoh tumpuanHarga barang, kos pengeluaran, dan corak perbelanjaan pengguna.Pertumbuhan KDNK (GDP), inflasi, kadar faedah, dan kadar pengangguran.
TujuanUntuk faham bagaimana keputusan individu dan perniagaan mempengaruhi pasaran.Untuk nilai prestasi dan kestabilan ekonomi negara secara menyeluruh.
Contoh di MalaysiaPKS (Perusahaan Kecil & Sederhana) tentukan harga produk berdasarkan kos bahan mentah dan permintaan pelanggan.Bank Negara Malaysia menetapkan kadar faedah untuk kawal inflasi dan nilai Ringgit.

Kenapa Penting Faham Maksud Ekonomi

Ramai orang rasa ekonomi ni cuma untuk pakar atau menteri kewangan. Tapi sebenarnya, semua orang terlibat dan harus faham maksud ekonomi.

Beberapa sebab kenapa kita patut faham asas ekonomi:

  1. Tahu Apa Yang Berlaku Dalam Pasaran
    Bila faham konsep seperti inflasi, kadar faedah dan permintaan, kita tahu kenapa harga barang naik atau turun dan boleh rancang perbelanjaan dengan lebih bijak.
  2. Buat Keputusan Pelaburan Lebih Bijak
    Pengetahuan ekonomi bantu pelabur dan trader kenal punca turun naik pasaran saham atau mata wang, bukan sekadar ikut emosi atau berita semasa.
  3. Bantu Kestabilan Negara Rakyat yang celik ekonomi tahu cara urus kewangan, melabur dan berniaga dengan lebih bijak. Semua ni menyumbang kepada ekonomi negara yang lebih kukuh dan stabil.

Ekonomi Malaysia Dalam Gambaran Mudah

Ekonomi Malaysia boleh dikategorikan sebagai ekonomi terbuka, iaitu kita banyak berdagang dan bergantung kepada hubungan perdagangan dengan negara lain. Ini bermakna, bila ekonomi dunia berubah, Malaysia pun akan terkesan.

Antara faktor utama yang mempengaruhi ekonomi negara termasuk:

  • Inflasi & kadar faedah yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.
  • Nilai Ringgit Malaysia (MYR) berbanding mata wang asing.
  • Harga komoditi global seperti minyak mentah dan kelapa sawit.

Contohnya, bila harga minyak dunia naik, pendapatan negara meningkat. Tetapi dalam masa sama, kos import juga meningkat, memberi kesan pada nilai mata wang dan inflasi tempatan.

Selain itu, tiga tunjang utama ekonomi Malaysia ialah:

  • Pembuatan & Teknologi – semikonduktor, automotif, E&E.
  • Komoditi – minyak mentah, gas asli, kelapa sawit.
  • Perkhidmatan & Kewangan – pelancongan, bank, fintech.

Kalau dibanding dengan negara lain seperti Jepun atau Switzerland, ekonomi Malaysia lebih bergantung pada eksport bahan mentah, sementara mereka lebih kuat dalam industri berteknologi tinggi dan R&D. Sebab tu mata wang mereka (JPY, CHF) lebih stabil. Dan sebab itu juga nilai Ringgit (MYR) kadang-kadang lebih mudah terkesan dengan perubahan pasaran global.

Kaitan Antara Ekonomi & Dunia Trading (Perdagangan)

Ekonomi dan trading tak boleh dipisahkan.

Apa-apa yang berlaku dalam ekonomi global, sama ada kadar faedah naik, inflasi meningkat, atau pertumbuhan negara perlahan, semuanya akan memberi kesan kepada pasaran mata wang (forex).

Bagi trader, memahami maksud ekonomi dan bagaimana ia bergerak ialah asas penting untuk buat keputusan dagangan yang bijak.

1. Ekonomi Kuat = Mata Wang Kukuh

Apabila sesebuah negara mempunyai ekonomi yang stabil, kadar inflasi rendah, dan pertumbuhan kukuh,

pelabur global akan lebih yakin untuk simpan aset atau mata wang negara tersebut.

Contohnya:

  • Amerika Syarikat (USD) dan Switzerland (CHF) dianggap antara mata wang paling kuat di dunia kerana kedua-dua negara mempunyai ekonomi yang matang, sistem kewangan stabil, dan tahap risiko rendah.
  • Bila ekonomi Malaysia pula kukuh (contohnya KDNK meningkat), nilai Ringgit (MYR) juga boleh menguat berbanding mata wang lain.

Jadi, kekuatan ekonomi sesebuah negara biasanya mencerminkan keyakinan pelabur terhadap nilai mata wangnya.

Ekonomi dan matawang USD dan CHF

2. Data Ekonomi Jadi Petunjuk Pasaran

Trader forex sentiasa memerhati laporan ekonomi utama seperti:

  • KDNK (GDP) – menunjukkan sama ada ekonomi sedang berkembang atau perlahan.
  • Kadar pengangguran – mencerminkan tahap aktiviti ekonomi dan kekuatan pasaran kerja.
  • Inflasi & kadar faedah – mempengaruhi kuasa beli dan kadar pertukaran mata wang.

Contoh: Jika Bank Negara atau Federal Reserve menaikkan kadar faedah untuk kawal inflasi, nilai mata wang negara tersebut sering menguat kerana pelabur akan pindahkan dana ke mata wang yang menawarkan pulangan lebih tinggi.

Inilah sebab kenapa analisis fundamental penting dalam trading, sebab ia berdasarkan data ekonomi sebenar, bukan sekadar pergerakan harga di carta.

3. Ekonomi Global Ubah Sentimen Pelabur

Keadaan ekonomi dunia juga mempengaruhi emosi dan tingkah laku pelabur (sentimen pasaran).

Bila ekonomi global tidak stabil, contohnya semasa krisis kewangan, perang, atau kadar inflasi tinggi — pelabur biasanya akan mencari aset yang dianggap “selamat” seperti:

  • Emas (Gold)
  • Dolar AS (USD)
  • Franc Switzerland (CHF)

Sebaliknya, bila keadaan ekonomi dunia bertambah baik, pelabur lebih berani ambil risiko dan kembali ke aset seperti saham, minyak, atau mata wang negara membangun (termasuk MYR).

Jadi, setiap perubahan ekonomi global boleh menggerakkan harga pasaran dengan ketara, dan di sinilah trader bijak ambil peluang.

Ringkasnya, ekonomi yang sihat menyokong kekuatan mata wang, sementara ketidaktentuan ekonomi mencipta peluang bagi trader untuk buat analisis dan ambil posisi.

Contoh Kaitan Ekonomi dan Dagangan

1. Bila Ekonomi Malaysia Kukuh

Bayangkan Bank Negara Malaysia (BNM) umumkan pertumbuhan KDNK melebihi jangkaan. Pelabur asing akan nampak Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik. Mereka mula membeli Ringgit Malaysia (MYR), menyebabkan nilai mata wang kita menguat.

Namun, bila inflasi meningkat dan kadar faedah naik, pelabur mungkin alihkan modal ke negara lain yang lebih stabil. Dalam masa singkat, nilai MYR boleh berubah — dan inilah yang mencipta pergerakan dalam pasaran forex.

2. Bila Ekonomi Amerika (USD) Bergerak Kuat

Amerika Syarikat ialah antara ekonomi terbesar di dunia — dan USD menjadi mata wang paling banyak didagangkan global.

Contohnya, bila Federal Reserve (bank pusat AS) menaikkan kadar faedah, pelabur akan beralih ke aset dalam USD kerana pulangan lebih tinggi. Akibatnya, nilai USD biasanya menguat berbanding mata wang lain seperti EUR, JPY atau MYR.

Sebaliknya, bila ekonomi AS perlahan atau data pekerjaan lemah, pelabur akan mula menjual USD dan cari aset lain yang lebih berpotensi, contohnya emas atau mata wang negara membangun.

Apa Yang Kita Boleh Belajar

Dua contoh ni menunjukkan bahawa ekonomi dan mata wang sentiasa bergerak seiring. Apabila ekonomi sesebuah negara kukuh, pelabur lebih yakin untuk simpan asetnya — dan nilai mata wang pun meningkat. Sebaliknya, bila ekonomi lemah, keyakinan pelabur jatuh dan nilai mata wang boleh merosot.

Inilah sebabnya trader yang faham maksud ekonomi dan kesannya terhadap pasaran global lebih mudah membaca arah pergerakan mata wang dan mengambil peluang dengan lebih bijak.

Ekonomi dan Matawang

Kesimpulan – Fahami Maksud Ekonomi Dengan Mendalam

Kesimpulannya, maksud ekonomi bukan sekadar teori, ia mencerminkan bagaimana negara, perniagaan dan individu berfungsi setiap hari. Daripada keputusan membeli kopi pagi hingga perubahan kadar faedah global, semuanya sebahagian daripada dunia ekonomi.

Bagi trader, memahami ekonomi (dari mikro hingga makro) adalah asas penting untuk membaca arah pasaran dengan lebih yakin. Faktor ekonomi inilah yang menentukan turun naik mata wang dan peluang dalam dunia trading.

Kalau anda nak faham bagaimana ekonomi global mempengaruhi pasaran forex, Ultima Markets sedia bantu anda dengan analisis pasaran harian, bahan pembelajaran percuma dan platform dagangan profesional untuk semua peringkat trader.

Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.

Apa Maksud Ekonomi: Maksud & Kaitannya Dengan Trading
Definisi & Maksud Ekonomi
Tiga Asas Utama Dalam Ekonomi
Jenis-Jenis Sistem Ekonomi
Maksud Ekonomi Mikro & Ekonomi Makro di Malaysia
Kenapa Penting Faham Maksud Ekonomi
Ekonomi Malaysia Dalam Gambaran Mudah
Kaitan Antara Ekonomi & Dunia Trading (Perdagangan)
Contoh Kaitan Ekonomi dan Dagangan
Kesimpulan - Fahami Maksud Ekonomi Dengan Mendalam