Important Information

This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:

  • You will not be guaranteed Negative Balance Protection
  • You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
  • You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
  • You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
  • Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.

Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.

If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:

  • 1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
  • 2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
  • 3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
  • 4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
  • 5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.

Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.

By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.

I confirm my intention to proceed and enter this website

Trend Pasaran: Panduan Lengkap Untuk Trader

Summary:

Fahami maksud trend pasaran, jenis utama, faktor yang mempengaruhi serta strategi trader untuk membaca arah pasaran dengan lebih tepat.

Trend Pasaran: Panduan Lengkap Untuk Trader

Dalam dunia kewangan, trend pasaran adalah kompas utama untuk trader membuat keputusan bijak.

Secara ringkas, trend pasaran ialah arah umum pergerakan harga atau aktiviti dalam sesebuah pasaran. Ia boleh dilihat dalam forex, saham, emas, komoditi, bahkan juga dalam pasaran pengguna. Trend ini memberi gambaran sama ada harga cenderung untuk terus naik, turun, atau bergerak mendatar dalam satu tempoh tertentu.

Apa Itu Trend Pasaran?

Definisi:
Trend pasaran merujuk kepada arah pergerakan harga dalam tempoh tertentu sama ada menaik (uptrend), menurun (downtrend) atau mendatar (sideways).

Dalam erti kata yang lain, trend pasaran merujuk kepada corak puncak (high) dan dasar (low) harga yang terbentuk secara berturutan. Bila kita analisis carta, trend membantu menentukan “mood” pasaran — adakah pembeli (bulls) lebih dominan, penjual (bears) lebih kuat, atau pasaran sekadar tunggu arah baru.

Jenis Trend Pasaran Utama

Uptrend (Trend Menaik)

  • Harga membentuk puncak (high) lebih tinggi dan dasar (low) lebih tinggi dari sebelumnya.
  • Tanda pembeli menguasai pasaran.
  • Contoh: EUR/USD naik dari 1.0800 → 1.1000 → 1.1200 selepas Federal Reserve umum kadar faedah kekal rendah.
  • Strategi trader: cari peluang buy di kawasan sokongan (contoh: retracement ke MA50).

Downtrend (Trend Menurun)

  • Harga membentuk puncak lebih rendah dan dasar lebih rendah secara berterusan.
  • Menunjukkan penjual lebih dominan.
  • Contoh: Bitcoin jatuh dari $30,000 → $28,000 → $25,000 selepas sentimen negatif pasaran kripto.
  • Strategi trader: cari peluang sell bila harga retrace ke zon rintangan atau gunakan signal MACD bearish crossover.

Sideways / Range (Trend Mendatar)

  • Harga bergerak dalam julat tertentu tanpa arah jelas.
  • Biasanya berlaku bila pasaran menunggu berita penting atau kurang volume.
  • Contoh: Gold (XAU/USD) hanya bergerak antara $1900 – $1950 seminggu sebelum data NFP dikeluarkan.
  • Strategi trader: sesuai untuk range trading — beli di support $1900, jual di resistance $1950.
Trend Pasaran Uptrend Downtrend Sideways Trend
Jenis TrendArah Harga
Contoh Trading
Strategi Sesuai
Uptrend (Menaik)High & low semakin tinggi → buyers (bulls) dominanEUR/USD naik dari 1.0800 → 1.1000 → 1.1200Cari peluang buy di support / retracement
Downtrend (Menurun)High & low semakin rendah → sellers (bears) dominanBitcoin jatuh dari $30,000 → $28,000 → $25,000Cari peluang sell di resistance / signal bearish
Sideways (Mendatar)Harga kekal dalam julat → tiada dominasi jelasGold (XAU/USD) bergerak antara $1900 – $1950Range trading – buy di support, sell di resistance

Mengapa Trend Pasaran Penting?

Untuk Trader & Pelabur

  • Membantu tentukan bila masa sesuai untuk beli (long) atau jual (short).
  • Memberi panduan sama ada untuk ikut arus pasaran atau ambil peluang melawan trend.
  • Mengurangkan risiko tersalah masuk pasaran.

Untuk Usahawan & Syarikat

  • Trend pasaran bukan sahaja merujuk kepada harga aset, tetapi juga tingkah laku pengguna dan pola permintaan.
  • Contoh: jika trend pasaran menunjukkan permintaan tinggi terhadap produk mesra alam, syarikat boleh laraskan strategi pemasaran & pengeluaran.
  • Dengan memahami trend, usahawan dapat meramal jualan lebih tepat dan menyesuaikan model perniagaan supaya kekal relevan.

Faktor Yang Mempengaruhi Trend Pasaran

1. Data Ekonomi Global

  • Data ekonomi adalah “nadi” utama yang membentuk sentimen pasaran.
  • Contoh faktor: kadar faedah bank pusat, kadar inflasi, pertumbuhan KDNK, kadar pengangguran, serta laporan NFP (Non-Farm Payroll) di Amerika Syarikat.
  • Bila Federal Reserve menaikkan kadar faedah, USD biasanya menguat kerana pelabur lebih tertarik dengan pulangan yang lebih tinggi. Sebaliknya, kadar faedah rendah boleh melemahkan mata wang.
  • Contoh trading: Selepas pengumuman NFP yang lebih baik daripada jangkaan, USD/JPY boleh melonjak kerana pasaran menjangka Fed akan terus mengetatkan dasar monetari.

2. Sentimen Pelabur

  • Sentimen menggambarkan emosi & psikologi pelabur — sama ada mereka berani mengambil risiko (risk-on) atau lebih berhati-hati (risk-off).
  • Bullish sentiment: harga saham, emas, atau kripto boleh naik kerana permintaan tinggi.
  • Bearish sentiment: pelabur menjual aset berisiko (contoh saham & kripto) dan lari kepada aset selamat seperti emas & bon kerajaan.
  • Contoh trading: Ketika pasaran global panik akibat krisis kewangan, indeks saham seperti S&P 500 jatuh, manakala harga emas meningkat kerana dianggap safe haven.
Faktor Mempengaruhi Trend Pasaran

3. Peristiwa Geopolitik

  • Faktor bukan ekonomi juga mempengaruhi trend pasaran, termasuk konflik peperangan, sekatan ekonomi, pilihan raya, atau perubahan dasar kerajaan.
  • Contoh: Perang Rusia-Ukraine menyebabkan harga minyak mentah (WTI/Brent) melonjak kerana gangguan bekalan tenaga global.
  • Contoh trading: Trader komoditi mengambil peluang pada kenaikan mendadak minyak, manakala pasaran saham Eropah jatuh akibat risiko geopolitik.

4. Perkembangan Teknologi & Industri

  • Pasaran juga digerakkan oleh trend teknologi & perubahan industri. Bila sesuatu sektor mendapat perhatian pelabur, saham dalam sektor itu boleh mencipta trend baru.
  • Contoh: Saham syarikat AI seperti NVIDIA melonjak kerana permintaan cip grafik untuk AI & data center meningkat.
  • Contoh lain: Tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) menjadi trend pasaran kerana sokongan kerajaan & peralihan dunia kepada ESG (Environmental, Social, Governance).
  • Implikasi trading: Trader saham fokus pada sektor-sektor “hot” yang sedang trending, manakala pelabur jangka panjang melihatnya sebagai peluang pertumbuhan.

Jenis Trend Pasaran Dalam Trading

1. Trend Pasaran Jangka Pendek (Short-term Trend)

  • Tempoh: Beberapa minit hingga beberapa hari, biasanya dilihat pada carta 15 minit, 1 jam atau harian.
  • Siapa sesuai: Day trader & scalper yang aktif masuk dan keluar pasaran dalam masa singkat.
  • Ciri-ciri:
    • Harga banyak dipengaruhi oleh berita jangka pendek (contoh: pengumuman data inflasi atau ucapan bank pusat).
    • Volatiliti tinggi, pergerakan cepat tetapi kadang-kadang penuh dengan “false breakout”.
  • Contoh: EUR/USD melonjak 50–100 pips selepas laporan NFP keluar melebihi jangkaan.
  • Strategi sesuai:
    • Gunakan indikator momentum seperti RSI atau Stochastic.
    • Masuk position kecil & disiplin dengan stop loss.

2. Trend Pasaran Jangka Sederhana (Medium-term Trend)

  • Tempoh: Beberapa minggu hingga beberapa bulan.
  • Siapa sesuai: Swing trader yang mahu cari peluang lebih besar tanpa perlu pantau pasaran setiap jam.
  • Ciri-ciri:
    • Lebih stabil berbanding jangka pendek, kerana dipacu oleh sentimen pasaran & dasar monetari.
    • Trader fokus pada support/resistance mingguan dan corak candlestick pada daily chart.
  • Contoh: GBP/USD menurun berterusan selama 6 minggu apabila Bank of England beri isyarat potong kadar faedah.
  • Strategi sesuai:
    • Entry berdasarkan pullback ke moving average (contoh MA50 atau MA100).
    • Gabungkan analisis fundamental (policy bank pusat) dengan teknikal.

3. Trend Pasaran Jangka Panjang (Long-term Trend)

  • Tempoh: Beberapa bulan hingga bertahun-tahun.
  • Siapa sesuai: Position trader & pelabur jangka panjang.
  • Ciri-ciri:
    • Perubahan besar dalam ekonomi atau geopolitik menjadi punca utama.
    • Lebih mudah kenal pasti kerana “noise” jangka pendek tidak mengganggu gambaran besar.
  • Contoh:
    • Emas (XAU/USD) yang naik sejak 2018 akibat inflasi global & permintaan aset selamat.
    • Nasdaq 100 yang melonjak selama bertahun kerana perkembangan syarikat teknologi besar seperti Apple & Microsoft.
  • Strategi sesuai:
    • Pegangan jangka panjang dengan saiz lot kecil.
    • Gunakan indikator MA200 untuk sahkan arah trend utama.
    • Diversifikasi portfolio untuk lindung risiko.

Untuk info lebih lanjut tentang waktu trade forex and jenis-jenis trader, boleh layari page ini: Waktu Trade Forex Malaysia: Bila Masa Paling Sesuai?

Cara Mengenal Pasti Trend Pasaran

Untuk berjaya dalam trading, trader mesti tahu bagaimana membaca arah pasaran. Ada beberapa kaedah utama yang biasa digunakan:

1. Pemerhatian High & Low (Peak & Trough)

  • Kaedah paling asas dan berkesan untuk tentukan trend.
  • Uptrend: apabila harga membentuk higher high (HH) dan higher low (HL).
  • Downtrend: apabila harga membentuk lower high (LH) dan lower low (LL).
  • Sideways: apabila harga kekal dalam julat yang sama tanpa high/low baru.
  • Contoh: Jika EUR/USD naik daripada 1.0800 (HL) → 1.1000 (HH) → 1.0900 (HL) → 1.1200 (HH), ini jelas menunjukkan trend menaik.
  • Tip: Trader boleh lukis anak panah kecil pada carta untuk sahkan siri HH/HL atau LH/LL.
Sideways Trend Pasaran
Contoh Sideways Trend dengan titik High dan Low

2. Sokongan & Rintangan (Support & Resistance)

  • Garisan support dilukis pada paras harga terendah di mana buyer sering masuk (lantai pasaran).
  • Garisan resistance dilukis pada paras harga tertinggi di mana seller sering keluar (silin pasaran).
  • Bila harga tembus resistance dengan volume kuat → petanda trend naik boleh bermula.
  • Bila harga tembus support → petanda trend menurun berpotensi.
  • Contoh: Gold (XAU/USD) menembusi resistance $1950 → memulakan uptrend ke $2000.

3. Indikator Teknikal

Indikator digunakan untuk sahkan trend dan elakkan false signal.

  • Trendline: Garisan condong yang menghubungkan beberapa high atau low. Jika harga kekal di atas trendline naik, ia masih bullish.
  • Moving Average (MA):
    • MA50/MA200 paling popular.
    • Jika harga berada di atas MA200 → trend utama bullish.
    • Jika di bawah MA200 → trend utama bearish.
    • Golden Cross (MA50 potong ke atas MA200) = isyarat bullish.
    • Death Cross (MA50 potong ke bawah MA200) = isyarat bearish.
  • RSI (Relative Strength Index):
    • Nilai > 50 → momentum bullish.
    • Nilai < 50 → momentum bearish.
  • MACD (Moving Average Convergence Divergence):
    • Line MACD potong ke atas signal line → isyarat uptrend.
    • Potong ke bawah → isyarat downtrend.

      Untuk penerangan lebih detail tentang fungsi indikator lain dalam trading, anda boleh baca artikel ini: Apa Maksud Indikator Dalam Trading.

Kesimpulan:

  • Gunakan gabungan 2–3 kaedah untuk sahkan trend. Contoh: harga di atas MA200 + higher high/lows + RSI > 50 → confirm uptrend.
  • Elakkan bergantung hanya pada satu indikator kerana ia boleh beri false signal, terutama dalam pasaran sideways.
Downtrend Trend Pasaran Lower Low Lower High
Contoh Downtrend dengan titik Lower High dan Lower Low

Strategi Berdagang Mengikut Trend Pasaran

1. Ikut Arah Trend

  • Prinsip utama: “The trend is your friend, until it ends.”
  • Trader lebih selamat jika masuk posisi seiring dengan arah pasaran.
  • Contoh: Jika EUR/USD sedang dalam uptrend (harga di atas MA200 + higher high/lows), cari peluang buy setiap kali harga retrace ke support.
  • Tip: Elakkan open posisi melawan trend kecuali anda berpengalaman menggunakan strategi reversal.

2. Gunakan Stop Loss

  • Stop loss berfungsi sebagai “pelindung modal” daripada pergerakan harga yang tidak dijangka.
  • Tanpa stop loss, akaun trading boleh terdedah kepada kerugian besar akibat reversal mendadak.
  • Contoh: Jika beli gold (XAU/USD) pada $1900, letak stop loss di bawah support kuat, contohnya $1885.
  • Tip: Sesuaikan jarak stop loss dengan volatiliti pasaran — jangan terlalu dekat (mudah kena) atau terlalu jauh (rugi besar).

3. Sahkan Dengan Indikator

  • Jangan masuk posisi hanya kerana satu signal. Gabungkan beberapa alat analisis untuk sahkan trend.
  • Contoh gabungan:
    • Harga di atas MA200 (trend naik).
    • RSI > 50 (momentum bullish).
    • Breakout resistance pada harga penting.
      → Ini lebih kukuh berbanding hanya bergantung pada satu indikator.
  • Tip: 2–3 indikator sudah mencukupi. Terlalu banyak indikator boleh menyebabkan analysis paralysis.

4. Kawal Saiz Lot (Position Sizing)

  • Trading bukan sekadar cari entry point, tetapi juga urus risiko.
  • Disarankan hanya guna 1–2% daripada modal untuk setiap trade.
  • Contoh: Jika modal $1,000, risiko per trade maksimum $20.
  • Saiz lot yang kecil membantu anda bertahan lebih lama walaupun pasaran bergerak berlawanan.
  • Tip: Gabungkan kawalan lot dengan risk-to-reward ratio sekurang-kurangnya 1:2 (risiko $20, potensi untung $40).

5. Gunakan Trailing Stop

  • Cara selamatkan profit bila trend berterusan.
  • Contoh: Jika anda long pada GBP/USD 1.2500 dan harga naik ke 1.2600, anda boleh gerakkan stop loss dari 1.2450 → 1.2550 untuk kunci keuntungan.
  • Membolehkan anda “ride the trend” tanpa risau kehilangan semua profit.
Uptrend Trend Pasaran Higher Low Higher High
Contoh Uptrend dengan titik Higher High dan Higher Low

Kesimpulan

Memahami trend pasaran adalah asas untuk semua trader. Ia bukan sekadar garis pada carta, tetapi cerminan keyakinan, ketakutan, dan pergerakan modal global. Dengan kebolehan mengecam trend pasaran, anda boleh merangka strategi yang lebih tepat, mengurangkan risiko, dan meningkatkan peluang keuntungan.

Di Ultima Markets, anda boleh akses analisis pasaran terkini, carta interaktif MT4/MT5, serta sokongan pakar untuk memahami trend pasaran dengan lebih jelas sebelum membuat keputusan dagangan.

Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.

Trend Pasaran: Panduan Lengkap Untuk Trader
Apa Itu Trend Pasaran?
Jenis Trend Pasaran Utama
Mengapa Trend Pasaran Penting?
Faktor Yang Mempengaruhi Trend Pasaran
Jenis Trend Pasaran Dalam Trading
Cara Mengenal Pasti Trend Pasaran
Strategi Berdagang Mengikut Trend Pasaran
Kesimpulan