Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom
Roll Arrow

Kagi Chart: Cara Baca Trend Tanpa Noise

Ultima Markets Silver & Gold Trading Icon
XAGUSD
Buy: 0.00
Sell: 0.00%

Ringkasan:

  • Kagi chart bantu trader lihat trend dengan lebih jelas. Fahami maksud, cara guna, risiko dan contoh mudah dalam trading.

Kagi Chart: Cara Baca Trend Tanpa Noise

Kagi chart ialah sejenis carta analisis teknikal yang fokus pada pergerakan harga, bukan masa. Berbeza dengan candlestick chart yang bergerak mengikut timeframe seperti 5 minit, 1 jam atau harian, kagi chart hanya berubah apabila harga bergerak cukup jauh mengikut tetapan reversal yang dipilih. Sebab itu, kagi chart sering digunakan oleh trader yang mahu melihat arah trend dengan lebih bersih tanpa terlalu terganggu oleh pergerakan kecil dalam pasaran.

Apa Itu Kagi Chart?

Maksud Kagi Chart Kagi chart ialah carta harga yang tidak bergantung sepenuhnya pada masa. Ia melukis garisan berdasarkan perubahan harga yang signifikan, dan bukan setiap candle mengikut minit atau jam.

Kagi chart berasal daripada teknik carta Jepun lama dan digunakan untuk membaca hubungan antara supply dan demand dalam pasaran. Dalam kagi chart, pergerakan harga biasanya dipaparkan menggunakan garisan menegak yang disambungkan dengan garisan mendatar pendek. Apabila harga terus bergerak sehala, garisan akan memanjang. Apabila harga berpatah balik melebihi jumlah reversal tertentu, garisan akan bertukar arah.

Contohnya, kalau EUR/USD naik turun kecil dalam satu range sempit, candlestick biasa mungkin nampak sangat “sibuk”. Tetapi kagi chart boleh tapis banyak noise itu dan hanya tunjuk pergerakan yang lebih penting.

Bagaimana Kagi Chart Berfungsi?

Cara carta ini berfungsi bergantung pada reversal amount. Reversal amount ialah jumlah pergerakan harga minimum yang diperlukan sebelum carta bertukar arah. Tetapan ini boleh dibuat dalam bentuk nilai tetap, peratusan, atau kadang-kadang berdasarkan volatility seperti ATR, bergantung pada platform yang digunakan.

Contoh mudah:

  • Jika reversal ditetapkan pada 50 pip, carta ini tidak akan bertukar arah hanya kerana harga turun 10 atau 20 pip.
  • Carta hanya akan berubah arah apabila harga bergerak melawan trend sekurang-kurangnya 50 pip.
  • Ini membantu trader mengabaikan pergerakan kecil yang mungkin tidak membawa makna besar.

Dalam sesetengah platform, carta ini juga menggunakan garisan tebal dan nipis. Garisan tebal biasanya dikaitkan dengan tekanan belian yang lebih kuat, manakala garisan nipis boleh menunjukkan tekanan jualan yang meningkat. Namun, warna dan gaya visual mungkin berbeza mengikut platform.

Contoh Carta Kagi

Cara Baca Kagi Chart Dalam Trading

Untuk membaca kagi chart, trader boleh fokus pada tiga perkara utama: arah garisan, perubahan ketebalan garisan, dan paras reversal.

Jika carta ini sedang bergerak ke atas dan membentuk garisan yang semakin panjang, ini boleh menunjukkan momentum bullish. Jika garisan bertukar ke bawah selepas price reversal yang jelas, ini mungkin memberi tanda awal bahawa tekanan jualan mula masuk.

Cara baca yang lebih praktikal:

  • Garisan naik: buyer lebih dominan
  • Garisan turun: seller mula menguasai
  • Garisan menjadi tebal: demand semakin kuat
  • Garisan menjadi nipis: supply semakin kuat
  • Reversal jelas: kemungkinan perubahan momentum

Contoh relatable: bayangkan anda trade gold. Pada candlestick 5 minit, harga XAUUSD mungkin nampak naik turun laju sampai susah nak bezakan trend sebenar. Dengan carta ini, anda boleh lihat sama ada pergerakan itu cukup besar untuk dianggap sebagai perubahan arah, atau sekadar noise biasa.

Cara Trade Guna Kagi Chart

Untuk trade guna kagi chart, perkara paling penting ialah jangan anggap carta ini sebagai signal buy dan sell automatik. Kagi chart lebih sesuai digunakan untuk membaca arah trend, melihat perubahan momentum, dan menapis noise sebelum trader buat keputusan entry.

Secara asasnya, trader boleh gunakan kagi chart dengan langkah berikut:

  1. Tetapkan Reversal Amount Yang Sesuai

Sebelum cari entry, tetapkan dulu reversal amount. Ini ialah jumlah pergerakan harga minimum yang diperlukan sebelum kagi chart bertukar arah.

Kalau reversal amount terlalu kecil, carta boleh jadi terlalu sensitif dan banyak beri signal palsu. Kalau terlalu besar pula, signal mungkin jadi lambat.

Contoh mudah:

  • Untuk pasangan forex yang bergerak perlahan, trader mungkin gunakan reversal amount lebih kecil.
  • Untuk instrumen volatile seperti gold atau indeks, reversal amount mungkin perlu lebih besar supaya carta tidak terlalu “bising”.
  1. Kenal Pasti Arah Trend Utama

Selepas reversal amount ditetapkan, lihat sama ada garisan kagi chart lebih banyak bergerak ke atas atau ke bawah.

Jika garisan banyak memanjang ke atas dan harga terus membuat paras tinggi baharu, ini boleh menunjukkan trend bullish. Jika garisan banyak bergerak ke bawah dan harga terus membuat paras rendah baharu, ini boleh menunjukkan trend bearish.

Cara mudah baca:

Pergerakan Kagi ChartMaksud Umum
Garisan naik berterusanMomentum bullish masih kuat
Garisan turun berterusanMomentum bearish masih kuat
Kerap bertukar arahMarket mungkin sedang sideways
Break paras tinggi sebelumnyaPotensi continuation bullish
Break paras rendah sebelumnyaPotensi continuation bearish
  1. Cari Signal Entry Selepas Reversal Yang Jelas

Dalam kagi chart, signal entry biasanya diperhatikan apabila carta menunjukkan perubahan arah yang jelas, bukan sekadar pergerakan kecil.

Untuk setup buy, trader boleh perhatikan apabila kagi chart bertukar daripada arah menurun kepada menaik, terutamanya jika perubahan itu berlaku berhampiran kawasan support. Signal boleh menjadi lebih menarik jika harga juga berjaya melepasi paras resistance kecil sebelumnya.

Untuk setup sell pula, trader boleh perhatikan apabila kagi chart bertukar daripada arah menaik kepada menurun, terutama jika perubahan itu berlaku berhampiran kawasan resistance. Signal lebih kuat jika harga turut memecahkan support kecil sebelumnya.

  1. Gabungkan Dengan Support dan Resistance

Walaupun kagi chart boleh membantu tapis noise, trader masih perlu lihat kawasan support dan resistance. Ini penting supaya entry tidak dibuat secara rawak.

Contohnya, kalau kagi chart mula bertukar naik betul-betul di kawasan support, ini boleh memberi petunjuk bahawa buyer mula masuk semula. Sebaliknya, kalau carta mula bertukar turun berhampiran resistance, ini boleh menunjukkan seller sedang mempertahankan kawasan tersebut.

Ringkasnya:

  • Buy area: kagi chart bertukar naik berhampiran support
  • Sell area: kagi chart bertukar turun berhampiran resistance
  • Avoid: entry di tengah-tengah range tanpa kawasan harga penting
  1. Letak Stop Loss Berdasarkan Struktur Harga

Stop loss tidak patut diletakkan terlalu rapat hanya kerana mahu risiko kecil. Dalam penggunaan kagi chart, stop loss lebih sesuai diletakkan berdasarkan struktur harga.

Untuk buy setup, stop loss boleh diletakkan di bawah swing low atau reversal point terakhir. Untuk sell setup, stop loss boleh diletakkan di atas swing high atau reversal point terakhir.

Contoh:

SetupEntryStop Loss
BuySelepas kagi chart bertukar naik dan break resistance kecilDi bawah reversal low terakhir
SellSelepas kagi chart bertukar turun dan break support kecilDi atas reversal high terakhir
  1. Ambil Profit Di Kawasan Target Yang Logik

Untuk take profit, trader boleh gunakan kawasan support dan resistance seterusnya sebagai target. Jangan hanya masuk trade tanpa tahu di mana mahu keluar.

Antara cara tentukan take profit:

  • target di resistance seterusnya untuk buy setup
  • target di support seterusnya untuk sell setup
  • gunakan risk-to-reward seperti 1:2
  • ambil partial profit jika harga sudah bergerak jauh
  • keluar jika kagi chart menunjukkan reversal bertentangan

Contohnya, jika anda entry buy selepas kagi chart bertukar naik dari support, target pertama boleh diletakkan berhampiran resistance sebelumnya. Jika harga terus kuat dan carta masih menunjukkan trend menaik, sebahagian posisi boleh dibiarkan sehingga signal reversal muncul.

  1. Elakkan Trade Ketika Market Sideways

Satu kelemahan kagi chart ialah ia masih boleh memberi signal yang mengelirukan ketika market terlalu sideways. Jika garisan terlalu kerap bertukar arah, itu tanda market belum ada trend yang jelas.

Dalam keadaan ini, lebih baik trader tunggu breakout atau gunakan confirmation tambahan seperti moving average, RSI, MACD, atau volume jika tersedia.

Cara trade guna kagi chart bukanlah dengan masuk setiap kali garisan bertukar arah. Lebih selamat jika trader tunggu perubahan arah yang jelas, berlaku berhampiran support atau resistance, dan disahkan oleh price action atau indikator lain.

Kagi Chart vs Candlestick Chart Vs Renko Chart

AspekKagi ChartCandlestick ChartRenko Chart
Fokus utamaPerubahan harga dan reversalMasa dan hargaPergerakan harga berdasarkan saiz brick
Paparan masaTidak terlalu bergantung pada masaBerdasarkan timeframe seperti 5 minit, 1 jam atau dailyTidak terlalu bergantung pada masa
Bentuk cartaGarisan menegak dan mendatar yang berubah arahCandle dengan body dan wickBlok atau “brick” yang naik dan turun
Noise pasaranLebih ditapis berbanding candlestickLebih banyak pergerakan kecilSangat membantu tapis noise kecil
Cara reversal berlakuBila harga bergerak melawan arah semasa melebihi reversal amountBergantung pada candle dalam timeframe tertentuBila harga bergerak cukup jauh untuk membentuk brick baharu
Sesuai untukMelihat trend, reversal dan perubahan supply-demandEntry detail, price action dan analisis candleMelihat trend yang lebih bersih dan breakout
Kelebihan utamaBantu nampak perubahan trend dengan lebih jelasMenunjukkan maklumat harga yang lengkapCarta nampak lebih kemas dan kurang “sibuk”
CabaranSetting reversal perlu tepatBoleh terlalu “sibuk” untuk beginnerSignal boleh lambat jika brick size terlalu besar
Kagi Chart - Perbezaan Antara Kagi - Candlestick - Renko
Candlestick Chart - Perbezaan Antara Kagi - Candlestick - Renko
Renko Chart - Perbezaan Antara Kagi - Candlestick - Renko

Secara ringkas, kagi chart lebih sesuai untuk trader yang mahu melihat struktur trend dan reversal dengan lebih bersih. Candlestick chart pula lebih sesuai jika anda mahu baca detail seperti wick, candle close, support, resistance, dan pattern tertentu. Renko chart pula berada di tengah-tengah dari segi fungsi visual; ia juga menapis noise seperti kagi chart, tetapi menggunakan bentuk brick untuk menunjukkan pergerakan harga yang signifikan.

Contohnya, kalau anda melihat XAUUSD bergerak naik turun dalam range kecil, candlestick chart mungkin nampak terlalu banyak signal. Renko chart boleh bantu susun pergerakan itu dalam bentuk brick yang lebih kemas, manakala kagi chart pula boleh bantu lihat sama ada tekanan belian atau jualan benar-benar mula berubah. Jadi, ketiga-tiga carta ini bukan semestinya bersaing, tetapi boleh digunakan mengikut gaya analisis masing-masing.

Kelebihan dan Risiko Kagi Chart

Kagi chart boleh membantu trader melihat trend dengan lebih kemas kerana carta ini tidak terlalu fokus pada masa seperti candlestick biasa. Ia hanya berubah apabila harga bergerak melepasi reversal amount tertentu. Sebab itu, kagi chart boleh menapis banyak market noise dan memberi gambaran trend yang lebih bersih.

Namun, kagi chart tetap ada kelemahan. Signal boleh muncul agak lambat kerana carta hanya bertukar arah selepas harga bergerak cukup jauh. Jadi, sebahagian pergerakan awal mungkin sudah berlaku sebelum trader nampak perubahan trend yang jelas.

AspekKelebihan Kagi ChartRisiko Kagi Chart
Market noiseMembantu tapis pergerakan kecil yang tidak begitu pentingJika reversal amount terlalu kecil, carta masih boleh jadi terlalu sensitif
Fokus analisisLebih fokus pada price action dan arah hargaTidak menunjukkan detail masa seperti candlestick biasa
TrendSesuai untuk melihat trend besar dengan lebih jelasSignal boleh lambat jika reversal amount terlalu besar
Supply dan demandBoleh bantu kenal pasti perubahan tekanan belian dan jualanPerlu faham cara baca garisan tebal, nipis, dan reversal
Kegunaan untuk beginnerNampak lebih ringkas berbanding candlestick yang penuh dengan wick dan bodyRingkas tidak bermaksud mudah; trader masih perlu faham setting dan konteks market
ConfirmationBerguna sebagai alat tambahan untuk sahkan arah trendTidak sesuai digunakan bersendirian tanpa support, resistance atau indikator lain
Gaya tradingSesuai untuk trader yang mahu analisis lebih bersih dan tidak terlalu terganggu dengan noiseKurang sesuai untuk trader yang mahu entry sangat pantas seperti scalping agresif

Contohnya, kalau reversal amount terlalu kecil, kagi chart boleh kerap bertukar arah dan menghasilkan bacaan yang mengelirukan. Tetapi kalau reversal amount terlalu besar pula, signal mungkin datang terlalu lambat. Jadi, tetapan perlu disesuaikan dengan instrumen, volatility pasaran, timeframe rujukan, dan gaya trading anda.

Secara ringkas, kagi chart sangat berguna untuk menapis noise dan melihat struktur trend, tetapi ia bukan jalan pintas untuk masuk trade tanpa analisis lain. Trader masih perlu gabungkan carta ini dengan support dan resistance, indikator tambahan, serta pengurusan risiko yang konsisten.

Siapa Sesuai Guna Kagi Chart?

Carta ini sesuai untuk trader yang suka pendekatan lebih bersih dan tidak mahu terlalu terganggu oleh noise kecil. Ia boleh digunakan untuk forex, komoditi, indeks atau saham, bergantung pada platform charting yang menyediakan fungsi ini.

Kagi chart mungkin sesuai jika anda:

  • suka analisis trend
  • tidak mahu terlalu fokus pada candle kecil
  • mahu tapis pergerakan palsu
  • selesa menunggu confirmation
  • mahu tambah satu lagi perspektif dalam analisis teknikal

Namun, jika anda scalper yang bergantung pada entry pantas dalam timeframe sangat kecil, kagi chart mungkin kurang sesuai sebagai alat utama.

Kesimpulan: Kagi Chart Bantu Lihat Trend Dengan Lebih Jelas

Kagi chart ialah alat analisis teknikal yang menarik untuk trader yang mahu melihat pergerakan harga dengan lebih bersih. Ia boleh membantu menapis noise, menunjukkan perubahan momentum, dan memberi perspektif berbeza berbanding candlestick biasa. Namun, kagi chart tetap ada risiko, terutama jika setting reversal tidak sesuai atau digunakan tanpa confirmation.

Untuk trader yang mahu menguji pendekatan seperti kagi chart, platform dagangan yang stabil dan akses kepada instrumen popular seperti forex, indeks dan komoditi boleh membantu proses pembelajaran menjadi lebih tersusun. Di Ultima Markets, trader boleh meneroka pelbagai pasaran sambil membina disiplin analisis teknikal, termasuk memahami bagaimana alat seperti kagi chart boleh digunakan bersama strategi dan pengurusan risiko yang lebih baik.

Kagi Chart Contoh

FAQ Tentang Kagi Chart

1. Adakah Kagi Chart Sesuai Untuk Beginner?

Ya, kagi chart boleh digunakan oleh beginner, tetapi trader perlu faham konsep reversal amount terlebih dahulu. Tanpa tetapan yang sesuai, signal boleh jadi terlalu banyak atau terlalu lambat.

2. Kagi Chart Sama Ke Dengan Renko Chart?

Tidak sama, tetapi kedua-duanya sama-sama kurang bergantung pada masa dan lebih fokus pada pergerakan harga. Renko menggunakan “brick”, manakala kagi chart menggunakan garisan yang berubah arah apabila harga melepasi reversal tertentu.

3. Boleh Guna Kagi Chart Untuk Forex?

Boleh. Kagi chart boleh digunakan untuk forex selagi platform charting anda menyediakannya. Namun, pastikan tetapan reversal sesuai dengan pasangan mata wang yang anda analisis.

4. Adakah Kagi Chart Boleh Beri Signal Buy dan Sell?

Kagi chart boleh membantu mengenal pasti perubahan trend dan momentum, tetapi ia bukan sistem signal automatik. Trader masih perlu gabungkan dengan risk management dan confirmation lain.

Kongsi Sekarang

  • Article Details
  • Article Details
  • Article Details

Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.

Isi Kandungan

  • Kagi Chart: Cara Baca Trend Tanpa Noise
  • Apa Itu Kagi Chart?
  • Bagaimana Kagi Chart Berfungsi?
  • Cara Baca Kagi Chart Dalam Trading
  • Cara Trade Guna Kagi Chart
  • Kagi Chart vs Candlestick Chart Vs Renko Chart
  • Kelebihan dan Risiko Kagi Chart
  • Siapa Sesuai Guna Kagi Chart?
  • Kesimpulan: Kagi Chart Bantu Lihat Trend Dengan Lebih Jelas
  • FAQ Tentang Kagi Chart
Ultimate Trader Cup

Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.

By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.