This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Dalam dunia kewangan, istilah rollover digunakan dalam pelbagai konteks, termasuk pemindahan dana persaraan, lanjutan kontrak kewangan, pembaharuan pinjaman, serta kos pembiayaan semalaman dalam pasaran kewangan. Namun dalam Forex trading, istilah ini membawa maksud yang lebih khusus.
Rollover fee ialah caj atau bayaran semalaman yang boleh mempengaruhi kos dan strategi dagangan, terutama untuk posisi yang dipegang lebih daripada sehari.
Artikel ini akan fokus menerangkan maksud rollover dalam konteks Forex trading, bagaimana ia berfungsi, dan kenapa ia penting untuk diambil kira sebelum merancang tempoh pegangan posisi.
Apa Itu Rollover Fee?
Maksud rollover ialah proses mengekalkan posisi trading ke hari dagangan seterusnya, yang melibatkan caj atau faedah semalaman berdasarkan perbezaan kadar faedah mata wang.
Dalam Forex, rollover berlaku secara automatik apabila posisi dibiarkan terbuka melepasi waktu penutupan pasaran harian (overnight).
Rollover Maksud Dalam Konteks Forex
Dalam pasaran Forex, setiap dagangan melibatkan pertukaran dua mata wang. Jika anda masih baru dalam dunia ini, anda boleh fahami asas pasaran terlebih dahulu melalui artikel Apa Itu Forex.
Apabila anda membuka posisi dan tidak menutupnya dalam hari yang sama, posisi tersebut perlu “dibawa” ke hari seterusnya, inilah yang dipanggil rollover.
Disebabkan setiap mata wang mempunyai kadar faedah berbeza, proses rollover ini akan:
Sama ada mengenakan caj
Atau memberi bayaran kepada trader
Jadi, secara ringkas, rollover maksudnya ialah kos yang boleh memberi kesan kepada prestasi dagangan jangka sederhana dan panjang.
Beza Istilah Rollover vs Swap
Ramai trader keliru kerana dua istilah ini digunakan secara berganti-ganti. Tapi maksudnya sama sahaja, cuma konteks penggunaan itu sahaja berbeza.
Ringkasnya:
Rollover = istilah konsep & penerangan
Swap = istilah praktikal yang dipaparkan dalam platform MT4/MT5
Contohnya:
Artikel pendidikan: maksud rollover dalam Forex
Platform trading: Swap Long / Swap Short
Dari segi kesan kewangan, rollover dan swap adalah perkara yang sama. Untuk penerangan teknikal lengkap tentang swap, anda boleh rujuk artikel ini: Apa Maksud Swap Dalam Forex Trading?
Bila Rollover Dikenakan?
Dari sudut dagangan, maksud rollover berkait rapat dengan tempoh pegangan posisi. Caj ini dikenakan apabila posisi tidak ditutup dalam hari yang sama dan dibawa ke hari dagangan seterusnya.
Rollover dikenakan apabila:
Posisi dibuka dan dibiarkan semalaman
Melepasi waktu rollover harian (kebiasaannya sekitar 5pm waktu New York, bersamaan awal pagi waktu Malaysia, bergantung pada DST).
Penting untuk tahu:
Hari Rabu biasanya dikenakan rollover 3x ganda untuk mengambil kira hujung minggu (Sabtu & Ahad)
Inilah sebabnya rollover sering dianggap sebagai “kos tersembunyi” oleh trader yang tidak peka.
Contoh Rollover
Contoh 1: Trader Harian (Day Trader)
Buka & tutup posisi dalam hari yang sama
Tidak terjejas oleh rollover
Contoh 2: Swing Trader
Pegang posisi 3–5 hari
Rollover memberi kesan besar pada kos
Contoh 3: Carry Trade
Sengaja pegang posisi lama untuk kutip rollover positif
Rollover jadi sumber pendapatan tambahan
Di sinilah jelas bahawa rollover maksud berbeza mengikut strategi trader.
Bolehkah Trader Mendapat Bayaran Daripada Rollover?
Ramai trader menganggap rollover fee sentiasa merugikan, sedangkan hakikatnya rollover juga boleh menjadi pendapatan. Ini berlaku apabila trader memegang pasangan mata wang yang mempunyai perbezaan kadar faedah positif.
Dalam situasi ini, trader akan menerima rollover positif, iaitu bayaran harian yang dikreditkan ke dalam akaun apabila posisi dibiarkan terbuka semalaman.
Bagaimana Rollover Positif Berlaku?
Trader membeli (buy) mata wang dengan kadar faedah lebih tinggi
Pada masa yang sama, trader menjual (sell) mata wang dengan kadar faedah lebih rendah
Perbezaan kadar faedah ini menghasilkan bayaran rollover positif
Sebagai contoh, jika mata wang yang dibeli mempunyai kadar faedah lebih tinggi berbanding mata wang yang dijual, trader berpeluang menerima bayaran rollover setiap malam posisi tersebut dibuka.
Rollover Sebagai Sebahagian Strategi Dagangan
Sesetengah trader menjadikan rollover sebagai sebahagian daripada strategi, terutamanya melalui pendekatan carry trade. Dalam strategi ini, trader bukan sahaja mengharapkan pergerakan harga, tetapi juga mengambil kira pendapatan rollover harian sebagai sokongan tambahan kepada keuntungan keseluruhan.
Walau bagaimanapun, rollover positif biasanya kecil dari segi nilai harian. Oleh itu, strategi ini lebih sesuai untuk posisi yang dipegang dalam tempoh lebih panjang dan memerlukan pengurusan risiko yang baik.
Perlu Berhati-hati Walaupun Rollover Positif
Walaupun menerima bayaran rollover kelihatan menarik, trader masih perlu mempertimbangkan:
Risiko pergerakan harga yang boleh menjejaskan modal
Perubahan kadar faedah oleh bank pusat
Kadar rollover yang berbeza mengikut broker dan jenis akaun
Rollover sepatutnya dilihat sebagai bonus tambahan, bukan satu-satunya sumber keuntungan.
Contoh Rollover Positif & Rollover Negatif
Terdapat dua jenis rollover. Bagi memahami kedua-duanya maksud rollover dengan lebih jelas, berikut ialah contoh cara pengiraannya.
Anda membuka posisi Buy AUD/JPY dan membiarkannya terbuka semalaman.
Kadar faedah AUD: lebih tinggi
Kadar faedah JPY: sangat rendah
Perbezaan faedah: positif
Disebabkan anda membeli mata wang dengan kadar faedah lebih tinggi dan menjual mata wang dengan kadar faedah lebih rendah, broker akan membayar rollover positif ke dalam akaun anda setiap malam.
Hasilnya: Walaupun harga tak bergerak banyak, baki akaun anda boleh bertambah sedikit akibat rollover.
Contoh 2: Rollover Negatif (Trader Dikenakan Caj)
Anda membuka posisi Buy EUR/USD dan mengekalkannya semalaman.
Kadar faedah EUR: lebih rendah
Kadar faedah USD: lebih tinggi
Perbezaan faedah: negatif
Dalam kes ini, anda memegang mata wang dengan kadar faedah lebih rendah dan “meminjam” mata wang dengan kadar faedah lebih tinggi.
Hasilnya: Broker akan menolak caj rollover daripada akaun anda setiap malam, walaupun harga pasaran tidak banyak berubah.
Jenis Rollover
Contoh Situasi
Kesan Kepada Akaun
Rollover Positif
Buy AUD/JPY (AUD rate > JPY rate)
Baki akaun bertambah
Rollover Negatif
Buy EUR/USD (EUR rate < USD rate)
Baki akaun berkurang
Contoh Kiraan Rollover (0.1 Lot / Micro Lot)
Untuk fahamkan maksud rollover dengan lagi mendalam, mari kita tengok contoh kiraannya.
Anda buka posisi:
Buy EUR/USD
Saiz: 0.1 lot (micro lot)
Kadar rollover broker: -2.5 pip sehari
Posisi dibiarkan semalaman
Langkah 1: Nilai Pip Untuk 0.1 Lot
Untuk EUR/USD:
1 lot = USD 10 per pip
0.1 lot = USD 1 per pip
Langkah 2: Kira Caj Rollover Harian
Rollover harian = -2.5 pip × USD 1 = -USD 2.50
Maksudnya:
Setiap malam posisi ini dibuka
Akaun anda akan ditolak USD 2.50
Langkah 3: Jika Pegang Beberapa Hari
Jika anda pegang posisi 4 malam:
Hari 1: -USD 2.50
Hari 2: -USD 2.50
Hari 3: -USD 2.50
Hari 4: -USD 2.50
Jumlah rollover = -USD 10
Walaupun harga tak banyak bergerak, kos ini tetap akan ditolak.
Contoh Rollover Positif (0.1 Lot)
Sekarang bayangkan:
Anda Buy AUD/JPY
Rollover broker: +1.5 pip sehari
Saiz: 0.1 lot
Kiraan:
1.5 pip × USD 1 = +USD 1.50 sehari
Setiap malam:
Akaun anda bertambah USD 1.50
Kalau pegang 7 malam:
USD 1.50 × 7 = USD 10.50 masuk ke akaun
Info Penting:
Malam Rabu = Rollover 3x Ganda
Contoh rollover negatif:
Caj biasa: -USD 2.50
Malam Rabu: -USD 7.50
Ini untuk cover hujung minggu walaupun pasaran tutup Sabtu & Ahad.
Perlu diingat, penggunaan leverage yang tinggi boleh membesarkan saiz posisi dan seterusnya meningkatkan kesan rollover. Fahami perkara ini melalui artikel Apa Itu Leverage sebelum memilih leverage yang sesuai.
Kenapa Trader Perlu Faham Maksud Rollover?
1. Kawalan Kos Dagangan
Apabila posisi dipegang selama beberapa hari, caj rollover boleh terkumpul sedikit demi sedikit dan akhirnya menghakis keuntungan. Walaupun analisis harga tepat dan pasaran bergerak mengikut jangkaan, kos rollover yang tinggi boleh menyebabkan keuntungan sebenar menjadi lebih kecil daripada yang dijangkakan.
2. Perancangan Strategi Dagangan
Rollover perlu diambil kira dalam pemilihan strategi. Swing trader dan position trader yang memegang posisi lebih lama akan lebih terkesan berbanding scalper atau day trader yang biasanya menutup posisi dalam hari yang sama. Memahami rollover membantu trader menentukan tempoh pegangan yang lebih sesuai dengan strategi mereka.
3. Elak Kejutan Pada Baki Akaun
Ramai trader terkejut apabila melihat baki akaun berkurang atau berubah walaupun harga pasaran hampir tidak bergerak. Situasi ini selalunya berpunca daripada rollover yang dikenakan secara automatik setiap malam. Dengan memahami maksud rollover, trader boleh mengelakkan kekeliruan dan mengurus akaun dengan lebih yakin.
Selain rollover, trader juga perlu mengambil kira margin yang digunakan kerana kos rollover akan terus ditolak daripada baki margin. Untuk pemahaman lanjut, anda boleh rujuk artikel Apa Maksud Margin Dalam Forex.
Cara Mengurangkan Kesan Rollover
Dah faham maksud rollover fee? Mari kita belajar cara mengurangkan kesannya pula. Berikut beberapa tips praktikal untuk trader:
Elakkan pegang posisi semalaman jika scalping
Semak kadar rollover sebelum buka posisi
Gunakan akaun bebas swap (jika patuh syariah)
Elakkan buka posisi besar sebelum hari Rabu
Rancang strategi jangka masa dengan jelas
Kesimpulan – Fahami Maksud Rollover Fee
Secara ringkas, maksud rollover dalam Forex ialah proses membawa posisi ke hari seterusnya yang melibatkan caj atau faedah semalaman.
Dengan memahami apa itu rollover, trader boleh merancang tempoh pegangan posisi dengan lebih bijak dan mengelakkan kos yang tidak dijangka. Di Ultima Markets, trader boleh menyemak maklumat rollover dan swap secara telus serta memilih jenis akaun yang paling sesuai dengan strategi dagangan mereka.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.