Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom

Senarai 6 Forex Major Pairs: Kenapa Pair Ini Popular?

Summary:

Forex major pairs ialah pasangan mata wang paling aktif dalam pasaran forex. Ketahui senarai, ciri dan kenapa trader pilih major pair forex.

Dalam dunia trading mata wang, istilah forex major pairs sering disebut sebagai pasangan mata wang paling penting dan paling aktif didagangkan. Bagi trader beginner di Malaysia, memahami forex major pairs adalah langkah asas sebelum masuk lebih jauh ke dalam pasaran forex.

Artikel ini akan menerangkan maksud forex major pairs, senarai major pair forex, ciri-cirinya, serta kenapa major pair forex menjadi pilihan utama trader di seluruh dunia.

Apa Itu Forex Major Pairs?

Forex major pairs ialah pasangan mata wang yang melibatkan USD (US Dollar) dan mata wang utama dunia lain seperti EUR, JPY, GBP, CHF, AUD dan CAD. Pasangan ini mempunyai volum dagangan paling tinggi dalam pasaran forex global.

Secara ringkas, major pair forex merujuk kepada pasangan mata wang yang:

  • Sentiasa melibatkan USD
  • Sangat cair (high liquidity)
  • Spread lebih rendah berbanding pasangan lain

Disebabkan faktor ini, forex major pairs sangat sesuai untuk beginner dan trader berpengalaman.

Apa itu Forex Major Pairs

Berikut ialah senarai forex major pairs yang paling kerap didagangkan dalam pasaran forex global:

1. EUR/USD – Euro vs US Dollar

Nickname: Fiber EUR/USD ialah pasangan mata wang paling aktif di dunia dan sering dianggap sebagai “benchmark” pasaran forex. Ia terkenal dengan pergerakan yang teknikal dan sangat sesuai untuk analisis carta.

Fakta menarik: EUR/USD menyumbang bahagian terbesar volum dagangan forex global setiap hari, menjadikannya pasangan paling cair dalam pasaran.

2. USD/JPY – US Dollar vs Japanese Yen

Nickname: Gopher/Ninja Pasangan ini sering dikaitkan dengan sentimen “risk-on” dan “risk-off”, serta sangat sensitif kepada perbezaan kadar faedah antara Amerika Syarikat dan Jepun.

Fakta menarik: USD/JPY terkenal dengan pergerakan pantas semasa sesi Asia dan sering dipengaruhi oleh polisi Bank of Japan.

3. GBP/USD – British Pound vs US Dollar

Nickname: Cable Nama “Cable” berasal daripada kabel telegraf bawah laut yang digunakan untuk menghantar kadar tukaran antara UK dan AS pada zaman dahulu.

Fakta menarik: GBP/USD cenderung lebih volatile berbanding major pair forex lain, menjadikannya popular dalam kalangan trader yang mencari pergerakan harga lebih besar.

4. USD/CHF – US Dollar vs Swiss Franc

Nickname: Swissie Swiss Franc dikenali sebagai mata wang “safe haven”, menyebabkan pasangan ini sering digunakan ketika pasaran global tidak menentu.

Fakta menarik: USD/CHF sering bergerak bertentangan dengan EUR/USD kerana hubungan ekonomi rapat antara Switzerland dan zon Euro.

5. AUD/USD – Australian Dollar vs US Dollar

Nickname: Aussie AUD/USD sering dikaitkan dengan pasaran komoditi dan ekonomi China kerana Australia merupakan pengeksport utama bahan mentah kepada China, menjadikan nilai AUD sensitif terhadap permintaan global.

Fakta menarik: AUD/USD sering digunakan oleh trader untuk mengukur sentimen ekonomi Asia-Pasifik dan harga bahan mentah seperti besi dan arang batu.

6. USD/CAD – US Dollar vs Canadian Dollar

Nickname: Loonie Nama ini diambil daripada simbol burung “loon” pada syiling 1 dollar Kanada.

Fakta menarik: USD/CAD sangat sensitif kepada pergerakan harga minyak mentah kerana Kanada merupakan antara pengeksport minyak terbesar dunia.

Kesemua pasangan ini dikategorikan sebagai major pair forex kerana ia melibatkan mata wang ekonomi terbesar dunia dan menyumbang sebahagian besar volum dagangan global setiap hari. Disebabkan kecairan tinggi dan spread yang kompetitif, forex major pairs menjadi pilihan utama trader di seluruh dunia.

Nota Tambahan Tentang NZD/USD

Walaupun NZD/USD mempunyai nickname Kiwi dan agak popular dalam kalangan trader, ia tidak diklasifikasikan sebagai major forex pair secara rasmi, sebaliknya lebih tepat dianggap sebagai minor atau commodity-linked pair.

Major Currency Pair Forex

1. Kecairan Tinggi (High Liquidity)

Forex major pairs mempunyai jumlah pembeli dan penjual yang sangat besar setiap hari kerana ia melibatkan mata wang ekonomi utama dunia. Kecairan yang tinggi ini memastikan transaksi boleh dilakukan dengan pantas tanpa kelewatan yang ketara.

Ini bermakna:

  • Order buy dan sell mudah dipenuhi
  • Risiko slippage lebih rendah
  • Harga yang dipaparkan lebih hampir dengan harga sebenar pasaran

Contoh mudah: Trader yang trade EUR/USD biasanya dapat entry dan exit dengan lebih lancar berbanding pasangan exotic, walaupun semasa pasaran bergerak aktif.

2. Spread Lebih Rendah

Salah satu sebab utama trader memilih major pair forex ialah kos dagangan yang lebih rendah. Disebabkan kecairan tinggi dan persaingan antara penyedia kecairan, spread untuk forex major pairs biasanya paling kecil dalam pasaran.

Sebagai contoh:

  • EUR/USD: Spread sangat kecil dan stabil
  • GBP/USD: Spread masih kompetitif walaupun lebih volatile

Spread rendah membantu trader:

  • Menjimatkan kos dagangan
  • Mengurangkan tekanan untuk capai breakeven
  • Lebih sesuai untuk scalper dan day trader yang buat banyak transaksi

3. Pergerakan Harga Lebih Stabil & Mudah Dianalisis

Berbanding pasangan exotic, forex major pairs bergerak dengan lebih konsisten dan jarang mengalami lonjakan harga yang ekstrem tanpa sebab jelas. Pergerakan harga biasanya dipacu oleh faktor ekonomi dan fundamental yang boleh dijangka.

Contoh situasi:

  • USD/JPY bergerak mengikut polisi Bank of Japan, kadar faedah dan data ekonomi Amerika Syarikat
  • AUD/USD sensitif kepada data ekonomi Australia, harga komoditi dan pertumbuhan ekonomi China

Keadaan ini menjadikan:

  • Analisis teknikal lebih “clean”
  • Sokongan dan rintangan lebih respected
  • Strategi trading lebih mudah dirancang dan dikawal
Pasangan Forex Major Pairs

Forex Major Pairs vs Pasangan Lain

Dalam pasaran forex, pasangan mata wang biasanya dibahagikan kepada tiga kategori utama, iaitu forex major pairs, minor pairs dan exotic pairs. Setiap kategori mempunyai ciri, tahap risiko dan kesesuaian yang berbeza untuk trader.

Jenis PairContohCiri Utama
Forex Major PairsEUR/USD, USD/JPYSpread rendah, liquidity tinggi, pergerakan harga stabil
Minor PairEUR/GBP, AUD/JPYTiada USD, volatility sederhana
Exotic PairUSD/THB, EUR/TRYSpread besar, liquidity rendah, risiko tinggi

Forex Major Pairs

Forex major pairs melibatkan US Dollar (USD) dan mata wang utama dunia. Pasangan ini mempunyai volum dagangan tertinggi, menyebabkan spread lebih rendah dan pergerakan harga yang lebih konsisten.

Ciri utama:

  • Mudah entry dan exit
  • Kos dagangan lebih rendah
  • Sesuai untuk analisis teknikal & fundamental

Minor Pairs

Minor pair ialah pasangan mata wang yang tidak melibatkan USD, tetapi masih menggunakan mata wang utama seperti EUR, GBP, AUD atau JPY.

Ciri utama:

  • Spread lebih besar berbanding major pairs
  • Volatility sederhana
  • Kurang liquidity semasa sesi tertentu

Minor pair sesuai untuk trader yang sudah biasa dengan pasaran dan ingin variasi selain forex major pairs.

Exotic Pairs

Exotic pair melibatkan satu mata wang utama dan satu mata wang dari negara membangun atau ekonomi kecil, seperti Baht Thailand atau Lira Turki.

Ciri utama:

  • Spread sangat besar
  • Liquidity rendah
  • Pergerakan harga boleh menjadi ekstrem dan sukar dijangka

Exotic pair biasanya lebih berisiko dan kurang sesuai untuk beginner.

Mana Yang Paling Sesuai Untuk Beginner?

Bagi trader yang baru bermula, fokus kepada forex major pairs jauh lebih selamat dan terkawal. Dengan spread rendah, kecairan tinggi dan pergerakan harga yang lebih stabil, major pair forex membantu beginner belajar membaca pasaran tanpa terdedah kepada risiko yang tidak perlu.

Siapa Yang Sesuai Trade Forex Major Pairs?

Forex major pairs sesuai untuk:

  • Beginner yang baru belajar forex
  • Day trader & scalper
  • Trader yang guna analisis teknikal
  • Trader yang fokus news & fundamental

Jika anda baru bermula, major pair forex adalah “training ground” terbaik sebelum mencuba pair lain.

Contoh Forex Major Pairs

Kesimpulan

Secara keseluruhan, forex major pairs ialah asas kepada pasaran forex global. Dengan spread rendah, kecairan tinggi dan pergerakan harga yang lebih stabil, major pair forex sangat sesuai untuk trader Malaysia yang mahu berdagang dengan lebih terkawal dan efisien.

Untuk berdagang forex major pairs dengan execution pantas dan spread kompetitif, platform seperti Ultima Markets menyediakan akses kepada pasangan mata wang utama dunia dengan sokongan trading yang sesuai untuk beginner dan trader berpengalaman.

Soalan Lazim (FAQ) Tentang Forex Major Pair

1. Berapa banyak forex major pairs yang ada?

Secara rasmi, terdapat 6 forex major pairs dalam pasaran forex global. Keenam-enam pasangan ini melibatkan USD dan mata wang utama dunia seperti EUR, JPY, GBP, CHF, AUD dan CAD.

2. Kenapa USD sentiasa ada dalam forex major pairs?

USD ialah mata wang rizab dunia dan digunakan secara meluas dalam perdagangan antarabangsa. Disebabkan peranan global ini, kebanyakan transaksi forex melibatkan USD, menjadikannya komponen utama dalam major pair forex.

3. Adakah NZD/USD dikira sebagai forex major pair?

Tidak secara rasmi. Walaupun NZD/USD popular dan mempunyai kecairan yang baik, ia tidak termasuk dalam senarai rasmi forex major pairs. Kebiasaannya, NZD/USD diklasifikasikan sebagai minor atau commodity-linked pair.

Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.

Senarai 6 Forex Major Pairs: Kenapa Pair Ini Popular?
Apa Itu Forex Major Pairs?
Senarai Forex Major Pairs Yang Paling Popular
Kenapa Forex Major Pairs Sangat Popular?
Forex Major Pairs vs Pasangan Lain
Siapa Yang Sesuai Trade Forex Major Pairs?
Kesimpulan
Soalan Lazim (FAQ) Tentang Forex Major Pair