Important Information
This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
I confirm my intention to proceed and enter this websiteSejak pertengahan bulan Jun, saham syarikat semikonduktor dari Amerika Syarikat, AMD, telah mencatat lonjakan melebihi 60%, menjadikannya tumpuan utama dalam pasaran. Kenaikan ini bukan semata-mata didorong oleh gelombang minat terhadap teknologi kecerdasan buatan AI, malah turut disokong oleh beberapa faktor asas yang kukuh dan meyakinkan.
Namun, dengan penyata kewangan suku tahunan yang dijangka diumumkan pada 5 Ogos ini, timbul persoalan dalam kalangan pelabur: Adakah segala berita baik yang menyokong kenaikan ini sudah pun diambil kira dalam harga semasa? Dan lebih penting, sejauh mana risiko pembetulan harga dalam masa terdekat?
Sebelum laporan kewangan diumumkan, mari kita lihat empat pemacu utama yang menjadi tunjang kepada lonjakan harga saham AMD kali ini.
Pada acara Advancing AI pada bulan Jun, AMD melancarkan siri cip pemecut AI terbaru — Instinct MI350, termasuk model MI350X dan MI355X. Cip-cip ini menampilkan peningkatan ketara dari segi kelajuan, kecekapan dan sesuai untuk skala besar.
Lebih penting, syarikat gergasi teknologi seperti Meta, OpenAI, Microsoft dan Tesla sudahpun menggunakan cip pemecut AMD. Tambahan pula, kerjasama dengan Oracle untuk membina platform AI berskala besar menggunakan lebih 130,000 unit cip MI355X menunjukkan keyakinan pasaran terhadap prestasi AMD.
Terdapat laporan bahawa AMD menaikkan harga cip MI350 daripada USD15,000 ke USD25,000 — satu lonjakan hampir 70%. Walaupun belum disahkan secara rasmi, ini menunjukkan keyakinan AMD terhadap permintaan pasaran dan kemampuan mereka untuk mengenakan harga premium.
Walaupun harganya telah dinaikkan, cip MI350 daripada AMD masih jauh lebih murah berbanding cip Nvidia Blackwell B200, yang dianggarkan berharga antara USD30,000 hingga USD40,000 seunit. Namun dari segi prestasi, cip MI350 dikatakan sudah semakin mendekati tahap keupayaan Nvidia. Ini menjadikan produk AMD lebih berbaloi dari segi nilai berbanding harga yang ditawarkan.
HSBC kini menjangka pendapatan daripada cip AI AMD pada tahun 2025 akan meningkat kepada USD15.1 bilion, berbanding anggaran sebelumnya sebanyak USD9.6 bilion — satu kenaikan besar yang menguatkan lagi keyakinan pelabur.
Pada awal tahun ini, kerajaan Amerika Syarikat telah mengenakan larangan eksport cip AI ke China atas alasan keselamatan negara. Akibatnya, AMD terpaksa menanggung kerugian besar apabila nilai inventori cip MI308 mereka susut sebanyak USD800 juta.
Namun begitu, kebelakangan ini larangan tersebut dilaporkan mula dilonggarkan. Pasaran melihat perkembangan ini sebagai berita baik — memberikan harapan untuk AMD menghabiskan inventori sedia ada. Kesan positifnya turut dirasai pada harga saham AMD, yang melonjak sekitar 6% pada hari pengumuman dibuat.
Menurut analisis daripada Bank of America, jika AMD dapat meneruskan eksport ke China menjelang tahun 2025, ia berpotensi meraih pendapatan tambahan sebanyak USD700 juta hingga USD1 bilion. Jumlah itu dijangka meningkat lagi kepada antara USD1.5 bilion hingga USD2 bilion menjelang 2026.
Dalam pasaran cip pemprosesan (CPU) untuk server, AMD kini menguasai hampir 1/3 bahagian pasaran, manakala saingannya Intel jatuh ke sekitar 63%. Menurut jangkaan penganalisis, AMD berpotensi meningkatkan lagi bahagian pasaran kepada 36% menjelang tahun 2026 — malah ada yang lebih optimistik, meletakkan sasaran setinggi 60%.
Bagi segmen pengguna pula, pemulihan pasaran dan kesan tarif telah meningkatkan permintaan, membolehkan AMD terus menguasai bahagian pasaran dari Intel. Dalam masa yang sama, cip-cip berasaskan seni bina ARM turut menunjukkan perkembangan pesat dan kini telah melepasi 10% penguasaan pasaran — satu cabaran baharu yang perlu dihadapi oleh kedua-dua AMD dan Intel.
Pasaran CPU tetap menjadi tunjang utama bagi pertumbuhan jangka panjang AMD.
Penyata Kewangan Hampir Tiba: Semua Berita Baik Dah ‘Price In’?
Pasaran menjangkakan AMD akan melaporkan hasil suku tahunan sekitar USD5.7 bilion — peningkatan kira-kira 6% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Tumpuan utama para pelabur pastinya terarah kepada prestasi cip AI mereka, terutamanya siri MI300 — adakah angka jualan mampu memberi kejutan positif?
Namun begitu, harga saham kini sudah mencerminkan jangkaan positif. Jika laporan tidak menepati harapan, fenomena “buy the rumor, sell the news” mungkin berlaku, menyebabkan harga saham menyusut.
Kesimpulan: Kekal Untung Lebih Susah Daripada Buat Untung
Daripada pelancaran cip MI350, kenaikan harga jualan, kelonggaran sekatan eksport, hinggalah prestasi kukuh dalam pasaran CPU — semuanya telah membantu mendorong pertumbuhan saham AMD secara menyeluruh menjelang pengumuman laporan kewangan mereka.
Namun, untuk terus melonjak lebih tinggi, kejayaan seterusnya bergantung kepada beberapa faktor penting:
Dari sudut asas, AMD memiliki kelebihan tersendiri — sinergi kukuh antara cip CPU dan cip AI yang membuka ruang pertumbuhan jangka panjang. Tetapi bagi pelabur jangka pendek, turun naik harga saham menjelang dan selepas laporan kewangan adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian serius.
Akhirnya, dalam pelaburan, mengekalkan keuntungan selalunya lebih mencabar daripada mencapainya.
Ultima Markets menyediakan persekitaran kos dan pertukaran yang paling kompetitif untuk komoditi lazim di seluruh dunia.
Mohon sekarangMemantau pasaran secara terus
Pasaran terdedah kepada perubahan dalam penawaran dan permintaan
Menarik kepada pelabur yang hanya berminat dalam spekulasi harga
Kecairan mendalam dan pelbagai tanpa yuran tersembunyi
Tiada dealing desk dan tiada sebut harga semula
Pelaksanaan pantas melalui pelayan Equinix NY4