Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom
Roll Arrow

Unit Trust 101: Fahami Unit Amanah Untuk Beginner

Ultima Markets Silver & Gold Trading Icon
Buy: 0.00
Sell: 0.00%

Ringkasan:

  • Ketahui maksud unit trust fund, cara ia berfungsi, jenis dana, risiko, modal permulaan dan cara mula melabur.

Unit Trust 101: Fahami Unit Amanah Untuk Beginner

Unit trust (unit amanah) ialah pelaburan kolektif di mana wang daripada ramai pelabur dikumpulkan dalam satu unit trust fund dan diuruskan oleh fund manager. Ia sesuai difahami oleh beginner yang mahu mula melabur tanpa perlu memilih saham satu per satu.

apa maksud unit trust

Apa Itu Unit Trust?

Maksud unit trust atau unit amanah ialah pelaburan kolektif di mana wang daripada ramai pelabur dikumpulkan dalam satu dana dan diuruskan oleh fund manager. Dana ini kemudian dilaburkan ke dalam aset seperti saham, bon atau pasaran wang mengikut objektif dana.

Contohnya, bayangkan 10,000 orang pelabur masing-masing memasukkan wang ke dalam satu dana. Wang itu digabungkan dan digunakan untuk membeli pelbagai aset. Setiap pelabur memiliki unit berdasarkan jumlah pelaburan masing-masing. Jika nilai dana naik, nilai unit trust anda juga boleh meningkat. Jika nilai dana turun, nilai pelaburan anda juga boleh menurun.

Extra info: Unit trust fund tidak sama dengan trust fund. Unit trust fund ialah dana pelaburan yang boleh dibeli oleh pelabur, manakala trust fund biasanya merujuk kepada dana amanah yang dibuat untuk mengurus atau mewariskan aset kepada penerima tertentu.

Bagaimana Unit Trust Fund Berfungsi?

Secara ringkas, unit trust fund atau dana unit amanah berfungsi dengan mengumpulkan wang pelabur dan melaburkannya ke dalam portfolio aset mengikut objektif dana.

  • Pelabur masukkan wang ke dalam unit trust fund.
  • Wang dikumpulkan bersama wang pelabur lain dalam satu dana.
  • Fund manager uruskan dana dengan memilih aset seperti saham, bon atau pasaran wang.
  • Trustee menjaga kepentingan pelabur dan memastikan aset dana diurus mengikut peraturan.
  • Nilai dana berubah mengikut prestasi aset dalam dana tersebut.
  • Nilai unit trust dikira melalui NAV, iaitu Net Asset Value. Jika aset dana naik, NAV boleh naik. Jika aset dana jatuh, NAV juga boleh turun.

Sebab itu, unit trust bukan fixed deposit dan pulangannya tidak dijamin.

Jenis-Jenis Unit Trust Fund Secara Umum

Secara umum, unit trust fund atau dana unit amanah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis utama.

  • Equity Fund
    Equity fund ialah unit trust fund yang melabur kebanyakannya dalam saham. Dana jenis ini biasanya sesuai untuk pelabur yang mahu potensi pertumbuhan modal dalam jangka panjang. Namun, harga dana boleh turun naik dengan lebih ketara kerana ia bergantung pada prestasi pasaran saham.
  • Bond Fund / Fixed Income Fund
    Bond fund pula melabur dalam bon atau instrumen pendapatan tetap. Dana ini biasanya lebih stabil berbanding equity fund kerana fokusnya lebih kepada pendapatan berkala dan risiko yang sederhana. Namun, pulangannya mungkin tidak setinggi dana yang lebih agresif.
  • Balanced Fund
    Balanced fund menggabungkan saham dan bon dalam satu portfolio. Tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan antara pertumbuhan dan kestabilan. Dana ini sesuai untuk pelabur yang mahu potensi pulangan, tetapi tidak mahu mengambil risiko setinggi equity fund.
  • Money Market Fund
    Money market fund melabur dalam instrumen jangka pendek seperti deposit dan pasaran wang. Dana ini biasanya lebih konservatif dan kurang volatile. Ia sesuai untuk pelabur yang mahu pilihan lebih stabil, tetapi potensi pulangannya juga biasanya lebih rendah.
  • Shariah Fund
    Shariah fund ialah unit trust fund yang melabur mengikut prinsip patuh Syariah. Dana ini akan mengelakkan pelaburan dalam sektor atau instrumen yang tidak patuh Syariah. Ia sesuai untuk pelabur yang mahu pelaburan selari dengan prinsip kewangan Islam.
bagaimana unit trust fund berfungsi

Unit Trust vs Saham vs Fixed Deposit vs ETF

Sebelum memilih dana unit amanah, pelabur boleh bandingkan unit trust dengan pilihan pelaburan lain seperti saham, fixed deposit dan ETF. Perbandingan ini membantu beginner faham pilihan mana yang lebih sesuai dengan objektif, risiko dan cara pelaburan masing-masing.

PerbandinganUnit TrustSahamFixed DepositETF
Maksud ringkasPelaburan kolektif yang diuruskan oleh fund manager.Beli pegangan dalam syarikat tertentu secara terus.Simpanan berjangka dengan kadar pulangan yang ditetapkan.Dana yang biasanya mengikuti indeks dan didagangkan seperti saham.
Cara diuruskanDiuruskan oleh fund manager.Pelabur perlu pilih dan urus sendiri.Diuruskan oleh bank.Biasanya ikut indeks atau sektor tertentu.
Tahap risikoBergantung pada jenis unit trust fund.Lebih tinggi kerana bergantung pada prestasi saham tertentu.Lebih rendah berbanding pelaburan pasaran.Bergantung pada indeks atau aset yang dijejaki.
Potensi pulanganBoleh sederhana hingga tinggi, bergantung pada dana.Boleh tinggi, tetapi risiko rugi juga lebih besar.Biasanya lebih rendah tetapi lebih stabil.Bergantung pada prestasi indeks atau pasaran.
Kesesuaian untuk beginnerSesuai jika mahu pelaburan yang diuruskan secara profesional.Sesuai jika sanggup belajar analisis saham sendiri.Sesuai untuk mereka yang mahu kestabilan dan risiko rendah.Sesuai untuk pelabur yang mahu exposure pasaran dengan kos lebih rendah.
Kecairan / keluarkan duitBoleh redeem, tetapi proses mungkin ambil beberapa hari bekerja.Boleh jual di pasaran semasa waktu dagangan.Biasanya perlu tunggu tempoh matang untuk elak kehilangan faedah.Boleh jual beli di pasaran seperti saham.
Kos atau yuranAda yuran seperti sales charge, management fee atau trustee fee.Ada brokerage fee dan caj berkaitan.Biasanya tiada yuran pelaburan besar, tetapi pulangan terikat pada kadar FD.Biasanya ada management fee dan brokerage fee.
Paling sesuai untukPelabur yang mahu mula melabur tanpa pilih aset satu per satu.Pelabur yang mahu kawalan penuh terhadap pilihan saham.Penyimpan yang mahu pulangan lebih stabil dan risiko rendah.Pelabur yang mahu pelaburan pasif dan exposure kepada indeks.

Secara mudah, unit amanah berada di tengah-tengah antara pilihan yang lebih stabil seperti fixed deposit dan pilihan yang lebih aktif seperti saham. Ia sesuai untuk pelabur yang mahu mula melabur secara lebih tersusun, tetapi masih perlu faham risiko dan yuran sebelum memilih mana-mana unit trust fund.

Kelebihan dan Risiko Unit Trust

Sebelum memilih mana-mana unit trust fund, pelabur perlu faham bahawa unit amanah ada kelebihan dan risiko tersendiri yang perlu dinilai berdasarkan objektif kewangan masing-masing.

Kelebihan Unit TrustRisiko Unit Trust
Mudah untuk beginner kerana pelabur tidak perlu pilih saham satu per satu.Nilai boleh turun naik mengikut prestasi pasaran saham, bon atau aset dalam dana.
Ada diversification kerana satu unit trust fund biasanya melabur dalam banyak aset.Tiada jaminan pulangan kerana prestasi lepas tidak semestinya berulang.
Diuruskan oleh fund manager, sesuai untuk pelabur yang tiada masa monitor market setiap hari.Ada yuran tertentu seperti sales charge, management fee dan trustee fee.
Boleh mula secara berkala, contohnya melabur jumlah kecil setiap bulan.Risiko salah pilih dana jika unit trust fund tidak sesuai dengan objektif, tempoh masa atau profil risiko pelabur.

Modal, Tempoh dan Redemption Unit Trust

  1. Modal Permulaan

Modal untuk mula melabur dalam unit trust fund bergantung pada dana, platform dan cara pelaburan yang dipilih. Sebagai contoh, ada pelabur yang mungkin mula dengan RM100 sebulan, manakala ada juga yang mula dengan RM500 atau RM1,000 sebagai pelaburan pertama.

Untuk beginner, jumlah yang lebih kecil seperti RM100–RM300 sebulan boleh jadi permulaan yang lebih selesa, asalkan tidak mengganggu duit kecemasan, komitmen bulanan atau bayaran penting lain.

Contohnya, jika seseorang bergaji RM3,000 sebulan, mereka mungkin asingkan RM150 hingga RM300 sebulan untuk unit trust, bergantung pada kemampuan dan objektif kewangan mereka.

  1. Tempoh Pelaburan

Unit trust biasanya lebih sesuai untuk jangka sederhana hingga panjang kerana nilai dana boleh naik turun dalam jangka pendek. Sebagai contoh, jika pelabur hanya mahu simpan duit untuk 3 hingga 6 bulan, unit trust fund yang volatile mungkin kurang sesuai kerana nilai dana boleh turun ketika duit itu diperlukan.

Untuk pelaburan yang lebih stabil dari segi expectation, pelabur biasanya melihat tempoh sekitar 3 hingga 5 tahun, atau lebih lama jika objektifnya seperti pendidikan anak, persaraan atau bina kekayaan jangka panjang.

Contohnya, jika anda melabur RM200 sebulan selama 5 tahun, jumlah modal terkumpul ialah RM12,000 sebelum mengambil kira sebarang keuntungan atau kerugian. Ini membantu pelabur lihat unit amanah sebagai pelaburan berdisiplin, bukan cara cepat untung.

  1. Redemption Unit Trust

Redemption bermaksud menjual semula unit amanah untuk mendapatkan tunai. Jumlah yang diterima bergantung pada harga unit semasa proses redemption dibuat.

Jika harga unit lebih rendah daripada harga beli, pelabur mungkin mengalami kerugian. Selain itu, proses redemption biasanya tidak berlaku serta-merta dan boleh mengambil beberapa hari bekerja bergantung pada dana atau platform.

Kesimpulan Unit Trust

Unit trust atau unit amanah ialah pelaburan kolektif yang mengumpulkan wang pelabur ke dalam satu unit trust fund dan diuruskan oleh fund manager. Ia boleh sesuai untuk beginner yang mahu mula melabur secara lebih tersusun, tetapi pelabur tetap perlu faham risiko, yuran dan objektif dana sebelum membuat keputusan.

Di Ultima Markets, pelabur dan trader digalakkan membina ilmu pasaran terlebih dahulu supaya setiap keputusan kewangan dibuat dengan lebih yakin dan berhati-hati.

jenis-jenis unit trust fund

FAQs Unit Trust

1. Apa itu Unit Trust atau Unit Amanah?

Unit trust atau unit amanah ialah pelaburan kolektif di mana wang daripada ramai pelabur dikumpulkan dalam satu dana dan diuruskan oleh fund manager.

2. Unit trust ni sesuai ke kalau saya baru nak mula melabur?

Ya, unit trust boleh jadi pilihan untuk beginner sebab anda tidak perlu pilih saham satu per satu. Namun, anda tetap perlu faham objektif dana, risiko dan yuran sebelum mula melabur.

3. Boleh untung cepat ke dengan unit trust?

Biasanya unit trust lebih sesuai untuk jangka sederhana hingga panjang, bukan untuk untung cepat. Nilai dana boleh naik turun, jadi pelabur perlu ada expectation yang realistik.

4. Kalau market jatuh, patut terus jual unit trust?

Tidak semestinya. Jika market jatuh, semak semula objektif pelaburan, tempoh masa dan prestasi dana. Jangan redeem unit trust hanya kerana panik, terutama jika matlamat anda masih jangka panjang.

5. Apa benda paling penting sebelum pilih unit trust fund?

Perkara paling penting ialah pastikan unit trust fund itu sesuai dengan objektif kewangan, tahap risiko dan tempoh pelaburan anda. Jangan pilih dana hanya kerana orang lain kata bagus.

Kongsi Sekarang

  • Article Details
  • Article Details
  • Article Details

Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.

Isi Kandungan

  • Unit Trust 101: Fahami Unit Amanah Untuk Beginner
  • Apa Itu Unit Trust?
  • Bagaimana Unit Trust Fund Berfungsi?
  • Jenis-Jenis Unit Trust Fund Secara Umum
  • Unit Trust vs Saham vs Fixed Deposit vs ETF
  • Kelebihan dan Risiko Unit Trust
  • Modal, Tempoh dan Redemption Unit Trust
  • Kesimpulan Unit Trust
  • FAQs Unit Trust
Ultimate Trader Cup

Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.

By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.