Important Information
This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United KingdomTrade Anytime, Anywhere
Dalam dunia trading, ramai fokus pada entry, take profit dan stop loss, tetapi kurang memberi perhatian kepada satu perkara penting, slippage adalah risiko tersembunyi yang boleh menjejaskan hasil dagangan tanpa disedari.
Bagi trader baru, persoalan seperti apa itu slippage, slippage forex adalah apa, dan apa itu slippage forex sebenarnya sering menimbulkan kekeliruan. Artikel ini akan menerangkan semuanya dengan bahasa mudah, contoh dunia sebenar dan situasi yang trader Malaysia selalu hadapi.
Slippage adalah perbezaan antara harga yang anda jangka (order price) dengan harga sebenar order dilaksanakan (execution price).
Ringkasnya, slippage berlaku apabila market bergerak terlalu pantas atau liquidity tidak mencukupi untuk isi order anda pada harga yang diminta.
Apa itu slippage boleh difahami sebagai “harga lari” semasa anda masuk atau keluar dari market. Dalam pasaran sebenar, harga sentiasa berubah dalam milisaat.
Antara punca utama slippage:
Sebab itu, slippage adalah perkara normal dalam trading, bukan bug atau kesalahan platform semata-mata.

Dalam pasaran forex global yang bergerak 24 jam tanpa henti, slippage forex adalah fenomena yang sangat biasa dan hampir mustahil untuk dielakkan sepenuhnya. Ini kerana harga mata wang sentiasa berubah mengikut permintaan dan penawaran sebenar dalam market.
Slippage selalunya lebih ketara ketika situasi berikut:
Melalui contoh ini, trader boleh melihat dengan jelas apa itu slippage dan bagaimana perbezaan harga berlaku.
Bayangkan situasi biasa yang dialami ramai trader:
Perbezaan 3 pip ini dipanggil slippage.
Walaupun nampak kecil, kesannya boleh jadi besar:
Di sinilah ramai trader mula sedar bahawa slippage adalah kos tersembunyi dalam trading, yang tidak selalu kelihatan di atas kertas.
Ramai trader fikir slippage sentiasa merugikan. Sebenarnya, slippage adalah perbezaan harga semasa order dihantar dengan harga sebenar order dilaksanakan. Perbezaan ini boleh berlaku ke arah lebih baik atau lebih buruk.
Sebab itu, slippage terbahagi kepada dua jenis utama.
Slippage positif berlaku apabila order anda dilaksanakan pada harga yang lebih menguntungkan berbanding harga yang anda minta.
Contoh:
Perbezaan 2 pip lebih murah ini dipanggil slippage positif.
Apa kesannya?
Walaupun jarang disedari, ini membuktikan bahawa slippage adalah tidak semestinya merugikan.

Slippage negatif pula berlaku apabila order dilaksanakan pada harga yang lebih mahal atau lebih rugi daripada yang dirancang.
Contoh:
Perbezaan 4 pip lebih mahal ini ialah slippage negatif.
Apa kesannya?
Inilah jenis slippage yang paling kerap berlaku dan paling dirasai oleh trader, terutamanya semasa market laju.
Ini berlaku kerana:
Sebab itu, slippage adalah neutral secara teknikal, market tak “pilih” untuk rugikan atau untungkan trader.
| Jenis Slippage | Apa Jadi | Kesan Pada Trader |
| Slippage Positif | Harga lebih baik | Entry/exit lebih untung |
| Slippage Negatif | Harga lebih buruk | Kos & risiko meningkat |
Slippage extreme merujuk kepada situasi luar jangka (black swan / flash crash) di mana harga bergerak terlalu pantas dan liquidity hilang, menyebabkan order tidak dapat dilaksanakan pada harga dirancang.
Berikut dua kes paling terkenal dalam sejarah forex yang membuktikan bahawa slippage adalah risiko sebenar dalam market global.
Pada 15 Januari 2015, Swiss National Bank secara mengejut membuang peg EUR/CHF 1.20 tanpa sebarang amaran.
Apa yang berlaku:
Contoh slippage sebenar: Trader Buy EUR/CHF di 1.2000, Stop Loss di 1.1950 → Order ditutup jauh lebih rendah (contoh 1.1500)
Dalam kes ini, slippage adalah punca kerugian melebihi perancangan, walaupun Stop Loss digunakan.
Pada 7 Oktober 2016, pasangan GBP/USD jatuh mendadak 6–9% dalam beberapa minit semasa sesi Asia.
Pergerakan Harga Sebenar
Ini bukan pergerakan biasa, market jatuh tanpa retracement yang normal.
Punca utama:
Ramai trader meletakkan Stop Loss kecil, tetapi:
Kejadian ini turut mendapat perhatian Bank of England kerana kesannya yang besar terhadap pasaran.
Kedua-dua kes ini membuktikan bahawa:
Tanpa memahami apa itu slippage, ramai trader menyangka Stop Loss sentiasa menjamin kerugian yang tetap.
Antara keadaan paling berisiko:

Walaupun slippage tak boleh dielakkan sepenuhnya, anda boleh kurangkan kesannya:
Langkah-langkah ini penting kerana slippage forex adalah sebahagian daripada struktur pasaran, bukan sesuatu yang boleh dihapuskan 100%.
Kesimpulannya, slippage adalah realiti dalam dunia trading yang perlu difahami oleh setiap trader, terutamanya beginner. Dengan memahami apa itu slippage, slippage forex adalah bagaimana ia berlaku, anda boleh mengurus risiko dengan lebih matang.
Di Ultima Markets, trader diberi akses kepada execution pantas dan persekitaran dagangan yang telus, membantu meminimumkan kesan slippage supaya fokus anda kekal pada strategi dan disiplin trading jangka panjang.
Slippage adalah situasi di mana order trading dilaksanakan pada harga yang berbeza daripada harga yang anda jangka. Ini berlaku kerana pergerakan harga yang pantas atau kekurangan liquidity dalam pasaran. Slippage boleh berlaku semasa entry atau exit posisi.
Slippage forex adalah fenomena biasa dalam pasaran forex, terutamanya ketika market volatile atau semasa pengumuman berita ekonomi besar. Ia bukan semestinya kesilapan broker, tetapi hasil daripada struktur pasaran yang bergerak secara real-time.
Ya. Sama ada beginner atau trader berpengalaman, slippage adalah risiko yang semua trader akan hadapi. Bezanya hanyalah cara mereka mengurus dan mengurangkan kesannya dalam strategi trading.
Ya. Selain slippage negatif, ada juga slippage positif di mana order dilaksanakan pada harga yang lebih baik. Namun dalam praktik, slippage negatif lebih kerap berlaku berbanding slippage positif.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.