This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
You will not be guaranteed Negative Balance Protection
You will not be protected by FCA’s leverage restrictions
You will not have the right to settle disputes via the Financial Ombudsman Service (FOS)
You will not be protected by Financial Services Compensation Scheme (FSCS)
Any monies deposited will not be afforded the protection required under the FCA Client Assets Sourcebook. The level of protection for your funds will be determined by the regulations of the relevant local regulator.
Note: UK clients are kindly invited to visit https://www.ultima-markets.co.uk/. Ultima Markets UK expects to begin onboarding UK clients in accordance with FCA regulatory requirements in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
1.The website is owned by Ultima Markets’ international entities and not by Ultima Markets UK Ltd, which is regulated by the FCA.
2.Ultima Markets Limited, or any of the Ultima Markets international entities, are neither based in the UK nor licensed by the FCA.
3.You are accessing the website at your own initiative and have not been solicited by Ultima Markets Limited in any way.
4.Investing through this website does not grant you the protections provided by the FCA.
5.Should you choose to invest through this website or with any of the international Ultima Markets entities, you will be subject to the rules and regulations of the relevant international regulatory authorities, not the FCA.
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
Ketahui siapa orang terkaya di dunia tahun 2025 dan bagaimana 15 individu paling kaya membina kekayaan mereka dalam era teknologi dan AI.
Orang Terkaya Dunia 2025: Siapa No.1 Tahun Ini?
Siapa sebenarnya orang terkaya di dunia pada tahun 2025? Dalam era teknologi dan AI yang berkembang pesat, senarai orang terkaya di dunia didominasi tokoh-tokoh dari syarikat teknologi, data center, cloud computing dan perniagaan mewah global. Tahun 2025 menyaksikan perubahan besar apabila nilai kekayaan melonjak hasil ledakan AI dan pasaran saham teknologi.
Untuk membantu anda memahami siapa orang terkaya di dunia, berikut ialah senarai lengkap 15 individu paling kaya tahun ini, termasuk sumber kekayaan serta industri yang membentuk mereka.
Apa Maksud Orang Terkaya di Dunia?
Orang terkaya di dunia merujuk kepada individu dengan nilai kekayaan bersih (net worth) paling tinggi berdasarkan aset seperti pegangan syarikat, saham, hartanah, pelaburan, dan perniagaan lain. Sumber utama rujukan ialah Forbes Billionaires List dan Bloomberg Billionaires Index.
Jadual 15 Orang Terkaya di Dunia
Jadual di bawah menunjukkan senarai penuh 15 individu terkaya di dunia tahun 2025 bersama sumber kekayaan masing-masing.
Rank
Nama
Nilai Bersih (USD)
Syarikat / Industri
Negara
Umur (2025)
1
Elon Musk
$442B
Tesla, SpaceX, xAI (Teknologi / EV / AI)
Amerika Syarikat
54
2
Larry Page
$276B
Google / Alphabet (Teknologi / Internet / AI)
Amerika Syarikat
52
3
Sergey Brin
$258B
Google / Alphabet (Teknologi / Internet / AI)
Amerika Syarikat
51
4
Larry Ellison
$254B
Oracle (Software / Cloud / Database)
Amerika Syarikat
81
5
Jeff Bezos
$251B
Amazon (E-commerce / Cloud)
Amerika Syarikat
61
6
Mark Zuckerberg
$225B
Meta (Media Sosial / AI / VR)
Amerika Syarikat
41
7
Bernard Arnault
$196B
LVMH (Barangan Mewah)
Perancis
76
8
Steve Ballmer
$166B
Microsoft (Teknologi)
Amerika Syarikat
69
9
Michael Dell
$155B
Dell Technologies (Hardware / Server / IT)
Amerika Syarikat
60
10
Jensen Huang
$155B
Nvidia (Semikonduktor / AI Chips)
Amerika Syarikat
62
11
Warren Buffett
$153B
Berkshire Hathaway (Pelaburan)
Amerika Syarikat
95
12
Jim Walton
$131B
Walmart (Runcit / Retail)
Amerika Syarikat
77
13
Rob Walton
$129B
Walmart (Runcit / Retail)
Amerika Syarikat
80
14
Alice Walton
$128B
Walmart (Runcit / Retail / Seni)
Amerika Syarikat
76
15
Bill Gates
$118B
Microsoft (Teknologi)
Amerika Syarikat
70
Sumber: Bloomberg Billionaires IndexDikemaskini pada: 26 November 2025 (UTC)
Top 15 Orang Terkaya di Dunia (2025 – Terkini)
1. Elon Musk
Elon Musk ialah pengasas Tesla, SpaceX, Neuralink dan xAI, menjadikan beliau ikon teknologi era moden. Kekayaannya melonjak hasil pegangan besar dalam Tesla dan nilai syarikat angkasa SpaceX yang meningkat mendadak. Beliau dikenali sebagai inovator yang menggerakkan industri EV, AI dan eksplorasi angkasa.
Kekayaan Elon Musk pula banyak dipengaruhi oleh pergerakan saham Tesla. Jika anda ingin faham pergerakan saham syarikat ini, rujuk artikel Saham Tesla.
2. Larry Page
Larry Page ialah pengasas bersama Google dan bekas CEO Alphabet. Kekayaannya datang daripada pegangan saham besar dalam Google yang terus berkembang melalui AI, cloud dan perkhidmatan Internet global. Page juga melabur dalam projek futuristik seperti drone, robotik dan teknologi tenaga.
3. Sergey Brin
Sergey Brin ialah rakan pengasas Google bersama Larry Page. Nilai kekayaannya meningkat melalui dominasi Google dalam enjin carian, YouTube, AI dan cloud computing. Brin juga aktif dalam projek inovasi seperti Google X, self-driving cars dan AI research.
4. Larry Ellison
Larry Ellison ialah pengasas dan bekas CEO Oracle Corporation, salah satu syarikat software dan database terbesar dunia. Kekayaannya melonjak hasil pertumbuhan Oracle Cloud dan permintaan tinggi sistem enterprise. Beliau juga memiliki pelaburan besar dalam Tesla dan hartanah mewah.
5. Jeff Bezos
Jeff Bezos ialah pengasas Amazon, gergasi e-dagang dan cloud computing terbesar dunia. Kekayaannya datang daripada pegangan saham Amazon dan pelaburan seperti Blue Origin. Bezos dikenali sebagai individu yang mengubah cara dunia membeli-belah dan membentuk industri cloud moden.
6. Mark Zuckerberg
Mark Zuckerberg ialah pengasas Meta (Facebook, Instagram, WhatsApp). Kekayaannya naik akibat pertumbuhan Meta dalam AI, iklan digital dan platform VR/metaverse. Beliau juga antara CEO termuda yang masuk kelompok super-billionaire.
7. Bernard Arnault
Bernard Arnault memimpin empayar mewah LVMH yang merangkumi Louis Vuitton, Dior, Tiffany & Co. Kekayaannya dibina melalui penguasaan global dalam barangan mewah premium. Arnault adalah antara segelintir bukan warga AS dalam senarai top billionaire dunia.
8. Steve Ballmer
Steve Ballmer ialah bekas CEO Microsoft dan pemilik pasukan NBA LA Clippers. Kekayaannya datang daripada pegangan saham Microsoft yang terus meningkat melalui AI dan cloud. Ballmer terkenal dengan gaya kepimpinannya yang agresif dan karismatik.
9. Michael Dell
Michael Dell ialah pengasas Dell Technologies, salah satu syarikat terbesar dalam server, PC dan infrastruktur IT. Nilai kekayaannya melonjak kerana permintaan AI servers dan data center hardware. Dell juga aktif dalam pelaburan swasta melalui MSD Capital.
10. Jensen Huang
Jensen Huang ialah pengasas dan CEO Nvidia, syarikat yang menguasai pasaran GPU dan AI chips global. Ledakan AI menyebabkan nilai Nvidia melonjak dan menjadikan beliau antara billionaire paling cepat naik dalam sejarah. Huang dikenali sebagai tokoh utama revolusi AI moden.
Kedudukan Jensen Huang dalam senarai ini tidak mengejutkan kerana ledakan AI yang melonjakkan saham Nvidia. Anda boleh baca lebih lanjut dalam artikel Kenapa Pelabur Pantau Saham Nvidia.
11. Warren Buffett
Warren Buffett ialah legenda pelaburan dan pemilik Berkshire Hathaway. Kekayaannya dibina melalui strategi value investing dan kepakaran memilih syarikat kukuh jangka panjang. Beliau dianggap mentor ramai pelabur global dan dikenali sebagai “Oracle of Omaha”.
12. Jim Walton
Jim Walton ialah anak bongsu (anak ke-3) kepada Sam Walton, pengasas Walmart iaitu rangkaian pasar raya terbesar dunia. Kekayaannya datang dari saham Walmart yang bernilai tinggi dan stabil. Beliau mewakili generasi Walton yang meneruskan empayar retail keluarga.
13. Rob Walton
Rob Walton ialah bekas pengerusi Walmart dan juga pewaris utama (anak pertama dalam keluarga Walton) syarikat itu. Kekayaannya diperoleh melalui pegangan saham besar dalam Walmart. Beliau memainkan peranan penting dalam pertumbuhan syarikat semasa era globalisasi retail.
14. Alice Walton
Alice Walton merupakan pewaris Walmart (anak kedua daripada tiga beradik Walton) dan wanita yang berpengaruh dalam dunia seni. Kekayaannya datang daripada saham Walmart dan pelaburan seni bernilai tinggi. Beliau terkenal membina muzium seni Crystal Bridges di Arkansas.
15. Bill Gates
Bill Gates ialah pengasas Microsoft dan salah satu tokoh teknologi paling berpengaruh dalam sejarah. Walaupun melepaskan banyak saham Microsoft, beliau masih kekal dalam senarai terkaya melalui pelaburan global dan Bill & Melinda Gates Foundation. Gates terus aktif dalam inovasi, kesihatan global dan teknologi tenaga.
Kenapa Teknologi Menghasilkan Ramai Orang Terkaya di Dunia?
80% daripada orang terkaya di dunia datang dari industri teknologi. Ini kerana:
Software boleh berkembang global tanpa kos besar Produk digital boleh dijual kepada berbilion pengguna tanpa perlukan kilang atau kedai fizikal, jadi keuntungan berlipat ganda dengan cepat.
AI & cloud computing jadi tulang belakang ekonomi moden Semua industri perlukan AI, data center dan cloud, menjadikan syarikat tech antara yang paling tinggi permintaan.
Margin keuntungan syarikat tech sangat tinggi Software, platform digital dan AI chips memberi keuntungan besar berbanding sektor tradisional seperti retail atau perkilangan. Antara profit margin yang luar biasa:
Software margin: 70% – 90%
Cloud margin: 25% – 40%
AI chips margin: 60% – 70%
Ini jauh lebih tinggi daripada retail, minyak & gas, perkilangan atau hartanah. Apabila margin tinggi, keuntungan besar → harga saham naik → kekayaan pemilik meningkat.
Permintaan data center, GPU dan AI server meningkat drastik Ledakan AI menjadikan syarikat seperti Nvidia, Google dan Microsoft melonjak nilai pasaran mereka setiap tahun.
Pengasas tech pegang saham besar dalam syarikat Bila harga saham naik, kekayaan pemilik meningkat berkali ganda. Sebab itu pengasas syarikat teknologi cepat masuk senarai orang terkaya di dunia. Contohnya, nilai Nvidia melonjak tinggi kerana AI boom, menjadikan Jensen Huang dari billionaire biasa ke bilionare Top 10 dunia.
Kesimpulan: Apa Yang Trader Boleh Belajar dari Top Billionares
Melihat bagaimana kekayaan bergerak memberi petunjuk jelas bahawa dunia kini dikuasai teknologi, AI dan data. Pasaran saham terutamanya sektor teknologi, menjadi pemacu kekayaan global.
Ramai daripada individu ini membina kekayaan melalui syarikat gergasi global. Untuk memahami bagaimana syarikat-syarikat ini menyumbang kepada kekayaan mereka, anda boleh rujuk senarai 10 Syarikat Terkaya di Dunia 2025.
Sebagai trader di Ultima Markets, memahami pergerakan syarikat besar ini membantu anda membaca trend, peluang dan sentimen pasaran global. Melalui platform Ultima Markets, anda boleh berdagang saham-saham besar seperti Nvidia, Amazon, Meta dan banyak lagi, terus dari satu platform.
Kongsi Sekarang
Penafian:Kandungan ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai, dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, atau nasihat profesional lain. Tiada kenyataan atau pendapat di sini yang boleh dianggap sebagai cadangan oleh Ultima Markets atau penulis mengenai mana-mana produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bahan ini semasa membuat keputusan pelaburan dan seharusnya mendapatkan nasihat bebas jika perlu.
Thank you for visiting the Ultima Markets website. Please note that this website is intended for individuals residing in jurisdictions where accessing is permitted by law. Ultima and its affiliated entities do not operate in your home jurisdictions.
By clicking on ''Acknowledge'', you confirm that you are entering this website solely based on your initiative and not as a result of any specific marketing outreach. You wish to obtain information from this website based on reverse solicitation principles, in accordance with the applicable laws of your home jurisdiction.