This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Fahami maksud bond dalam pelaburan, jenis-jenis bond di Malaysia dan bagaimana ia berfungsi sebagai instrumen pendapatan tetap untuk pelabur.
Apa Itu Bond? Maksud, Jenis & Fungsi Dalam Pelaburan
Dalam dunia pelaburan, bond atau bon sering disebut sebagai antara instrumen paling stabil untuk menjana pendapatan tetap. Namun, tak semua pelabur faham apa maksud bond, bagaimana ia berfungsi, dan jenis-jenis bond yang wujud di pasaran Malaysia.
Secara ringkas, bond ialah pelaburan berasaskan hutang, di mana pelabur memberi pinjaman kepada kerajaan atau syarikat, dan sebagai balasan mereka menerima pulangan dalam bentuk faedah tetap (kupon).
Apa Maksud Bond?
Definisi:
Maksud Bond ialah pinjaman yang diberikan oleh pelabur kepada kerajaan atau syarikat, dengan bayaran faedah tetap serta jaminan bayaran balik pokok pada tarikh matang.
Secara asasnya, bond ialah dokumen kewangan yang menandakan janji hutang antara penerbit dan pelabur. Apabila anda membeli bond, anda sebenarnya meminjamkan duit kepada penerbit (kerajaan, bank atau syarikat), dan penerbit akan membayar faedah tetap setiap tahun (kupon) serta memulangkan jumlah pokok (prinsipal) apabila tempoh matang tiba.
Berbeza dengan saham yang menjadikan anda pemilik sebahagian syarikat, bond menjadikan anda pemberi pinjaman yang menerima pulangan tetap. Sebab itu, bond sering digunakan oleh pelabur konservatif yang mahu pendapatan stabil dan risiko rendah berbanding pelaburan saham.
Bagaimana Bond Berfungsi?
Untuk faham maksud bond dalam situasi sebenar, bayangkan kerajaan Malaysia terbitkan bond bernilai nominal RM1,000 dengan kadar faedah (kupon) 4% setahun untuk tempoh 5 tahun. Kalau anda beli 1 unit bond tersebut:
Anda bagi pinjam RM1,000 kepada kerajaan.
Setiap tahun, anda dapat faedah RM40 (4%).
Lepas 5 tahun (tempoh matang), anda akan dapat balik RM1,000 harga pokok asal.
Jadi, bond berfungsi macam pinjaman terbalik — anda jadi pemberi pinjaman, bukan peminjam.
Jenis-Jenis Bond di Malaysia
Di Malaysia ini, terdapat pelbagai jenis bon untuk bantu anda faham maksud bon dengan lebih jelas.
1. Government Bond (MGS & GII)
Diterbitkan oleh kerajaan Malaysia. Risiko paling rendah, sesuai untuk pelabur konservatif.
Malaysian Government Securities (MGS) – Bond kerajaan konvensional.
Government Investment Issues (GII) – Sukuk kerajaan patuh Syariah.
Nota: Pelabur boleh membeli MGS dan GII melalui pasaran sekunder yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Pasaran sekunder ialah tempat pelabur jual beli semula instrumen kewangan (macam saham, bond, atau sukuk) yang sudah diterbitkan sebelum ini. Maknanya, dalam pasaran sekunder — urusan berlaku antara pelabur dengan pelabur, bukan antara pelabur dengan penerbit asal.
2. Corporate Bond
Diterbitkan oleh syarikat besar seperti Petronas atau Tenaga Nasional untuk mengumpul modal tambahan. Biasanya beri pulangan (kupon) lebih tinggi daripada bond kerajaan, tapi dengan risiko gagal bayar (risiko kredit) yang lebih besar.
3. Sukuk (Islamic Bond)
Bond patuh Syariah yang tidak melibatkan faedah (riba), tetapi berasaskan perkongsian keuntungan atau aset sebenar (ijarah, mudarabah, dan sebagainya*).
4. Zero-Coupon Bond
Bond tanpa bayaran faedah tahunan (kupon). Pelabur beli pada harga diskaun besar, dan akan dapat bayaran penuh nilai nominal semasa matang.
Contoh: Beli bond RM1,000 pada harga RM800 → tiada faedah tahunan, tapi bila matang, anda terima RM1,000 → untung RM200 (25%).
Sesuai untuk pelabur jangka panjang yang tak perlukan pendapatan tahunan.
5. Convertible Bond
Bond yang boleh ditukar menjadi saham syarikat penerbit selepas tempoh tertentu. Pelabur boleh pilih nak terus terima faedah tetap, atau tukar kepada saham bila harga saham naik.
Contoh: Anda pegang bond syarikat A bernilai RM1,000, boleh ditukar kepada 100 unit saham bila harga saham meningkat. Kalau harga saham melonjak, potensi untung jadi lebih tinggi daripada bond biasa.
Gabungan antara pulangan tetap dan peluang ekuiti.
6. Callable Bond
Bond yang boleh ditebus semula lebih awal oleh penerbit sebelum tempoh matang. Biasanya dilakukan bila kadar faedah pasaran jatuh dan penerbit nak ganti dengan bond baru yang bayar faedah lebih rendah.
Contoh: Syarikat terbit bond 5 tahun kadar 6%. Kalau kadar pasaran jatuh ke 3%, syarikat mungkin call back bond lama dan keluarkan bond baru dengan kadar lebih rendah.
Kelemahan untuk pelabur — sebab bayaran kupon mungkin tamat lebih awal.
Di Malaysia, callable bond lebih lazim diterbitkan oleh syarikat korporat berbanding kerajaan, kerana ia memberi fleksibiliti kepada penerbit mengurus kos faedah.
7. Municipal Bond (Bon Perbandaran)
Di peringkat global, municipal bond ialah bon yang diterbitkan oleh kerajaan tempatan atau agensi negeri untuk membiayai projek awam seperti jalan raya, sekolah, hospital, atau sistem pengangkutan.
Walaupun jenis ini belum popular di Malaysia, konsepnya sama — kerajaan meminjam daripada pelabur untuk membiayai pembangunan awam.
Di negara maju seperti Amerika Syarikat, municipal bond sering diberi kelebihan cukai (tax-exempt) untuk menarik pelabur jangka panjang.
Istilah dan Ciri-Ciri Penting Dalam Mengenali Maksud Bond
Untuk memahami maksud bond dengan lebih mendalam, berikut beberapa istilah dan ciri utama yang sering digunakan:
1. Nilai Nominal (Nominal Value / Par Value / Nilai Tara)
Ini ialah jumlah asal yang dipersetujui penerbit untuk dibayar semula kepada pelabur apabila tempoh matang tiba. Ia juga dikenali sebagai nilai muka, nilai tebus atau nilai matang.
Contoh: Jika anda beli bond bernilai nominal RM1,000, anda akan terima semula RM1,000 apabila tempoh matang tiba — tidak termasuk faedah tahunan.
2. Kadar Kupon (Coupon Rate)
Kadar kupon ialah peratus faedah tahunan yang anda akan terima daripada penerbit bond. Ia dibayar secara berkala (contohnya setahun sekali atau setiap enam bulan).
Contoh: Jika anda miliki bond RM100,000 dengan kadar kupon 5%, anda akan terima RM5,000 setahun sebagai bayaran faedah (RM100,000 × 5%).
3. Tempoh Hingga Matang (Maturity / Duration)
Ini ialah jangka masa sebelum penerbit bond membayar semula jumlah pokok (prinsipal) kepada pelabur. Contohnya, bond 5 tahun bermaksud anda akan dapat semula prinsipal selepas 5 tahun.
4. Pemegang Amanah (Trustee)
Pemegang amanah ialah pihak ketiga bebas yang dilantik untuk melindungi kepentingan pelabur. Mereka memastikan semua syarat dalam surat ikatan amanah dipatuhi oleh penerbit bond.
5. Jenis Penerbit (Issuer)
Jenis pihak yang mengeluarkan bond — faktor utama dalam menilai risiko pelaburan.
Di Malaysia, penerbit bond biasanya terdiri daripada:
Kerajaan Malaysia – risiko rendah
Bank & institusi kewangan – risiko sederhana
Syarikat korporat – risiko dan pulangan lebih tinggi
6. Kadar Hasil (Yield)
Kadar hasil menunjukkan pulangan sebenar yang pelabur peroleh daripada bond berdasarkan harga pasaran semasa. Ia tidak sama dengan kadar kupon, sebab yield boleh berubah ikut harga pasaran.
Harga bond bergerak songsang dengan kadar hasil:
Bila yield naik, harga bond jatuh.
Bila yield turun, harga bond naik.
Nota Tambahan: Bon Berpulangan Tinggi (High-Yield Debt)
Selain bond kerajaan dan korporat biasa, ada juga kategori high-yield debt — iaitu bond yang ditawarkan oleh syarikat dengan penarafan kredit rendah. Disebabkan risikonya lebih tinggi, penerbit perlu menawarkan kadar hasil (yield) yang lebih besar untuk menarik pelabur.
Contoh: Jika bond kerajaan hanya beri pulangan 4%, syarikat kecil berisiko tinggi mungkin tawarkan 8–10% untuk bond mereka.
Walaupun potensi keuntungan lebih besar, high-yield bond juga dikenali sebagai “junk bond” kerana risiko gagal bayar yang jauh lebih tinggi.
7. Dana Terikat (Sinking Fund)
Dana terikat ialah akaun khas yang disediakan penerbit bond untuk simpan dana bagi membayar semula hutang apabila matang. Ia membantu mengurangkan risiko gagal bayar dan memberi lebih keyakinan kepada pelabur.
8. Penilaian Bond (Bond Valuation)
Bond valuation bermaksud proses menentukan nilai sebenar (fair value) sesuatu bond berdasarkan kadar faedah semasa pasaran, jumlah bayaran kupon, dan tempoh hingga matang. Apabila kadar faedah pasaran berubah, harga bond juga akan naik atau turun bagi menyesuaikan diri dengan pulangan pasaran semasa.
Contoh: Jika bond RM1,000 beri faedah 5% setahun, tapi kadar faedah pasaran turun ke 3%, nilai bond anda akan meningkat kerana pelabur lain sanggup bayar lebih untuk faedah yang lebih tinggi.
Konsep ini penting untuk bantu pelabur menilai sama ada bond sedang diniagakan pada harga diskaun, premium, atau nilai asal (par value).
9. Risiko Kredit (Credit Risk)
Risiko kredit bermaksud risiko penerbit bond (issuer) gagal membayar balik faedah atau jumlah pokok (prinsipal) kepada pelabur tepat pada masanya.
Dengan kata lain — bila anda beli bond, anda sebenarnya meminjamkan duit kepada penerbit (macam kerajaan atau syarikat). Kalau penerbit tu tak mampu bayar balik, itulah yang dipanggil risiko kredit.
Faktor Yang Tentukan Risiko Kredit
Kestabilan kewangan penerbit:
Kerajaan Malaysia = risiko sangat rendah (sebab kukuh & disokong hasil cukai).
Syarikat kecil = risiko tinggi (pendapatan tak tetap).
Penarafan kredit (Credit Rating):
Agensi seperti Moody’s, S&P, atau RAM Ratings Malaysia bagi skor kepada penerbit bond.
Contoh:
AAA = risiko sangat rendah
BBB = sederhana
BB dan ke bawah = high-yield / junk bond
Hubungan Risiko Kredit Dengan Pulangan
Semakin tinggi risiko kredit, semakin tinggi kadar faedah (kupon) yang ditawarkan.
Contohnya:
Bond kerajaan Malaysia (MGS) → risiko rendah → kupon 4%.
Bond syarikat kecil → risiko kredit tinggi → kupon 9%.
Pelabur terima faedah lebih tinggi sebagai “ganjaran” untuk risiko tambahan.
Ringkasan: Istilah & Ciri-Ciri Bond
Istilah
Maksud Ringkas
Nilai Nominal
Jumlah pokok asal yang akan dibayar balik semasa matang.
Kadar Kupon
Kadar faedah tetap dibayar kepada pelabur setiap tahun.
Tempoh Matang
Jangka masa sebelum bond dibayar penuh.
Pemegang Amanah
Pihak ketiga yang pantau kepatuhan penerbit.
Jenis Penerbit
Sumber bond seperti kerajaan, bank atau syarikat.
Kadar Hasil (Yield)
Pulangan sebenar berdasarkan harga pasaran semasa.
Dana Terikat
Akaun khas untuk bayar hutang bond bila matang.
Penilaian Bond
Menilai harga sebenar bond berbanding nilai pasaran.
Risiko Kredit
Penerbit bond gagal membayar faedah atau jumlah pokok (prinsipal) tepat pada masanya.
Kelebihan Melabur Dalam Bond
Pendapatan tetap dan stabil setiap tahun, kerana pelabur menerima bayaran faedah (kupon) secara berkala mengikut kadar yang telah ditetapkan.
Risiko lebih rendah berbanding saham, sebab harga bond kurang terjejas oleh turun naik pasaran harian.
Boleh bantu seimbangkan portfolio pelaburan, dengan mengurangkan risiko keseluruhan apabila digabungkan bersama aset berisiko tinggi seperti saham.
Nilai pokok dikembalikan semasa matang, membolehkan pelabur mengekalkan modal asal selagi penerbit tidak gagal bayar.
Memberi kepastian aliran tunai, sesuai untuk pelabur konservatif yang mengutamakan kestabilan berbanding pertumbuhan modal cepat.
Kekurangan Bond Yang Perlu Diketahui
Harga bond boleh jatuh bila kadar faedah naik, sebab pelabur akan lebih tertarik kepada bond baru yang menawarkan pulangan lebih tinggi.
Nilai sebenar pulangan boleh terjejas jika inflasi meningkat, kerana kuasa beli faedah yang diterima menjadi semakin kecil.
Risiko gagal bayar (terutama bond korporat), berlaku apabila penerbit tidak mampu membayar faedah atau prinsipal tepat pada masanya.
Pulangan lebih rendah berbanding saham jangka panjang, menjadikan bond kurang sesuai untuk pelabur yang cari pertumbuhan modal tinggi.
Risiko kecairan (liquidity risk), di mana sesetengah bond sukar dijual semula dan mungkin perlu dilepaskan pada harga lebih rendah untuk dapatkan tunai segera.
Ramai pelabur baru keliru antara bond dan saham, sebab dua-duanya dianggap “pelaburan” — tapi hakikatnya konsep kedua-dua ni sangat berbeza.
Secara mudahnya:
Bond = anda bagi pinjam duit kepada penerbit. Saham = anda beli sebahagian pemilikan syarikat.
Jadual Perbandingan Bond vs Saham
Aspek
Bond
Saham
Status Pelabur
Pemberi pinjaman (lender).
Pemilik syarikat (shareholder).
Pulangan
Faedah tetap (kupon) setiap tahun.
Dividen (ikut untung syarikat) + kenaikan harga saham.
Risiko
Rendah – bergantung pada keupayaan penerbit bayar balik.
Tinggi – harga saham boleh naik turun setiap hari.
Jaminan Modal
Nilai pokok (prinsipal) dibayar semula bila matang.
Tiada jaminan – modal boleh susut jika harga saham jatuh.
Hak Mengundi / Pemilikan
Tiada hak mengundi dalam syarikat.
Ada hak mengundi & pemilikan dalam syarikat.
Kecairan (Liquidity)
Kurang cair – bergantung pada pasaran sekunder.
Sangat cair – boleh jual beli bila-bila di pasaran saham.
Sesuai Untuk
Pelabur konservatif yang mahu pendapatan tetap.
Pelabur agresif yang cari potensi keuntungan tinggi.
Ringkasan Mudah
Bond beri kepastian pulangan tapi terhad.
Saham beri peluang keuntungan tinggi, tapi risiko juga tinggi.
Kedua-duanya saling melengkapi — sebab itu ramai pelabur profesional gabungkan bond + saham untuk seimbangkan risiko dan pulangan dalam portfolio mereka.
Kesimpulan – Kenapa Penting Untuk Fahami Maksud Bond
Secara mudahnya, maksud bond ialah pelaburan berasaskan hutang jangka panjang yang memberi pulangan tetap dalam bentuk faedah. Ia sesuai untuk pelabur yang ingin diversifikasi portfolio dan mengurangkan risiko berbanding saham.
Kalau anda nak pelajari lebih banyak topik kewangan, konsep pelaburan dan asas trading, layari Ultima Markets Academy untuk artikel pendidikan yang mudah difahami dan relevan untuk pelabur Malaysia.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.