Important Information
This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
I confirm my intention to proceed and enter this websiteDalam dunia global hari ini, ramai tertanya-tanya apakah mata wang tertinggi di dunia. Untuk tahun 2025, ada lima mata wang utama yang paling mahal nilainya jika dibandingkan dengan dolar AS (USD) dan ringgit Malaysia (MYR). Artikel ini akan bantu anda kenal pasti kenapa mata wang ini begitu tinggi nilainya.
Berikut adalah 5 mata wang tertinggi di dunia buat masa sekarang dengan kadar terkini:
Mata Wang (Kod) | Kadar USD | Kadar Ringgit | |
1. | Dinar Kuwait (KWD) | 1 KWD = 3.27 USD | 1 KWD = 13.89 MYR |
2. | Dinar Bahrain (BHD) | 1 BHD = 2.65 USD | 1 BHD = 11.26 MYR |
3. | Rial Oman (OMR) | 1 OMR = 2.60 USD | 1 OMR = 11.03 MYR |
4. | Dinar Jordan (JOD) | 1 JOD = 1.41 USD | 1 JOD = 5.99 MYR |
5. | Paun British (GBP) | 1 GBP = 1.34 USD | 1 GBP = 5.69 MYR |
Mari kita tengok kenapa mereka mata wang tertinggi di dunia? Jom baca!
Dinar Kuwait dari Kuwait, negara kecil yang kaya minyak di Teluk Parsi, memang konsisten sebagai mata wang tertinggi di dunia. Sebab utamanya ialah hasil minyak yang lumayan, kira-kira 90% daripada pendapatan eksport negara tersebut. Kuwait juga memiliki dana rizab besar yang bantu menstabilkan nilai dinarnya. Selain itu, Kuwait antara negara paling kaya di dunia dengan GDP per kapita sekitar USD32,289 pada 2024.
Dinar Bahrain juga terletak di rantau Teluk, berjiran dengan Arab Saudi. Mata wang Bahrain berada di tangga kedua kerana ia diikat pada nilai USD sejak 1980-an untuk kekal stabil. Negara ini banyak bergantung pada eksport petroleum dan gas asli yang menyumbang sekitar 14% kepada ekonominya. Disebabkan kestabilan ini, pelabur antarabangsa yakin dengan Dinar Bahrain, sekali gus melonjakkan nilainya sebagai salah satu mata wang tertinggi di dunia.
Rial Oman berada di tempat ketiga, juga dari kawasan Teluk iaitu Kesultanan Oman di tenggara Semenanjung Arab. Seperti jirannya, Oman turut mengikat nilai rialnya kepada USD sejak tahun 1970-an, dengan ekonomi berasaskan minyak dan gas. Selain minyak, sektor pertanian dan perikanan turut memberi sumbangan kecil yang menambahkan kepelbagaian ekonomi. GDP per kapita Oman sekitar USD20,631 pada 2024 menjadikan Rial Oman stabil dan antara mata wang tertinggi di dunia.
Dinar Jordan agak unik kerana Jordan bukanlah negara pengeluar minyak, malah terpaksa mengimport hampir semua minyak untuk kegunaan dalam negara. Namun, Jordan berjaya mengekalkan nilai mata wangnya tinggi kerana sistem perbankan yang kukuh dan kestabilan mata wang yang diikat kepada dolar AS sejak 1995. Rizab kewangan yang tinggi, melebihi USD20 bilion pada 2024, turut memberi keyakinan kepada pelabur global terhadap Dinar Jordan sebagai salah satu mata wang tertinggi di dunia.
Berbeza dengan empat negara sebelumnya, Paun British dari United Kingdom tidak bergantung pada minyak tetapi pada sektor perkhidmatan yang menyumbang lebih 80% kepada ekonominya. Kota London, hab kewangan dunia, menjadikan paun sangat cair dan popular di kalangan pedagang forex. Oleh sebab itu, Paun British kekal sebagai antara mata wang tertinggi di dunia yang sentiasa mendapat permintaan tinggi.
Fakta tentang mata wang tertinggi di dunia ini amat penting untuk anda yang berminat memahami ekonomi global atau trading forex. Untuk informasi lanjut tentang dunia kewangan, analisis pasaran dan tip trading, ikuti Ultima Markets Malaysia.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.