Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United Kingdom

Apa Itu FOMC: Mesyuarat Yang Menggerakkan Pasaran

Summary:

Apa itu FOMC dan kenapa setiap pengumumannya boleh menggerakkan USD, emas dan forex? Fahami kesannya kepada trader dan bagaimana untuk bersedia.

Apa Itu FOMC: Mesyuarat Yang Menggerakkan Pasaran

Setiap kali FOMC bermesyuarat, seluruh dunia kewangan akan berhenti seketika untuk menunggu keputusannya. Tidak kira anda seorang forex trader, pelabur emas, ataupun pengikut pasaran saham global, mesyuarat FOMC sentiasa menjadi detik yang mampu mengubah arah pasaran dalam beberapa saat sahaja.

Jika anda masih baru dan tertanya-tanya apa itu FOMC, ia sebenarnya adalah badan yang menentukan arah dasar monetari AS dan menjadi punca utama pergerakan besar dalam USD, emas dan pasaran global.

Apa Itu FOMC dan Kenapa Ia Penting?

Maksud FOMC:

FOMC (Federal Open Market Committee) ialah jawatankuasa dalam Federal Reserve yang membuat keputusan penting mengenai kadar faedah, pengetatan kewangan, pembelian bon, dan hala tuju dasar monetari Amerika Syarikat. Keputusan FOMC sangat mempengaruhi USD, pasaran saham, emas, bon dan forex global.

FOMC menentukan kadar faedah (interest rate) di Amerika Syarikat, negara pemilik mata wang paling berpengaruh di dunia, iaitu USD. Jadi setiap perubahan polisi mereka akan memberi kesan kepada pair forex seperti EURUSD, GBPUSD, USDJPY, emas (XAUUSD) dan saham-saham seperti Nvidia, Tesla, dan Intel.

Untuk memahami apa itu FOMC dengan lebih jelas, penting juga untuk tahu bagaimana Federal Reserve berfungsi sebagai bank pusat Amerika Syarikat. Anda boleh rujuk artikel penuh di sini: Apa Itu Federal Reserve.

Apa Itu FOMC - Federal Open market Committee

Bagaimana FOMC Berfungsi?

FOMC ialah badan utama dalam Federal Reserve yang menentukan arah dasar monetari Amerika Syarikat. Jawatankuasa ini terdiri daripada 12 ahli, termasuk:

  • Presiden Federal Reserve (Jerome Powell)
  • 7 ahli Board of Governors
  • Presiden Fed wilayah (contoh: New York, Chicago, Dallas, dll.)

Dalam setiap mesyuarat, 12 ahli mempunyai hak mengundi: tujuh Governor, Presiden Fed New York, dan empat presiden wilayah lain secara giliran.

Gabungan ahli ini mewakili pandangan ekonomi dari seluruh Amerika Syarikat, menjadikan keputusan FOMC lebih seimbang.

Berapa Kali FOMC Bermesyuarat?

FOMC bersidang 8 kali setahun, bersamaan hampir setiap 6 minggu.

Setiap mesyuarat mempunyai:

  • kenyataan rasmi (FOMC Statement)
  • jadual unjuran ekonomi (Economic Projection)
  • sidang media Jerome Powell

Inilah tiga komponen yang paling mempengaruhi pasaran.

Apa yang dilakukan FOMC sebelum membuat keputusan?

Untuk memahami apa itu FOMC dari sudut fungsi, anda perlu tahu bahawa jawatankuasa ini bukan sekadar menetapkan kadar faedah tetapi turut mengawal aliran kecairan pasaran melalui QE dan QT.

1. Menilai inflasi (CPI & PCE)

Inflasi ialah indikator paling penting.

Jika inflasi terlalu tinggi, Fed mungkin perlu naikkan kadar faedah.

Jika inflasi menurun, Fed mungkin boleh longgarkan dasar.

Mereka melihat:

  • harga makanan
  • harga tenaga
  • gaji pekerja
  • kos perumahan

Semua ini mempengaruhi keputusan kadar.

Untuk menilai inflasi, FOMC memberi tumpuan kepada dua indikator utama: CPI (Consumer Price Index) dan PCE (Personal Consumption Expenditures).

  • CPI mengukur perubahan harga barang & servis yang pengguna beli setiap hari. Ini inflasi yang rakyat “rasa” secara langsung.
  • PCE pula ialah ukuran inflasi kegemaran Federal Reserve kerana ia lebih menyeluruh dan mencerminkan perbelanjaan sebenar pengguna.

Kedua-dua data ini menentukan sama ada FOMC perlu menaikkan, menurunkan atau mengekalkan kadar faedah.

Dalam pada itu, inflasi adalah faktor paling besar yang menentukan nada hawkish atau dovish FOMC. Jika inflasi kekal tinggi, Fed cenderung menaikkan kadar faedah. Untuk memahami asas inflasi dengan lebih mendalam, anda boleh rujuk artikel Akademi UM: Apa Itu Inflasi?

2. Mengkaji data pekerjaan (Jobs Report, Unemployment, Wages)

Ekonomi yang sihat mesti ada:

  • pekerjaan stabil
  • kadar pengangguran rendah
  • gaji meningkat

Jika pasaran pekerjaan terlalu kuat (ramai sangat dapat kerja & gaji naik terlalu cepat), inflasi cenderung naik dan Fed jadi lebih hawkish.

Jika pasaran pekerjaan mula lemah (surplus pengangguran, gaji perlahan), tekanan inflasi berkurang dan Fed akan menjadi lebih dovish.

3. Polisi Saiz Balance Sheet (QE & QT)

Secara umum, QT cenderung menyokong pengukuhan USD, manakala QE sering dikaitkan dengan USD yang lebih lemah dan kenaikan harga aset seperti emas dan saham.

Apa Itu QT? (Quantitative Tightening)

QT ialah dasar di mana Federal Reserve mengurangkan jumlah wang dalam sistem kewangan dengan mengecilkan saiz balance sheet mereka.

Cara QT berlaku:

  • Fed tidak membeli bon baru
  • Fed membiarkan bon-bon yang mereka pegang tamat tempoh
  • Kadang-kadang Fed menjual aset seperti bon kerajaan

Hasilnya:

  • wang dalam sistem semakin “ketat”
  • kecairan pasaran berkurang
  • USD cenderung menguat
  • aset seperti emas selalunya melemah

QT = Fed tarik balik duit dari pasaran → dasar “ketat” → hawkish.

Apa Itu QE? (Quantitative Easing)

QE ialah dasar di mana Federal Reserve menambah lebih banyak wang ke dalam sistem kewangan dengan membeli aset seperti bon kerajaan dan bon korporat.

Cara QE berlaku:

  • Fed membeli banyak bon daripada bank
  • Bila Fed beli bon, bank dapat lebih banyak tunai
  • Ini meningkatkan kecairan dalam pasaran

Hasilnya:

  • lebih banyak wang beredar
  • pinjaman jadi lebih mudah
  • ekonomi dirangsang
  • USD cenderung melemah
  • emas dan saham biasanya naik

QE = Fed pam masuk duit ke pasaran → dasar “longgar” → dovish.

QT vs QE

PolisiTindakan FedKesan USDKesan EmasSentimen
QTKurangkan duit dalam sistemUSD menguatEmas jatuhHawkish
QETambah duit dalam sistemUSD melemahEmas naikDovish

4. Memastikan kestabilan harga & kewangan

FOMC bukan hanya tentukan kadar faedah.

Mereka juga memastikan:

  • sistem kewangan stabil
  • bank tidak tertekan
  • kredit mudah dan selamat
  • pasaran tidak terlalu volatile

Inilah sebab kadang-kadang Fed tidak akan potong kadar walaupun inflasi rendah, kerana mereka perlu jaga kestabilan keseluruhan.

5. Membuat keputusan kadar faedah (Rate Hike, Cut, atau Hold)

Selepas membentang semua data ekonomi, FOMC akan mengundi untuk:

  • Naikkan kadar (hawkish)
  • Turunkan kadar (dovish)
  • Kekalkan kadar (neutral)

Keputusan ini menentukan:

  • kekuatan USD
  • harga emas
  • momentum saham
  • kos pinjaman global

Itulah sebab FOMC memberi kesan besar kepada trader di seluruh dunia.

Mesyuarat FOMC - Interest Rates

Kenapa Trader Perlu Faham Apa Itu FOMC?

Dengan memahami apa itu FOMC, trader dapat membaca arah USD lebih jelas kerana setiap perubahan nada hawkish atau dovish memberi kesan besar kepada sentimen pasaran.

  1. Menggerakkan Forex & USD

FOMC adalah antara event yang paling kuat menggerakkan USD.

  • Jika kadar faedah naik, USD akan menguat
  • Jika kadar faedah turun, USD akan melemah

Contoh real-life: Jika anda trade gold, anda akan sering lihat XAUUSD jatuh ketika FOMC menaikkan kadar faedah sebab pelabur lari dari aset tidak berfaedah.

  1. Memberi Gambaran Tentang Inflasi

Keputusan FOMC biasanya dirujuk dengan laporan inflasi. Trader yang faham apa itu FOMC juga akan mudah membaca kesan inflasi terhadap pasaran.

Untuk pemahaman berkaitan inflasi, rujuk topik seperti CPI atau pergerakan saham besar yang dipengaruhi inflasi.

  1. Volatiliti Besar = Peluang Besar

Semasa FOMC, forex boleh bergerak 50–200 pips dalam beberapa minit. Sesetengah trader suka trade news, tetapi ramai juga elakkan sebab terlalu volatile.

Apa Yang Trader Perlu Perhatikan Dalam FOMC?

Untuk benar-benar memahami apa itu FOMC, trader perlu memberi perhatian kepada tiga perkara utama: keputusan kadar faedah, wording dalam statement, dan nada dalam sidang media Powell.

1. Interest Rate Decision (Keputusan Kadar Faedah)

Inilah perkara pertama yang trader akan lihat setiap kali FOMC bermesyuarat. Kadar faedah menentukan kos pinjaman, kekuatan USD, dan sentimen pasaran global.

Sebelum mesyuarat, trader biasanya ikut jangkaan pasaran daripada:

  • CME FedWatch (jangkaan kadar faedah)
  • Data NFP & CPI (inflasi + pekerjaan)
  • Ucapan Jerome Powell

Kadang-kadang FOMC tidak ubah kadar, tetapi USD masih menguat kerana nada (tone) ucapan lebih hawkish. Ini bermakna Fed seakan memberi isyarat bahawa mereka mungkin akan mengetatkan dasar pada masa akan datang.

Nada ucapan FOMC sama ada hawkish atau dovish sering menjadi punca utama pasaran bergerak kuat walaupun kadar faedah tidak berubah. Jika anda mahu mendalami maksud sebenar istilah ini, rujuk artikel berikut: Hawkish vs Dovish.

2. FOMC Statement

Ini ialah dokumen rasmi yang keluar sebaik sahaja keputusan kadar diumumkan, dan mengandungi ayat-ayat penting yang menunjukkan sama ada nada FOMC itu hawkish atau dovish. Perubahan satu perkataan sahaja boleh menggerakkan pasaran.

  • “economic activity expanded at a solid pace”
  • “inflation remains elevated”
  • “labor market conditions softened”

Perubahan satu perkataan pun boleh gerakkan pasaran.

3. FOMC Press Conference (Sidang Media Powell)

Selepas kenyataan rasmi, Jerome Powell akan jawab soalan media selama 45 minit.

Inilah bahagian paling volatile kerana:

  • nada suara Powell lebih jelas (hawkish/dovish)
  • beliau boleh mengesahkan atau menolak jangkaan pasaran
  • kadang-kadang beliau terlepas “clue” tentang mesyuarat seterusnya
Jerome Powell - Ketua FED

Tanda hawkish:

  • suara tegas
  • banyak sebut “inflation risk”
  • “we are not done yet”

Tanda dovish:

  • suara lebih “soft”
  • sebut “we are seeing progress on inflation”
  • “policy is appropriately restrictive”

Ramai trader tidak masuk posisi semasa pengumuman, tetapi tunggu press conference untuk mendapat gambaran sebenar sentimen Fed.

Bagaimana Nak Tahu Nada FOMC Hawkish atau Dovish?

  1. Tengok Perkataan Yang Digunakan Dalam Statement

FOMC selalu guna perkataan “standard”, dan perubahan satu perkataan pun dah boleh reveal nada sebenar.

Perkataan Hawkish (Tegas / Ketatkan Dasar)

Jika jumpa ayat seperti:

  • “inflation remains elevated”
  • “inflation is still too high”
  • “economic activity expanded solidly”
  • “labor market is strong”
  • “further tightening may be needed”
  • “policy needs to remain restrictive”

Ini hawkish. USD cenderung menguat → emas turun.

Perkataan Dovish (Longgar / Sokong Ekonomi)

Jika jumpa ayat seperti:

  • “inflation has eased”
  • “growth has moderated”
  • “labor market conditions softened”
  • “risks to the outlook are balanced”
  • “policy may need to adjust”
  • “further rate cuts may be appropriate”

Ini dovish. USD cenderung melemah → emas naik.

  1. Bandingkan Nada Dengan Mesyuarat Sebelum Ini

Trader pro selalu buat perkara ini:

  • Kalau dulu Fed kata “inflation remains elevated”, tapi sekarang tukar jadi “inflation has eased”, Ini perubahan dovish.
  • Kalau dulu Fed kata “economic activity has moderated”, tapi sekarang “expanded at a solid pace”, Ini perubahan hawkish.

Tip: Tengok bahagian “redline comparison” yang dibuat oleh media. Ianya sangat helpful.

  1. Lihat Reaksi Pasaran Dalam 1–2 Minit Pertama

Cara paling senang:

Jika USD tiba-tiba menguat = nada hawkish.

Jika USD tiba-tiba melemah = nada dovish.

Pair paling cepat tunjuk perubahan nada:

  • EURUSD
  • USDJPY
  • XAUUSD

Contoh:

  • USDJPY melonjak = Fed hawkish
  • Gold spike = Fed dovish

Tips Trading Sewaktu FOMC

  • Jangan masuk posisi besar beberapa minit sebelum news
  • Guna stop loss yang jelas
  • Fokus pair berkaitan USD Jadi pair paling aktif biasanya:
    • EURUSD
    • GBPUSD
    • USDJPY
    • XAUUSD (emas)
    • USDCAD / AUDUSD / NZDUSD
  • Elakkan overtrade bila market terlalu volatile
  • Tunggu market stabil selepas 15–30 minit untuk confirmation
  • Gunakan posisi kecil jika mahu trade live semasa news

Apa yang berlaku dalam mesyuarat FOMC paling baru

Dalam mesyuarat FOMC pada 28–29 Oktober 2025, Fed menurunkan kadar faedah sebanyak 0.25%, namun nada keseluruhan mereka lebih berhati-hati daripada jangkaan pasaran. Selain itu, FOMC turut mengumumkan bahawa proses pengurangan balance sheet (QT runoff) akan dihentikan sepenuhnya bermula 1 Disember 2025, menandakan perubahan besar dalam dasar pengetatan kecairan.

Federal Reserve Mesyuarat FOMC

Walaupun pemotongan kadar biasanya dianggap dovish, kenyataan rasmi mesyuarat menyebut bahawa inflasi “masih agak tinggi (somewhat elevated)” dan aktiviti ekonomi “berkembang pada kadar sederhana (moderate pace)”. Ini memberi gambaran bahawa Fed belum benar-benar yakin untuk melonggarkan dasar secara agresif.

Disebabkan nada yang lebih tegas ini, pasaran mula menyemak semula jangkaan pemotongan kadar pada Disember. Ramai pelabur kini melihat kemungkinan Fed tidak akan memotong kadar lagi dalam masa terdekat, melainkan data ekonomi menunjukkan penurunan inflasi yang lebih jelas.

Kesan segera terhadap pasaran juga selari dengan nada hawkish tersebut:

  • USD menguat, mencerminkan jangkaan dasar yang lebih ketat
  • emas berada di bawah tekanan, dipengaruhi oleh dolar yang kukuh
  • pasaran saham bergerak tidak menentu, kerana pelabur terkejut dengan nada yang lebih tegas

Untuk trader Malaysia, ini bermaksud:

  • EURUSD cenderung jatuh
  • USDJPY cenderung naik
  • XAUUSD boleh alami tekanan sementara

Mesyuarat FOMC baru‐baru ini menunjukkan kemasukan elemen hawkish, walaupun ada pemotongan kadar asas dilakukan. Keputusan menunjukkan bahawa FOMC masih bimbang tentang inflasi dan data ekonomi yang tidak konsisten. Mesyuarat seterusnya ialah 9–10 Disember 2025 dan merupakan satu peluang besar untuk trader memantau dan bertindak.

Bila Mesyuarat FOMC Seterusnya?

Mesyuarat FOMC yang seterusnya dijadualkan pada 9–10 Disember 2025, dan ia dijangka menjadi antara mesyuarat paling penting tahun ini. Pasaran sedang menunggu sama ada Fed akan memberi isyarat jelas mengenai pemotongan kadar tambahan atau mengesahkan sama ada Quantitative Tightening (QT) akan benar-benar ditamatkan.

Sebagai trader, anda boleh mula bersedia dengan beberapa langkah berikut:

1. Tandakan tarikh 9–10 Disember dalam kalendar trading anda

FOMC ialah event yang hampir pasti menghasilkan volatiliti tinggi.

Sama ada anda intraday trader, swing trader atau hanya memantau sentimen pasaran, tarikh ini sangat kritikal.

2. Pantau data ekonomi sebelum mesyuarat

Beberapa laporan penting akan mempengaruhi jangkaan pasaran sebelum FOMC berlangsung:

  • NFP (Non-Farm Payroll)
  • CPI & PCE (inflasi)
  • Unemployment Rate
  • Retail Sales
  • PMI Manufacturing & Services

Jika data-data ini menunjukkan inflasi masih tinggi, pasaran mungkin menjangka nada hawkish. Jika data menunjukkan kelembapan ekonomi, pasaran boleh mula pricing-in nada dovish atau potensi rate cut.

3. Fokus kepada nada kenyataan serta “dot plot”

Dalam mesyuarat yang melibatkan unjuran baru, Fed akan keluarkan:

  • Dot Plot (unjuran kadar faedah masa depan)
  • Economic Projections (inflasi, pertumbuhan, pekerjaan)

Dot plot sangat penting kerana ia menunjukkan apa yang ahli FOMC fikir tentang kadar faedah untuk 1–3 tahun akan datang.

Jika lebih banyak “dot” berada pada paras tinggi → hawkish

Jika dot turun → dovish

Nada kenyataan juga perlu diberi perhatian:

  • apakah perkataan yang berubah?
  • adakah inflasi digambarkan semakin reda atau masih tinggi?
  • adakah risiko ekonomi meningkat?

Semua ini membantu anda tentukan arah USD, emas dan forex secara lebih yakin.

FOMC FED

Kesimpulan: Kenapa Penting Faham Apa Itu FOMC?

Mempelajari apa itu FOMC membantu trader memahami kenapa harga pasaran bergerak kuat setiap bulan. FOMC memberi petunjuk kepada hala tuju USD, kadar faedah, saham teknologi, emas, dan keseluruhan aliran modal global.

Jika anda mahu trade FOMC dengan lebih yakin, Ultima Markets menyediakan platform pantas, spread rendah dan akses kepada berita pasaran secara real-time supaya anda boleh membuat keputusan yang lebih tepat.

Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.

Apa Itu FOMC: Mesyuarat Yang Menggerakkan Pasaran
Apa Itu FOMC dan Kenapa Ia Penting?
Bagaimana FOMC Berfungsi?
Apa yang dilakukan FOMC sebelum membuat keputusan?
Kenapa Trader Perlu Faham Apa Itu FOMC?
Apa Yang Trader Perlu Perhatikan Dalam FOMC?
Bagaimana Nak Tahu Nada FOMC Hawkish atau Dovish?
Apa yang berlaku dalam mesyuarat FOMC paling baru
Bila Mesyuarat FOMC Seterusnya?
Kesimpulan: Kenapa Penting Faham Apa Itu FOMC?