Important Information
This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
I confirm my intention to proceed and enter this websiteBilakah sebenarnya waktu trade forex yang terbaik? Forex memang beroperasi 24 jam sehari, 5 hari seminggu kerana ia melibatkan rangkaian bank dan institusi kewangan seluruh dunia. Namun, tidak semua masa sesuai untuk berdagang — ada waktu tertentu pasaran lebih aktif, volatiliti lebih tinggi, dan peluang trading lebih jelas.
Waktu trade forex ialah tempoh aktif pasaran mata wang global, dibahagikan kepada beberapa sesi utama mengikut zon masa dunia (Sydney, Tokyo, London, dan New York).
Bezanya dengan saham:
Artikel ini akan fokus pada waktu trade forex, khasnya dari perspektif trader Malaysia (MYT, GMT+8), dan bagaimana mengenal pasti masa paling sesuai untuk masuk pasaran.
Walaupun forex buka 24 jam sehari (Isnin – Jumaat), ia sebenarnya dibahagikan kepada 4 sesi utama berdasarkan pusat kewangan dunia. Setiap sesi ada ciri-ciri tersendiri:
Sesi Pasaran | Waktu (UTC/GMT) | Waktu Malaysia (MYT, UTC+8) | Ciri-Ciri Utama |
Sydney | 10:00 pm – 7:00 am UTC | 6:00 am – 3:00 pm MYT | Buka awal minggu, volatility rendah |
Tokyo / Asia | 12:00 am – 9:00 am UTC | 8:00 am – 5:00 pm MYT | Fokus JPY pairs, pergerakan sederhana |
London | 7:00 am – 4:00 pm UTC | 3:00 pm – 12:00 am MYT | Sesi paling sibuk, high volume |
New York | 1:00 pm – 10:00 pm UTC | 9:00 pm – 6:00 am MYT | USD dominan, berita ekonomi AS memberi kesan |
Dalam dunia forex, waktu yang paling menarik perhatian trader ialah ketika dua sesi pasaran bertindih (overlap). Pada waktu inilah volume dagangan meningkat, volatiliti jadi lebih tinggi, dan peluang entry lebih jelas.
Tidak semua pasangan mata wang bergerak aktif pada masa yang sama. Ini kerana setiap sesi pasaran lebih fokus kepada mata wang utama negara yang berkaitan. Dengan memahami hubungan ini, trader boleh pilih pair yang paling likuid pada waktu tertentu — sekaligus kurangkan risiko “terperangkap” dalam pasaran yang perlahan.
Contohnya:
Berikut panduan ringkas:
Sesi Pasaran | Pasangan Mata Wang Aktif | Sebab Utama |
Sydney (6 pagi – 3 petang MYT) | AUD/USD, NZD/USD | Data ekonomi Australia & New Zealand dikeluarkan waktu ini |
Tokyo / Asia (8 pagi – 5 petang MYT) | USD/JPY, EUR/JPY, AUD/JPY | Pasaran Jepun & Asia Timur buka, JPY jadi tumpuan |
London (3 petang – 12 tengah malam MYT) | EUR/USD, GBP/USD, EUR/GBP | Sesi paling sibuk, bank & institusi Eropah aktif |
New York (9 malam – 6 pagi MYT) | EUR/USD, GBP/USD, USD/CHF, USD/CAD | USD dominan, banyak berita ekonomi AS diumumkan |
Tip:
Untuk lebih jelas tentang bagaimana pasangan mata wang berfungsi, anda boleh rujuk panduan Forex 101: Memahami pasangan mata wang & pip
Setiap trader ada gaya dan jadual berbeza. Jadi pemilihan waktu trade forex sebaiknya ikut cara hidup dan strategi anda:
Tip Tambahan: Jika anda baru nak mula, cuba pilih 1–2 sesi sahaja yang konsisten. Jangan cuba trade semua sesi kerana mudah jadi penat & hilang fokus.
Kalau anda nak tahu lebih mendalam beza gaya scalping dengan swing trading, boleh baca artikel Scalping vs Swing Trading. Selain itu, nak tahu lebih lanjut tentang intraday trading? Panduan lengkap intraday trading ini boleh jadi rujukan anda.
Selain sesi pasaran, ada beberapa faktor lain yang menentukan sama ada sesuatu waktu sesuai atau tidak untuk trading.
Secara ringkasnya, waktu trade forex terbaik ialah semasa overlap London dan New York kerana pasaran sangat aktif. Tapi pilihan tetap bergantung kepada gaya trading anda. Dengan memahami sesi pasaran dan pasangan mata wang yang sesuai, anda boleh merancang strategi lebih bijak.
Di Ultima Markets, anda boleh akses pasaran forex 24/5 dengan spread rendah, pelaksanaan order yang pantas, serta kalendar ekonomi terkini untuk bantu anda pilih waktu trading paling sesuai.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.