Important Information
This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United KingdomDalam era globalisasi, hubungan ekonomi antara negara semakin rumit. Setiap dasar perdagangan, cukai import dan sekatan eksport boleh memberi kesan besar kepada harga barangan serta kestabilan pasaran kewangan. Di sinilah istilah “perang dagang” sering muncul, satu situasi apabila dua negara besar saling mengenakan tarif atau sekatan bagi melindungi kepentingan ekonomi masing-masing.
Secara asasnya, perang dagang ialah “perang ekonomi” tanpa senjata, di mana strategi utamanya ialah penggunaan tarif, kuota, atau halangan perdagangan sebagai alat tekanan politik dan ekonomi. Walaupun nampak seperti isu antara kerajaan, Perang Dagang Amerika dan China memberi kesan langsung kepada syarikat, pelabur, dan pengguna di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
Perang dagang Amerika dan China ialah konflik ekonomi antara dua kuasa besar dunia di mana kedua-dua negara mengenakan tarif dan sekatan perdagangan antara satu sama lain bagi melindungi kepentingan domestik.
Konflik perang dagang ini bermula sekitar 2018, apabila Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump mengenakan tarif import terhadap ratusan bilion dolar barangan dari China, dengan alasan amalan perdagangan tidak adil dan kecurian harta intelek. China membalas dengan tindakan balas tarif ke atas produk pertanian, kenderaan dan teknologi dari AS.
Sejak itu, hubungan ekonomi kedua-dua negara terus tegang, memberi kesan berantai kepada rantaian bekalan global, kadar inflasi, pasaran saham, dan juga nilai mata wang utama dunia.

Perang dagang antara Amerika Syarikat dan China bukan berlaku secara tiba-tiba. Ia berpunca daripada gabungan faktor ekonomi, teknologi, dan geopolitik yang sudah lama wujud antara dua kuasa besar dunia ini.
Salah satu punca utama ialah defisit perdagangan besar yang dialami Amerika Syarikat. Setiap tahun, nilai import barangan dari China jauh mengatasi eksport AS ke China. Sebagai contoh, pada tahun 2018 (tahun bermulanya perang dagang), defisit perdagangan AS dengan China melebihi USD 375 bilion, menurut data U.S. Census Bureau.
Washington berpendapat keadaan ini menunjukkan ketidakseimbangan yang tidak adil, di mana China dikatakan mengambil kesempatan melalui subsidi kerajaan dan dasar kawalan mata wang yang menjadikan produk mereka lebih murah di pasaran global.
Selain perdagangan, teknologi menjadi medan perebutan utama dalam perang dagangan Amerika dan China. AS menuduh China meniru atau mencuri teknologi syarikat Amerika, khususnya dalam sektor elektronik, tenaga dan pertahanan. Syarikat-syarikat AS yang ingin beroperasi di China pula dikatakan “dipaksa” memindahkan teknologi kepada rakan kongsi tempatan sebagai syarat pelaburan, satu amalan yang dianggap menyalahi prinsip perdagangan bebas.
Dalam konteks global hari ini, isu ini menjadi lebih sensitif apabila China muncul sebagai pesaing besar dalam industri strategik seperti cip semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), dan teknologi 5G, yang dulunya dikuasai oleh Amerika Syarikat.
Akar sebenar perang dagang juga berkait dengan pengaruh geopolitik dan kuasa ekonomi. Amerika Syarikat melihat kebangkitan pesat China sebagai ancaman terhadap dominasi globalnya, bukan hanya dari segi ekonomi, tetapi juga teknologi, ketenteraan, dan diplomatik.
Sebaliknya, China pula berusaha mengukuhkan kedudukannya melalui inisiatif Belt and Road Initiative (BRI) serta strategi “Made in China 2025”, yang bertujuan menjadikan negara itu peneraju dunia dalam pembuatan berteknologi tinggi.
Persaingan ini akhirnya melangkaui isu tarif semata-mata, ia menjadi simbol kepada peralihan kuasa global dari Barat ke Timur, yang mencetuskan ketidaktentuan besar dalam pasaran dunia.

Perang dagang antara Amerika dan China telah melalui beberapa fasa penting sejak bermula pada 2018. Setiap tahun membawa perkembangan baharu yang bukan sahaja mempengaruhi dua ekonomi terbesar dunia, tetapi juga kestabilan pasaran global.
Segalanya bermula apabila Presiden Donald Trump melancarkan kempen untuk “membetulkan ketidakseimbangan perdagangan” antara Amerika Syarikat dan China. Pada Mac 2018, AS mengenakan tarif 25% terhadap produk keluli dan 10% terhadap aluminium, yang turut menjejaskan import dari China. Beberapa bulan kemudian, Washington menambah tarif ke atas barangan China bernilai lebih USD 250 bilion, termasuk komponen elektronik dan mesin industri.
China membalas dengan tarif balas bernilai USD 110 bilion, menyasarkan produk pertanian seperti soya, daging babi, dan kenderaan buatan Amerika. Langkah ini memberi tamparan hebat kepada petani dan pengeluar di AS yang bergantung pada pasaran eksport China.
Tahun berikutnya menyaksikan konflik semakin tegang. AS terus menambah senarai produk China yang dikenakan tarif, manakala China bertindak balas secara berperingkat. Ketidaktentuanyang berpunca daripada perang dagang Amerika dan China, mencetuskan kegelisahan di pasaran saham global, menyebabkan pelabur berpindah ke aset selamat seperti emas dan dolar AS.
Pada masa yang sama, syarikat teknologi Huawei mula menjadi sasaran utama AS, apabila Washington menuduh syarikat itu menimbulkan ancaman keselamatan negara. Ini menandakan permulaan perang dagang yang turut berasaskan teknologi dan keselamatan digital.
Pada Januari 2020, kedua-dua negara mencapai satu bentuk kompromi melalui “Phase One Trade Deal”. Dalam perjanjian itu, China bersetuju untuk meningkatkan pembelian produk Amerika seperti pertanian, tenaga, dan perkhidmatan kewangan bernilai sekurang-kurangnya USD 200 bilion dalam tempoh dua tahun. Sebagai balasan, AS bersetuju untuk mengurangkan sebahagian tarif sedia ada.
Namun, pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada tahun sama telah menjejaskan pelaksanaan perjanjian ini, dan ketegangan kembali meningkat menjelang akhir tahun.
Selepas Donald Trump meninggalkan White House, dinamika Perang Dagang Amerika dan China berubah apabila pentadbiran Presiden Joe Biden mengambil pendekatan lebih diplomatik terhadap China, namun dasar perdagangan kekal tegas. AS mengekalkan sebahagian besar tarif era Trump sambil menumpukan perhatian kepada sekatan teknologi yang lebih menyeluruh.
Pada Oktober 2022, Washington memperkenalkan peraturan baharu yang menghadkan eksport cip semikonduktor canggih dan peralatan pembuatan cip ke China. Sekatan ini diperluas lagi pada 2023, melibatkan syarikat besar seperti Nvidia, AMD dan ASML, dengan alasan untuk menghalang penyalahgunaan teknologi bagi tujuan ketenteraan.
Syarikat teknologi China seperti Huawei, ZTE, TikTok dan SMIC turut terkesan akibat sekatan tersebut. Situasi ini menandakan perubahan besar dalam dinamik perang dagang. Ini bukan lagi sekadar isu tarif, tetapi perebutan penguasaan teknologi global dan keselamatan digital.

| Tahun | Peristiwa Utama | Kesan Utama |
| 2018 | AS mula kenakan tarif 25% ke atas keluli & 10% ke atas aluminium; China balas tarif USD 110 bilion. | Permulaan rasmi Perang Dagang Amerika dan China. |
| 2019 | Huawei disenarai hitam; tarif tambahan dikenakan kedua-dua pihak. | Ketegangan meningkat, pasaran saham global jatuh. |
| 2020 | “Phase One Deal” ditandatangani, China janji beli USD 200B barangan AS. | Ketegangan reda sementara, tetapi pandemik jejaskan pelaksanaan. |
| 2021–2024 | AS kekalkan tarif era Trump, tambah sekatan cip & teknologi terhadap China. | Perang dagang beralih ke medan teknologi dan keselamatan digital. |
| 2025 | Trump kembali; umum “Liberation Day Tariffs” – tarif naik hingga >100%; China balas & gantung eksport nadir bumi. | Ketegangan global semula, pelabur beralih ke emas dan USD. |
Perang dagang Amerika dan China menyebabkan banyak syarikat antarabangsa memindahkan operasi keluar dari China bagi mengelak tarif tinggi dan risiko geopolitik. Negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Vietnam dan Thailand menjadi penerima manfaat utama, dengan peningkatan pelaburan dalam sektor elektronik, automotif dan komponen semikonduktor.
Tarif import yang tinggi menaikkan harga bahan mentah dan komponen, menekan margin keuntungan syarikat global. Kesan berantai ini turut menyumbang kepada kenaikan inflasi di beberapa negara maju serta mendorong pengguna menanggung kos yang lebih tinggi.
Untuk faham bagaimana perubahan harga global mempengaruhi ekonomi tempatan, anda boleh baca panduan penuh di artikel Kadar Inflasi Malaysia 2025.
Ketegangan dagang mencetuskan aliran keluar modal dari pasaran berisiko ke aset selamat seperti USD, emas (XAU/USD) dan JPY. Pergerakan harga yang tidak menentu ini menjadikan pasaran Forex lebih volatile, membuka peluang jangka pendek kepada trader yang peka terhadap berita semasa.
Negara seperti Malaysia turut merasai kesan dua hala, eksport ke AS dan China berkurang, namun pada masa sama wujud peluang pelaburan baharu hasil pengalihan rantaian bekalan global. Sektor teknologi dan pembuatan tempatan dijangka terus menerima limpahan pelaburan asing dalam jangka sederhana.

Ketegangan antara Amerika Syarikat dan China memberi kesan positif tidak langsung kepada Malaysia apabila semakin banyak syarikat antarabangsa memilih untuk memindahkan operasi pengeluaran ke Asia Tenggara. Malaysia menjadi antara destinasi utama bagi sektor elektrik & elektronik (E&E), automotif, dan semikonduktor, berkat kestabilan politik serta ekosistem industri yang kukuh.
Konflik dagang yang berpanjangan meningkatkan sentimen berhati-hati dalam pasaran global. Apabila pelabur beralih kepada aset selamat seperti USD, Ringgit cenderung melemah, terutamanya apabila aliran keluar modal meningkat. Namun, keadaan ini turut membuka peluang kepada trader tempatan untuk mengambil posisi strategik dalam pasaran Forex berdasarkan pergerakan mata wang serantau.
Perubahan nilai Ringgit ini juga berkait rapat dengan dasar monetari negara. Ketahui bagaimana kadar faedah dan dasar Bank Negara mempengaruhi pasaran kewangan melalui artikel Apa Itu OPR dan Kesan Terhadap Ekonomi Malaysia.
Pasaran saham Malaysia turut terjejas apabila berita tarif baharu atau sekatan teknologi diumumkan.
Saham sektor eksport seperti teknologi, semikonduktor dan komponen elektrik menjadi paling sensitif terhadap perkembangan perang dagang.
Walau bagaimanapun, peningkatan pelaburan asing dan permintaan global terhadap produk E&E membantu mengimbangi tekanan tersebut dalam jangka sederhana.
Bagi trader Forex dan CFD, perang dagang Amerika dan China bukan sekadar berita geopolitik, ia adalah catalyst utama yang mencipta volatiliti tinggi dan peluang dagangan jangka pendek.
Antara strategi yang boleh dipertimbangkan termasuk:

Perang dagang Amerika dan China bukan sekadar konflik ekonomi, ia adalah pertembungan strategi antara dua kuasa terbesar dunia. Walaupun memberi tekanan kepada ekonomi global, ia juga membuka peluang baru bagi negara seperti Malaysia untuk menarik pelaburan dan memperkukuh kedudukan dalam rantaian bekalan global.
Dalam konteks nilai mata wang global, konsep Purchasing Power Parity (PPP) juga penting untuk memahami perbezaan kuasa beli antara negara — terutamanya semasa ketegangan perdagangan seperti ini.
Bagi pelabur dan trader, memahami dinamik perang dagang ini amat penting untuk menyesuaikan strategi dan membuat keputusan bijak. Jika anda ingin memanfaatkan peluang ini melalui analisis dan strategi yang tepat, daftar dan mulakan perjalanan dagangan anda bersama Ultima Markets, platform global yang membantu trader seperti anda memahami dunia ekonomi dengan lebih mendalam.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.