Jom kenali 5 mata wang tertinggi di dunia pada tahun 2025 berserta faktor yang mempengaruhi nilai tinggi mereka dalam pasaran kewangan global hari ini!
5 Mata Wang Tertinggi di Dunia 2025
Dalam dunia global hari ini, ramai tertanya-tanya apakah mata wang tertinggi di dunia. Untuk tahun 2025, ada lima mata wang utama yang paling mahal nilainya jika dibandingkan dengan dolar AS (USD) dan ringgit Malaysia (MYR). Artikel ini akan bantu anda kenal pasti kenapa mata wang ini begitu tinggi nilainya.
Berikut adalah 5 mata wang tertinggi di dunia buat masa sekarang dengan kadar terkini:
Mata Wang (Kod) | Kadar USD | Kadar Ringgit | |
1. | Dinar Kuwait (KWD) | 1 KWD = 3.27 USD | 1 KWD = 13.89 MYR |
2. | Dinar Bahrain (BHD) | 1 BHD = 2.65 USD | 1 BHD = 11.26 MYR |
3. | Rial Oman (OMR) | 1 OMR = 2.60 USD | 1 OMR = 11.03 MYR |
4. | Dinar Jordan (JOD) | 1 JOD = 1.41 USD | 1 JOD = 5.99 MYR |
5. | Paun British (GBP) | 1 GBP = 1.34 USD | 1 GBP = 5.69 MYR |
Mari kita tengok kenapa mereka mata wang tertinggi di dunia? Jom baca!
Dinar Kuwait dari Kuwait, negara kecil yang kaya minyak di Teluk Parsi, memang konsisten sebagai mata wang tertinggi di dunia. Sebab utamanya ialah hasil minyak yang lumayan, kira-kira 90% daripada pendapatan eksport negara tersebut. Kuwait juga memiliki dana rizab besar yang bantu menstabilkan nilai dinarnya. Selain itu, Kuwait antara negara paling kaya di dunia dengan GDP per kapita sekitar USD32,289 pada 2024.
Dinar Bahrain juga terletak di rantau Teluk, berjiran dengan Arab Saudi. Mata wang Bahrain berada di tangga kedua kerana ia diikat pada nilai USD sejak 1980-an untuk kekal stabil. Negara ini banyak bergantung pada eksport petroleum dan gas asli yang menyumbang sekitar 14% kepada ekonominya. Disebabkan kestabilan ini, pelabur antarabangsa yakin dengan Dinar Bahrain, sekali gus melonjakkan nilainya sebagai salah satu mata wang tertinggi di dunia.
Rial Oman berada di tempat ketiga, juga dari kawasan Teluk iaitu Kesultanan Oman di tenggara Semenanjung Arab. Seperti jirannya, Oman turut mengikat nilai rialnya kepada USD sejak tahun 1970-an, dengan ekonomi berasaskan minyak dan gas. Selain minyak, sektor pertanian dan perikanan turut memberi sumbangan kecil yang menambahkan kepelbagaian ekonomi. GDP per kapita Oman sekitar USD20,631 pada 2024 menjadikan Rial Oman stabil dan antara mata wang tertinggi di dunia.
Dinar Jordan agak unik kerana Jordan bukanlah negara pengeluar minyak, malah terpaksa mengimport hampir semua minyak untuk kegunaan dalam negara. Namun, Jordan berjaya mengekalkan nilai mata wangnya tinggi kerana sistem perbankan yang kukuh dan kestabilan mata wang yang diikat kepada dolar AS sejak 1995. Rizab kewangan yang tinggi, melebihi USD20 bilion pada 2024, turut memberi keyakinan kepada pelabur global terhadap Dinar Jordan sebagai salah satu mata wang tertinggi di dunia.
Berbeza dengan empat negara sebelumnya, Paun British dari United Kingdom tidak bergantung pada minyak tetapi pada sektor perkhidmatan yang menyumbang lebih 80% kepada ekonominya. Kota London, hab kewangan dunia, menjadikan paun sangat cair dan popular di kalangan pedagang forex. Oleh sebab itu, Paun British kekal sebagai antara mata wang tertinggi di dunia yang sentiasa mendapat permintaan tinggi.
Fakta tentang mata wang tertinggi di dunia ini amat penting untuk anda yang berminat memahami ekonomi global atau trading forex. Untuk informasi lanjut tentang dunia kewangan, analisis pasaran dan tip trading, ikuti Ultima Markets Malaysia.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.
Amaran Risiko:Berdagang Forex dan CFD membawa risiko kerugian lebih besar daripada pelaburan awal anda dan berdagang berdasarkan dana yang mampu. Anda tidak memiliki atau mempunyai sebarang hak ke atas aset yang mendasari derivatif (seperti hak untuk menerima pembayaran dividen). Pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat. Berdagang produk berleveraj mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Sebelum berdagang, sila ambil kira tahap pengalaman anda, objektif pelaburan dan dapatkan nasihat kewangan bebas jika perlu. Sila pertimbangkan dokumen undang-undang kami dan pastikan anda memahami sepenuhnya risiko sebelum anda membuat sebarang keputusan perdagangan.
Amaran Nasihat Am:Maklumat di laman web ini adalah bersifat umum sahaja dan sebarang nasihat telah disediakan tanpa mengambil kira objektif, keadaan kewangan atau keperluan anda. Sehubungan itu, sebelum bertindak atas nasihat tersebut, anda harus mempertimbangkan kesesuaian sebarang nasihat dengan mengambil kira objektif, keadaan kewangan dan keperluan anda, dan selepas mempertimbangkan dokumen undang-undang.
Sekatan Serantau:Maklumat atau peranti di laman web ini tidak ditujukan atau ditawarkan kepada penduduk di bidang kuasa tertentu seperti Amerika Syarikat, Korea Utara dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pasukan sokongan pelanggan Ultima Markets.
Nama dagangan Ultima Markets Ltd, diberi kuasa dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan 'FSC' Mauritius sebagai Peniaga Pelaburan (Penjual Perkhidmatan Penuh, tidak termasuk Pengunderaitan) (No. lesen GB 23201593). Alamat pejabat berdaftar: Tingkat 2, The Catalyst, 40 Silicon Avenue, Ebene Cybercity, 72201, Mauritius.
Ultima Markets (Pty) Ltd, with registration number K2021950694, is licensed and authorised by the Financial Sector Conduct Authority (FSCA) under FSP number 52497. Registered address: 183 Albion Springs, Rondebosch, Cape Town, Western Cape, 7700, South Africa.
hak cipta © 2025 Ultima Markets Ltd. Hak cipta terpelihara.
Messenger
Take the conversation to your Messenger account. You can return anytime.
Scan the QR code and then send the message that appears in your Messenger.
Take the conversation to your Instagram account. You can return anytime.
Scan the QR code to open Instagram. Follow @ultima_markets to send a DM.
Live Chat