This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Ketahui cara stochastic indicator bantu trader baca momentum, overbought, oversold, crossover dan divergence dalam analisis teknikal.
Stochastic Indicator: Momentum Yang Trader Perlu Tahu
Dalam trading, ramai beginner tertanya-tanya macam mana nak tahu market sudah terlalu tinggi atau rendah. Salah satu alat yang boleh membantu ialah stochastic indicator.
Secara ringkas, stochastic indicator digunakan untuk membaca momentum harga, terutama apabila market mula menunjukkan tanda overbought atau oversold. Namun, indikator ini tidak memberi signal naik atau turun secara terus. Ia lebih sesuai digunakan bersama support dan resistance, trendline, candlestick pattern, atau indikator lain sebagai confirmation.
Apa Itu Stochastic Indicator?
Stochastic indicator ialah indikator momentum yang membandingkan harga penutupan semasa dengan julat harga tertinggi dan terendah dalam satu tempoh tertentu. Ia digunakan untuk mengenal pasti keadaan overbought, oversold, crossover, dan potensi perubahan momentum.
Dalam bahasa mudah, stochastic indikator cuba menjawab satu perkara: harga sekarang berada dekat bahagian atas atau bawah dalam range tertentu?
Contohnya, jika harga penutupan berada hampir dengan paras tertinggi dalam tempoh 14 candle terakhir, ini menunjukkan momentum belian mungkin masih kuat. Jika harga penutupan berada hampir dengan paras terendah, momentum jualan mungkin lebih dominan.
Bagaimana Stochastic Indicator Berfungsi?
Stochastic indicator biasanya mempunyai dua garisan utama:
%K line – garisan utama yang bergerak lebih cepat
%D line – garisan signal yang biasanya lebih perlahan
Apabila dua garisan ini bersilang, trader akan melihatnya sebagai signal momentum. Namun, signal ini tidak patut digunakan secara membuta tuli kerana stochastic indikator boleh memberi false signal, terutamanya dalam market yang sangat trending.
Secara umum:
Bacaan atas 80 sering dianggap sebagai overbought
Bacaan bawah 20 sering dianggap sebagai oversold
Crossover antara %K dan %D boleh menjadi signal awal perubahan momentum
Divergence boleh menunjukkan momentum harga semakin lemah
Apa Itu %K dan %D Dalam Stochastic Indicator?
Dalam stochastic indicator, dua garisan utama yang digunakan ialah %K line dan %D line.
%K line ialah garisan utama yang menunjukkan kedudukan harga penutupan semasa berbanding julat harga tertinggi dan terendah dalam tempoh tertentu. Dalam bahasa mudah, %K cuba tunjuk sama ada harga sekarang sedang tutup dekat kawasan atas, tengah, atau bawah dalam range harga tersebut.
Formula asas %K ialah:
%K = [(Current Close – Lowest Low) / (Highest High – Lowest Low)] × 100
Ini bermaksud harga semasa tutup berhampiran bahagian atas range 14 candle tersebut. Sebab itu bacaan 80 biasanya dikaitkan dengan kawasan overbought.
%D line pula ialah garisan signal. Ia biasanya dikira sebagai moving average kepada %K line, selalunya menggunakan purata 3 tempoh.
Formula mudah %D ialah:
%D = 3-period moving average of %K
Maksudnya, kalau %K bergerak terlalu laju dan sensitif, %D membantu melicinkan bacaan supaya trader boleh nampak signal dengan lebih jelas.
Contoh mudah:
Jika bacaan %K untuk 3 tempoh terakhir ialah:
72
78
81
Maka:
%D = (72 + 78 + 81) / 3%D = 77
Jadi, %K ialah line yang lebih cepat, manakala %D ialah line yang lebih perlahan kerana ia mengambil purata daripada %K.
Apa Maksud Overbought dan Oversold Dalam Stochastic Indicator?
Salah satu kegunaan utama stochastic indikator ialah mengenal pasti overbought dan oversold.
Overbought berlaku apabila bacaan indikator berada di kawasan tinggi, biasanya atas 80. Ini tidak semestinya bermaksud harga wajib jatuh. Ia hanya menunjukkan harga sedang berada dalam keadaan momentum belian yang kuat atau mungkin sudah terlalu tinggi dalam tempoh tertentu.
Oversold pula berlaku apabila bacaan berada bawah 20. Ini juga tidak semestinya bermaksud harga wajib naik. Ia hanya menunjukkan momentum jualan sedang kuat atau harga sudah berada dekat bahagian bawah dalam range tertentu.
Cara Guna Stochastic Indicator Dalam Trading
Untuk guna stochastic indicator dengan lebih praktikal, trader biasanya melihat beberapa signal utama.
Crossover Signal
Crossover berlaku apabila garisan %K bersilang dengan garisan %D.
Jika %K memotong %D dari bawah ke atas, ia boleh menunjukkan momentum bullish mula masuk. Jika %K memotong %D dari atas ke bawah, ia boleh menunjukkan momentum bearish mula muncul.
Namun, signal crossover daripada stochastic indicator lebih baik digunakan bersama konteks market. Jika crossover bullish berlaku berhampiran support, signal itu mungkin lebih kuat. Jika crossover bearish berlaku berhampiran resistance, ia juga boleh menjadi lebih relevan.
Overbought dan Oversold Zone
Ramai trader menggunakan stochastic indicator untuk mencari peluang apabila harga masuk ke kawasan overbought atau oversold.
Gabungan ini boleh memberi signal bahawa momentum jualan mungkin semakin lemah.
Tetapi ingat, dalam downtrend yang kuat, harga boleh kekal oversold lama. Jadi, jangan terus buy hanya kerana stochastic indicator berada bawah 20.
Divergence
Divergence berlaku apabila arah harga dan arah stochastic indicator tidak selari.
Contoh bullish divergence:
Harga membuat lower low
Stochastic indicator membuat higher low
Ini boleh menunjukkan tekanan jualan semakin lemah walaupun harga masih turun.
Contoh bearish divergence:
Harga membuat higher high
Stochastic indicator membuat lower high
Ini boleh menunjukkan momentum belian semakin lemah walaupun harga masih naik.
Divergence bukan signal entry automatik, tetapi ia boleh menjadi amaran awal bahawa momentum market sedang berubah.
Stochastic Indicator vs RSI
Ramai beginner keliru antara stochastic indicator dan RSI kerana kedua-duanya digunakan untuk membaca momentum serta kawasan overbought dan oversold.
Aspek
Stochastic Indicator
RSI
Fokus utama
Kedudukan harga dalam range tertentu
Kekuatan pergerakan harga
Bacaan biasa
0 hingga 100
0 hingga 100
Overbought
Biasanya atas 80
Biasanya atas 70
Oversold
Biasanya bawah 20
Biasanya bawah 30
Sesuai untuk
Market ranging dan momentum pendek
Momentum umum dan trend strength
Secara ringkas, stochastic indicator lebih sensitif kepada perubahan harga dalam range, manakala RSI lebih fokus kepada kekuatan pergerakan harga secara keseluruhan.
Setting Popular Untuk Stochastic Indicator
Setting yang sering digunakan ialah 14, 3, 3. Ini bermaksud indikator melihat data dalam 14 tempoh, dengan smoothing tertentu untuk garisan signal.
Namun, setting stochastic indicator boleh diubah ikut gaya trading:
Short-term trader mungkin guna setting lebih kecil untuk signal lebih cepat
Swing trader mungkin guna setting standard untuk kurangkan noise
Longer-term trader mungkin guna setting lebih besar untuk signal lebih stabil
Setting yang lebih cepat boleh beri banyak signal, tetapi risiko false signal juga lebih tinggi. Setting yang lebih perlahan pula lebih stabil, tetapi signal mungkin datang lambat.
Kesilapan Biasa Bila Guna Stochastic Indicator
Walaupun stochastic indicator mudah difahami, ramai trader masih buat kesilapan apabila menggunakannya.
Anggap stochastic indicator sebagai signal 100% tepat
Contoh relatable:
Kalau EUR/USD sedang berada dalam uptrend kuat, stochastic indicator mungkin masuk overbought berkali-kali. Jika trader terus sell setiap kali nampak overbought, mereka mungkin melawan trend dan terkena stop loss berulang kali.
Tambahan lagi, Stochastic indicator biasanya lebih sesuai digunakan dalam market yang bergerak sideways atau ranging. Dalam keadaan ini, harga sering naik turun antara support dan resistance, jadi bacaan overbought dan oversold boleh menjadi lebih berguna.Namun, dalam market trending yang sangat kuat, stochastic indicator perlu digunakan dengan lebih berhati-hati. Overbought tidak semestinya bermaksud sell, dan oversold tidak semestinya bermaksud buy.
Cara yang lebih selamat ialah gunakan stochastic indicator sebagai alat confirmation, bukan satu-satunya sebab untuk masuk trade.
Kesimpulan
Stochastic indicator ialah alat analisis teknikal yang berguna untuk membaca momentum, overbought, oversold, crossover, dan divergence. Ia boleh membantu trader melihat bila momentum market mungkin mula berubah, tetapi ia tidak patut digunakan secara bersendirian.
Untuk hasil yang lebih baik, gabungkan stochastic indicator dengan support dan resistance, trend analysis, candlestick pattern, serta pengurusan risiko yang jelas. Bagi trader yang mahu belajar membaca chart dengan lebih tersusun, platform seperti Ultima Markets boleh membantu anda meneroka pasaran global dan memahami penggunaan indikator teknikal dalam suasana trading yang lebih praktikal.
FAQ Tentang Stochastic Indicator
1. Apa fungsi utama stochastic indicator?
Fungsi utama stochastic indicator ialah membantu trader membaca momentum harga dan mengenal pasti keadaan overbought, oversold, crossover, serta divergence.
2. Adakah bacaan overbought bermaksud harga akan jatuh?
Tidak semestinya. Overbought hanya menunjukkan momentum belian kuat atau harga berada di kawasan tinggi dalam range tertentu. Trader masih perlukan confirmation lain sebelum buat keputusan.
3. Kenapa stochastic indicator selalu bagi false signal?
False signal boleh berlaku apabila market sedang trending kuat. Contohnya, dalam uptrend yang kuat, indikator boleh berada lama di kawasan overbought, tetapi harga masih terus naik. Sebab itu trader perlu gabungkan signal dengan trend, support, resistance, dan confirmation candle.
4. Stochastic indicator lebih sesuai untuk trend atau sideways market?
Secara umum, stochastic indicator lebih sesuai untuk sideways atau ranging market kerana signal overbought dan oversold lebih mudah dibaca. Dalam trending market, indikator ini masih boleh digunakan, tetapi lebih baik sebagai confirmation, bukan signal utama.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.